BAB 10

Family Completed 6753

Suhida bangkit dan duduk di depan Halilah dan Emma. “Kau
orang kena tahu, kalau suami ada isteri baru, itu tandanya Allah bagi
isteri pertama berehat. Rehat yang berpahala tau. Bila kita tanam rasa
reda, hidup kita akan bahagia. Apalah sangat nak direbutkan, bukan luak
pun kalau berkongsi. Lagipun, suami bukan milik kita sorang tau tapi
milik Allah. Bila-bila masa /je /Allah boleh tarik nyawa suami.”

“Kau senanglah cakap macam tu, Ida sebab suami kau berlaku
adil. Tapi kan... betul ke madu kau tu reda terima kau? Entah-entah dia
pun pasrah macam aku. Sebab tak nak jadi janda, terima /je /kehendak
suami.” Tajam Emma menjeling Suhida.

“/Excuse me.../ madu aku tu sebenarnya kawan baik aku tau.
Dia sendiri yang lamar aku untuk suami dia sebab aku belum dapat jodoh
lagi. Mulanya aku tak nak, sebab prinsip aku tak nak kahwin dengan suami
orang. Tapi... bila tiap kali aku susah dia orang yang selalu tolong,
hati aku mula terbuka untuk suami aku tu. Kalau dah jodoh dengan suami
orang nak buat macam mana kan? Tak boleh nak elak. Tapi alhamdulillah,
hubungan kami bertiga bahagia. Kadang-kadang tu suami aku yang merajuk
bila asyik kena pinggir. Yalah, isteri-isteri dia ni kawan baik. Semua
benda pun nak buat bersama.” Suhida tersenyum bangga.

“Gila agaknya kawan kau tu sampai sanggup tawarkan suami
sendiri.” Halilah pula yang terasa. Apabila Suhida sebut bermadu dengan
kawan baik, terus dia teringatkan Farhana.

“Terpulanglah apa yang kau nak cakap, Eyla. Janji aku
bahagia. Kau /pulak, /Emma... aku rasa kau kena bincang elok-elok
sebelum ambil keputusan untuk bercerai. Takkan nak tengok anak-anak kau
terpisah daripada ayah dia orang /pulak./” Suhida menilik jam di tangan
kanan. “Eh, okeylah rehat dah nak habis ni. Aku naik atas dululah.”

Emma meraup wajah. Hatinya mula bolak-balik.

“Jomlah naik atas. Sekarang kau tumpukan pada kerja. Jangan
campur adukkan urusan kerja dengan masalah peribadi. Kau kena fokus,
Emma. Kalau kau tak kerja rajin-rajin, macam mana nak sara anak-anak kau
yang masih kecik tu? Dia orang perlukan kau. Kau kena kuatkan semangat.”
Halilah menarik tangan Emma dan melangkah ke arah lif.

“Oh ya, Eyla... aku baru teringat sesuatu.” Suhida bersuara.
Dia yang berada di dalam perut lif memandang Halilah dan Emma yang mahu
melangkah masuk.

Halilah tak jadi meneruskan langkah. Tajam matanya memandang
senyuman ala-ala mengejek Suhida.

“Dua minggu lepas aku nampak /husband/ kau masuk kedai emas
dengan perempuan tau. Entah-entah tu calon madu kau kot. Tahniah bakal
dapat madu. /Welcome to the group!/” Suhida senyum sinis dan menutup lif
tanpa sempat Halilah dan Emma masuk.

“/Eee... /geramnya aku dengan mulut perempuan tu! Rasa nak
tampar /je /mulut puaka dia!” Halilah menggam tangan menahan geram.

“Sabar, Eyla... mungkin dia salah orang kot.” Emma mengusap
belakang Halilah. Punat lif ditekan.

Halilah menarik nafas cuba menyedapkan hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience