Sekarang jam menunjukkan pukul 12:45 tengah hari. Bermakna kelas sejarah masih berlangsung.
Aspura yang berada dibelakang masing-masing membuat hal sendiri tanpa mempedulikan cikgu tengah mengajar dihadapan.
Tengku Amirul Fareez dan Aiman Mukhris serta Faizs sedang bermain telefon pintar manakala Tengku Amir dan Syed Anas tidur.
Sungguh tak sopan tapi mereka mana ada kisah. Setakat masuk disiplin sudah berkali-kali sehingga diiktiraf sebagai rumah ketiga.
Ku Syaf Ariana menjeling sekilas kearah jejaka hotstuff sekolah. Dia memandang kearah Tengku Syafiqah yang sedang membaca novel.
"We dorang memang perangai macam badboy eh?" tanya Ku Syaf Ariana polos. Dia mencuit sedikit lengan Tengku Syafiqah yang dibaluti dengan baju berwarna biru.
Tersentak gadis itu. Dia menutup novel yang dibaca dan diletakkam tepi kemudian dia menoleh kearah sahabatnya.
"Ah mereka perangai badboy. Asal kau tanya?" soal Tengku Syafiqah. Dia membetulkan sedikit cermin matanya. Alah cermin mata itu hanya hiasan untuk menutup identitinya.
"Tengok dekat tepi belakang sekali."
Tengku Syafiqah hanya mengikut sahaja arahan. Dia memandang kearah Aspura. Dia tergelak namun tiada emosi.
"Alah kau jangan peliklah kalau semua baju berwarna ada pangkat tapi perangai zero. Mereka memang perangai macam tu sejak tingkatan 1."
Ku Syaf Ariana mengangguk. Rupanya begitu kisah mereka.
Kring!
Kring!
Kring!
Bunyi loceng berbunyi telah menandakan bahwa waktu persekolahan telah habis. Mereka semua berdiri dan memberi ucapan kepada cikgu.
Ramai murid berpusu-pusu keluar sehingga kosong kelas. Hanya yang tinggal Aspura, Aspuri, Divaprinces dan dua orang ahli Alphamate.
Ku Syaf Ariana dan Tengku Syafiqah menuju ke meja Nik Aira dan yang lain. Divaprinces memandang tajam kearah mereka.
"Dah siap kemas?" soal Ku Syaf Ariana. Mereka bertiga mengangguk. Mereka masukkan kerusi kedalam meja.
Aspuri baru sahaja ingin mengankat kaki tiba-tiba berhenti kerana dihalang oleh anak-anak gajah eh silap Divaprinces.
"Kau nak apa" soal Ku Syaf Ariana dingin. Dia memeluk tubuhnya dan memandang tajam kearah Divaprinces.
Divaprinces tergelak sinis melihat tingkah laku Ku Syaf Ariana yang berani menentang mereka.
"Wow aku tak sangka budak baru nak lawan kitalah guys" ucap Tengku Melysa gedik. Mereka yang lain ketawa gedik. Serupa macam kak limah.
Aspuri menjulingkan mata. Aspura yang masih berada didalam kelas hanya duduk diam menonton drama yang berlaku dihadapan kelas.
Ku Syaf Ariana senyum sinis "setakat lawan kau... Bukannya satu masalah" ujarnya keras. Tengku Syafiqah dan yang lain tersenyum senget melihat. Mereka memeluk tubuh.
Suasana sungguh tegang didalam kelas 5 Rajin.
Tengku Melysa sudah panas mendengar. Dia menunding kearah muka Ku Syaf Ariana. Hampir sahaja kena hidung mancungnya namun dia menolak kasar jari itu.
"Jauhkan jari jijik kau tu dari aku. Aku tak nak kena penyakit gedik kau hasil dari kawan kawan kau yang lain" perli dia sedas. Makin sinis senyuman melihat muka Divaprinces merah.
Membahang muka mereka marah. Bukan sebab malu tetapi marah. Tengku Hellysya menapak kehadapan dan ingin menampar.
Ku Syaf Ariana hanya menutup mata. Redho dengan apa yang jadi. Namun pipinya tidak berasa kebas. Dia membuka matanya. Tergamam dia melihat sekujur tubuh yang sedang berdiri.
"Kau jangan berani usik muka dia dengan tangan kau" nada yang dipakai oleh Tengku Amirul Fareez sunguh dingin dan keras.
Dia memegang kemas tangan Tengku Hellysya dan mencengkam dengan kuat. Tengku Hellysya cuba menarik tapi hanya sia sia kerana pegangan kejap dan sukar untuk dibolosi. Dia meringis kesakitan.
Mereka yang lain terkejut melihat Tengku Amirul Fareez sedang mempertahankan Ku Syaf Ariana. Selama ini Tengku Amirul Fareez tidak pernah begini dengan mana-mana perempuan tapi bila melibatkan Ku Syaf Ariana membuatkan dia tidak senang.
"You please lepaskan tangan I" rengek Tengku Hellysya. Kesakitan yang dirasai tidak tertanggung lagi. Dia cuba menarik lagi tangannya namun makin kuat cengkaman lelaki itu.
Mata Tengku Hellysya sudah berkaca kaca tinggal masa untuk menangis sahaja. Ku Syaf Ariana menarik sedikit baju Tengku Amirul Fareez.
"We kau lepaskan jelah. Aku tengok nak nangis dah budak tu" tuturnya datar.
Terus sahaja lelaki itu melepaskan pegangan. Dia menyelukkam tangan kedalam poket seluar.
"Kanak-kanak ribena jom kita balik dah nak masuk maghrib ni" selamba sahaja dia cakap nak masuk waktu maghrib walhal waktu sudah masuk waktu zuhur. Aspura yang lain menjeling tajam kearah Tengku Amirul Fareez.
"Atok kau lah nak masuk maghrib" Aiman Mukhris rasa ingin sepak sahaja Tengku Amirul Fareez sampai ke London. Bikin menyakitkan hati.
Dia hanya menjongket bahu. Terus sahaja dia meninggalkan kelas tanpa memandang kiri kanan tepi belakang.
Tercengang Aspura yang lain. Faizs mendongkol marah.
"Sumpah aku rasa nak cekik dia" ujarnya cukup dingin. Mereka semua tersenyum senget sahaja. Tengku Amir memandang Divaprinces.
"Lain kali jangan nak acah berani kalau diri tu lembik, cau" terus sahaja dia berlalu bersama yang lain.
Divaprinces berlalu pergi meninggalkan tempat. Mungkin malu? Mungkin marah? Atas kejadian tak terjangka tadi.
"Pandai pun berambus sotong tu" bicara Tengku Syafiqah dengan senyuman sinis tidak pernah lekang di bibir merah itu.
"Dah lah we jom lah kita balik drom. Badan aku dan melekit ni dari tadi" Iman Nadhirah mengimbas bajunya. Mereka mengangguk.
Mereka semua keluar kelas dan menuju ke drom diblock puteri. Mata Tengku Farah Adlina perasaan pada dua manusia yang memerhati mereka sebelum dia pergi.
"Dorang ada dari tadi ke? Tak perasan pun" kata Tengku Farah Adlina dalam hati.
Di dorm milik aspura, aku memikirkan kejadian tadi. Aduh buang tabiat ke apa dho aku tadi mesti dorang pikir bukan-bukan an. Tapi aku un tertanya-tanya kenapa aku perlu selamatkan Syaf dari Hellysya. Ermm takkan lah aku suka kat dia. Haha tak mungkin aku masih waras lagi okay.
Aku menggelengkan kepala. Orang dalam drom memandang aku pelik.
"Kau asal Amirul tergeleng-geleng macam orang kurang siuman" tanya Aiman Mukhris?
"Weyh Amirul, Amirul ooo Amirul kau dah sampai mana dah termenung tu" tegur Faizs pula.
Aku berhenti dari mengelamun apabila mendengar Faizs menjerit kearah aku "huh aap- apa yang korang tanya tadi tak dengar lah" tanyaku sambil menggaru kepala.
"kau asal tergeleng-geleng macam orang kurang siuman?" tanya Aiman Mukhris semula.
Aku menjeling tajam kearah Aiman Mukhris "hoi kurang diajar ya kamu. Aku masih waras jaga sikit mulut tu tak pasal-pasal kau dapat rasa aku punya kaki" balas Tengku Amirul Fareez kasar.
"Hehe sorry-sorry."
"Weh Mirul kau asal back up Syaf tadi?" tanya Tengku Amir. Pelik juga dengan perangai Tengku Amirul Fareez ni. Yerlah Tengku Amirul Fareez sebelum ni mana pernah nak ambil kisah tentang perempuan ni kali pertama kot. Tak ke rasa ingin tau dengan lebih lanjut.
"Saja" kata aku bersahaja sambil mengangkat kening kanan.
Yang lain hanya tercengang mendengar jawapan dari Tengku Amirul Fareez. Badboy is here please kutip.
"Aku pun tak taulah apa yang merasuki diriku ini. Bila dekat dengan dia hati aku berdebar" desis hati kecilnya.
Keesokannya harinya, aku datang awal sebab kena jaga pagar. Setibanya dihadapan sekolah hanya ada beberapa pelajar sahaja yang datang awal. Aku terus berjalan menuju ke kelas. Setibanya di hadapan kelas aku terus membuka lampu, aircond? Nanti-nantilah buka sebab masih awal lagi.
Setelah aku membuka suis lampu aku terus bergerak ke meja aku yang terletak di belakang sekali. Aku meletak bag Adidas aku dikerusi dan membuka beg untuk mengambil buku nota dan pen berwarna hitam. Setelah itu aku keluar kembali untuk bertugas.
Jam sudah menunjukkan pukul 7.19 pagi lagi 1 minit sebelum pagar ditutup. Tapi kenapa aku masih tidak nampak Syaf. Geng dia semua dah sampai tadi takkan lambat kot.
Aku melihat sekeliling "nampak macam dah takda yang nak datang baik tutup pagar sekarang" kata aku perlahan sambil menutup pintu pagar.
Tiba-tiba datang seekor lembaga.
"Wait...wait Amirul pleasee bagi aku masuk. Aku dah lambat ni nanti cikgu marah pulak please" kata 'lembaga' itu dengan nafas tercungap-cungap.
Aku memerhati sekilas wajah itu sebelum muncul mentol lampu diatas kepala. "Ahahaha ni lah masa untuk aku kenakan minah ni" desis hati jahatnya.
Aku memeluk tubuh dan berdiri dengan angkuh "sekarang kau tengok jam dah pukul berapa" arahku sengaja tegas kepada Ku Syaf Ariana. Dia hanya ikutkan sahaja.
"Dah pukul 7.20 am asal?" jawab Ku Syaf Ariana datar.
"Kau kena datang sekolah pukul berapa?" tanyaku lagi dengan 'acah' tegas.
"Sebelum pukul 7.20 am? kau ni tu pon takkan tak tau haish" balasnya ada sedikit nada marah.
"Cepatlah bagi aku masuk aku dah lambat ni! Kau tulis jelah nama aku" Ku Syaf Ariana cuba menolakku tapi apakan daya tenaga seorang perempuan nak dibandingkan dengan lelaki.
Aku menepis tangannya yang melekat dibadanku. "kau ingat dengan tulis nama kau akan settle ke huh? kau kena denda harini sebelum balik tunggu aku dekat kelas faham ke tak?" kataku dengan dingin.
"Arkk kenapa pul....ishh yelah-yelah dah bagi aku masuk" balas Ku Syaf Ariana kasar dan pasrah sahaja.
Aku tersenyum dan membenarkan dia masuk. Terus sahaja dia berlari. Nak cepat lah tu.
Haha padan muka kau Syaf. Sebenarnya bagi murid yang datang lambat kena tulis nama dan tolak merit tu jer tak perlu pun nak kena denda. Nasib tak kantoi tadi.
Sampai dihadapan kelas Ku Syaf Ariana merempuh masuk. Dia membongkok dan memegang lutut. Tercungap-cungap ingin mengambil nafas.
Pelajar 5 Rajin termasuk Teacher Lim memandang kearah dirinya. Ada yang gelak, ada yang bisik, mengumpat, ada yang diam sahaja tanpa ingin mengambil tahu.
"Mm-maaf teacher saya lambat masuk" pohon Ku Syaf Ariana dengan nafas masih tidak sekata.
Guru cina itu hanya menggelengkan kepala sahaja.
"Tak pe kamu boleh duduk", arah Teacher Lim. Dia hanya mengangguk.
Dia berjalan menuju ke mejanya tanpa mempedulikan pandangan sekelas. Dia menarik kerusi dan ingin duduk. Tiba-tiba...
DING...DONG...
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 DIMINTA TURUN KE DEWAN TERBUKA SEKARANG JUGA
SAYA ULANGI
PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 DIMINTA TURUN KE DEWAN TERBUKA SEKARANG JUGA
"Aku baru je nak landing punggung dekat kerusi tup tup kena turun dewan. Hari ni memang nasib aku malang ke?" desis Ku Syaf Ariana tidak puas hati.
"Semua bangun dan pergi ke dewan sekarang juga! Saya tahu ada merayap nanti siap!" jerit Teacher Lim lantang.
Dia meletakkan beg diatas kerusi dan terus keluar kelas tanpa menunggu aspuri.
Didewan dia duduk dibarisan belakang diikuti Nik Aira dan Iman Nadhirah.
Diatas pentas cikgu disiplin tengah memberi ucapan. "Tujuan korang kena panggil turun bawah adalah pihak sekolah telah menyediakan perkhemahan untuk kamu", ujar cikgu itu.
Murid lelaki apa lagi bukan kemain suka manakala murida perempuan pula ada yang teruja, ada yang muncungkan mulut dan segalanya.
"Semua diam! Memandangkan korang semua tahun terakhir disekolah aku nak semua wajib menyertai perkhemahan ni. Pengawas akan edarkan surat. Perkhemahan kali ni khas untuk korang jadi bas dan semuanya telah dibayar oleh sekolah. Jadi sekolah akan berikan cuti selama dua hari dan hari seterusnya kita akan bergerak ke tapak perkhemahan, sekian" usai berucap cikgu disiplin turun dari pentas.
"Semua berdiri dan kepada murid bernama Syaf Ariana Binti Umar Cikgu Pamila ingin berjumpa sekarang dibilik guru" kata Tengku Amir yang mengambil alih majlis. (majlis eh? Tah lah)
"We Syaf cikgu nak jumpa kau sekaranglah. Baik kau cepat sebab Cikgu Pamila ni tak suka orang yang melengah masa" ujar Nik Aira. Aku mengeluh lemah dan mengangguk.
"Kalau teacher tanya aku pergi mana kau tolong jawab tau we" pesan aku kepada mereka berdua. Mereka mengangguk. Aku terus sahaja bangun dan pergi ke bilik guru.
Dihadapan bilik guru aku menolak pintu dan masuk. Mataku melilau mencari Cikgu Pamila.
Aku ternampak susuk tubuh Cikgu Pamila berada di meja tepi tingkap. Terus aku menuju kearahnya.
"Assalamualaikum cikgu"
Cikgu Pamila menoleh ketepi lalu tersenyum nipis. "Walaikummusalam Syaf" jawabnya.
"Ermm cikgu tadk saya dengar cikgu ada panggil saya, kenapa ya? " tanya aku.
"Betullah. Tujuan cikgu panggil kamu nak bagi kamu ni" Cikgu pamila mengeluarkan satu surat dari lacinya dan memberi kepadaku.
Mengerut dahiku. "Surat apa ni cikgu?" soalku dan mengambil surat itu dari tangan Cikgu Pamila.
Cikgu itu tersenyum nipis lalu menjawab persoalan aku.
"Surat pelantikan menjadi pengawas disiplin."
Share this novel