Chapter 72

Romance Completed 35261

“Sara, aunty ada berita gembira!” riang suara Datin Mariam pada pagi itu.

“Apa dia aunty?” soal Sara. Sedikit pelik dengan suara ceria Datin Mariam. Biasanya, Datin Mariam tidak akan ceria seperti ini.

“Hafiz sudah setuju untuk kahwin dengan Sara.” beritahu Datin Mariam dengan penuh rasa gembira.

“Betul ke aunty?” jerit Sara apabila mendengar berita itu. Semudah itu Hafiz bersetuju untuk berkahwin?

“Betul! Betina itu berjaya pujuk Hafiz semalam.” kata Datin Mariam lagi.

“Finally, Alhamdulillah.”

“Kita keluar harini. Kalau boleh aunty nak mempercepatkan majlis nikah kamu berdua. Lepas itu, aunty nak putuskan hubungan antara Hafiz dan betina itu.” Datin Mariam sudahpun merancang rancangan seterusnya. Kasihan Wahidah Tiara!

“Baik aunty. I will cancel all my appointments today. Kita jumpa di tempat biasa aunty.” kata Sara dan mematikan taliannya.

“Akhirnya you akan jadi milik I jugak Hafiz. Aduh, tak sabarnya I! Kalau boleh I nak langsungkan nikah akhir bulan ini. I love you Hafiz!” dengan penuh keterujaan, Sara mempersiapkan dirinya untuk berjumpa dengan Datin Mariam.


***************************

“Selamat pengantin baru sepupuku!”

Akhirnya, selesai jua majlis ijabkabul Amir dan Wina Elmira. Sofia Amelia gagahkan diri untuk pergi ke rumah Wina walaupun sudah sarat. Disebabkan Iskandar Faiz kerja, mereka tidak dapat menghadiri majlis nikah pada pagi itu. Iskandar Faiz dan Sofia Amelia dapat sampai ke rumah Wina petang.

“Terima kasih. Thank you tau sebab sudi datang jumpa kami walaupun tak dapat attend majlis nikah.” Amir mengucapkan terima kasih kepada Sofia Amelia.

“Tahniah bro. No more bachelor life. Sudah jadi suami orang. So, next plan anak la kan.” seloroh Iskandar Faiz.

“Abang ni, baru je mereka kahwin kan. Dah sampai ke tahap anak. Let them enjoy first!”

“Sayang tak faham lah. Ini hal lelaki.”

“Bro, kita sembang kat luar. Nanti mereka dua ni salah faham pulak.” Amir cepat-cepat menarik tangan Iskandar Faiz untuk keluar dari rumah Wina.

“Kalau orang lelaki ini berjumpa, ada-ada jelah mereka nak sembang. Blue minded!” geram Sofia Amelia.

“Biarlah mereka berdua itu. Duduk lah. Berapa lama kau nak berdiri je? Pity baby” Wina ajak Sofia Amelia untuk duduk sebelah.

“Babe, kau okay tak?” soal Wina apabila melihat muka Sofia Amelia yang sedikit pucat itu.

“Aku okay.” balas Sofia Amelia. Tidak tahu mengapa, dari pagi perutnya terasa sakit. Mula-mula sakit perlahan, lama-lama makin sakit.

“Kau nak minum air tak, Sofi? Aku nampak kau macam tak sihat je. Aku risaulah.” risau Wina. Bukan dia tak tahu macam mana muka Sofia Amelia kalau dia sakit.

“Bo..leh…” tersekat-sekat suara Sofia Amelia. Secara spontan, tangannya mengusap pinggangnya.

“Sofi kau kenapa? Sakit ke apa ni?” cemas Wina.

“Sakit Wina. Aku rasa dah sampai masa untuk bersalin. Panggil Is, Wina.” arah Sofia Amelia. Dia tidak dapat menanggung sakitnya.

“Kejap-kejap. Aku pergi panggil Is.” dengan laju Wina keluar dari rumah untuk panggil Iskandar Faiz.

“Ya Allah, sakitnya. Tolong bagi aku kekuatan Ya Allah. Jangan menarik nyawa aku. Aku nak hidup demi anak-anak dan suami aku.” kuat berdoa Sofia Amelia dalam hati. Tiba-tiba berasa takut. Takut Allah akan menarik nyawa sebelum melihat anak-anaknya.

“Is! Is!” mencari Wina di luar rumahnya.

“Ada apa Wina? Kenapa ni?” nasib baik Amir melihat kelibat isterinya.

“Awak, mana Is?” tanya Wina sambil tercungap-cungap.

“He is on call. Why?” soal Amir lagi. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu.

“Sofi, dia dah nak bersalin. Dia tak dapat tahan sakit. She is in pain, Amir.”

“What? Awak pergi teman Sofi. Saya bawa Is. We bring her to the hospital.” kata Amir lalu mencorak langkah untuk mencari Iskandar Faiz.


***************************

Pakaian-pakaian yang bergantung di dalam wardrobe dikeluarkan satu per satu. Tangannya bergerak, tetapi otaknya berfikir hal lain. Gambar perkahwinan yang digantung di dinding dilihat dengan pandangan sayu.

“Kenapa aku tak dapat milik kehidupan bahagia macam orang lain? Kenapa tuhan bagi aku kehidupan yang penuh dengan kisah sedih? Mula-mula disebabkan satu tuduhan, aku dan Is berpisah. Disebabkan tekanan, aku salah langkah. Mengandung anak luar nikah. Tetapi, Hafiz seorang yang baik. Dia sudi kahwin dengan aku. Tapi, mak bencikan aku. Aku dibuang dari keluarga. Ingatkan aku dapat hidup bahagia lepas kahwin, tapi harapan aku musnah. Aku beruntung dapat seorang suami seperti Hafiz, tetapi disebabkan mak dia, aku terpaksa berpoligami. Adakah aku kena menghadapi semua peristiwa sedih sepanjang aku hidup? Bilakah aku dapat hidup bahagia?” luah Wahidah Tiara. Air matanya merembes keluar dari tubir mata.

“Are you ready Tia?” tiba-tiba dengar suara Hafiz di belakang.

Kepalanya diangguk. Air matanya dilap menggunakan kain. Hafiz perhatikan sahaja segala tindakan Wahidah Tiara. Tetapi, dia tidak memujuk. Hatinya masih lagi sakit dengan Wahidah Tiara.

“Mana beg?” soal Hafiz dingin.

“Tak apa, saya boleh bawa. Awak pergilah dulu.” disebabkan Hafiz, Wahidah Tiara bersetuju untuk tinggal di rumah Linda sehingga bersalin.

“Ini sahaja beg?” tanya Hafiz sambil menunjukkan dua beg sederhana besar.

“Ye.” perlahan sahaja suara Wahidah Tiara. Wahidah Tiara tahu suaminya masih terasa dengan permintaan bodoh dia.

“Dah, kita gerak sekarang.” kata Hafiz. Beg Wahidah Tiara dibawa bersama. Mereka berdua keluar dari bilik mereka.

“Pergi mana?” terdengar suara Datin Mariam. Matanya mencerlung ke arah Wahidah Tiara.

“Pergi rumah Mak Tiara.” jawab Hafiz.

“Buat apa nak pergi rumah orang miskin itu?” sindir Datin Mariam.

Tersentak Wahidah Tiara. Dia tahu keluarga dia miskin. Tetapi tidak perlulah perli seperti itu.

“Tiara akan tinggal di rumah mak Tiara sehingga dia bersalin.” memberitahu Hafiz. Nak tak nak dia terpaksa memberitahu ibunya. Kalau Wahidah Tiara terus tinggal di rumah Datin Mariam, takut perkara lain yang terjadi pada Wahidah Tiara. Datin Mariam bukannya peduli tentang hal Wahidah Tiara.

“Elok lah tu. Lagi satu mummy nak cakap, minggu depan kamu dan Sara akan kahwin. Mummy sudah bincang dengan ibu bapa Sara. Mereka pun setuju.”

“Apa?” terkejut Hafiz. Wahidah Tiara hanya senyum tawar.

“Kenapa? Akhirnya, kamu akan kahwin dengan seorang yang sama taraf dengan kita.” ujar sombong Datin Mariam.

“Malas lah nak layan mummy. Hafiz tak nak bergaduh dengan mummy. Hafiz nak hantar isteri tercinta Hafiz ke rumah mak mertua Hafiz. Assalamualaikum.”

“Saya pergi dulu mak. Assalamualaikum.” dengan penuh hormat, Wahidah Tiara mencium tangan Datin Mariam.

“Aku akan pastikan kau tak balik ke rumah aku lagi! Hanya Sara yang akan menjadi menantu aku. Jangan harap aku akan menganggap anak haram dalam perut kau cucu aku!” gumam Datin Mariam dalam hati.


*********************

“Push sayang! Push! Don’t give up!” Iskandar Faiz teruskan memberikan motivasi kepada isterinya yang sedang berperang untuk melahirkan zuriatnya.

“I can’t abang. Sakit sangat.” mengadu Sofia Amelia lemah. Tenaganya sudah hilang. Semua tenaganya telah digunakan untuk melahirnya dua anaknya.

“Push lagi puan. Kami sudah nampak kepala baby. Sikit lagi! Sikit lagi!” doktor wanita itu memberi arahan.

Air mata Iskandar Faiz membasahi pipinya. Hatinya sayu melihat isterinya menanggung sakit bersalin itu.

“You can sayang. Sikit je lagi. Kalau sakit sayang boleh dipindahkan, sudah lama abang akan terima sakit sayang.” sedih suara Iskandar Faiz.

“Arggggghhhhh!!!” dengan menggunakan baki tenaga, meneran Sofia Amelia. Satu! Dua! Tiga! Dengar satu lagi bunyi tangisan baby.

“Syukur alhamdulilah.” Iskandar Faiz memanjatkan kesyukuran. Akhirnya, ketiga-tiga zuriatnya sudah melihat dunia luar.

“Terima kasih sayang. I owe you my whole life.” ucap Iskandar Faiz. Dahi isterinya dicium bertalu-talu. Akibat kepenatan, Sofia Amelia terlelap.

Ahli keluarga lainnya sabar menunggu di ruang menunggu. Pengantin baru juga turut ada di sana.

“Ya Allah, tolong selamatkan anak dan cucu aku.” berdoa Dato’Johari.

“Sabar Johari. Sofi akan selamat bersalin. Kau jangan risau.” tenang Dato’Othman.

“Abang, siapa jaga Sofi lepas bersalin?” muncul Datin Rafidah.

“Mak Is on the way ke sini. Mak Is yang akan jaga Sofi.” jawab Dato’Johari. Semuanya Iskandar Faiz sudah mengaturkan.

“Is…” semua mata beralih ke arah Iskandar Faiz yang baru sahaja keluar dari dewan bersalin.

“Macam mana Sofi, Is?”

“Alhamdulillah. Sofi selamat bersalin pa.” jawab Iskandar Faiz tenang.

“Macam mana baby? Lelaki ke perempuan?” tanya Datin Rafidah.

“Tiga-tiga pun lelaki.” beritahu Iskandar Faiz.

“Tiga? Maksud kau tiga baby?” terkejut Amir.

“Ye. Triplets.”

“Wah! Tahniah bro.” ucap Amir.

“Terima kasih Ya Allah. Makin bertambahlah ahli keluarga kita.”

“Memandangkan hari ini hari pernikahan aku dan Wina, Sofi selamat bersalin. Triplets pulak tu. So, aku harap wife aku pun bersalin triplets jugak. Rezeki babies. Boleh Wina?” usik Amir. Merah wajah Wina.

“Hish awak ni!” merungut Wina.

“Sabar Amir. Ini hospital. Jangan gelojoh!” bersuara Dato’Othman. Tahulah pengantin baru, malam pertama pula tu.

“Wina, lepas balik rumah, get ready. We have to work for triplets. Remember, today is our first night!” bisik Amir. Tidak sabar!

“Malulah. Apa awak ni.” dengan manja bahu suaminya ditepuk. Semua ahli keluarganya gelak melihat telatah pasangan baru itu.


***********************

“Mak!” keluar juga perkataan dari mulut Wahidah Tiara.

“Tiara! Apa khabar nak?” Linda tidak dapat menahan sebak. Sudah lama tidak menyentuh anak sulungnya. Sudah berbulan tidak bercakap.

“Tiara sihat mak. Mak sihat?”

“Mak sihat. Duduk lah.” pelawa Linda.

“Mak…” mendekati Hafiz.

“Hafiz, duduk lah. Maaf. Mak terlalu rindukan Tiara. Mak lupa kamu pun datang.” ujar Linda. Hampir terlupa kedatangan menantunya apabila melihat anak kesayangannya.

“Tak apa mak. Hafiz faham. Mak, Razim sudah bagitahu kat mak kan. Tiara akan tinggal di sini sampai bersalin.” Hafiz memulakan perbicaraan.

“Along ada cakap. Mak akan jaga Tiara. Kamu jangan risau.” balas Linda.

“Baik lah. Kalau tak ada apa-apa, Hafiz balik dulu.” Hafiz bangkit dari kerusi. Tidak sampai hati untuk meninggalkan isterinya. Tetapi, Hafiz terpaksa demi keselamatan anak dan isterinya.

“Abang dah nak balik? Tunggulah dulu. Baru je datang kan. Makanlah dengan kami.” mencelah Razim.

“Tak apa Razim. Abang ada kerja nak buat. Jaga akak baik-baik. Kalau ada apa-apa call abang. Assalamualaikum.” tanpa melihat wajah isterinya, Hafiz keluar dari rumah Tiara.

Linda dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena. Melihat riak wajah anak pun sudah tahu.

“Saya tahu awak terasa hati dengan saya, Hafiz. Saya nak awak tahu sesuatu. Apa-apa pun terjadi, saya akan sentiasa mencintai awak. Saya tak tahu apa yang berlaku selepas awak kahwin dengan Sara. Whatever it is, I have to be prepared. Maafkan saya, Hafiz. I love you.” luah Wahidah Tiara dalam hati. Air matanya diseka perlahan.

“Why Tiara! Why! Kenapa awak buat saya macam ini? Awak tahu kan, saya sayang awak! Saya sayang anak kita! Kenapa awak nak saya kahwin jugak dengan Sara? Awak rasa awak dapat hidup bahagia berpoligami? Saya takut Tiara. Saya takut! Saya takut saya tak dapat berlaku adil. Sebagai lelaki, kalau berkahwin lebih dari satu kali, kena menunaikan tanggungjawab dari segi zahir dan batin. Dalam hati, hanya awak sahaja yang ada. Macam mana saya boleh sentuh dia? Kenapa awak tergamak buat saya macam ini Tiara?” jerit Hafiz kuat sambil mengetuk stereng keretanya. Hatinya teramat sakit. Air mata jantannya gugur juga. Kalau ini adalah takdir, siapalah kita untuk mengingkarinya?

Tinggal satu bab je lagi untuk Insaf melabuhkan tirai. Selamat membaca semua :) Jangan lupa untuk comment dan rate. Follow Kikki juga dalam ig. ig: miz.kikki_novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience