PROLOG

Romance Completed 93094

QAID memandang lama pada gambar yang ada di dalam genggamannya. Wajah diraup perlahan. Tubuh disandar ke dada kerusi. Keluhan dilepaskan. Terasa berat dadanya saat ini. Semua gambar-gambar yang dia perolehi daripada penyiasat yang diupah untuk mencari adik kandungnya telah membuatkan dia hilang segala semangat.

“Fira… Adik aku… Tak mungkin…” mata dipejam dan dia menggeleng perlahan. Sukar untuk dia menerima kenyataan itu. Dadanya terasa sempit dan sesak. Air mata mula meleleh dari tubir mata.

Bagaimana harus dia membuang semua perasaan yang sudah pergi terlalu jauh terhadap Zafira? Semakin sesak dadanya apabila memikirkan semua itu.

Dia mencintai adik sendiri? Gadis yang dia upah agar menyamar menjadi adik kandungnya adalah adik kandung yang selama ini dicari? Tak mungkin! Kenyataan itu cuba dinafikan. Namun, segala takdir tidak bisa diubah.

“Fira…” sebaris nama itu meniti lagi dibibirnya. Wajah ceria gadis itu juga terbayang-bayang dibenak fikiran. Tak mungkin mereka dapat bersama. Sampai mati pun mereka tidak akan bersatu menjadi sepasang kekasih.

Telefon bimbit yang berada di atas meja kerja dicapai dengan lemah. Qaid merenung telefon bimbitnya beberapa saat sebelum dia mendail nombor telefon Sharifah Sofia.

Beberapa detik Qaid menunggu panggilannya dijawab.

“Hello, Qaid,” suara wanita itu kedengaran tenang dihujung talian.

“Nenda... Qaid setuju untuk mengikat tali pertunangan dengan Hasya,” lemah nada itu ditutur. Sungguh pun dia langsung tidak mencintai Sharifah Hasya, namun untuk membuang perasaan cintanya pada Zafira, Qaid terpaksa bersetuju dengan rancangan nendanya. Mungkin dengan cara ini, dia dapat memupuk rasa cintanya terhadap Sharifah Hasya sekaligus menerima Zafira sebagai adik kandungnya.

Beberapa ketika Sharifah Sofia membungkam. Hanya kedengaran deru nafas sahaja dihujung talian.

“Nanti nenda tolong uruskan majlis pertunangan kami,” sambung Qaid lagi.

“Kenapa tiba-tiba, Qaid? Sebelum ni, Qaid tak setuju,”

“Qaid sayangkan Nenda. Qaid fikir, tak patut Qaid membantah kehendak Nenda,” bohong Qaid. Walaupun dia memang menyayangi Sharifah Sofia, namun, perasaan kecewanya yang sekarang telah membuatkan dia berubah fikiran.

Ya, dia harus membuang perasaan cintanya terhadap Zafira. Dia harus menerima kenyataan yang mereka adalah adik beradik kandung yang sebenarnya. Cuma dia tidak tahu bagaimana harus dia jelaskan pada Zafira. Apakah reaksi gadis itu nanti? Adakah Zafira dapat menerima segalanya? Atau gadis itu akan kecewa sepertimana yang dia rasakan sekarang?

“Baiklah Qaid. Nenda gembira mendengarnya. Nenda tahu Qaid cucu yang baik. Nenda akan uruskan majlis pertunangan kamu berdua. Nenda akan pastikan segalanya berjalan lancar dan meriah. Kemudian, giliran Fira dan Ilham pula,” suara Sharifah Sofia kedengaran ceria. Senyuman lebar juga terukir dibibir wanita itu.

Mendengar sahaja nama Zafira, hati Qaid jadi sebak. Air mata yang bertakung membuatkan pandangannya menjadi kabur.

“Baik, nenda,” ucap Qaid dengan lemah. Panggilan ditamatkan.

Mata dipejam kejap. Sekali lagi lelehan air jernih meluncur laju dari hujung mata. Berat sungguh apa yang dirasakan tika ini. Namun, dia harus reda dengan semua ketentuan dari Tuhan untuknya.

Share this novel

Nur Suhaidah Mohd sheh
2023-09-21 19:58:24 

tak apa

Titus Vong
2023-09-06 20:31:28 

ʜᴀɪ

Mary Janggu
2023-09-06 20:30:04 

sorry,tertekan


NovelPlus Premium

The best ads free experience