BL8

Humor Series 177133

"Thanks My baby Neyla. I love you." ucap Darlow Terdengar jelas di telinga Neyla.

Darlow mengucup dahi Neyla lembut sebelum dia diulit mimpi.

Neyla menahan tangisannya daripada terdengar oleh Darlow. Hatinya sakit. Saban hari dia melayan lelaki itu. Dia sangkakan lelaki itu mempunyai perasaan kepadanya. Mencintai dirinya. Tapi dia silap. Dia buta kerana cinta. Kini dia sedar Darlow hanya inginkan tubuhnya dan tidak mungkin lelaki itu akan menjadi miliknya.

Tapi kenapa dia masih berharap agar lelaki itu mahu membuka pintu hati buat dirinya dan menerimanya.

Isakan yang tadinya di perlahan kini semakin kuat.

Dia menutup mulutnya dengan tapak tangannya. Air mata mengalir laju menuruni pipinya. Terasa pinggangnya semakin erat dipeluk Darlow bibirnya di ketap erat bimbang akam menyedarkan lelaki itu.

....

"Mana Lim?" soal Gib kepada PA-nya sebaik saja perbincangan bersama Carlos pagi ini sudah selesai. Stela yang baru saja mahu bangkit dari kerusi itu laju menggarukan kepala.

"Saya belum nampak dia pagi ni Bos.. Kenapa Bos nak saya panggil dia ke?"

Jam Rado Jubile di pergelagangan tangan ditilik sekilas.

"Cari dia dan suruh dia jumpa aku sekarang." arah Gib bersama wajah serius.

Riak Stela berubah gelisah. Kepalanya mengangguk. Langkah kaki mula di buka untuk keluar dari bilik tersebut.

Mulutnya terkumat-kamit menyumpah lelaki yang bernama Lim itu. Menyusahkan betul. Kalau sudah riak wajah Gib tegang seperti tadi pasti ada masalah yang telah ditimbul oleh lelaki itu.

Dan dia sangat berharap dia dapat mencari lelaki itu. Kalau dia tidak berjaya, Pasti dia juga terkena tempias amarah 'Raksasa jadian' itu.

"Dasar King*** punya Lim. Kalau tak menyusahkan hidup aku satu hari tak sah. Dah la Raksasa jadian tu mood tak baik!" Sumpah Stela sambil berjalan di setiap pelusuk pejabat itu mencari Lim. Kakinya sengaja di hempas kuat geram!.

"Amboi indah bahasa kau mengingzirkan aku ya." muncul suara Lim dari belakang.

Bahu Stela sengaja di rempuh kasar sambil menjeling gadis itu.

"Hoi Apek! kau kalau sehari tak susahkan hidup aku tak boleh ke? Kau pergi masuk bilik Bos sekarang. Dia nak jumpa kau. S.E.K.A.R.A.N.G!! Jangan di sebabkan kau, Habis satu Office kena tsumani." beritahu Stela marah.

Lim mencebik. Wajahnya sengaja di ejek percakapan Stela.

"Ya Tuhan. Kenapa aku perlu bekerja dengan manusia bertopengkan Kingzzz" Belum sempat Stela menghabiskan kata-katanya sekali lagi bahunya di rempuh kasar.

"Ups maafin ya salah jalan." Tajam mata Stela merenung tubuh Lim dari belakang.

Dengan penuh berkeyakinan, Lim berjalan menuju ke bilik Gib. Penampilannya di kemaskan sebelum mengetuk daun pintu.

"Masuk." kedengaran suara Gib dari dalam.

Perlahan kaki melangkah masuk.

"Mana kerja yang aku suruh kau buat?" sergah Gib dengan muka yang tegang.

Terangkat bahu Lim apabila terus di sergah Gib.

"Lah Dia kan MC seminggu tak kan nak kena ikut jugak bos."Sengih Lim tangan kanan di naikkan menggaru kepala.

Betullahkan, Dah kekasih hati pujaan bosnya dihospital takkan dia nak tunggu dah terang lagi bersuluh pak polisi gagah perkasa dah ada mengawasi gadis itu.

"Ada aku bagi arahan stay down ke?." marah Gib.

Kepala Lum menunduk.

"Saya ingat tak payah jaga sebab dekat sana ada anggota yang jaga dia." beritahu Lim perlahan namun masih jelas kedengaran. Takut-takut dia mencuri pandang wajah tegang Gib.

Gib menarik nafas panjang lalu di lepaskan perlahan.

"Macam mana la kau boleh terlepas selection team. Lembab!"

"Sekarang kau pergi buat kerja kau." Sambung Gib lagi.

"Tapi Bos hari kan dia cuti lagi, Saya dah che.."

"Diam." Pintas Gib membuatkan Lim menundukkan wajahnya kembali. Tegak Lim berdiri.

"Dah kau berdiri kat sini lagi kenapa? Pergilah!" Sergah Gib kasar.

"O'Ook bos." Kelam kabut Lim keluar dari bilik majikannya. Tak sanggup dia mahu berlama di dalam bilik itu risau taufan melanda.

Gib menyandarkan tubuh sambil memejam mata. Banyak hal yang bermain di fikirannya. Terutama mengenai Neyla.

Kenapalah Raymond hantar orang yang lembab untuk menjaga Farah. Menyesal pula terima. Kalau dia tahu biar dia sendiri yang pilih siapa yang layak. Boleh sakit jiwa dia mengarah lelaki cina itu. Kena ketuk barulah jalan.

Gib menyandarkan tubuhnya sambil memejam mata seketika. Setelah nafasnya kembali tenang, Gib memerhati setiap dokumen yang berada di atas mejanya itu terus mengangkat wajah apabila tiba-tiba sahaja pintu pejabatnya diketuk dari luar.

Wajah pembantu peribadi berkacukan borneo yang sudah lama berkhidmat dengannya di pandang.

"Boss..You ada tetamu" Gib menganggukkan kepalanya.

Dia terus bangkit daripada duduknya apabila tiba-tiba sahaja wajah seorang lelaki menghiasi retina mata.

"My old Friend Gibran Hans." Darlow terus melangkah mendekati Gib. Tubuh Gib ditarik ke dalam pelukan, tanda dia gembira bertemu dengan lelaki itu.

Tak semena-mena sebuah tawa sinis terletus dari bibir Gibran yang seakan-akan memerlinya.

Tidak di nafikan hubungan persahabatan mereka dulu begitu akrab namun apabila ada sesuatu yang berlaku hubungan baik itu semakin rengang.

"How are you brother?" Soal Darlow setelah melepaskan pelukkan. Gib cuba menarik senyuman.

"Good."Jawabnya sepatah.

Gib menjemput Darlow duduk di sofa di ruang tengah biliknya. Sempat juga dia memesan kepada Stela untuk membawa dua cawan Kopi untuk dia dan Darlow.

Sofa bertentang Darlow di duduki Gib. Ligat di fikirannya memikirkan motif lelaki itu datang berjumpa dengannya.

"How is you life?"Soal Darlow kaki di silangkan. Kedua Tangannya di depakan di letakkan di atas sofa itu.

"Baik. Macam yang kau lihat sekarang."

"Wowww.. Dah fasih berbahasa melayu. Hebat."

Gib memandang sinis Darlow. Sejak lelaki itu melangkah masuk ke ruangan pejabatnya. Mata Darlow liar memerhatikan ruang pejabatnya.

"Ada apa kau datang jumpa aku?" Terus Gib menyoal.

"Saja nak jumpa sahabat lama."

Gib tertawa sinis.

"Kalau datang saja-saja aku rasa kau dah boleh balik, Aku ada urusan di luar." Kata Gib lalu dia terus berdiri. Gib melonggarkan tali lehernya dan tiga butang baju kemeja di bahagian atas di buka.

Darlow ketawa. Manakala Gib berdecit.

"Aku rasa kau tahu pintu keluar dekat mana. Jadi persilakan." Ujar Gib dan terus ke menuju ke meja kerjanya.

Darlow ketawa kuat. Dia yang sudah berdiri mengemaskan blazer di tubuhnya. Sekuntum rose hitam di letakkan di atas meja. Sebelum dia meningalkan ruang pejabat sempat dia meninggalkan pesan.

"Hiduplah dengan permulaan yang baru, Seperti kelahiran semula diri kau. Kadang-kadang kematian bukan di anggap sebagai selamat tinggal. Tapi ia juga boleh memberi mesej positif kepada sesuatu yang baru. Good luck friend."

........

"CEPATLAH! Nak bawa cheq pi mana ni? Tahu daq cuti ni la orang nak berlekar atas katil."

Farah mengibas-gibas wajahnya. Panas! Cuaca di luar sungguh terik sekarang ini. Suhu pendingin hawa dilaras supaya semakin sejuk.

"Amboi, nak jadi ulaq sawa ka, Lepas makan lena, Makan lena hang tu anak dara!" Bebel Megat Fairus.

"Biaq pi lah!" balas Farah.

Megat Fairus memandu kereta. Megat Omar duduk di kerusi belakang. Sementara Farah duduk di sebelah pemandu.

"Along awat muka ketat ja?" Megat Omar memejamkan matanya. Hakikatnya dia juga di paksa ikut. Entah kemana lah Megat Fairus ingin membawa mereka.

"Kerana terpaksa aku relakan," jawab Danish sambil ketawa. Tawanya jadi perlahan apabila dia nampak jelingan tajam Megat Omar dari cermin tengah.

"Along yang gagah perkasa pun kena scam ka?" usik Farah.Suaranya terus bertukar ceria.
Pantas Farah memusingkan badannya kebelakang.

Megat Omar buat isyarat diam. Jarinya di tunjuk ke depan. Farah mencedik.

"Ngah cepat la hang nak bawak kami pi mana ni sebenarnya?" tanya Farah sambil memandang cermin pandang belakang. Matannya melirik pada pancuan empat roda berwarna hitam yang seperti mengekori kenderaan mereka.

"Hang ikut je la. Mulut tu diam ja sat gi sampai hang tau la."

Farah mendengus.

"Benci betul la. Dah la paksa orang keluar tanya pi mana tak mau bagi tau. Cheq terjun dari kereta ni baru tau.

"Jangan nak buat pasai na." Marah Megat Fairus.

Farah melepaskan keluhan. Badannya di pusingkan memandang tingkap di sisi kiri. Cermin sisi pandang belakang di pandang. Pancuan empat roda itu, Masih mengekori mereka. Penumbuk di kepal.

"Apa yang awak cuba buat ni Gibran."

Share this novel

norsila
2022-07-05 10:06:19 

bilo nk nikah gib ni dgn farah..hehe ppuan giler tu lantaklah..huu


NovelPlus Premium

The best ads free experience