Dua Puluh

Other Completed 44787

Hampir empat bulan Cinta bergelar Janda Muda. Dan dalam masa tempoh empat bulan jugalah dia menyembuhkan luka dalam badannya.

Petang tu masa dia berada dirumah sendirian, Dia menghubungi Panglima Ghaffar untuk menyatakan dia menerima tawaran itu dengan senang hati.

Panglima Ghaffar sangat suka apabila Cinta bersetuju mengikuti latihan selama 6 Bulan Di Lahad Datu Sabah.

Malamnya semasa makan malam, Cinta memberitahu Thariq bahawa dia akan bergerak esok.

"Abang. Cinta akan bergerak besok ke Sabah." Kata Cinta.

"Cepatnya Akak?" Tanya Hilal yang kini sedang dalam peperiksaan besar.

"Hmm lagi cepat akak gerak lagi cepat akak balik?" Kata Cinta.

"Pelik Abang dengar bunyinya. Ermm Love ada sorokkan something?" Tanya Thariq.

"Mana ada. Abang ni fikir yang bukan-bukan pula." Kata Cinta mempertahankan.

"Ok. Esok jam berapa?" Kata Thariq.

"Jam 10 pagi." Kata Cinta.

"Esok Abang kerja pagi." Katanya.

"Takpe Cinta ikut Grab." Kata Cinta.

"No. Abang tak benarkan." Kata Thariq.

"Habis tu?" Tanya Cinta.

"Abang ambik jam 9 esok." Kata Thariq.

"Ok." Kata Cinta.

"Cinta jaga diri tau kat sana." Kata Dinda.

Selama Cinta dirumah. Ada temannya bercerita dan melakukan banyak aktiviti. Halaman rumah mereka saja kini penuh dengan berbagai Bunga kerana Dinda yang sedang mengandung 3 bulan mengidam nak melihat Bunga setiap dia membuka matanya.

"Ok Kak. Akak ni jangan buat kerja berat. Akak suruh je Hilal atau Abang yang buat." Kata Cinta.

"Ok." Kata Dinda.

Mereka bercerita tentang aktiviti mereka tadi siang. Selesai makan mereka menyambung berborak didepan ruang tamu.

Hinggalah Dinda mulai mengantuk. Barulah mereka semua masuk ke bilik masing-masing.

Cinta yang masuk kebiliknya bingung nak bawak apa ke Sabah besok.

"Love boleh abang masuk." Kata Thariq.

"Masuklah." Kata Cinta.

"Dah Packing barang?" Tanya Thariq lalu duduk dibirai katil.

"Dah. Cinta dah bawak semua yang Cinta perlukan disana." Kata Cinta.

"Love. Abang nak Love janji. Janji yang Love akan kuat harungi kehidupan yang akan datang." Kata Thariq.

"Ye." Kata Cinta pada Abangnya.

"Abang taknak Love jadi macam HyQarl. Yang kini hidup dalam tekanan." Kata Thariq.

"Teruk sangat ke Abang." Tanya Cinta.

"Hah nak ada rasa kesian lah tu." Kata Thariq.

"Mana ada. Bagi Cinta sekarang hidup Cinta untuk happy. Ada jodoh kahwin lah kalau takde takpelah pegang title Janda." Kata Cinta.

"Hmm Abang doakan akan datang jodoh Love nanti." Kata Thariq.

"Aamin. Tapi kalau untuk sekarang mungkin Cinta akan fikir dulu. Kisah hitam tu masih menghantui Cinta." Kata Cinta.

Mereka bercerita hingga jam menjnjukkan pukul 1 pagi. Thariq meminta diri kebiliknya apabila melihat Cinta mulai terlena.

-Villa Luthfi-

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Luthfi masih duduk memandang Ipad ditangannya.

"Patut ke aku bawak Sarah ni. Kalau aku tak bawak sapa nak jaga dia kat sini?" Tanya Luthfi pada dirinya.

Layla dan Fakhrul menjalankan bisnes selama setahun di Jakarta.

Manakala dia diperlukan di Mahkamah Tinggi Sabah selama 4 bulan.

"Biarlah aku bawak Sarah sekali. Aku akan masukkan dia sekolah kat sana selama 4 bulan."Luthfi berkira-kira.

Akhirnya dia menempah dua tiket untuknya dan juga Sarah.

Dia berlalu kebiliknya dan Sarah lalu mula memacking pakaian untuk sehari-harian.

Dia juga sudah memberitahu pada Layla bahawa dia akan bertugas di Sabah.

Layla menyuruhnya membawa Sarah memandangkan dia dan Suami berada di Jakarta.

Tangannya terhenti mengenangkan tentang Gadis bunga itu.

"Apa khabar dia sekarang?" Tanya Luthfi.

Makin dia cuba melupakan makin kuat perasaan itu datang.

"Haihh aku ni dah jadi Sarah dah ni. Kecanduan dengan lirikan matanya." Kata Luthfi.

Dia hanya mampu menggelengkan kepala nya sambil senyuman seorang dibirai katil.

-Pangkalan Tentera-

HyQarl yang sedang duduk bersandar berfikir. Dia yang tadi terdengar rakan-rakannya mengatakan Cinta akan pergi dari sini.

Dia nak bertemu dengan Cinta mencuba nasib jika Cinta ingin rujuk semula dengannya.

Dia mengambil kunci keretanya yang tergeletak di atas meja dan berlalu dari pejabatnya.

Dalam perjalanan dia berkira Cintaasih belum tidur. Dia melihat jam di dashboard keretanya. Hampir jam 2 pagi.

Dia cuba menghubungi nombor Cinta namun dia hanya menerima Voice mail.

"Aku harus cuba." Kata HyQarl.

Sampai didepan rumah Thariq, HyQarl melihat kawasan rumah itu berubah. Meninjau bahagian rumah yang gelap dia kecewa.

Dia mula keluar dari keretanya lalu menapak kedepan selangkah lalu menekan lonceng rumah.

Cinta mendengar bunyi lonceng rumahnya bersering menandakan ada orang didepan. Dia mengenakan tudung sarung lalu keluar dari bilik dan turun ketingkat bawah.

Dia membuka pintu utama dan keluarkan sedikit kepalanya dari pintu.

"Siapa?" Tanya Cinta.

"Sayang. Qarl datang nak jumpa sayang." Kata Hyqarl apabila terlihat wajah yang dirinduinya muncul dimuka pintu.

"Balik lah Qarl. Dah nak waktu subuh ni. Baliklah." Pinta Cinta.

"Abang takkan balik sebelum Sayang jumpa dengan Abang." HyQarl memaksa.

"Baliklah, Saya nak tidur lah." Kata Cinta lagi.

"Abang nak tanya Sayang nak pergi mana. Abang dengar sayang nak pergi jauh. Pergi mana?" Tanya HyQarl lagi.

"Ikut suka akulah nak pergi mana." Cinta mulai rimas.

"Please sayang. Sebelum Sayang nak pergi, Please jumpa abang sekejap pun jadilah." HyQarl merayu.

Cinta mula kasihan apabila HyQarl merayu hendak bertemu dengannya. Akhirnya Cinta berlalu keluar dari dalam rumahnya dan berdiri dihalaman.

Pagar yang berdiri tegak ditengah seperti dinding pemisah bagi HyQarl.

"Sayang. Abang nak kita rujuk semula." Pinta HyQarl.

"Awak dah gila ke apa?" Tanya Cinta.

"Ye Abang dah gila. Gilakan Sayang." Kata HyQarl.

"Dahlah. Baliklah. Jangan ganggu hidup saya. Saya dah cukup bahagia macam ni." Kata Cinta.

"Tapi Abang tak bahagia lepas kejadian tu." Kata HyQarl.

"Kita takkan pernah bersatu semula. Percayalah Jodoh kita hanya sampai situ. Takkan mungkin bersatu." Kata Cinta lagi.

"Tapi Abang tahu sayang jodoh terbaik untuk Abang." Kata HyQarl.

"Kau nak apa lagi ni Qarl?" Tanya Thariq menapak kearah Cinta.

"Love pergi masuk. Esok ngantuk pula masa dalam flight." Kata Thariq menyuruh Cinta masuk.

"Ok Abang. Love you." Kata Cinta mengucup pipi Abangnya.

"Love you too Dear." Thariq mengucup pipi gebu Adiknya.

"Kau nak apa datang kesini." Tanya Thariq.

"Kau takde hak nak kucup pipi dia. Dia hak aku." HyQarl seperti orang hilang akal disana.

"Aku takde masa nak layan lelaki macam kau Qarl." Thariq berlalu meninggalkan HyQarl didepan pagar rumahnya.

"Sayang esok abang tunggu sayang dekat Airport." Kata HyQarl.

HyQarl berlalu dan pergi kekondonya lalu mempacking pakaiannya yang akan dibawanya esok.

Dia akan pastikan yang Cinta akan jatuh semula kedalam pelukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience