BAB 19

Horror & Thriller Completed 790

Mereka sampai dikawasan daerah yang tertera pada alamat. Mereka berhenti untuk makan tengah hari.

“Kau rasa betul ke tindakan kita? Tipu family semata-mata misi jejak Rania.”, soal Raihana.

“Hana, kau tak percaya aku ke?”, soal Rania.

“Bukan aku tak percaya, tapi dengan tindakan kita yang melulu tak periksa dulu tempat tu macam mana, tak kaji tak apa. Aku rasa tak selamat. Macam orang tak tau pun kita kat mana. Kalau jadi apa-apa macam mana?”

“Aku yakin kita tak apa-apa. In sha allah. Allah kan ada.”, balas Faroq.

“Kau tau ke jalan nak masuk ke sana. Kat mana tempatnya?”, soal Raihana.

Faroq membawa gambar itu pergi kearah tuan kedai makan itu. Faroq menunjuk alamat tempat itu.

“Assalam pakcik. Tumpang tanya. Pakcik tau tak dekat mana tempat ni atau jalan nak ke tempat ni?”

“Tau, tapi jalan ni jauh kedalam kampungnya. Nak tunjuk pun pakcik sibuk sekarang ni. Takpalah macam ni, pakcik minta anak sedara pakcik tunjukkan.”

Pakcik itu memanggil anak saudaranya. “Ni anak sedara pakcik, Zul. Dia akan tunjukkan jalan. Zul, hang pi tunjuk jalan dekat depa sat. Ni alamatnya. Hang tau kan. Hang pi ajak adik hang teman sekali. Jangan pi sorang-sorang. Bahaya.”

Zul mengangguk lalu pergi mengambil motornya. Zul menunjuk jalan kearah alamat. Sekeliling kawasan penuh dengan semak yang tebal dan pohon-pohon yang tinggi. Kawasan itu sangat sunyi. Tidak hairanlah pakcik tadi menyuruh anak saudaranya membawa teman bersama.

Perjalanan mereka kedalam kawasan kampung mengambil masa sekitar 50 minit ke 1jam 15minit. Agak jauh kedalam. Mereka pun berhenti di bahu jalan. Memandang kereta yang lalu pun hanya sebuah ke dua buah sahaja.

“Maaflah bang. Saya boleh tunjuk sampai depan kampung ni je. Untuk ke alamat rumah saya tak tau. Maaf ye.”

“Takpalah, ini pun kami dah berterima kasih banyak-banyak sebab awak sudi tunjukkan jalan.”, balas Rania.

“Abang datang sini, ada keluarga ke?”, soal Zul.

“Haah, abang nak jumpa atuk abang. Dah lama tak balik kampung sampai lupa jalan.”, kata Rizal.

Mereka bersalaman dan berterima kasih kepada Zul. Zul meneruskan perjalanan untuk pulang manakala mereka cuba untuk menjejaki alamat itu.

***************

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu Munir dan Mawar. Hari pernikahan mereka. Mereka menyambut hari itu dengan penuh rasa syukur dan bahagia. Keluarga Munir dan Mawar cukup rapat. Tidak hairanlah mereka digandingkan bersama. Munir memandang Mawar. Begitu juga dengan Mawar.

“Abang rasa bersyukur. Tidak sangka semuanya berjalan dengan amat lancar.”

“Mawar juga bersyukur. Tuhan itu telah mempermudahkan segalanya.”

Dari sudut hujung rumah, kelihatan Jamilah sedang merenung mereka dengan perasaan marah. “Aku gagal lagi. Aku perlu pastikan semuanya tidak bertahan lama.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience