Empat Puluh Satu

Other Completed 44787

"Mommy. Mommy. Tu Mama Cinta kan." Kata Sarah menunjukkan Cinta yang sedang bersandar didepan pintu Villa.

Luthfi yang bersandar di seat belakang tegak dan melihat di antara dua kerusi pemandu dan penumpang.

"Akak berhenti." Kata Luthfi.

Layla memberhentikan keretanya dan Luthfi turun dari kereta dan menapak kearah Cinta.

Tak salah. Memang isterinya yang sedang Lena didepan Pintu utama Villa.

"Sayang.. Sayang.." Panggil Luthfi perlahan. Hilang rasa demamnya apabila melihat Cinta hati didepannya kini.

Cinta membuka matanya melihat wajah suaminya disisinya.

"Abang." Panggil Cinta lemah.

"Ya Allah Kau dengar doaku ya Allah. Terima kasih dah kembalikan isteri aku semula Ya Allah." Luthfienangis memeluk tubuh yang dirinduinya.

"Mama Cinta!!" Panggil Sarah.

"Sarah." Panggil Cinta.

Sarah berlari memeluk leher Cinta. Menangis teresak.

"Maafkan Sarah Mama. Sarah tahu Sarah banyak lukakan hati Mama Cinta. Maafkan Sarah." Kata Sarah teresak.

"Dah dah. Macam mana Mama nak cakap ni. Papa Luth dan Sarah peluk Mama erat sangat. Lemas Mama." Kata Cinta bergurau.

"Kenapa Sayang tak masuk?" Tanya Luthfi yang membantu isterinya bangun.

"Kunci Villa hilang. Phone hilang. Yang tinggal Wallet." Kata Cinta.

"Takpe. Asalkan Sayang Abang tak Hilang. Kata Luthfi.

Cinta merasa ada sesuatu nak keluar dari mulutnya. Dia berlari menuju kedalam tandas didapur untuk memuntahkan semuanya.

"Sayang. Kenapa ni?" Tanya Luthfi sambil mengurut belakang badan isterinya.

"Mungkin sebab hentakan serpihan konorit dat dahi nk kot. Jadi biull." Gurau Cinta.

"Sayang." Luthfi membantu isterinya keluar dari tandas.

"Luth, Cinta, Akak balik dulu ye. Luth pun akak tengok dah ok kan." Kata Layla.

"Abang kenapa?" Tanya Cinta selepas Layla berlalu bersama Sarah.

"Abang Warded demam panas." Kata Luthfi.

"Ya Allah. Maafkan Cinta sebab tak dapat nak rawat Abang masa Abang sakit." Dia mengucup tangan suami yang dirinduinya.

"Sayang selamat, Abang dah bersyukur sangat." Kata Luthfi.

"Lepas ni." Kata Cinta. Dia berjalan menaiki anak tangga ke bilik mereka ditingkat atas.

"Apa lepas ni? Sayang ada misi lagi?" Tanya Luthfi dengan wajah muram. Tak Ingin membenarkan Isterinya pergi Misi berbahaya lagi.

"Hermm Cinta digantung dari Misi." Kata Cinta.

"Kenapa?" Tanya Luthfi Hairan.

"Sebab Cinta ada Misi yang lagi mencabar lepas ni." Kata Cinta lalu menghulurkan Sampul surat kepada suaminya yang mula mengekorinya naik keatas.

"Apa ni?" Tanya Luthfi.

"Misi Baru." Kata Cinta mengulum senyum sambil masuk kedalam bilik membuka tudung dikepalanya.

Dia melepaskan kain yang terbalut didahinya.

"Auchh Sssshhh. Aduhh." Katanya menahan sakit.

"Hmmm teruk jugak. Nasib tak dekat dahi. Kalaunkat dahi, aduhhh binasa aku." Kata Cinta.

"Sayang!! Sayangg!!! Hai Sayang.. Betul ke ni? Hah Betul ke?" Luthfi bertanya kebenarannya pada Cinta.

"Abang rasa?" Tanya Cinta semula.

"Sayang mandi bersihkan diri. Kita pergi klinik." Kata Luthfi.

"Esok esok tak boleh ke?" Tanya Cinta.

"Ok baiklah esok." Luthfi mengusap perut isterinya yang masih rata.

"Tak sabar nak tengok Junior Papa." Kata Luthfi lalu mengusap pipi isterinya dan mengucup lama.

"Abang puasa dulu ye." Kata Cinta mengingatkan.

"Ala tak boleh ke. Dah lama Abang puasa ni." Kata Luthfi.

"No. Tak boleh." Kata Cinta.

Luthfi melihat dahi isterinya yang ada kesan luka jahitan disisi kanan.

"Auchh. Sakitlah." Kata Cinta.

Luthfi mengambil peti pertolongan cemas yang ada didalam kamar mandi lalu membantu isterinya membersihkan sisa darah yang telah kering.

Luthfi meniup lembut luka didahi isterinya apabila Cinta merasa kepedihan dik penangan ubat sapu.

"Dah. Sayang mandi dulu baru Abang balut nanti." Kata Luthfi.

"Tak oayah balutlah. Nanti lambat kering." Kata Cinta

"Ni mandi tak pedih ke?" Kata Luthfi.

"Apa boleh buat. Tahan je." Kata Cinta berserah.

"Meh Abang mandikan Sayang." Kata Luthfi.

"Abang." Kata Cinta. Pipinya mulai merona.

"Abang kedapur kejap." Kata Luthfi.

"Abang." Panggil Cinta.

"Ye Sayang." Kata Luthfi.

"Nak makan Meggie ayam." Kata Cinta.

"Tak Boleh. Takde khasiat." Kata Luhfi.

"Teringin lah." Kata Cinta.

"No." Balas Luthfi lalu turun kebawah.

Namun tak sampai hati melihat isterinya yang teringin sangat nak Makan meggie ayam.

Akhirnya dia mengambil kunci kereta dan keluar ke kedai runcit dihujung jalan untuk membelikan makanan untuk isterinya.

Dia membeli beberapa jenis buah buahan yang dapat dimakan isterinya. Tak lupa membeli meggie Ayam dan Susu untuk ibu mengandung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience