Rania duduk termenung di gazebo sendirian saat semua orang sedang seronok menikmati pesta makan malam.
Jiwanya tidak setenang bintang di langit.
Memandang gelapnya langit seakan menandakan begitulah jiwanya kini,lamaran keluarga Faiq Haikal sebentar tadi membuatkan hatinya menjadi galau.
Seharusnya dia rasa gembira saat keluarganya terima lamaran dari keluarga Faiq tetapi tidak hatinya.
Antara dia dan Faiq tidak di nafikan sudah lama kenal malah mereka juga satu pejabat.
Faiq merupakan CEO di pejabat tempat kerjanya malah mereka adalah sahabat baik .
Siapa menyangka persahabatan mereka akan berakhir dengan sebuah perjodohan.
Bukan Rania t tidak mahu jalinkan ikatan ini tetapi satu hal yang dia tahu Faiq sudah pun mempunyai seorang kekasih.
Ya pasti sahaja dia tahu perkara itu yang jelas dan nyata sebab antara mereka sudah lama kenal .
Segalanya dia tahu tentang Faiq.
Rania mahupun Faiq sempat tidak setuju soal lamaran ini namun kedua keluarga tetap berkeras ingin mereka bertunang dan juga menikah.
Keluarga mereka sudah pun lama kenal dan sangat akrab dan telah lama merancangkan hal ini.
Siapa yang mampu melawan orang tua Rania ataupun Faiq terpaksa mengalah demi keluarga.
Rahsia terbesar yang Faiq tidak tahu dalam diam ialah Rania sudah lama menyukai Faiq namun dia tidak berani menyatakan hal itu.
Malah semua ini terjadi sebelum Faiq menjalani hubungan serius dengan Intan kekasihnya lagi,demi tidak mencemari ikatan persahabatan dia urungkan niat agar menjadi sahabat yang tidak perlukan cinta tetapi hanya sebatas teman sahaja.
"Rania" Faiq datang menghampiri Rania yang sejak tadi termenung sendiri di gazebo melihat bintang di langit.
Menyentuh bahunya,Rania menoleh sekilas dan tersenyum.
"Faiq,duduklah" Faiq duduk di sebelah Rania turut mendongak melihat bintang di langit.
"Faiq,aku minta maaf ya" ucap Rania lirih meskipun ini semua bukan salahnya kerana terjadinya ikatan pertunangan ini.
"kenapa minta maaf,apa salah kau?",tanya Faiq hairan itulah kebiasaan mereka sudah biasakan diri dengan aku dan kau.
"aku rasa semua ini mengarutkan,tak masuk akal,orang tua kita buat semua ini" ucap Rania datar tetap tidak berpaling ke arah Faiq.
Ada rasa bersalah di hatinya.
"perkara dah jadi Rania,aku pun tak boleh nak bantah setiap apa yang mama cakap,kau tahukan macam mana mama,aku takut sakitnya kembali datang" keluh Faiq dia juga dalam di lema menolak atau tidak tetap juga terjadi kerana mamanya tidak pernah suka akan Intan kekasihnya itu.
Mamanya Faiq punyai penyakit jantung dan pernah dimasukkan ke hospital akibat ulahnya juga dulu dan sekarang jika dia membantah kehendak mamanya akan menyebabkan berlaku lagi hal yang tidak diingini.
"tapi macam mana dengan Intan? "
" kami tetap berhubungan" Rania tergelak kecil dia juga tidak mampu menghalang semua itu,malah mungkin dia yang jadi orang ketiga dalam hubungan Faiq dan Intan.
Terasa diperbodohkan pun ada, rela dalam terpaksa menerima ikatan ini.
Maka bermulalah detik kesakitan yang terpaksa dia akan terima nanti.
Terasa gundah gelana di hatinya.
"aku harap kau faham kan situasi aku sekarang ni,aku cintakan dia dan kita hanya sahabat" ucapan yang membuatkan hati Rania tersentuh mungkin juga terluka.
Kan tuh benar apa yang Rania duga dan teka,belum lagi menikah hatinya juga sudah ada ura-ura akan disakiti.
"hurm...betul kita teman tapi mesra kan?" Rania ketawa diikuti oleh Faiq .
Namun dalam hati masing-masing siapa yang tahu.
Rania hanya mampu menangis dalam hati,pernikahan mereka akan berlangsung sebulan dari sekarang,dia perlu menata hatinya sekuat mungkin untuk hadapi kemungkinan yang terjadi nanti.
Menikahi orang yang tidak mencintai kita mungkin akan makan hati .
Sejauhmana harapan orang tua mereka ingin mereka bersatu dalam ikatan pernikahan,meskipun bukan atas dasar cinta tetap harus mereka setuju.
Rania mahupun Faiq terpaksa akur dengan perjodohan ini.
Entah macam mana hubungan yang akan mereka jalani nanti adakah akan capai bahagia atau berakhir dengan sebuah kekecewaan atau sebuah perpisahan.
Bagi Rania dia seolah orang ketiga yang hadir di antara Faiq dan Intan.
Bagi Faiq pula dia tetap akan nikahi Rania walaupun hakikatnya hubungan dia dengan Intan sebenarnya sudah di ambang perpisahan.
Tetapi demi rasa tanggungjawab sebagai seorang lelaki yang telah merosakkan anak orang dia terpaksa .
Intan juga tetap dia nikahi cuma perlukan masa yang sesuai sahaja meskipun nanti akan menerima kemarahan daripada keluarganya sendiri.
Nasi sudah menjadi bubur,terlanjur sudah perbuatan mereka selama ini.
Sebagai lelaki dia juga tidak mungkin melepaskan begitu sahaja Intan .
Satu hal yang tidak diketahui oleh Rania saat ini.
belanja satu bab untuk teaser malam ini. Antara dua cinta.... Harap dapat mengubat kerinduan peminat karya senorita...
Share this novel
slm