Pagi-pagi lagi dah keluar..Bukannya nak beritahu dulu. Bila orang ajak balik ke rumah bonda macam-macam alasan yg dibaginya. Sekarang ni bonda ibu aku atau ibu dia? Hmm!! Hampeh!! Nguman Munirah geramnya lalu keluar dari kereta apabila sudah sampai dalam perkalangan rumah bonda. Walid memberitahu mahu berjumpa dengan semua hari ini. Ada hal penting yg dia mahu bincangkan. Munirah terpaksa pulang sendiri kerana Azhar tidak tahu pergi ke mana sejak pagi tadi lagi. Seperti biasa Munirah akan membawa buah tangan sedikit seperti kuih yg telah dibuatnya untuk bonda. Tak akan lah nak datang ke rumah ibu mentua bertangan kosong sajakan.
Assalamualaikum..Ucap Munirah lembutnya lalu menanggalkan kasut sarungnya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Munirah tidak lagi mengayakan baju kurung seperti biasa. Tetapi masih lagi segak bergaya blouse labuh dan juga seluar jeans longgar. Pakaiannya masih bertutup dan manis saja mata memandang.
Waalaikumsalam..Haa datang pon anak kesayangan bonda ni. Munirah sihat? Asal nampak cekung je badan ni?? Tak cukup makan ke? Mana Azhar? Sambut Hajah Fazilah gembiranya dengan kedatangan Munirah ke sini. Dia mencium dan memeluk tubuh Munirah. Seakan tidak mahu saja melepaskan pelukan ini. Dahi Munirah berkerut sedikit. Hairan saja dengan sifat ibu mentuanya seperti ini. Munirah tidak berpra sangka apa-apa lalu membalas semua ini dengan senyuman saja.
Ehh Sihat. Irah makan seperti biasa saja..cuma itu lah..badan Irah tak membesar. Abang kena pergi ke PPD sekejap. Abang suruh Irah datang dulu ke sini..Taaraa!! Irah buatkan Kuih "Nekbat Sira" dekat bonda. Hari itukan bonda teringin nak rasa sangat kuih ini jadi Irah cubalah buat. Ini first time tau Irah buat..bla..bla..bla..Sembang Munirah panjang lebarnya supaya Bonda tidak bertanya lebih lagi tentang Azhar. Munirah memeluk lengan bonda dan mereka berdua berjalan hingga masuk dapur. Dapat juga dia menarik perhatian bonda daripada terus bertanya lebih tentang Azhar. Rasa bersalah saja Munirah terpaksa bohong tentang Azhar terhadap ibunya sendiri. Pada masa yg sama Munirah tidak mahu bonda akan marahkan Azhar pula nanti. Bohong demi kebaikan itukan sunat.
Munirah banyak menolong bonda memotong bahan-bahan untuk mereka masak bersama nanti. Riuh saja suasana di dapur itu apabila Coletan mulut Bonda bercerita tentang Azhar semasa kecil-kecil kepada Munirah. Sedikit banyak Munirah mula kenal diri Azhar yg sebenarnya. Jika mahu harapkan Azhar memang tak adanya dia mahu berbual tentang dirinya. Kalau diri Munirah seronok pula dia memasang telinga. Senyuman di bibir Munirah semakin pudar saja apabila kepalanya mula terasa pening sedikit. Kalau hendak demam badannya tidak panas pun. Munirah cuba menghelakan nafas dan berbual seperti biasa semula seolah-olah dirinya tidak rasa sedap badan. Jam menunjukkan pukul 12.00 p.m. Semua orang sudah mula berkumpul tetapi kelibat Azhar masih tidak muncul lagi.
Abang..angkatlah call irah ni..Aduh..abang pegi mana?? Janganlah buat Irah macam ni..Cakap Munirah sendiri sambil berjalan berulang alik di luar rumah. Munirah tidak mahu Azhar kena marah pula nanti tidak tepati janji dalam perkara penting seperti ini. mengigil saja tangan Munirah cuba menelefon Azhar banyak kali. Perasaan risau mula bermain di benak hatinya. Dari jauh, Walid menggelengkan kepalanya saja apabila melihat keadaan Munirah seperti itu. Apa yg telah Azhar buat dia sendiri pun tidak tahu. Yang pasti Azhar sudah tidak mempedulikan sangat tentang Munirah. Jika dia masih anggap Munirah adalah isteri pertama dan terakhirnya Azhar tidak mungkin akan buat diri Munirah seperti ini. Walid juga mula rasa terkilan dengan perubahan diri Azhar. Akan tiba masanya Azhar perlu melepaskan Munirah pergi nanti.
Macam mana Munirah?? Dapat hubungi Azhar? Tanya Bonda apabila melihat lemah saja langkah Munirah masuk ke dalam rumah semula. Mereka semua terus memandang ke arahnya mahu mendapatkan satu jawapan. Munirah terpaksa memberi senyuman kelat saja. Di pandang wajah mereka satu demi satu. Dia hanya menggeleng kepala tanda "Tidak". Munirah sudah tidak tahu ingin memberi jawapan apa lagi. Dia tidak dapat menolong Azhar kali ini. Munirah terus melabuhkan diri di sebelah bonda apabila melihat bonda memanggilnya. Bonda menepuk lembut belakang Munirah. Munirah masih tidak faham dengan semua ini. Kenapa dirinya harus dipertenangkan sedangkan Azhar yg tiada di sini? Yang lain juga memberikan pandangan yg sama terhadapnya. Munirah buntu buat sejenak waktu. Kenapa semua orang seperti risaukan dirinya? Apa yg telah berlaku ini? Teka Munirah.
..................................................................
Munirah menghempas kuat pintu kereta Myvi Azhar apabila seusai sampai di perkalangan rumahnya. Perkara tadi masih lagi tergiang di dalam kepala Munirah. Rasa sebal dan marah saja apa yg telah berlaku tadi. Kalau ini yg Munirah akan rasa sejak dari awal lagi dia tidak akan menjejak kaki ke rumah walid.
Pada masa yg sama juga kelibat kereta Honda civic Azhar meluncur laju masuk ke dalam perkalangan rumah. Azhar mengikuti kereta Munirah sejak dari rumah Walid lagi. Seolah dia mengikuti jejak langkah Munirah sehingga pulang ke sini. Munirah memandu kereta boleh tahan gilanya juga sudah seperti pelesit Azhar terpaksa mengikut rapat dari arah belakang. Risau saja isterinya itu akan kemalangan. Tergopoh-gapah Azhar keluar dari kereta apabila melihat Munirah mula berlari kecil apabila nampak kelibat dirinya.
Munirah..tunggu..Awak nak pergi mana?? Panggil Azhar lalu mengikuti langkah Munirah sehingga mereka sampai di depan bilik Munirah. Segera Azhar mencapai lengan Munirah. Badan Munirah terpusing sedikit kini mereka berdua menatap wajah masing-masing. Pandangan tajam saja Munirah hadiah kepada Azhar manakala hembusan penat dan tatapan sayu Azhar berikan kepada Munirah. Mereka berdua diam sejenak waktu sebelum Munirah merentap kasar tangannya daripada terus dipegang oleh Azhar.
Okey..saya minta maaf. Look..perkara tadi hanya salah faham saja. Saya betul-betul tak tahu kenapa Mira sanggup berbuat begitu. Irah..saya bercakap benar. Please..jangan salah faham. Saya dan Mira tak ada apa-apa hubungan. Awak tahukan Mira macam mana orangnya. Dia hanya mahu buat awak cemburu. Saya tak sentuh dia langsung Munirah. Awak boleh nampak saya betul-betul menolak tubuhnya tadi. Please..percayakan saya. Tolong Munirah..saya hanya ada awak saja. Saya suami awak..awak kena percayakan saya. Saya hanya sayangkan awak Munirah. Jangan buat saya macam ini. Beritahu Azhar apa yg telah berlaku tadi terhadap Munirah. Dia betul-betul maksudkan semua ini. Kalau dia tidak peduli mana mungkin Azhar sanggup mengejarnya sehingga pulang ke rumah. Azhar masih memegang kemas kedua belah tangan Munirah. Berharap sangat Munirah akan peecayakannya kali ini. Perasaan risau dan takut mula membelegu diri Azhar. Takut isterinya ini akan pergi tidak lama lagi. Di dalam hati Azhar menyumpah seranah diri Mira. Dia tidak akan maafkan Mira atas apa yg telah berlaku tadi . Azhar akan beri ia pengajaran yg setimpal nanti.
Fine..awak mahu saya percaya..then buktikan. Jangan pernah dekat lagi dengan Mira. Saya tak kisahlah dia itu kawan awak ke..bekas teman wanita awak ke..atau bakal isteri awak? Saya tak nak lihat dia datang lagi ke rumah bonda. Jangan beri alasan nak eratkan tali persaudaraan lah. Tak nak putus hubungan semasa saudara islam atau lebih tepat kena hormat bakal mak mentua. I don't even care about that. For sure, Saya tak nak lihat lagi wajah Mira di mana-mana atau dekat dengan saya. Awak nak chop saya kongkong hidup awak? Awak nak kata saya jaga tepi kain awak?? Terserlah Azhar sebab saya masih pedulikan awak. Saya hormat awak sebagai suami saya. Saya sayangkan awak lebih dari diri saya sendiri. Yess..Saya memang gila. Sebab saya tergilakan awak. Jangan gunakan Mira sebagai alasan sebab ada masalah mental dan awak tak dapat mengelaknya. Jadi siapa saya Azhar?? Siapa saya? Saya juga pernah gila. Saya tak lupa daratan lagi. Satu saja saya minta..Kalau awak dah rasa muak dan cemuh dengan semua ini. Awak tahukan apa nak buat..Saya dah tak perlu nak ingatkan awak lagi. Saya tak ambil hati pasal tadi cuma..kadang-kadang seorang isteri ada sifat cemburunya juga. Saya minta maaf. Luah Munirah segalanya terus membuka pintu dan masuk ke dalam biliknya. Munirah memberikan senyuman kosong saja sebelum menutup pintu bilik itu semula. Dia menghela nafas panjang sebelum butiran jernih mula gugur di pipinya. Munirah merebahkan badannya di atas katil. Menekup kepalanya dengan bantal dan menangis semahu mungkin. Membuang segala rasa kesakitan di dalam lubuk hatinya.
Azhar meletakkan tangannya pada pintu bilik Munirah. Dirinya sudah mati kata di situ. Sesunguhnya dirinya tidak mampu nak tunaikan kata-kata Munirah itu. Azhar sudah tidak mampu kotakan janji lagi. Mira masih lagi isterinya yg sah. Azhar tidak mahu pilih kasih antara mereka berdua. Selagi Mira masih bergelar isterinya Azhar mestilah kena adil dan saksama antara kedua belah pihak. Azhar mula duduk dan bersandar pada pintu bilik Munirah. Redup saja tangisan Munirah menembusi telinganya. Sekali lagi dia telah membuat Munirah menangis. Azhar mula rasa dirinya tidak berguna lagi. Sebelum ini dirinya adalah tempat Munirah melepaskan segala kesakitan di dalam hatinya tetapi sekarang..Munirah lebih pendam dan mendiamkan diri saja. Azhar mengusap kasar wajahnya. Hatinya juga rasa sakit bila mendengar tangisan Munirah.
Hanya 3 minggu saja..semua ini akan berakhir tidak lama lagi..Aku berserah segalanya kepada-Mu Ya Allah..berikanlah aku petunjuk yg benar. Aku sayangkan Munirah.. aku tak nak kehilangannya. Nguman Azhar mula menangis di depan pintu bilik Munirah. Rasa hiba dan berdosa dirinya tak mampu nak berkata benar pada diri Munirah sendiri. Emosinya mula terganggu dengan perkara ini. Perasaan yg mula bercampur baur. Azhar sudah buntu. Jika perkara tadi tidak berlaku mungkin dia dan Munirah tidak seperti ini. Azhar mula salahkan dirinya. Lelaki yg tidak berguna dan suka berjanji kosong.
Kejadian di mana Mira turut datang ke rumah walid.
"Abang..jemput minum..Mira yg buatkan air ini untuk abang tau..Kata Mira lalu meletakkan secawan air coklat panas di atas meja. Azhar hanya mengangguk tanda faham saja. Tidak mempedulikan Mira yg masih tersenyum riang dan cuba melayannya sebagai seorang suami. Tangan mula Mira bermain di leher Azhar. Tanpa teragak lagi Mira terus memeluk penuh leher Azhar. Bibirnya pantas saja melepaskan satu kucupan di pipi Azhar. Azhar terus menolak kasar badan Mira kerana tersentak dengan tindakan Mira seperti ini. Mira terus tertawa nakal. Seronok melihat suaminya ini menolak pula agenda manja mereka."
"Dari jauh satu pandangan sayu mula redup dan jatuh ke bawah apabila menyaksikan semua itu di depannya sendiri. Tergamam Munirah sejenak. Tangannya mula terketar kerana masih memegang secawan air coklat yg dibancuhkannya untuk di bawa kepada Azhar. Mira menipu Azhar saja dengan semua itu. Padahal Munirah yg bancuh air tetapi dia pula yg mendapat nama. Tersentak Munirah hampir menjatuhkan cawan air itu apabila Wirda menegurnya. Selepas itu barulah berlaku agenda kejar-mengejar."
Share this novel