Bab 5

Drama Series 4917

"Julia... please bagi saya peluang. Kali ni je. Saya bukan orang yang macam awak sangkakan." rayu Faris pada Julia ketika semua staf yang lain sudah pulang.

Faris seakan sudah terdesak oleh gelojak perasaannya. Faris seakan obses untuk memiliki Julia. Julia sentiasa membayangi hidupnya sejak akhir-akhir ini. Renungan mata dan haruman perfume gadis itu seakan menghantui dirinya tatkala mata di pejamkan. Julia sentiasa menari nari dalam fikiran Faris setiap masa.

"Encik Faris, saya nak balik ni. Saya tak dapat terima Encik Faris dan jawapan saya tidak untuk permintaan encik Faris.... keputusan saya muktamad." tegas Julia.

Malas betul laa kalau aku layan mamat ni. Kalau semua lelaki dalam dunia ni macam mamat ni, agak agaknya semua boleh sakit jiwa kot kalau semua lelaki bersikap seperti mamat ni. Julia mengeluh perlahan. Sesekali Faris mengingatkan Julia kepada lelaki yang pernah merosakkannya. Lelaki itu!!! Julia x nk pisang berbuah dua kali.

"Saya minta diri dulu ye encik Faris."Julia segera berlalu.

Julia berjalan pantas menuju ke arah pintu lif. Dia tidak mahu bertembung dengan lelaki itu. Saat pintu lif mahu tertutup, ada pula tangan yang menyekat. Dan wajah Faris terpacak di hadapan pintu lif. Julia terkejut tetapi ia segera membuang perasaan terkejutnya itu.

Faris masuk ke dalam lif dengan wajah yang serius. Sebaik sahaja pintu lif tertutup.....

"Eh...Encik Faris ni dah kenapa?" Julia meronta apabila Faris tiba-tiba sahaja menerkam ke arahnya.

Lelaki itu sudah hilang akal! Rakus sekali tindakan Faris yang cuba memenuhi keinginan nafsu jahatnya. Rontaan Julia semakin kuat.

"Lepaskan saya encik Faris!!! Faris bagai dirasuk syaitan. Rontaan Julia seolah olah tidak didengari oleh Faris.

Ya Allah... Julia sudah ketakutan. Dia benar-benar mahu mengharapkan pertolongan Allah saat ini.

"Lepaskan aku lah Faris! Aku cakap lepaslah!"

Faris senyum sinis. Tubuh Julia berjaya dirangul ke dalam dakapannya. Cuma keinginan menyentuh bibir gadis itu yang belum tertunai.

"Aku akan dapatkan apa yang aku nak, jadi sekarang kau dah jadi hak aku. Aku nak kau!"

Kata kata Faris benar benar membakar amarah Julia. Seterusnya mencetuskan kekuatan yang luar biasa dalam diri gadis itu. Faris ialah syaitan sebenar! marah dan dendam telah menyemarakkan kekuatan dalam diri Julia.

" Jantan tak guna!" Julia terus menolak tubuh Faris. Lalu lutut kanannya terus menendang celah kangkang Faris dengan sekuat tenaga!

"Awww!!!" Faris terloncat-loncat sebelum duduk melutut di lantai. Wajah lelaki itu merah padam dek perit yang menyengat.

Saat itu juga pintu lif terbuka. Julia terus berlari keluar. Dia tidak lagi berkalih ke belakang. Hatinya kini membisikkan syukur ke hadrat Ilahi.

Bersambung...

Sorry lama x update sbb busy sikit... Selamat membaca...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience