2

Family Completed 106784

Malam di resort. Selesai sahaja mandi, tubuhnya di balut dengan tuala putih dan keluar dari bilik air. Dia lihat tiada kelibat suaminya di bilik.

"Ehh, mana pergi pakcik ni. Tadi beria suruh aku bersiap", dalam fikirannya sangka Fahrin menjenguk anaknya.

Sofia terus menarik beg pakaian dan di angkat ke atas katilnya. Ketika membuka beg pakaiannya,tangannya terhenti seketika bunyi pesanan ringkas masuk.

"Selalu off hp kalau berdua", bebel sendirian.

Sofia tidak hiraukan hal itu, dia menyelak mencari bajunya dan bersiap untuk keluar. Malam ni Sofia hanya mengenakan dress labuh berwarna kuning lembut.

Ketika dia sedang melilit tudung di kepala menghadap cermin, telefon Fahrin di depannya berbunyi. Matanya tepat menjeling dan lihat tertera nama Dhia Amelia.

Sofia terus mengangkat namun tidak sempat bersuara dan dia hanya mendengar suara itu berkata-kata.

"Darling dengan Puan lagi ke?, I'm waiting you, di club resort ni okay. Jangan lewat".

Sofia terpaku dan memandang wajahnya di cermin. Telefon suaminya yang dipegang terlepas di tangan jatuh ke lantai.

"Woww".

"Ini ke surprise yang sayang maksudkan! tapi siapa perempuan tadi!".

Otak Sofia ligat imbas kembali satu persatu muka yang ada di kolam renang petang tadi. Tidak ramai di situ yang ada hanyalah Kak Dyana, Onie, Norli pengasuh anaknya, Jue, dan beberapa orang pekerja suaminya.

Sofia terus buka dress, di campakkan ke katil. Dia menukar pakaian lain. Sofia menyarung seluar jeans dipakai siang hari, jaket hoodie berwarna biru gelap, dan mencapai tudung sarung di kerusi. Laju kakinya melangkah ke bilik anaknya terlebih dahulu untuk memeriksa Fahrin bersama anaknya atau tidak.

Agak kuat dia menunjal butang loceng bilik itu,dan di ketuk berkali-kali. Sofia lihat pintu terbuka dan Norli dalam keadaan mamai menggosok mata membuka pintu.

"Kenapa Puan?".

Sofia terus menolak Norli dan melihat anaknya sedang nyenyak tidur. Dia mengelap mulutnya mula bingung dan pada masa sama dia mundar-mandir di tepi katil.

"Puan,Puan okay tak ni?".

"Tak, saya tak okay Norli. Saya betul-betul tak okay. Saya tak sedap hati".

"Apa berlaku ni Puan?".

"Mana telefon awak, pinjam saya nak call?".

Norli mengambil telefon di meja dan dihulurkan ke Sofia. Tangan Sofia laju mendail Onie dan mengajaknya temankannya ke satu tempat.

"Kenapa ni Puan, macam ada benda je berlaku?".

"Entahlah, saya harap bukan apa yang saya bayangkanlah".

Selang beberapa minit Onie sampai di bilik itu. Sofia terus menarik lengan Onie dan meluru keluar dengan langkah laju pergi ke kelab yang Dhia maksudkan. Ketika berjalan ke sana dia menceritakan ke Onie apa yang menyebabkan dia jadi kalut.

"Dhia Amelia yang free hair rambut panjang tadi la kak, akak biar betul ni?".

"Betul la, Zack kau mana?", balas Sofia cemas.

"Zack lepak dengan abang Johan la pergi memancing kat kolam udang simpang kita nak masuk resort ni".

"Ohhh..", tangannya menepuk-nepuk pehanya cuba tenangkan diri sambil berjalan.

Mata Sofia liar memandang di kelab itu bila dia melangkah masuk ke situ. Onie menepuk bahu Sofia dan menundingkan jarinya ke satu tempat.

"Akak!".

"What!!, Biadap, betul-betul biadap", mengeluh dengan kuat.

Sofia terus melangkah melalui beberapa pasangan yang sedang menari di situ terus menuju ke Fahrin yang berada dalam pelukan Dhia. Tuhan sahaja yang tahu betapa mendidihnya dada bila lihat dengan mata sendiri apa yang suaminya buat.

Kepala Fahrin di diletakkan di riba Dhia, dada Dhia berada betul-betul di muka Fahrin. Dhia memandangnya dari atas pada masa sama tangan suaminya membelai peha Dhia di dalam skirt pendeknya. Ikutkan hati nak sahaja Sofia menarik tiub baju dan skirt pendek perempuan itu.

"Ini ke surprise yang you maksudkan Encik Fahrin. Woww, super duper wow", menepuk tangan dengan kuat.

Sofia berdiri di depan meja mereka duduk. Fahrin yang baring di Dhia kalang kabut bangun bila Sofia di depannya.

"Thanks you so much sebab hadiah yang sangat, sangattttt sangatlah saya tidak menyangka", dengan suara tersangkut-sangkut mengigil.

Dhia tergamam memandang Sofia. Namun dia sempat menjeling ke Sofia berasa bangga kerana berjaya rampas Fahrin dari Sofia.

"Encik Fahrin, terima kasih kerana akhirnya tunjuk perangai sebenar yang lama terbeku kan. Syabas syabas.. Perfect".

Sofia menolak meja di depannya untuk menghampiri mereka dengan lebih dekat.

"And you girl, you think he rich", menunjal dahi Dhia.

"You wrong.. everything he has is because of my efforts. He is just like an employee dalam syarikat tu tau tak!".

"Dan awak Encik Fahrin, saya bukan Sofia yang dulu. Jangan lupa Sofia yang dulu mati kerana cemburu awak tu pada saya. Awak jangan lupa tu yea, simpan dalam otak tu", menunjal bahu Fahrin dengan perasaan benar-benar kecewa.

"Sayang", Fahrin cuba bersuara.

Fahrin bangun dan memegang bahu Sofia agar dia bertenang.
Sofia terus menarik cincin di jari yang baru petang tadi Fahrin sarungkan, di letakkan ke dada Fahrin dan menolak kuat menyebabkan Fahrin terduduk di sofa. Walaupun Sofia tidak menjerit ada sahaja yang memerhatikan mereka kerana pipi Sofia dibasahi air mata saat itu. Onie diam hanya memerhati, langsung tidak larang atau pujuk kakaknya itu.

"Apa ni?", Dhia cuba mencelah namun Sofia memotong ayatnya.

"And you Dhia Amira, start tomorrow you fired. Jangan jejak lagi ke office atau mana-mana syarikat aku".

"Arghh", Dhia mengerang sakit.

Satu hadiah diberikan tepat ke pipi Dhia dengan kuat hinggakan tangan Sofia sendiri terasa sakit lepas menampar perempuan itu. Sofia terus pergi meninggalkan Fahrin dan Dhia di situ.

"Apa ni darling?, kenapa dia boleh suruh I berhenti kerja. Dia siapa?", keluh Dhia bengang.

"Diam Dhia, ini semua salah you".

"What salah i".

"Yea yea salah you. Cukup".

Fahrin terus tinggalkan Dhia dan mengejar Sofia yang telah laju keluar dari kelab itu bersama Onie. Di satu kawasan Onie menarik Sofia masuk ke tangga kecemasan di bahagian laluan kecil hanya untuk pekerja agar Fahrin tidak menemuinya.

Sofia benar-benar tidak dapat mengawal emosinya.

"Aaaargghhhhh Fahrin I hate you again...".

Dia terus terduduk di depan Onie dan menagis teresak-esak. Kali ini hatinya betul-betul kecewa dengan apa yang dia lihat. Lagi sakit dari apa yang dia lihat sebelum ini. Lagi sakit dengan apa yang selama ini di rasa dan alami.

Onie cuba hubungi suaminya dan memaklumkan apa yang berlaku ketika Sofia menangis sambil memeluk kakinya. Onie lihat Sofia benar-benar kecewa. Pada masa sama Onie rasa bersalah kerana langsung tidak tahu hal itu.

"Akak, jom ikut saya dulu".

Onie memimpin tangan Sofia menuju ke kereta Hyudai yang berhenti di tepi resort itu. Johan keluar dan membuka pintu kereta untuk adiknya.

"Onie kamu depan, biar abang teman dia", sambil menutup pintu kereta.

Onie mengangguk, Johan terus pusing masuk di belakang Zack. Keadaan dalam kereta sunyi tanpa suara, hanya dengar Sofia sambung nangis dan ada masa dia menjerit dan istifar. Tangannya menumbuk tempat duduk Onie berkali-kali melepaskan geram.

Sofia mengangkat kaki, memeluk kakinya dan tunduk diam. Kereta itu bergerak laju menuju ke tempat lain, Sofia sendiri tidak tahu kemana. Dia terdengar abangnya menghubungi Norli.

"Norli, Puan Dyana akan ambil Sue, nanti kamu ikut Dyana sebelum Fahrin ambil anaknya".

Johan memegang lengan Sofia erat, tiada kata-kata yang boleh di ucap saat ini. Dia tahu adiknya kecewa dengan tindakan suaminya. Sofia terus merebahkan kepalanya di bahu Johan. Kakinya di turunkan kebawah semula. Johan memeluk adiknya dan beberapa ketika mencium kepala Sofia.

"Kenapa tiada siapa maklumkan hal ni pada Sofia", Keluhnya.

"Maaf kak, setahu saya Daniel pesan biar dia sendiri bagitahu akak".

"Apa?", serentak suara Onie dan Johan terkejut.

Zack kenapa tak bagitahu abang tadi ke sebelum majlis ni ke.... Kau ni pun!", Johan menolak tempat duduk Zack geram.

"Maaf salah saya".

"Abang, kenapa dengan saya pun tak bagitahu?", memukul peha Zack yang sedang memandu.

"Abang tidak berapa tahu, yang tahu hanya Daniel".

"Padanlah mereka tiada di sini", balas Johan dan Onie.

Sofia teringat Am pagi tadi. Dia terus membetulkan duduknya semula. Sedikit mengeluh dia di situ kerana lambat bertindak. Dalam fikirannya kini Huda dan Daniel sudah tahu tentang suaminya.

"Bawa saya ke rumah Huda please?", sambil melemparkan pandangan ke luar.

Zack brek secara tiba-tiba bila ada sebuah kereta yang sangat dia kenal menghalang jalan mereka. Tindakan Zack menyebabkan semua terhantuk kepala ke depan. Zack memaut bahu Onie bimbang jika isterinya cedera. Dia menoleh ke belakang untuk lihat keadaan Sofia dan Johan.

"Maaf, Fahrin di depan tu".

"Fahrin", Johan bersuara.

Johan terus turun dari kereta, menghempas pintu kereta kuat menuju ke Fahrin di depan kereta. Satu penumbuk hinggap di pipi Fahrin sebelum sempat Fahrin bersuara.

"Kau tak habis-habis menyusahkan dia kan".

"Saya nak Sofia saya balik", sambil memegang dagunya terasa sakit dapat hadiah dari abang iparnya.

Zack mucul dan cuba tenangkan Fahrin dan Johan bila lihat Johan berang, namun Johan tidak hiraukan Zack. Johan bertindak kasar menyerang Fahrin tanpa belas kasihan. Fahrin hanya menadah tumbukan Johan, langsung dia tidak melawan.

"Abang Johan stop", Jerit Sofia yang baru keluar dari kereta.

"Sofia masuk!", jerit Johan.

Zack menghalang Sofia menggunakan tubuhnya elak dari Sofia hampiri Fahrin. Namun Sofia hanya menggelengkan kepala ke Zack dan menolak perlahan badan Zack.

"Sofia sayang maafkan I, I terpaksa".

"Apa terpaksa. Hhaaahaa seriously tak masuk akal langsung alasan",Sofia melangkah ke suaminya dengan lebih dekat.

"Sayang please I akan jelaskan semuanya".

"Kenapa sekarang bukan sebelum ni?".

"Sayang please jangan pergi, I tahu you marah tengok semua tu tadi".

"Eehh tak marah langsung, tapi hati ni sakit. Sakit yang teramat sangat. Kesan luka lama berdarah semula, bagai di toreh-toreh lepas tu kena korek-korek then tabur garam", spontan nadanya sambil menunding jari ke dadanya sendiri.

"Im not stupid Encik Fahrin dan saya tak buta lagi".

Fahrin menarik pinggang Sofia agar berada dalam pelukannya namun Sofia meronta untuk melepaskan diri. Dia cuba melawan agar tubuhnya terlepas dari pelukkan suaminya namun tenaga Fahrin kuat menghalang.

"I takkan bagi you ikut diorang yang dari dulu suka pisahkan you dengan I bila ada masalah", cuba memujuk dan menarik Sofia lebih rapat ke dadanya.

Fahrin memegang belakang kepala Sofia dan cuba cium bibir Sofia di depan Johan dan Zack. Sofia terus menarik bibirnya ke dalam mulut elak dari terkena sisa-sisa Dhia yang ada di bibir Fahrin. Sofia tiada pilihan, dia memijak kaki Fahrin dengan tumit boots kuat agar Fahrin lepaskannya. Kebetulan Fahrin hanya menyarung kasut canvas.

"Aduhhh sayang youuuuu..". terlepas Sofia dari dakapannya.

Sofia terus masuk ke kereta tanpa berpaling ke arah Fahrin, disusuli dengan Johan dan Zack.

"Sofia......".

.............

Suasana di rumah Daniel sunyi sepi. Masing-masing memandang muka Sofia menunggu suara dari Sofia selama 15minit diam membatu.

"Maaf Sofia, aku tak maksud nak rahsiakan. Benda ni berlaku tanpa aku sedar", terpaksa bersuara.

Daniel yang berkain pelikat, berbaju tshirt oren duduk merenung wajah Sofia yang masih diam di kerusi ruang tamu.

"Am lewat serahkan pada saya pendrive tu", Sofia bersuara.

"Pendrive hal lain Sofia. Itu urusan syarikat. Ini lain".

Sofia terus menoleh muka Daniel rasa macam nak dia telan sahaja Daniel kerana lambat bagitahunya. Huda muncul membawa minuman untuk mereka.

"Kenapa awak tidak ada semalam?".

"Aku kena teman Huda check up".

"Ehh kak, susah je. Dah la kami menggangu awal pagi ni", tegur Zack pada Huda.

"Takda apalah, yang penting Sofia baik-baik je".

"Daniel kau boleh story pada kami apa sebenarnya sampai Fahrin jatuh ke tangan Dhia?", soal Johan.

"Dhia bukan model seperti skandal lama Fahrin, dia setiausaha Fahrin yang gantikan Channe awal tahun baru ni".

"Aku tak tau bila mereka jadi rapat. Aku tau masa aku ke pejabat dia. Aku kan jenis redah je masuk bilik dia kau pun tahu kan Sofia".

"Hhmmmm....".

"Aku nampak Dhia duduk atas riba Fahrin. Mereka sedang bercium kalah kau isterinya sendiri".

"What?".

"Apa?".

Masing-masing terkejut mendengar cerita Daniel.

"Selang beberapa hari kedepan pun sama, Fahrin selalu bawa Dhia ke meeting tak rasmi. Banyak juga mulut berbual tentang mereka".

"Ada apa pula dengan Dhia sampai dia sanggup gadaikan maruah dia?", soal Sofia tenang namun hatinya pedih nak meletup mendengarberita panas ini.

"Sama macam Kak Zie punya kes ke?".

"Entahlah Sofia, yang tu aku tak pasti, sebab aku kan tak duduk situ, aku banyak kat Soffah".

Sofia mengetap bibirnya, pipi dan mulutnya di herut-herut ke kiri ke kanan sedang memikirkan sesuatu. Dia menarik nafas agak panjang dan dilepaskan secara paksa dengan kuat.

"Okay... Lagipun saya dah pecat dia depan Fahrin di club tu", balasnya bersahaja.

"Onie saksi".

"What, dik habistu kau nak maafkan Fahrin?".

"Tak, saya tak kata saya maafkan dia. Saya cuma lega sebab saya tak serahkan syer saya sepenuhnya pada dia walaupun di mulut yea, di kertas tidak", mukanya sedikit yakin di situ.

Masing-masing memandang wajah Sofia bimbang.

"Jangan la tengok saya macamni, saya dah okay. Saya bukan Sofia yang dulu", sambil mengukir sedikit senyumannya.

"Yeahhh that's my girl", balas Johan menjerit tiba-tiba.

"Yea betul sokong, that's my sister haahaa.. Sofia yang ni bukan Sofia dulu. Sofia ni yang boleh tumbangkan uncle", balas Zack.

"Itu lain Zack, ini lain. Fahrin sudah toreh luka lama saya semula tanpa dia sedar".

Huda memegang jari suaminya dan menggunakan muncungnya agar lihat wajah Sofia yang cuba lawan perasaan kecewa di depan orang lain. Di cukup kenal perangai perempuan di depannya ini.

"Onie kenapa semalam kamu tutup mulut saya ketika saya tanya mana Daniel dan Huda?".

"Maaf Kak, kena tanya Huda dan Daniel".

Mata Sofia bertukar arah ke mereka berdua.

"Aku sudah terangkan segalanya dalam tu. Nanti kau faham. Aku taknak Fahrin tahu kau dapat maklumat dari aku", balas Daniel.

"Macam ada benda tak kena je bunyi ni?", soal Johan hairan.

"Entah Daniel ni?".

"Hei makcik, kau ni boleh tengok dulu tak sebelum soal laki aku macam polis pencen".

"Siapa makcik?".

"Kau", balas Huda kemudian dia ketawa kecil.

Hati siapa tidak sakit, di kunci dari rapat dengan orang lain dan rakan-rakannya. tetapi suami sendiri buat perangai di usia awalan 40an..

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-12-24 11:28:11 

lelaki umur 40han nafsu depa macam setan...dalam otak depa betinaaaa je...


NovelPlus Premium

The best ads free experience