Rania sampai jam sudah pun enam petang disambut oleh mamanya Puan Aqilah yang sedang menyiram pokok di halaman rumah mereka.
"assalamualaikum mama" dia datang ke arah mamanya yang sedang menyiram pokok di halaman
" Waalaikumussalam" jawab mamanya dan segera matikan paip.
Rania melangkah menghampiri mamanya dan merangkul bahu.
" mama dah ambil alih tukang kebun ker sekarang ni?" tanya Rania sambil tergelak.
" ya sejak semalam anak mama jadi tunangan orang ,rasanya mama rajin pula jadinya" sinisnya.
", oh baru tahu macam tu,kalau nanti bulan depan mama ambil alih jadi apa pula ya?"
" mungkin pengasuh cucu-cucu mama" ucapnya penuh keyakinan.
"hurm...awal lagi lah mama,tapi bukan ker mama dah lama ambik kerja tu asuh papa?" giliran Rania pula tergelak dan mendapat tamparan di bahunya.
"ish budak ni,dah masuk mandi lepas tu turun makan" Rania berlalu dan masih tergelak dan sejurus dengan itu kelihatan kereta Razlan papanya Rania masuk.
"tu budak asuhan mama dah balik" Rania menunjuk ke arah papanya dan kembali tergelak melihat muka merah mamanya malu apabila diusik begitu.
"pergi sana" halau mamanya .
"sampai hati mama halau anak bila kekasihnya balik" Rania mencebik buat muka merajuk.
"ada apa ni?" tanya Razlan kepada Rania dan isteri nya.
"mama ni pa,dia kata rindukan papa,sampai nangis-nangis tadi" usik Rania.
"hah,betul sayang?", Razlan menarik isterinya dan mencium puncak kepala Aqilah.
Rania tergelak keras melihat muka malu mamanya.
"ish budak bertuah ni,dah pergi" marah Aqilah geram melihat anaknya yang suka menyakatnya.
"malulah tu,bye mama,papa" dia melambai sambil melenggang naik ke atas dan masih tergelak.
"betul nangis rindukan abang?" tanya Razlan sambil menggandeng tangan isterinya masuk ke dalam.
'mana ada nangis,abang ni percaya sangat kat Rania tu,suka sakat Qilah"
"hurm...dah tu tak rindu abang?" Razlan pula yang mengusik isteri tercinta.
"dah lah masuk mandi busuk" Aqilah memicit hidungnya seolah badan suaminya berbau busuk.
"amboi yang busuk ni juga lah yang sayang abang ni duk peluk cium siang dan malam"
"ish abang dan Rania ni sama aja ,dah lah Qilah nak jenguk dapur,siap makan malam" mukanya sudah pun merah padam anak dan bapa sama sama perangai tidak habis menyakatnya.
Razlan masih tergelak suka melihat sikap isterinya tidak pernah berubah sejak nikah sampai sekarang.
Insan yang menemaninya selama dua puluh empat tahun ini.
Sementara di bilik Rania merebahkan sebentar badannya di atas katil.
Kerja membuatnya penat namun dia tetap suka kerana di situ masanya terluang dan tidak terbuang.
Sudah hampir dua tahun dia bekerja di syarikat milik Faiq sebagai manager bahagian kewangan selepas tamat pengajiannya.
Itu pun atas permintaan lelaki itu sudah memintanya dari awal agar bekerjasama dengannya.
Rania tidak kisah di mana dia bekerja asalkan gaji dia dapat dan tidak mensia-siakan ijazah yang dia perolehi dengan susah payah itu.
Lagipun mereka sudah lama kenal maka itu lebih baik dan tidak perlu bersusah ke sana ke mari untuk melamar pekerjaan di tempat lain.
Itulah keistimewaan yang dia dapat setelah menjadi tunangan kepada Faiq.
Sahabat ,teman,rakan,kawan istilah yang berbeza namun maksud yang sama dan kini Faiq adalah tunangnya dan bakal menjadi suaminya.
Itulah kenyataan yang dia harus hadapi kini.
Antara cinta dan sahabat mana yang akan menjadi pilihan Faiq nanti.
Sepuluh minit merehatkan diri Rania bangun dan terus mencapai tuala dan ke bilik mandi untuk membersihkan diri sementara menunggu azan maghrib dan turun ke bawah untuk makan malam.
....
......
Di apartment ....
Faiq melajukan keretanya meluncur menuju ke apartment milik Intan .
Selepas parkir keretanya di basement terus dia masuk ke lift dan menekan nombor sembilan tempat beradanya bilik milik Intan.
Tidak perlu dia mengetuk pintu apartment itu kerana nombor bilik semua sudah dia tahu,di situ adalah tempat keduanya menghabiskan malam bersama Intan.
"hai sayang" Intan sudah pun berada di depannya menyambut kehadirannya.
Seperti seorang isteri menyambut kepulangannya suaminya.
Seperti biasa kucupan dan pelukan penuh ghairah mereka lakukan.
"ada apa tergesa-gesa panggil datang sini?" tanya Faiq sambil merebahkan dirinya di sofa dan Intan menghampirinya membawa segelas minuman.
Faiq menyambut dan meneguk sehingga separuh dan gelas diletakkan di atas meja di depannya.
Intan datang dan duduk di atas ribanya.
Membelai manja pipi Faiq yang dipenuhi bulu halus yang menampakkan wajah maskulinnya.
Siapa sahaja yang melihatnya pasti terpikat dengan tebaran pesonanya.
Namun sayang di hatinya sudah terisi cinta Intan .
"ada apa?" dia bertanya pada Intan dan mengelus lembut tangan Intan dan menciumnya.
"I ada something nak bagitahu you" ucap Intan bangun dari duduknya dan masuk ke bilik mengambil sesuatu.
"ini" dia memberikan sesuatu .
Faiq menyambut nya hairan pertama kali dia lihat dan pegang benda nipis panjang itu.
Ada dua garis merah dia masih tidak memahaminya.
"apa ni?" Faiq bertanya hairan.
Intan tersenyum melihat reaksi kekasihnya itu.
"test pack pregnant " ucap Intan datar dan masih lagi tersenyum bahagia.
Faiq membulatkan matanya terkejut atau pun bahagia tidak terhambat saat ini.
"what?" ucapnya .
"kenapa you tak suka I hamil anak you?" tanya Intan seolah kecewa.
"bukan itu maksud I,tapi macam mana boleh berlaku?' Faiq hairan sedangkan dia tidak pernah lupa untuk memakai kondom semasa mereka melakukannya.
"mana I tahu,mungkin tanpa sedar benda tu bocor" ucap Intan geram.
Faiq mengusap mukanya kasar.
Nasi sudah menjadi bubur,semua sudah terlanjur,perbuatan terkutuk tak dapat dielak lagi.
"hurmm..so macam mana?" bentak Intan seolah marah melihat reaksi Faiq itu.
"nak buat macam mana benda dah jadi" ucapnya seolah bingung,apa yang perlu dia lakukan sedangkan statusnya sekarang adalah tunangnya Rania dan tidak lama lagi akan bernikah.
"nanti I fikirkan caranya,I janji akan tetap bertanggungjawab" dia memeluk tubuh Intan,dia tahu sekarang mereka terhimpit masalah besar.
.....
.....
"Rania," panggil Aqilah selepas habis waktu makan malam tadi dan kini mereka duduk di ruang depan menikmati menonton tv.
"ya ma"
"esok kerja lagi?"
"ya lah kan esok baru selesa ,kenapa?" tanya Rania hairan.
"pernikahan korang kan cuma ada dua puluh sembilan hari lagi,seharusnya sudah lakukan persiapan,tengok baju pengantin,beli cincin nikah " lirih Aqilah.
Suaminya pula hanya terdiam dan matanya masih menatap ke arah berita di depannya.
"hurm..nantilah Rania cakap pada Faiq ,lagipun cepat sangat nak nikah" jawabnya acuh.
"cepat atau lambat perlu sedia,majlis ni bukan main-main,ok esok balik kerja kita jumpa kat butik Datin Farida,tadi dia pun call mama suruh ajak Faiq sekali ke sana"
"ya mama,nanti Rania call Faiq" jawab Rania malas.
Nak atau tidak segala keputusan sudah pun berada di tangan orang tua mereka.
Menjadi anak yang baik adalah harapan semua ibubapa .
Rania kembali ke biliknya dan cuba menghubungi tunangnya itu namun tidak diangkat dan akhirnya Rania mengambil keputusan untuk mengirimkan pesan sahaja.
"(esok mama minta kita fitting baju pengantin dan beli cincin nikah' )pesanan dihantar.
Beberapa minit tidak dibalas.
Rania tahu mungkin saat ini tunangnya itu mungkin sedang sibuk memadu asmara.
Itulah nasibnya bertunang dengan orang yang sudah miliki wanita lain.
Kalau nikah nanti entah manalah nasibnya ,mungkin dibiarkan sendiri seperti ini juga.
Nikah atau tidak mungkin tetap sendiri.
Tidak mahu banyak berfikir dia terus merebahkan dirinya dan cuba memejamkan matanya untuk masuk ke dalam mimpi.
Mana tahu nanti dalam mimpinya akan berjumpa dengan putera berkuda yang tampan akan menjemputnya ke istana dan menikahinya.
Dia tergelak sendiri,angan angan yang sukar dia gapai sedikit pun.
Hatimu bukan milik ku...
Dia terus terlena masuk ke alam mimpinya.
Share this novel