BAB 10: Suami Fatin?

Drama Series 28608

Seminggu sudah berlalu. Kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu semua. Burung-burung berterbangan sambil bernyanyi di langit biru yang cerah bagai turut meraikan hari bahagia ini. Tapi betulkah bahagia? Soalan itu sahaja yang bermain di fikiran Fatin sekarang.

Fatin duduk di kerusi meja solek. Mukanya yang putih melepak selepas disolek terserlah di dalam cermin. Jantungnya berdebar laju mengalahkan cheetah. Tangannya mula sejuk. Macam-macam kemungkinan muncul di kepalanya. Tangannya digosok sesama sendiri. Nervous. Matanya ditutup. Tangannya menekan lembut jantungnya yang sudah bagai nak tercabut. Hembusan nafas yang dalam dilepaskan. Matanya dibuka kembali.

Tiba-tiba pintu dibuka perlahan. Nairah masuk dengan berbaju kurung dan bertudung bawal. Senyuman lebar di bibirnya. Tangannya di letakkan di bahu Fatin. Fatin menoleh ke arahnya dengan senyuman. Nairah mengangkat-angkat keningnya.

" Dah sedia nak jadi isteri orang?" kata Nairah.

Muka Fatin merona merah. Fatin ketawa kecil.

" Kau ni! Aku tengah nervous kau tahu tak." kata Fatin sambil mencubit lembut lengan Nairah.

" Alah. Tak payahlah nak nervous sangat. Kahwin je." kata Nairah dengan selamba.

Jelingan tajam dihadiahkan kepada Nairah. Kahwin je? Dia ingat kahwin ni main-main ke?!!

" Mestilah nervous! Entah-entah bakal suami aku tu penagih dadah ke? Kaki pukul ke? Seram tau tak!" kata Fatin.

Ternganga mulut Nairah. Nairah ketawa berdekah-dekah mendengar kata Fatin tadi. Sampai ke situ dia fikir. Fatin hanya mampu melihat Nairah mentertawakannya. Dia mendengus kuat.

" Isy. Kau ni fikir sampai situ pulak. Tak mungkin jadinya. Kalau jadi pun aku kan ada. Kau telefon je aku. Biar aku karate dia.." kata Nairah.

Fatin menenung Nairah dengan senyuman yang sinis terukir di bibirnya yang merah menyala dek kerana rencu.

" Eleh, kau. Nak karate konon. Cicak pun takut." kata Fatin sambil menuding jarinya.

Nairah merengek menafikan kata-kata Fatin sambil menarik-narik tangan Fatin. Fatin ketawa terbahak-bahak. Puas hatinya dapat mengenakan Nairah.. Hilang sedikit debar di hati.

Tiba-tiba pintu dibuka. Mak Nairah masuk ke dalam bilik itu dengan senyuman yang lebar. Menambahkan 100 kali ganda debaran di hati Fatin. Nairah turut tersentak.

" Dah jom keluar. Pengantin lelaki dah sampai dah tu." kata Mak Nairah.

Terangkat kening Fatin. Memang betul kata Papanya. Rasa macam nak terjun tingkap pun ada. Mereka bangun. Tiba-tiba Fatin menarik tangan Nairah. Nairah menoleh.

" Kenapa?" tanya Nairah.

Risau jugak. Mana tahu tiba-tiba si Fatin sakit jantung pulak kat sini. Muka Fatin merona merah. Perasaan takut mula bercambah.

" Weyh, kau tolong cover aku. Aku sebenarnya tak pernah jumpa bakal suami aku. A-Aku nervous lah." kata Fatin.

Sekali lagi, mulut Nairah ternganga luas.

" Kau tak pernah jumpa bakal suami kau?! Biar betik!" pekik Nairah.

Fatin tersenyum kelat memandang muka Nairah yang dah terkejut badak kat situ. Muka yang paling comel dibuat untuk memujuk Nairah membantunya. Nairah mengeluh.

" Haih.. Yalah. Jom." kata Nairah.

Mereka pun keluar dari bilik tersebut. Fatin jalan betul-betul rapat di belakang Nairah. Dia menoleh ke tepi. Matanya dipejamkan. Nafasnya melaju. Nairah dan Fatin duduk di pelamin yang cantik dihias si wedding planner. Namun Fatin hanya memandang ke bawah. Sementara Nairah pula sedang ternganga melihat bakal suami Fatin yang hensem yang amat.

" Weyh. Hensem giler bakal suami kau." bisik Nairah sambil menyiku Fatin.

Fatin yang mendengarnya mencubit perut Nairah. Nairah hanya mampu menahan sakit sambil tersenyum kelat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semuanya berjalan lancar. Akad nikah sudah selesai dilafazkan. Kini tibalah masanya untuk menyarung cincin. Bakal suami Fatin bergerak ke arahnya. Fatin masih menunduk. Bakal suaminya berlutut di hadapannya. Jarinya dihulurkan. Cincin berbatu permata di atasnya disarungkan ke jari manis Fatin. Jantungnya berdebar laju. Kali pertama dia melihat jari gagah lelaki yang sekarang sudah bergelar suami kepadanya. Fatin mengambil cincin lelaki dan perlahan-lahan menyarungkannya ke jari suaminya.
Fatin bersalam dengan suaminya. Saat dia tunduk untuk mencium tangan suaminya, kepalanya disentuh lembut. Saat ini, suatu perasaan yang pelik menjengah ke dalam hati Fatin. Dia rasa selamat. Selesa. Matanya dipejamkan.

Fatin mengangkat kembali kepalanya. Kini, tibalah masanya untuk melihat wajah bakal suaminya. Kepalanya didongakkan perlahan-lahan. Fatin tersentak.

" Awak?!" pekik Fatin.

Suaminya mengangkat-angkat keningnya.

" Kan aku dah kata. Kita akan jumpa lagi.."

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience