Chapter 5: To

Action Completed 789

Setelah turun dari bas,saya mengajak senior Anima ke kedai makan berdekatan untuk berbincang tentang sesuatu hal.Senior Anima tidak cakap banyak dan setuju dengannya.Kami pun berhenti di satu restoran makanan ringan di situ.Disebabkan agak lama di dalam bas,saya agak lapar jadi saya memesan set penuh makanan manakala senior cumalah memesan jus asam sahaja.

"Jadi kenapa awak mahu jumpa saya?" tanpa membuang masa,senior Anima terus bertanya pada saya.

"Sebenarnya,saya ada sedikit masalah untuk beritahu pada awak"
"Pertama,adik saya tidak sedarkan diri sejak hari awak mengadakan konsert itu"
"Kedua,seorang kawan saya yang bekerja di stadium konsert itu telah menghilangkan diri sehingga hari ini" kata saya dengan penuh serius.

"Jadi,kenapa awak beritahu saya"
"Bukan lebih bagus awak beritahu ketua"
"Saya bukannya tidak kasihankan adik atau kawan awak tu tapi jika awak ada masalah patutnya terus sahaja beritahu kepada ketua" balas senior Anima sambil meminum jus asam.

Ada betul apa yang senior Anima kata.Perkara sebegini memang patut saya laporkan pada ketua terus kerana ia melibatkan hal peribadi saya.Namun begitu,hati saya mahu beritahu pada senior Anima terlebih dahulu.

"Saya bukannya tidak mahu beritahu ketua tetapi saya masih ragu-ragu dengan kejadian hari itu"
"Jikalah perkara yang berlaku sekarang ni cumalah sekadar kebetulan sahaja dengan peristiwa hari itu,ia mungkin menyusahkan ketua dan yang lain" balas saya sambil memasukkan makanan ke dalam mulut.

"Habistu susahkan saya tidak mengapa pula?"
"Haih,baiklah saya akan tolong awak kali ni" balas dia sambil menggunakan sudu tambahan untuk mencuri makan nasi saya.

"Anima,tu nasi saya"

"Ye,saya tahu"

"Boleh tak..."

"Boleh apa?"

"Tak mengapalah"

Selepas itu,kami sambung makan sebentar.Kemudian,senior Anima pula tetiba bertanya pada saya.

"Tak mungkinlah itu sahaja sebab awak panggil saya ke mari"
"Pasti ada sebab kenapa saya secara khususnya perlu datang"
"Setahu saya,awak agak rapat dengan Ejen 6,Rex" kata senior Anima sambil menghalakan sudu ditangannya ke arah saya.

"Sebenarnya,ada lagi satu perkara saya perlu beritahu awak"
"Ia berkaitan dengan orang yang melakukan kekecohan hari itu"

Keadaan kembali menjadi serius.Senior Anima pun segera menelan makanan di dalam mulutnya dan mendengar dengan teliti.

"Ada apa dengan benda tu" kata Senior Anima.

"Ketika saya berjumpa dengan orang itu,dia menyuruh saya untuk memberitahu awak sesuatu perkara"
"Dia kata,dia tahu apa yang berlaku pada abang awak"
"Sei-"

Belum sempat saya menghabiskan ayat,senior menarik kolar baju saya dan menunjukkan muka yang garang "Apa lagi yang dia beritahu awak,Shirou"

"Lepaskan saya dulu,Anima"
"Susah nak beritahu dalam keadaan macam ini"

Dia mula menenangkan diri dia dan melepaskan kolar baju saya.Dia meminta maaf pada pekerja dan pelanggan yang berada di sekeliling kami kerana membuat kecoh sebentar.

"Seingat saya,dia cuma beritahu yang dia mempunyai maklumat tentang abang awak"
"Selain itu,dia juga mahu awak ke lokasi yang dia berikan untuk tahu yang selanjutnya"

"Di mana lokasi tu"
"Beritahu saya" kata-kata senior Anima menjadi lebih terdesak dan terdesak.Dia seperti orang lain sekarang ini.

"Awak pasti ke awak mahu tahu tentang ini"
"Bukan lebih baik kita beritahu pada ketua terlebih dahulu"

"Lupakan semua tu"
"Saya cuma perlukan lokasi tu sekarang"

"Saya tidak tahu kenapa awak terdesak macam ni tapi saya ada syarat sebelum saya beritahu lokasi yang diberi"
"Saya nak awak bawa saya bersama ke sana"

"Saya tak setuju"
"Lebih baik awak tidak libatkan diri dalam hal orang lain"

"Anima,ini bukan lagi hal orang lain"
"Ia juga merupakan hal saya sekarang ini"
"Adik saya tidak sedarkan diri,kawan saya pula menghilang dan ia mungkin berkait dengan orang yang tahu perkara berkenaan abang awak" kata saya pada senior Anima yang terkejut melihat saya berkata begitu.Mungkin dia tidak pernah dimarah begitu.

"Huh,baiklah"
"Awak boleh ikut saya tetapi kita mesti rahsiakan ini dari ahli SOLUTION yang lain"
"Boleh awak ikut apa yang saya katakan?"

Saya mengangguk tanda setuju dan beredar keluar dari restoran itu.Kami berjanji untuk berjumpa di perpustakaan esok untuk berbincang hal ini.

Keesokan harinya,

"Anima,saya ada di sini"

"Awal awak sampai"
"Baiklah,awak sudah bersedia untuk pergi?"

"Mestilah"
"Okay,sekarang lokasi yang diberinya ialah di sekitar kawasan Mahkamah lama di area 2,Central Brilliant"

"Agak jauh juga dari sini"
"Ayuh pergi sekarang"

Kemudian,kami menggunakan bas untuk ke Central Brilliant iaitu bandar utama bagi Bandar Brilliant.Ia merupakan tempat yang maju dan kawasan yang amat sesuai untuk pelbagai industri untuk berkembang.Bandar itu juga mempunyai tahap gangguan roh yang terendah di dunia.Jadi kami ahli SOLUTION jarang pergi ke sana melainkan untuk makan angin.

"Lama lagi ke kita nak sampai" tanya senior Anima pada saya.

"Tidaklah lama sangat"
"Central Brilliant cuma ambil masa 20 minit sahaja dari perpustakaan bandar Utara"

Senior Anima menghembuskan nafas yang sangat panjang menandakan yang dia bosan.Saya pun tidak tahu nak buat apa.Ketika itu,saya teringat tentang satu perkara.

"Anima,awak ingat tak pada hari kita ditugaskan untuk melaksanakan misu bersama"
"Sebenarnya,ketua ada tunjukkan satu video pada saya tentang awak"
"Dalam video itu,awak tidak seperti awak hari ini.Ia seperti awak ketika menjadi Soul"

"Saya tidak pernah cerita tentang abang saya pada awak kan?"
"Abang saya ialah salah seorang dari pengasas SOLUTION beberapa tahun yang lalu"
"Malangnya dia telah pergi lebih kurang 3 tahun yang lalu"

"Apa kena mengenanya dengan soalan saya" potong saya tanpa membiarkan dia menghabiskan ayatnya.Saya ingatkan dia akan marah atau tegur saya tetapi dia teruskan dengan suara yang tenang.

"Berdasarkan ahli-ahli yang lain,nama SOLUTION ialah sekadar singkatan bagi nama penuh organisasi ini iaitu Soul Recovery Association"
"Tapi bagi abang saya,apabila dia menubuhkan SOLUTION,perkataan SOLUTION itu sendiri bukanlah sahaja nama singkatan tetapi ia juga memberi makna lain tentang sebab organisasi ini ditubuhkan"
"Abang saya kata,SOLUTION bukannya ditubuhkan untuk menghapus tetapi ia ditubuhkan untuk menunaikan"
"Sehingga sekarang,saya masih tidak faham sepenuhnya apa yang dia katakan"
"Oleh itu,saya membuat kesimpulan bahawa apa yang dimaksudkan ialah menunaikan impian setiap roh itu"
"Ia memang menyusahkan tetapi saya mahu hidupkan makna SOLUTION itu sendiri jadi saya masih meneruskannya hingga sekarang"

Senior Anima bertanya sama ada saya ada soalan lagi atau tidak.Saya mengatakan tiada tetapi sebenarnya saya masih mempunyai banyak lagi soalan.Saya tidak sambung bertanya kerana saya takut saya akan tersentuh apa-apa tajuk yang sensitif.Jika boleh,saya tidak mahu merenggangkan hubungan saya dan senior Anima supaya hal ini tidak menjadi lebih susah.

"Awak pula macam mana"
"Kenapa awak terima tawaran menjadi Ejen SOLUTION"
"Awak tidak ragu-ragukah dengan mereka ni" tanya senior Anima.

Kemudian,saya menjawab tanpa meninggalkan apa-apa maklumat tentangnya.Saya memberitahu dia bahawa saya menjadi ejen SOLUTION disebabkan peristiwa Kitai.Senior Anima mengatakan bahawa benda yang menyerang saya dan Kitai itu mungkin ialah roh tetapi berbeza dari roh yang kami pernah jumpa setiap misi.Ia digelar Roh Magis.Roh Magis ialah jenis roh yang terkuat dan misteri di antara semua.Namun,ia juga telah diklasifikasikan sebagai makhluk yang pupus atau tidak lagi wujud di dunia ini sejak 15 tahun yang lalu.Walau bagaimanapun,melalui penerangan saya tentang makhluk yang menyerang kami kepada senior Anima,dia membuat hipotesis bahawa Roh Magislah yang menyerang kami ketika itu.Saya lansung tidak cuba menafikan senior tetapi jenis makhluk yang telah hilang lama dahulu untuk muncul semula memang agak mustahil.

Tak lama selepas itu,kami sambung berbual tentang pelbagai perkara contohnya,kenapa senior Anima menjadi idola,bagaimana rupa kampung saya,siapakah cinta hati kami dan macam-macam lagi.Semua topik itu telah membuat kami tanpa sedar telah tiba di Central Brilliant.Kami dengan segera keluar dari bas dan mula mencari tempat yang dituju.Ketika itu,kami berdua lansung tidak sedar ada yang sedang melihat kami.

"Jadi di mana lokasinya,ShiShi?"

"Berdasarkan lokasi yang diberi,tempat yang kita tuju berkemungkinan berada di mahkamah lama atau kawasan perumahan yang berada di arah utara"

"Baiklah,kita berpecah di sini"
"Jika awak mendapat apa-apa maklumat yang berguna,maklumkan pada saya"

"Baiklah"

Senior Anima akan memeriksa kawasan perumahan itu manakala saya akan pergi ke mahkamah lama.Kami membuat keputusan jikalau ada masalah berlaku di kawasan perumahan,senior Anima boleh melakukan tugas dengan lebih efisien.Dengan persetujuan di antara kami berdua,bermulalah pencarian kami mencari lokasi orang yang menyerang kami sebelum ini.

"Kawasan mahkamah lama ni sangatlah terpencil dan agak jauh dari manusia"
"Jika saya menjerit ataupun meletupkan tempat ini, kemungkinan untuk penduduk di sini mendengarnya sangatlah rendah"
"Jalan ke mahkamah ini juga seperti tidak mahu sesiapa datang ke mari"

Selepas beberapa minit berjalan, akhirnya saya tiba di mahkamah lama itu.Bangunannya tidaklah besar sangat.Tempat mahkamah ini dibina juga tidaklah luas.Ia seperti cuma beberapa kes sahaja yang akan di bawa ke sini.Mahkamah ini sudah tidak digunakan sejak 14 tahun yang lalu.Berdasarkan maklumat yang berada di internet,kes terakhir yang dibincangkan di sini ialah tentang Roh Magis.Roh Magis itu dikatakan telah muncul dan menyerang penduduk di sini.Seorang lelaki dituduh merupakan tuan kepada Roh Magis itu tetapi lelaki itu telah dilepaskan kerana tiada bukti yang cukup dan kukuh untuk menuduh dia.

Kriiikk

"Urgh,berhabuknya"
"Luarnya tidak besar tetapi bila dilihat dari dalam,ia memang sangat luas"
"Baiklah"
"Hoi,jika ada sesiapa di sini,tunjukkanlah diri awak"

Tiada yang menjawab.Berkemungkinan ini bukan tempatnya.Namun,saya masih terus mencari apa-apa klu di sini.Semakin lama saya berjalan,semakin gelap jadinya.Terdapat beberapa ruang yang membenarkan cahaya matahari untuk masuk tetapi semakin dalam,ia semakin berkurang.Saya berasa takut sedikit jikalau saya diserang hendap atau musuh yang saya tidak mampu tangani muncul sekarang.Jadi saya mengeluarkan pedang elektrik yang saya pinjam dari senior Anima dan bersedia dengannya.

Wuishh

"Siapa tu"
"Jangan ingat saya tidak perasan"

"Graggghh"

Clash
Zapp

Baru sahaja cakap,dia muncul depan saya.Satu makhluk yang saya tidak pernah lihat tapi seperti pernah saya jumpa muncul dan menyerang saya.Gaya serangan dan pergerakan makhluk ini agak serupa dengan makhluk yang menyerang saya 4 tahun lalu.Saya mahu beranggapan bahawa makhluk ini ialah Roh Magis tetapi saya tidak tahu ciri-ciri Roh Magis jadi ia agak susah untuk membuat kesimpulan.

"Wragggh"
"Ambil niiiiii"

"Eeekkkk"

Akhirnya,saya dapat mengalahkan makhluk itu.Saya berasa sangat letih dan terasa sangat susah bernafas.Makhluk itu mampu membuatkan saya menggunakan sepenuh tenaga.Ia bukanlah tenaga fizikal sahaja tetapi mental saya juga terasa sangat teruk.Entah sebab apa,saya tidak melihat memori ataupun impian roh itu sebaliknya benda misteri dan gangguan minda sahaja yang ada di dalamnya.Ia seperti suatu seksaan yang tidak boleh diungkap.Jika saya tidak bersedia tadi,berkemungkinan saya boleh pengsan di sini.

Tup,tup,tup

Ada lagi ke?Alamak,kali ini bukannya satu tapi empat makhluk itu!

"Graggghh"

1 jam berlalu,

Saya masih bertarung dengan empat makhluk tersebut.Satu pun tidak undur mahupun dikalahkan.Setiap kali diserang,mereka akan memulihkan diri mereka dalam masa yang singkat.Jika satu sahaja,saya boleh menghalangnya memulihkan diri tetapi empat adalah mustahil.

"Baiklah,cukuplah di situ"
"Saya tidak mahu dia mati di sini"

Makhluk-makhluk tu berhenti setelah mendengar arahan dari suara tersebut.Saya cuba mencari siapakah pemilik suara tu.Ia datang dari bilik di hadapan saya.Pintu bilik itu terbuka dan dalamnya tersangatlah gelap.Dari kegelapan itu,bunyi tapak kaki semakin kuat dan kuat menandakan yang pemilik suara itu semakin hampir.

"Selamat datang,Shirou"
"Nampaknya kamu telah tiba di sini"

"Ke-kenapa"
"Kenapa awak yang keluar dari bilik tu"
"Kenapa awak menyerang saya,abang Rex!"

Terima kasih pada yang membaca chapter ini. Penghujung chapter ini menandakan bermulanya bahagian terakhir untuk novel ini.Death Wish cumalah novel yang pendek sahaja dengan beberapa chapter.Saya berharap bagi yang membaca akan terus membaca hasil kerja saya ini.Setelah tamat Death Wish ini,saya akan terus memulakan projek baharu bersama dengan chapter baharu untuk Holy Sword.Cerita Holy Sword masih tergendala sebentar kerana saya sedang memikirkan dan mencuba untuk membuat lakaran dan rekaan watak serta cover story tersebut.Bagi Death Wish pula,saya mungkin akan buat satu covernya tapi mungkin akan ambil masa sebab saya sendiri tidak pandai hal-hal design ini.Jika ada yang mahu tolong buat cover untuk Death Wish, dialu-alukan untuk menolong.Tapi jikalau berbayar mohon maaflah.Saya tidak mampu. Okay,itu saja dari saya.Saya berharap para pembaca boleh sentiasa bersama Death Wish hingga ke akhir.Dan jika boleh,tolong komenkan cadangan dan penambahbaikan di ruang komen.Sekian,terimakasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience