BAB 1

Drama Completed 3472

Selipar berwarna putih bercorak merah jambu itu disarung pantas. Daun pintu ditutup cermat. Langkahnya diatur laju. Sempat dia menjeling ke arah telefon pintar di tangan. Pukul 9.40 p.m. ‘Alamak, aku dah lewat!’

Dari tingkat 8 dia bergegas menekan butang 4 pada papan lif. Sambil melihat-lihat pada skrin telefon pintar, saat ini dia berharap agar dia mempunyai poket ajaib yang boleh mengeluarkan Pintu Suka Hati seperti rancangan kartun kegemarannya, Doraemon. Namun, harapan hanya tinggal harapan. Tiada yang logik pada abad ini.

“Assalamualaikum, Kak Shanon !” Ceria. Walaupun terlewat. “Waalaikummussalam! Ha, akak merajuk. Denda ketuk ketampi sebab lambat,” tangannya berpeluk tubuh. Mulut dimuncungkan. Tanda rajuk.

“Ala, maaf. Berapa kali?” Rajuk dirai. Lagak mahu memujuk. “Haha. Meh duduk. Yang lain tak datang lagi.”

Shanon bangkit. Langkahnya menuju ke dapur.

“Minumlah air teh ni. Macam biasa,” cawan kecil merah jambu dihulur.

“Comelnya panda-panda Akak ni.” Sya memulakan bicara. Tertarik dengan haiwan yang terkenal dengan eyebags yang menawan itu.

“Comel kan?! Ni semua orang bagi. Dia orang tahu Akak suka panda.” Shanon teruja. Anak-anak usrahnya seakan mengerti. Jika disogokkan dengan haiwan gebu berwarna hitam putih itu pasti tawa Shanon akan terlerai.

Amani tersenyum. Diperhatikan naqibahnya itu dengan penuh kasih sayang. Tawa itu pasti tidak akan dilupakannya.

Tawa itu yang menceriakan hari-harinya, yang membuatkannya hilang stress pada dunia. Tawa itu juga yang membangkitkan ruhi dan semangat dalam jiwanya. Pada akhirat, pada syurga, tempat asal seluruh umat manusia.

“Hari ni kita tadabbur Surah Ali ‘Imran, boleh? Muka surat 67. Jom seorang-seorang baca ayatnya dan Akak baca terjemahannya, ya?”

Senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience