Bab 41
Dah dua hari dah Along meninggal dan aku rasa kehilangan.
Allah pinjam Along kepada kami dan Allah ambik dia balik.
Terima kasih, Along. Terima kasih sebab banyak tolong Jiya. Jiya takkan lupakan Along. Walau apa pun yang terjadi, you’re my Along. Nobody can replace you.
“Kenapa tak makan?” tegur Fath.
Aku geleng kepala.
“Setiap yang bernyawa pasti akan mati, Jiya.”
Tahu.
Dan air mataku mula menitis.
“Aku pernah rasa apa yang kau rasa. Sakit. Memang sakit tapi yang dinamakan kehidupan memang macam ni, Jiya. Manusia akan mati. Benda ni lumrah. Kita pun akan mati tapi tak tahu bila. Kau tetap kena move on dengan hidup kau.”
Kepala aku gelengkan.
Susah untuk aku move on dengan hidup aku. I lost my Along.
Fath labuhkan punggung di atas sofa. Lut yang bermain di atas ambal duduk di atas dia. Fath usap lembut kepala Fath. Dia koyak senyuman tawar.
“Mahu tak mahu, kau kena terima semua ni. Cuba kau tengok mama kau. Ada dia nangis macam kau?” soal Fath perlahan.
Aku geleng.
“Dia pun sedih macam kau, Jiya. Dia hilang anak yang dia kandung selama sembilan bulan. Dia hilang anak yang dia besarkan, yang dia rawat ketika sakit tapi mama kau tak nangis macam kau sebab dia tahu yang orang dekat sekeliling dia perlukan dia.
Allah bagi ujian sikit pun kau dah jadi macam ni. Wake up, Jiya. Ingat. Allah uji orang yang DIA sayang. Panggilan Allah tu datang dalam bentuk ujian dan bencana.”
Mataku menyorot memandang mama yang sibuk membasuh pinggang di dapur. Dia tenang walau kehilangan Along. Abah pun tenang tapi aku perlukan masa untuk terima semua ni.
“Kita orang Islam, Jiya. Kita kena beriman dengan qadak dan qadar. Ni ketentuan Allah.”
Aku hilang seorang Along dalam sekelip mata dan aku jatuh tersungkur. Tak ada lagi Along yang nak bagi nasihat dekat aku, yang nak tegur kesalahan aku. Dia dah pergi. Allah lebih sayangkan dia. Allah dah ambil dia kembali.
“Aku bagi nasihat dekat kau berdasarkan pengalaman aku. Belajar terima takdir dengan tangan terbuka dan jangan sesekali salahkan takdir. Aku hilang seorang mak dan aku pernah buat benda bodoh. Aku salahkan diri aku. Aku buang masa bertahun-tahun dan kau tak boleh ulang kesilapan yang sama.
Dah janji Naqib dengan Allah.”
Jari-jemariku kesat air mata yang masih tidak mahu berhenti mengalir. Hidung dah merah. Kepala aku jadi lagi berpinar.
Najya, belajar terima takdir dengan tangan yang terbuka.
“Allah tests you because He loves you, girl.”
ALBUM-album yang aku beli dan kosong tanpa gambar dulu dah penuh dengan gambar.
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Najya akan terus hidup membawa semangat Alongnya bersama?
Share this novel