Seperti yang sedia maklum, harini semua pelajar asrama perlu turun ke surau kerana ada tazkirah malam jumaat dan bacaan yassin seperti biasa. Memang menjadi rutin semua penghuni asrama puteri dan putera.
"Korang aku nak mandi dulu tau" kataku kepada aspuri. "Okay" kata mereka berempat serentak.
Sebenarnya setiap dorm mempunyai satu toilet. Toilet itu digunakan bagi penghuni asrama rasa lebih selesa apabila malam bagi tidak perlu bersusah-payah nak keluar dorm. Kalau nak mandi boleh menggunakan toilet di luar memang disediakan setiap tingkat.
Setelah siap mandi. Aku memakai baju kurung yang berwarna maroons di bahagian tangan ada bunga kecil yang berwarna pink yang lain sama corak dengan aku cuma yang membezakan kami adalah warna baju.
Sebenarnya, aku terpaksa pakai kalau bukan sebab aspuri memang tak aku nak pakai. Tapi memang wajib pakai baju kurung pun kerana itu etika pemakaian ketika ingin ke surau sekolah. Usai siap memakai baju, aku hanya memakai tudung bawal. Malas nak siap lawa lawa lagipun pergi surau jer.
Setelah aku dan yang lain siap, Tengku Syafiqah menutup pintu drom dan kami berlima jalan keluar dari block puteri ke surau.
"Weyh Syaf apa perasaan kau harini?" kata Tengku Syafiqah.
"Perasaan apa pulak ni?" soalku kepada Tengku Syafiqah. soalan di balas soalan.
"Apa perasaan kau bila sekolah kat sini" kata Tengku Syafiqah lagi.
"Hurmm not bad setakat ni. Feeling aku sama je dekat sekolah lama dulu cuma beza cuaca" kataku. Tengku Syafiqah mengangguk.
"Kau tahu aku rindu sangat dekat orang sana, sekolah, dorm, gaduh " ujar Tengku Syafiqah apabila teringat kembali mereka berdua tergelak kecil.
Tengku Farah Adlina, Nik Aira dan Iman Nadhirah hanya tersenyum nipis sahaja akan persahabatan Tengku Syafiqah dan Ku Syaf Ariana. Biarpun sudah lama tidak berjumpa tapi tidak menghalang batas untuk berkawan kembali.
Nik Aira menoleh kearah Ku Syaf Ariana "Syaf kalau kau ada problem kongsilah dengan kitaorang, tak yah segan segan lagipun kita semua dah jadi sahabat. Kalau nak tanya apa apa pun boleh kitaorang sedia berkhidmat" kata Nik Aira.
"Betul, betul, betul" ucap Tengku Farah Adlina. Dah macam upin ipin pulak si Farah ni.
Aku hanya tersenyum. Aku dah salah anggap pasal penghuni kat sini kerana meraka melayan aku dengan sangat baik. Adalah jugak yang benci aku tapi aku buat bodoh je. Tak suka aku boleh angkat kaki bla. Lagipun semak juga tengok muka orang dengki dengan kita.
Dalam sibuk berborak, kitaorang dah sampai di hadapan surau tempat perempuan.
Aku baru ingin membuka selipar langkahku terhenti apabila ternampak lelaki yang sangat aku kenali. Tak lain tak bukan Tengku Amirul Fareez dia tu kalau tak lalu depan aku memang tak sah. Pada malam ini, lelaki itu memakai baju melayu berwarna hijau lumut bersama seluarnya sekali.
"Dah habis scan badan aku" kata Tengku Amirul Fareez sinis. Ku Syaf Ariana menjeling tajam kearah muka lelaki itu.
"Bila masa pulak aku scan badan kau yang tak seberapa tu" kataku sinis lalu beredar pergi.
"Eii asal aku pergi scan dia atas bawah buat malu jer mesti dia fikir aku ni gatal" guman ku sendirian.
"Kau pergi mana Syaf?" tanya Nik Aira. "Aduh soalan SPM mana Aira rembat ni" kataku dalam hati. Nik Aira, Iman Nadhirah Tengku Syafiqah dan Tengku Farah Adlina memandang ke arah ku.
"Arkk tadi aku...aku..." bila masa kau jadi gagap ni Ku Syaf oi kata Tengku Syafiqah kepadaku.
"Aku...huh aku amik wudhuk tadi sebab lupa nak ambil waktu kat dorm" fuh ada pun jawapan untuk soalan SPM tadi. Nasib tak kantoi.
"Oooo"jawab mereka berempat.
"Dah jom masuk, nak start dah nk" ujar Iman Nadhirah mereka berempat menganguk lalu masuk ke surau dan mengambil tempat.
Selepas bacaan yassin kami menunaikan solat maghrib. Usai solat maghrib kami mendengar tazkirah oleh Ustaz Faizal dan seterusnya solat isyak.
Setelah tamat aktiviti kami menuju ke dewan makan. Kami masuk kedalam dan mencari tempat untuk diduduki.
"Syaf jom duduk dekat belakang hujung sekali" kata Tengku Syafiqah dan Nik Aira. Disitu terdapat 1 meja panjang yang memuatkan 10 orang disitu.
"Farah, Aira dengan Iman korang pergi ambil makanan dulu biar aku dengan Syaf jaga tempat" kata Tengku Syafiqah.
"Ok satgi lepas aku balik hang pulak ambil" kata Aira dengan loghat kedahnya.
Setelah hampir 5 minit, Nik Aira, Tengku Farah Adlina dan Iman Nadhirah datang dengan masing-masing membawa sepinggan nasi.
"Syaf Ika korang pergilah ambil makanan kitaorang tunggu korang kita makan sesama" kata Tengku Farah Adlina sambil meletakkan makanan diatas meja berserta air.
Ku Syaf Ariana dan Tengku Syafiqah berlalu pergi ke buffet makanan yang terletak di tengah-tengah dewan makan. Menu harini adalah nasi tomato, ayam masak merah dan dalca. Sedang aku ambil makanan bersama Tengku Syafiqah ada pulak orang utan ni bersama pengawalnya menyebok dekat belakang.
Tengku Syafiqah sudah berasa gementar apabila dibelakangnya terasa ada orang. Dia memandang Ku Syaf Ariana dengan tanda tanya. "Apa? " gumam aku perlahan. Tengku Syafiqah memberikan isyarat menggunakan matanya. "Pandang belakang?" soal gadis itu. Dia hanya mengangguk.
Aku menoleh kebelakang dan ternyata ada dua orang lelaki berada dibelakang kami. Tengku Amirul Fareez serta Syed Anas. "Korang buat apa dekat belakang kitaorang " ujar aku datar. Hari ni je muka dia aku nampak sepanjang hari. Bosanlah.
Ternaik alis kanan Tengku Amirul Fareez "aku nak ambil makanan ada masalah ke Cik Syaf Ariana? " soal jejaka itu datar.
Tengku Syafiqah mendengar menggulingkan matanya. "Benda korang boleh beratur kut. Takkan dah kebulur sangat sampai berdiri belakang kitaorang. Orang lain pun lapar tapi tak de ah macam korang berdua ni" ucap Tengku Syafiqah sinis. Dia memberikan senyuman senget kepada dua orang jejaka itu.
Ku Syaf Ariana memandang kearah sebelahnya "Ika jom kita pergi, kau dah selesaikan? " soalnya dengan datar. Gadis itu mengangguk lalu menarik tangan Ku Syaf Ariana pergi kearah meja. Malas nak duduk lama lama dengan jejaka berdua itu.
Setibanya dimeja Tengku Syafiqah mengerut dahinya "apasal ada Aiman dengan Faizs dekat meja kitaorang? " soal hati kecilnya. Tiba tiba muncul Tengku Amirul Fareez dan Syed Anas dengan membawa makanan masing masing.
"Apasal korang duduk sini" ujar Tengku Syafiqah keras. Mata biru itu menikam tajam muka Syed Anas dengan Tengku Amirul Fareez bagai hendak tembus.
Mata amber Syes Anas memandang kearah Tengku Syafiqah yang sedang memandang tajam kearah mereka berdua. Sedikit sebanyak agak menggerunkan jika sesiapa melihat keadaan gadis itu.
Semua yang berada dimeja itu memandang keempat empat manusia yang sedang berdiri. "Kitaorang nak makan kenapa tak boleh? " tutur Tengku Amirul Fareez dingin.
Baru sahaja Tengku Syafiqah ingin membidas Ku Syaf Ariana dulu membalas "memang tak boleh lagipun semak tengok muka korang ni" ujar gadis itu datar.
Iman Nadhirah dan Nik Aira cuba menarik tangan kedua dua gadis itu untuk duduk manakala Tengku Farah Adlina cuba menenangkan mereka berdua. Mereka takut jap lagi ada peperangan dalam dewan makan itu.
Tengku Amirul Fareez ingin membalas namun Faizs melarang "dah lah we makan cepatlah. Kejap lagi nak masuk drom ni" pujuk Faizs. Kedua mereka menjeling kearah kedua gadis kacukan itu. Mereka duduk dan menenangkan diri dari meletus.
Tengku Syafiqah mendengus kasar lalu duduk bersama Ku Syaf Ariana. Baru sahaja gadis itu ingin menyentuh makanannya datang sekumpulan sotong kearah mereka.
"Excuse me, asal korang rampas tempat kitaorang dari depan boyfriend kitaorang " ujar leader kumpulan tersebut.
Lupa nak habaq mai aku kenalkan kumpulan ni. Kumpulan ini dipanggil Divaprinces. Mereka semua ni anak kaya tapi tak setanding Aspura dan Aspuri. Mereka terkenal disekolah akan membuli yang kacau hidup mereka dan selalu sahaja ingin menggedik dengan Aspura macam ulat bulu.
Iman Nadhirah memandang kebelakang ternyata Divaprinces. Dia terus sahaja berubah dingin. "Apa kau cakap? Kitaorang rampas tempat kau? Oi sotong kitaorang yang sampai dulu lepas tu kau cakap kitaorang rampas" sinis Iman Nadhirah berkata yang lain hanya mendengar.
Tengku Melysa serta Kartina Ayu terasa panas mendengar apatah lagi bila gadis itu menggelarkan mereka sotong. "Hek kau yang miskin hina ni layak ke nak makan depan anak jutawan" ujar Adriana Jazmin sinis.
Dia sakit hati dengan geng gadis itu apabila mereka dapat makan bersama hotstuff yang paling popular itu. Mereka ingin dekati pun selalu sahaja dihalau.
Nik Aira bangun dan menghadap Divaprinces "sekurang kurangnya kitaorang yang miskin ni tak menggatal dengan lelaki lain macam korang" sinis dia berkata. Dia memberikan senyuman mengejek kearah mereka.
Divaprinces makin panas mendengar kata gadis itu. Aspura hanya melihat sahaja kalau dah teruk sangat baru mereka bertindak.
Tengku Hellysya memandang kearah Tengku Amirul Fareez "you tolong halau mereka ni. I kan girlfriend you takkan you tak kesian " sengaja Tengku Hellysya membuat suara lirih untuk mendapat simpati dari lelaki yang dia minat.
Tengku Amirul Fareez membuat rolles eyes "bila masa aku jadi boyfriend kau and one more thing, pandai pandai kau lah. Bukan hal aku nak masuk campur " ujarnya datar. Berbulu telinganya mendengar simpati dari gadis itu.
Tengku Hellysya menjeling kearah lelaki itu sebelum memandang semula Aspuri. "Ni semua salah korang sebab Amirul tak nak pandang aku " ujarnya garang. Namun tidak menakutkan Aspuri.
Satu dewan makan diam melihat perbalahan antara dua kumpulan itu.
Tengku Farah Adlina menjongketkan bahunya "bukan masalah kitaorang dia yang tak nak dekat kau lepas tu salah kitaorang " sinis Tengku Farah Adlina berkata.
Makin bengkak hati mereka mendengar balasan Tengku Farah Adlina. Mereka semua memandang tajam kepada Aspuri.
"Mesti korang dah guna ubatkan dekat mereka. Yelahkan mereka kaya tak macam korang miskin tak mampu. Mesti mak bapak korang pun sama suruh ubatkan mereka semua untuk kikis duit dorang " sinis Tengku Hellysya dengan penuh lagak. Dia tersenyum sinis lalu menyilangkan tangan kedada.
Tengku Syafiqah mendengar terus sahaja bangun dan menghadap perempuan itu. Mata biru itu sudah makin hitam memandang tajam kearah muka Tengku Hellysya.
Pang!
Terteleng kesebelah muka Tengku Hellysya akibat ditampar kuat oleh Tengku Syafiqah. Semua yang berada di dewan makan terkedu melihatnya termasuk Aspura, Aspuri serta Divaprinces.
Tengku Hellysya memegang mukanya yang ditampar lalu memandang tajam kearah gadis dihadapannya.
"Apa hak kau tampar muka aku!" suara seoktaf Tengku Hellysya dihadapan Tengku Syafiqah tetapi gadis itu hanya tersenyum sinis sahaja. Aspuri sudah gerun melihat sahabat mereka bersama warna mata sahabatnya. Kalau sahabat mereka sudah marah tiada sesiapa boleh menghentikan dia.
"Apa hak aku? Kau yang sesuka hati sebut mak bapak aku dengan sahabat aku macam tu. Hei perempuan kau ingat aku hamak sangat ke nak jantan jantan depan aku ni macam kau yang tergila gilakan mereka sama dengan kawan kau yang jijik tu" tutur Tengku Syafiqah dingin. Tengku Hellysya dan yang lain makin panas mendengar selain itu mereka terasa gerun melihat mata Tengku Syafiqah.
Gadis itu memandang tajam satu persatu wajah Divaprinces "aku kira sampai tiga korang tak bla jugak dari sini tunggu nasib korang" ujar gadis itu keras.
Tengku Syafiqah memulakan mengira.
"Satu"
"Dua"
Divaprinces yang lain masih tidak berganjak dari kedudukan.
"Tig-"
Cepat cepat Divaprinces pergi dari situ. Gerun dengan satu persatu ucapan gadis itu disetiap benak fikiran.
Tengku Syafiqah tersenyum senget kearah mereka dan merasakan dirinya diperhatikan. Dia memandang sekeliling dewam makan ternyata betul.
"Apasal korang semua pandang aku?! Baik korang makan sekarang sebelum aku sendiri yang suapkan korang semua! " jeritnya lantang. Semua yang mendengar terasa kecut perut.
Tengku Syafiqah duduk dan mengambil karipap yang masih tersisa tadi. Dia memandang tajam satu persatu wajah Aspura "apa pandang pandang! Korang nak jugak macam aku buat tadi dekat perempuan tu" ujarnya keras. Hilang seleranya nak makan.
Mereka semua menggeleng lalu menudukkan kepala sikit itu makan. Gerun ingin melihat wajah marah gadis itu.
Tengku Amirul Fareez menoleh sedikit kesemua sahabatnya. "Garang dho aku tengok Ika tu. Mata jangan cakap serupa nak bunuh orang" bisiknya perlahan. Takut didengari oleh gadis itu.
Aiman Mukhris, Faizs dan Syed Anas mengangguk setuju.
Aspuri hanya memerhatikan sahaja gelagat Aspura kemudian menoleh kearah Tengku Syafiqah. Mereka semua menghelakan nafas berat.
Dibelakang mereka, seseorang sedang perhatikan kumpulan Aspuri bersama yang lain. Mereka semua tersenyum senget.
"Interesting".
Share this novel