Puza masih sibuk mencuci pinggan di dapur. Geriz pula membaca surat khabar di ruang tamu. Suasana di rumah begitu dingin. Hari ini Geriz cuti. Dia akan luangkan masa bersama Puza di rumah. Isterinya.
Suasana di luar sudah gelap. Mereka belum tidur.
“Sayang.”.
Panggil Geriz dengan kuat. Ada perkara yang perlu dibincang sekejap.
Puza hampir siap cuci pinggan di dapur. Hanya tinggal satu saja. Dia ke arah Geriz. Puza sendiri tidak tahu mengapa dipanggil oleh suaminya itu.
“Apa bang?”.
Puza sudah berada di hadapan Geriz. Geriz menyimpan surat khabarnya di meja. Memperbetulkan duduknya sedikit di sofa itu.
“Duduk.”.
Arah Geriz.
Puza duduk di depan suaminya. Puza sangat rajin mengemas rumah. Puza adalah ibu tiri Amelia. Puza sebaya dengan Amelia.
“Awak da tahu tak yang Amelia tak balik rumah dua hari ni? Ada dia cerita-cerita kat awak tak. Kenapa dia tak balik?”.
Soal Geriz dengan riak muka curiga. Dia sendiri perasan yang Amelia tidak balik rumah.
“Saya tahu bang. Tapi saya sendiri pun tak tahu dia pergi mana. Agaknya dia jumpa dengan kawan dia kot.”.
Jawab Puza. Dia elak fikir negatif terhadap Amelia.
“Da agak da awak akan cakap macam tu. Amelia ada cakap kat saya macam tu juga. Tapi yang pelik. Amelia pakai baju yang tak senonoh. Awak rasa kawan dia tu baik tak?”.
Risau Geriz semakin memuncak. Dia sendiri melihat dengan matanya sendiri yang Amelia balik guna dress yang dibelikan oleh Ajkar.
“Abang tak payah lah risau. Amelia tu kan da besar. Pandai lah dia jaga diri dia sendiri.”.
Puza cuba tenangkan kerisauan Geriz. Tidak habis-habis Geriz risau dengan keadaan anaknya.
“Awak jangan terlalu baik dengan Amelia tu. Saya tahu awak dengan Amelia tu sebaya. Tapi dia lebih tua dari awak. Umur awak sekarang da 39 tahun. Setahun lagi da nak 40.”.
Tegur Geriz dengan baik. Dia tidak mahu lihat Amelia pijak kepala Puza. Puza ibu tiri Amelia. Jika Puza teruskan keadaan begitu, semakin berani Amelia lawan Puza.
“Awak ni cakap apa. Saya sayang Puza tu. Puza belum pernah melawan cakap saya. Saya tahu lah umur Amelia sekarang 30. Saya da nak masuk 40. Saya kenal dengan Amelia. Saya tahu Amelia tak buat benda-benda macam tu bang.”.
Bohong Puza.
Puza tetap menyebelahi Amelia. Dia beri alasan Amelia akan berkelakuan baik di luar sana. Puza tahu perangai anak tirinya itu. Tidak mungkin dia berkelakuan tidak senonoh di luar.
“Saya tak setuju apa yang awak cakap tu. Kita tak boleh cakap macam tu. Amelia tu da dewasa. Kalau kita biarkan dia hidup macam tu hari-hari. Keselamatan dia tak terjaga. Awak nak tak anak luar nikah nanti?”.
Geriz tidak setuju pendapat Puza. Dia menolak apa yang dikatakan oleh Puza.
“Abang ni cakap apa? Abang da hilang akal ke? Berapa lama da Amelia tu hidup dengan kita? Abang fikir Amelia macam tu ke?”.
Marah Puza ke arah Geriz. Dia tidak percaya yang Amelia bersikap yang dikata oleh Geriz. Dia kenal Amelia. Seorang budak baik.
“Tak. Saya cakap je. Yang penting awak kena bekeras sikit dengan Amelia tu. Jangan tunjukkan yang awak ni lemah kat depan dia. Awak tu ibu dia. Faham!”.
Tegas Geriz. Dia nasihatkan Puza dengan betul. Dia tidak mahu Puza terlalu baik hati di depan Amelia.
“Susah bang. Saya ni ibu tiri Amelia. Amelia tengok saya je dia nak lari. Macam mana saya nak cakap dengan Amelia tu. Mungkin Amelia masih rindukan Arwah Kak Kasyis. Biarkan lah dulu. Bagi dia masa. Lagipun, Amelia da terima sikit saya macam ibu dia sendiri. Abang jangan risau ye.”.
Puza tetap terima cara layanan Amelia terhadapnya. Dia tetap menunggu Amelia baik. Puza tahu yang Amelia masih belum terima dirinya yang menjadi orang tua Amelia.
“InsyaAllah. Amelia akan terima awak nanti. Betul apa awak cakap tu. Amelia masih rindukan Arwah Kasyis. Awak sabar ye?”.
Geriz faham kondusi yang dialami oleh Puza. Sebelum pemergian Kasyis. Ibu kandung Amelia itu. Sebulan air mata Amelia bercucuran. Tanpa henti menangis seorang diri. Amelia sembunyikan diri. Tidur juga tidak cukup. Terlalu rindukan bayangan Kasyis lagi.
“Abang jangan risau. Saya janji kat abang dengan Amelia yang saya akan jadi ibu yang baik. Saya akan jaga Amelia macam anak kandung dia.”.
Geriz lontarkan senyuman. Hampir menangis mendengar kata-kata Puza. Dia sedar usianya bukan lagi muda. Disebabkan ada Puza, Geriz merasakan dirinya masih muda. Puza selalu naikkan semangatnya bekerja. Kata-kata Puza itu tadi sungguh mengharukan.
“Kenapa abang tengok Puza macam tu.”.
Geriz perhati lama Puza. Puza sedikit janggal dilihat Geriz seperti itu.
“Salah kah abang tengok isteri abang sendiri. Isteri abang yang cantik jelita ni.”.
Geriz cuba memikat Puza. Puza memiliki badan yang slime. Disebabkan itulah Geriz terpikat dengan Puza.
“Abang ni.”.
Keluar manja Puza. Dia suka jika Geriz sudah mula manjakannya. Apa lagi manjakan dengan keluakan ayat manis.
^^^
Amelia memerhati Puza dan Geriz dari arah belakang. Dia sembunyikan kemunculannya. Lama dia memerhati Geriz dan Puza di ruang tamu itu.
Kata-kata Puza tadi membuatkan dia terharu. Dia menutup mulut selepas mendengar janji-janji Puza.
Dia masuk ke bilik. Puza menuju ke tempatnya. Dia tidak boleh nampakkan dirinya kepada Puza. Amelia masih belum sedia menghadap Puza. Janggal dia rasakan. Kesalahannya pada Puza masih banyak.
“Perlu ke aku jumpa bini papa aku tu. Huh. Gila ke apa. Malu aku.”.
Amelia duduk di katilnya. Memikirkan sama ada mahu jumpa Puza atau tidak. Dia mengambil gambar ibunya di meja.
“Mama. Amelia rindu dekat Mama. Amelia janji yang Amelia akan jaga Papa. Akan jaga diri Amelia. Amelia juga janji Amelia akan capai impian Amelia macam Mama nak dulu. Jadi Proffesor yang hebat. Mama jaga diri dekat sana. Amelia sayang Mama.”.
Amelia peluk gambar Kasyis. Masih terasa pedih itu. Betapa rindu dia terhadap Kasyis yang sudah tinggalkan Amelia buat selama-lamanya.
“Huh?”.
Telefon Amelia berdering lama.
Amelia mendapat panggilan dari Proffesor Guna. Dia letakkan gambar Kasyis di meja. Dia perlu angkat panggilan itu dengan segera.
“Aduh.”.
Kaki Amelia tersadung di kerusinya. Panggilan yang berdering tadi sudahpun mati. Dia tidak sempat mengangkat panggilan dari Guna.
Amelia bangun kembali dari jatuhnya. Selepas bangun Amelia mengambil telefonnya yang berada di katil. Dia depankan kerusi itu sedikit. Takut tersadung sekali lagi.
“Banyak nya miscall. Allah.”.
Amelia menerima panggilan sebanyak 200 kali. Ramai yang risaukan keadaan Amelia. Ketika itu Ajkar sudah menculik Amelia. Disebabkan itulah Amelia hilang dua hari ini.
Satu panggilan masuk kembali dari Proffesor Guna. Cepat-cepat Amelia angkat panggilan itu.
“Hello?”.
Sahut Amelia.
“Kau pergi mana. Kenapa tak jawab call kitorang. Kau tau tak kau da buat kami risau. Dah dua hari kau tak masuk kerja. Khabar kau juga kitorang tak tau. Kau tinggalkan kerja kau yang patut kau buat! Mujur ada Jobi dengan Nora. Apesal kau tak angkat call? Bagi tahu aku sekarang!”.
Amelia menahan suara tinggi Guna. Dia tahu yang Guna pasti akan marah. Tidak habis-habis tengkingan itu didengari Amelia. Dia tetap tahan. Amelia tahu silapnya sendiri.
Amelia tiba-tiba termenung. Tidak habis-habis wajah Ajkar itu diimbas kembali. Masih teringatkan kenangan bersama Ajkar.
“Hello?”.
“Helo?”.
“Helooooooo!”.
Berang Guna apabila sahutannya itu langsung tidak dijawab.
“Hello Prof. Maaf Prof. Saya ada kerja sikit tadi. Prof nak apa call saya malam-malam ni?”.
Tanya Amelia. Tidak selalu Guna call Amelia malam-malam gini. Tertanya-tanya Amelia.
“Esok kalau aku tahu kau tak pergi kerja lagi. Siap kau! Kali ni aku betul-betul buang kau kerja dari Makmal ni. Aku tak main-main. Kalau kau nak cuba kau buat. Aku da mula bosan dengan perangai kau macam ni. Aku bagi kau satu lagi chance. Kau faham?”.
Amelia tertawa sinis. Tidak sangka yang Guna masih belum buang dia dari Makmal itu.
“Baik Proff. Saya akan datang Makmal tu esok pagi. Saya janji dekat Prof. Saya tak ulang lagi silap ni.”.
“Hrm ok.”.
Guna menutup telefonnya. Tidak mahu berlama-lama bercakap dengan Amelia. Dia juga masih siapkan beberapa dokumen.
“Prof Prof. Da berapa kali aku buat silap. Tak buang-buang sampai sekarang. Cakap je lebih Prof ni.”.
Dia menyindir sendiri di hati. Dia tahu yang Proffesor Guna tidak akan singkirkan namanya di Makmal itu.
Amelia pernah naikkan nama Guna di Makmal itu. Disebabkan itulah Guna banyak terhutang budi dengan Amelia. Tidak sanggup Proffesor Guna buang Amelia dari kerja itu.
Amelia menutup telefonnya. Dia perlu tidur awal. Esok pagi dia akan ke Makmal. Dia betulkan selimut di tilamnya. Lampu kecil di bilik itu ditutup. Amelia menutup mata.
30 minit kemudian Amelia tertidur dengan lena. Begitu tenang dia teruskan tidurnya.
Share this novel