54

Romance Series 93218

Hampir setiap pelosok hospital Harraz terjah. Namun tidak juga dia menemui Ezmal. Berkali - kali dia cuba menghubungi telefon bimbit lelaki itu, malangnya tidak satu pun panggilannya dijawab. Harraz sudah mula diulit kebimbangan. Pelbagai tanggapan buruk yang menjengah di fikirannya mengenai keadaan Ezmal. Namun cepat - cepat dia menepis. Harraz yakin Ezmal berada di dalam keadaan baik - baik sahaja. Sedang kakinya melangkah laju, tiba - tiba Harraz terpandangkan satu susuk tubuh yang sedang duduk memeluk lutut di hujung taman. Dia cuba mengamati betul - betul susuk tubuh lelaki itu dan akhirnya Harraz menarik nafas lega saat menyedari lelaki itu adalah Ezmal. Tanpa berlengah, Harraz berlari mendapatkan Ezmal di hujung taman.

“Ya Allah, Ez!! Kat sini rupanya kau. Puas aku cari kau satu hospital ni tau. Naik mengah aku rasa." Sapa Harraz sambil melabuhkan punggung di sisi Ezmal.

Sapaan Harraz langsung dibiarkan sepi tanpa jawapan. Wajahnya Ezmal masih menunduk ke bawah. Tiba - tiba telinga Harraz menangkap bunyi esak tangis yang ditahan - tahan. Tidak cukup dengan itu, bahu Ezmal juga kelihatan bergerak - gerak seperti sedang menangis. Sepantas kilat Harraz menarik bahu Ezmal agar menghadapnya. Tanggapannya mengenai Ezmal ternyata benar. Lelaki itu sedang menangis dalam diam. Wajahnya sudah kemerahan. Pasti Ezmal sudah lama menahan esak tangisnya. Akhirnya tanpa desakan dari sesiapa, esak tangis Ezmal terhambur keluar jua.

“Allah!! Ez, bawa - bawa mengucap, Ez. Aku faham kau tengah sedih sekarang ni. Semua orang pun sedih, Ez. Tap kau kena kuat. Maryam betul - betul perlukan sokongan dari kau sekarang ni." Pujuk Harraz.

“Kenapa sekarang, Raz? Kenapa baru sekarang Allah nak uji aku? Kenapa DIA tak ambil je Maryam tu dari mula - mula dia lahir dulu? Sumpah, aku sayangkan Maryam, Raz. Aku sayangkan dia macam anak aku sendiri." Luah Ezmal penuh kekecewaan.

“Astaghfirullahal'azim!! Istighfar, Ez. Istighfar banyak - banyak. Ingat Allah. Tak baik kau nak mempersoalkan percaturan Allah sampai macam tu sekali. Setiap apa yang terjadi tu ada hikmahnya. Allah tu adalah sebaik - baik perancang, Ez. Kau kena ingat tu." Nada Harraz berbaur tegas.

Ezmal diam. Namun esak tangisnya masih jua kedengaran. Gaya Ezmal tidak ubah seperti kanak - kanak kecil yang sedang menagis akibat dimarahi oleh orang tuanya. Perlahan - lahan Harraz menarik bahu Ezmal ke dalam pelukannya. Dia cuba menenangkan diri Ezmal dengan sebaik mungkin.

“Aku tahu kau sayangkan Maryam, Ez. Malah semua orang pun sayangkan Maryam. Tapi kita tak boleh nak menidakkan akan sebuah kenyataan. Memang sejak dari awal lagi kita semua dah diberitahu tentang segala kemungkinan yang Maryam harus tempuh selepas ini kan? Jadi kenapa kita nak mempersoalkan lagi kerja Allah? Apa yang jadi semuanya bersebab, Ez." Pujuk Harraz lagi.

“Tapi kenapa sekarang, Raz? Kau tahu tak macam mana aku sayangkan Maryam tu? Kau tak tahu kan? Kau cakap senanglah, Raz. Sebab kau dah anak - anak kau sendiri. Jadi ada atau takde Maryam tu dalam hidup kau, kau tak kan kisah punya." Herdik Ezmal kuat.

Harraz agak tersentak mendengar kenyataan yang dilemparkan Ezmal kepadanya. Teganya Ezmal menghukum dirinya sebegitu. Walhal dia juga turut terkesan dengan apa yang terjadi ke atas Maryam.

“Macam mana kau tahu yang aku tak terkesan dengan apa yang terjadi dekat Maryam?? Sebab kau nampak aku tenang macam ni, then kau boleh judge aku sesuka hati macam tu??" Kali ini suara Harraz juga semakin meninggi. Wajahnya sudah kemerahan menahan marah.

Ezmal masih diam membisu. Tidak sedikit pun dia memandang wajah Harraz.

“Aku diam bukan beerti aku tak ambil peduli, Ez. Tapi aku kena kuat. Kuat demi isteri dan anak - anak aku. Kalau aku pun lemah macam korang, siapa nak tengokkan isteri dan anak - anak aku tu? Tu, Aayra tu. Dia sangat memerlukan kekuatan dari aku sekarang ni, kau tahu tak? Kalau dia tengok aku sedih dan meratap hiba macam kau ni, kau rasa dia akan kuat ke untuk tempuhi segala ujian ni? Kita orang pun sayangkan Maryam seperti mana kau sayangkan Maryam, Ez. Tapi, kita orang tak boleh nak menidakkan ketentuan Allah. Allah hadirkan Maryam dalam hidup kau sebab Allah nak beri Maryam peluang merasai kasih sayang seorang bapa. DIA nak kau curahkan kasih sayang kau tu sepenuhnya kepada Maryam walaupun kita semua sudah sedia maklum yang Maryam tak kan mampu hidup dengan lebih lama. Jadi sementara masih ada peluang ni, kau sepatutnya kena ada di sisi Maryam sekarang ni. Berikan semangat kepada dia. Berdoa yang terbaik untuk Maryam. Bukannya meratap hiba macam ni." Tegur Harraz panjang lebar.

Ezmal dilihat menarik nafas panjang. Wajahnya diraup berkali - kali sambil mengesat air mata dengan menggunakan telapak tangannya. Kali ini baru dia diberi kekuatan untuk menatap wajah tenang Harraz. Lama mereka bertatapan sebelum Ezmal bersuara.

“Maafkan aku, Raz. Aku agak emosi tadi sampaikan aku sendiri tak sedar apa yang aku cakap. Aku betul - betul takde niat nak buat kau terasa dengan kata - kata aku tadi. Sekali lagi aku minta maaf, Raz." Ucap Ezmal sambil menarik Harraz ke dalam pelukannya.

“Takpe, Ez. Aku faham kau tengah emosi. Sebab tu aku cuba nak bantu kau. Aku tak nak tengok kau sedih - sedih macam ni lagi. Lagipun Maryam tu betul - betul perlukan kau sekarang ni. Pergilah tengok dia, Ez. Disamping tu, kau berdoalah agar Allah berikan kesembuhan buat Maryam. In Shaa Allah, semuanya akan dipermudahkan olehNya." Nada Harraz sudah kembali mengendur.

“Terima kasih, Raz. Terima kasih untuk segala nasihat kau tadi. Betul cakap kau. Aku tak sepatutnya mempersoalkan kerja Allah. Apa yang terjadi tu semuanya ada hikmah disebaliknya. Jahilkan aku ni, Raz?" Ezmal seakan kecewa dengan dirinya sendiri.

“Jangan cakap macam tu, Ez. Aku tahu kau tak bermaksud nak cakap macam tu tadi. Aku faham kau tengah bersedih. Jadi apa yang keluar dari mulut kau tu semuanya diluar kawalan kau. Malah kalau aku kat tempat kau sekali pun, pasti aku pun akan buat perkara yang sama." Ujar Harraz lagi.

“Tapi kau lebih kuat dari aku, Raz. Jadi aku tak rasa kalau kau diduga dengan dugaan yang sama, kau akan lemah macam aku. Tapi apa - apa pun terima kasih sebab sudi dengar luahan aku ni. Kau memang sepupu merangkap kawan terbaik aku, Raz. Thanks bro!!"

Tidak henti - henti Ezmal meluahkan penghargaannya buat Harraz. Bagi Ezmal, Harraz memang seorang pendengar yang terbaik. Malah sikapnya yang tenang dan sentiasa berfikiran positif itu jugalah yang membuatkan ramai orang senang berteman dengannya. Jadi tidak hairanlah mengapa Aayra lebih tertarik dengan Harraz berbanding dirinya.

Harraz tersenyum lega. Akhirnya dia berjaya menenangkan perasaan Ezmal yang agak kacau bilau sejak tadi. Sejujurnya Harraz tidak menyalahkan Ezmal jika lelaki itu terlalu beremosi dalam permasalahan ini. Hal ini kerana ianya telah melibatkan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apatah lagi dalam keadaan Maryam yang sudah kehilangan ibu kandungnya sendiri. Mengingatkan hal itu, Harraz mula diasak dengan perasaan sayu. Doanya semoga Maryam akan terus diberikan kekuatan untuk terus bertahan dan berpeluang merasai kasih sayang dari keluarga yang besar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience