BAB 12

Humor Completed 6566

Hari ini hari perkahwinan aku! Perkahwinan dilangsungkan di rumah kerana aku period hari ini.

Aku hanya ringkas memakai busana baju pengantin yang labuh dan tidak ketat.

Muka aku di make up kan oleh kakak. Biarlah sentuhan kakak yang menentukan semuanya. Ceh..

Walid dan Aliff berjabat tangan. Semua mata menumpu kearah mereka.

"Muhammad Aliff Syakrul Bin Zaharudin"

"Saya.." sahut Aliff.

"Aku nikahkan dikau dengan anak aku, Siti Rawdah Binti Muhammad Ali dengan mas kahwinnya RM3500 tunai"

"Aku terima nikahnya Siti Rawdah Istiqamah Binti Muhammad Ali Khan dengan mas kahwinnya RM3500 tunai"

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah.." aku tersenyum. Aku telah menjadi isteri orang.

Aliff menghampiri ku. Kepala ku dipengang.

Mulut Aliff bergerak-gerak sambil matanya ditutup.

Apabila matanya terbuka, cincin disarungkan di jari manis aku. Aku pula mengambil cincin dari bekas dan menyarungkan di jari Aliff.

Tangannya aku salam dengan penuh hormat. Silauan kamera menyimbah wajah.

Aliff mencium dahi aku. Lama.

"Oi dah lah tu ciumnya..sambung dalam bilik lah" muka aku merah. Aliff hanya tersengih.

Suara mengusik juga memeriahkan lagi majlis.

Selepas akad nikah, majlis kesyukuran diadakan. Kami tidak melakukan majlis bersanding kerana itu bukan adat islam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience