“Safuan Hadi! Pandang muka saya” tiba-tiba Ryasarose bersuara agak tegas.
Dengan rasa yang amat geram dia menatap mata Ryasarose dan tidak lama
kemudian mengambil begnya dan terus beredar dari situ tanpa mempedulikan
Ryasarose dan rakan-rakannya yang lain. Kejadian itu turut menarik
perhatian Safura , Cikgu Halman dan cikgu-cikgu yang lain. Ryasarose yang
pada mulanya agak tercengang dengan perbuatan Safuan terpaksa berlagak
seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. “Baiklah buka buku Sejarah Bab 4”
Safuan berehat di pondok yang berdekatan dengan sungai sambil berehat
sehingga tertidur. “Kenapa ni malas ke sekolah? Aku hantar kau ke
sekolah bukannya main-main” “Sakit ayah sakit!” Tidak lama kemudian
Safuan mula tersedar “La, dah petang rupanya” Safuan segera mencapai
begnya dan pulang ke rumah.
“Anna cari apa?” tanya Safura apabila melihat Ryasarose sibuk memeriksa
fail peribadi pelajar. “Periksa rekod pelajar yang bernama Safuan Hadi,
kalau ikut rekod dia merupakan salah seorang calon pelajar cemerlang
sekolah ini tapi hairan kenapa dia jarang datang ke sekolah sejak
akhir-akhir ini, kenapa ya?” fikir Ryasarose dan bunyi loceng sekolah
mengganguny adan tiba masa untuk kelas seterusnya. “Ayu, saya pergi
kelas dulu”. Safura meneruskan kerjanya.
Tiba waktu rehat, kelihatan para pelajar sedang beratur untuk membeli
makanan. Ryasarose juga makan bersama mereka. Ryasarose makan seorang
diri sambil memikirkan hal mengenai Safuan Hadi. Kebetulan Safura dan
Halman juga baru hendak makan, duduk di meja Arianna.
“Hai, teringat dekat cik abang ke?” sergah Safura . “Ish, mana ada
teringat pada anak murid je” Ryasarose mula malu-malu apabila Safura
‘membuka’ rahsianya di hadapan Cikgu Halman “Melepaslah cikgu-cikgu
bujang kita nak mengorat Cikgu Anna kita” sakat Safura supaya Cikgu
Halman turut terasa tapi lelaki itu hanya berlagak ‘cool’ seperti
tidak ada apa yang sedang berlaku.
Fikiran Ryasarose terus memikirkan perkara itu tersebut sehingga tidak
sedar waktu sekolah telah tamat. “Cikgu Anna, dah sampai masa waktu
balik ni, tak nak balik ke?” tanya Cikgu Halman yang sudah bersiap sedia
untuk pulang. “Balik” kata Ryasarose sambil turut berkemas sambil melihat
keadaan sekeliling yang sudah kosong.
Ketika Ryasarose berjalan pulang, tiba-tiba hatinya tergerak untuk pergi
ke sungai untuk melihat kalau-kalau Safuan berada di situ dan ternyata
dugaannya benar. lalu dia mencapai sesuatu di dalam begnya untuk
dijadikan ‘alat’ untuk ‘mengumpan’ Safuan keluar dari tempat
persembunyiannya.
“Kapur! Bila masa pulak aku terambil kapur ni” tiba-tiba Arianna
teringat semasa dia bekemas di bilik guru sebelum balik tadi. “Ah!
Jadilah” Ryasarose membaling kapur itu dan ‘balingannya’ mengena. “Ish!
Siapa baling benda ni” Safuan mengutip kapur tersebut lalu menyimpannya.
Ternyata dugaan Ryasarose benar, dia menyorok di sebalik pokok berdekatan
untuk melihat apa reaksi Safuan seterusnya. Safuan terus pulang ke rumah.
Share this novel