BAB 8

Romance Completed 20930

Humaira merebahkan dirinya di atas katil. Rasa penat menyapanya kerana seharian dia bekerja. Selepas ini dia perlu ke hospital pula kerana pada malam itu gilirannya dan Ilyas yang bertugas. Humaira ingin berehat sebentar walaupun lima minit. Amir hanya memandang kosong ke arah Humaira. Dia mencapai kain tuala dan masuk ke bilik air. Dia juga baru pulang dari kerja di pejabat milik keluarganya.

Humaira mengiring ke kiri. Dia cuba untuk melelapkan mata malangnya tidak berjaya. Masalah antara dia dan Amir terus- terusan bermain di dalam kotak fikirannya. Dia mengiring pula ke kiri dan membuka mata.. Terkejut biawak Humaira saat melihat Amir sedang terbaring di tepinya. Dia hampir terjatuh dari katil itu. Mujur sahaja Amir sempat menyambarnya.

“ Thanks ! ” Ucap Humaira dalam nada yang lemah. Amir tersenyum. Dia menghadiakan Humaira satu ciuman mesra di dahi. Humaira terdiam. Dia tidak tahu lagi apa yang patut dibuatnya. Dia membiarkan sahaja Amir melakukan sedemikian rupa.

“ Abang…, Maira pergi dulu ! ” Kata Humiara. Dia baru teringat akan kerjanya.

“ Pergi mana ? Dah malam ni… ”

“ Hospital ! ”

“ Hospital ? Kenapa pergi hospital ? Mai sakit ke ? ” Muka Amir menjadi serius dengan tiba- tiba. Humaira tidak mempedulikan pertanyaan Amir. Dia segera keluar dari bilik untuk mendapatkan kereta Myvi miliknya. Amir mengikuti Humaira dari belakang. Dia perlu cari tahu tujuan sebenar Humaira pergi ke hospital. Dia perlukan pastikan itu !

Humaira menguak pintu keretanya setelah membuka kunci. “ Mai ! Naik kereta abang je lah. Biar abang hantar… ” Humaira menjeling tajam. Namun, dia tetap menuruti arahan Amir. Pintu keretanya ditutup dan dikunci. Amir tersenyum lebar kerana Humaira medengar kata- katanya.

Amir menguak pintu kereta Mercedes- Benz miliknya untuk Humaira. Kemudian, dia menguak pintu kereta itu untuk dirinya pula. Tidak lama kemudian, kereta Amir meninggalkan halaman rumah mereka.

Di sepanjang perjalanan, Humaira dan Amir hanya membisu. Hanya bunyi DJ Era FM berceloteh yang kedengaran. Sekali- sekala kedengaran Amir berdehem- dehem beberapa kali. Dia cubamencari kekuatan untuk berbicara. Dia perlu mengoyakkan kesunyian yang telah lama tercipta antara mereka.

“ Mai… ! Kenapa Mai nak pergi hospital ? Mai sakit ke ? ” Amir berjaya mengoyakkan kesunyian.

“ Tak… Maira kerja ! ” Jawab Humaira.

“ Oh…, begitu ! Kalau boleh abang tahu, Mai kerja apa dekat hospital ?” Berkerut- kerut dahi Humaira saat Amir mengajukannya soalan itu. Adakah Amir ini seorang detektif ? Dari tadi ayik bertanya. Humaira tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang comel tanpa disedarinya. Amir terdiam. Ini merupakan kali pertama dia melihat senyuman yang terukir di bibir Humaira setelah hampir lima tahun tidak bersua muka. Ini adalah sesuatu yang positif.

“ Abang ni… Dari tadi asyik bertanya… ” Kali ini Humaira tergelak pula. Dia langsung tidak perasan akan perilaku yang sedang dilakukannya. Amir tersenyum. Dia gembira yang amat.

“ Maira pergi hospital sebab Maira ni doktor. ” Terlopong mulut Amir saat mendengar pengakuan Humaira. Sungguh ! Dia amat terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience