Bab 4

Romance Completed 21373

Puan Sri Hadina menarik tangan menantunya untuk ke dapur. "Kenapa ni, mama?" tanya Iris pelik. "Mama nak buat kek cheese. Memandangkan Rayyan ada latihan bola sepak, kita buatlah makan petang. Nanti dia balik boleh makan." kata Puan Sri Hadina bersemangat.

"Hah! Iris tahu buat kek cheese ni, ma. Arwah nenek dulu ajar. Bagi Iris sedaplah." ujar Iris. Sudah lama tidak mengasah kembali bakatnya membuat kek. "Good! Jom start. Mama dah beli bahan." mamanya itu mengambil bahan-bahan. Hari ini, Mak Senah cuti. Itu yang dapur ini mereka sahaja kerjakan.
*****************
"Wah! Ada cheese cake! Tak sabar papa nak makan. Sedap baunya." kata Tan Sri Firman. Teruja melihat kek yang dihias cantik itu. Rayyan pun terliur jadinya.

Mereka mengambil piring masing-masing lalu memotong kek itu. Berselera mereka makan. Setelah kenyang, Rayyan menaiki tangga perlahan-lahan. Tidak sabar untuk memberitahu Iris tentang satu berita gembira.

Apabila memasuki bilik, "I...." baru sahaja ingin memanggil nama Iris, isterinya itu tiada di dalam bilik. "Iris." Dia cuba memanggil lagi, habis diselongkar satu bilik itu. Rasa cemas apabila isterinya tidak kelihatan.

"Ma! Ma!" Rayyan terkocoh-kocoh turun dari tangga sambil menjerit memanggil mamanya. "Kenapa Rayyan ni? Jerit-jerit." tegur Puan Sri Hadina.
"Iris! Mana Iris, ma?" Rayyan dalam kepanikan yang amat sangat. Risau sangat memikirkan Iris. "Eh? Tadi dia naik ke bilik. Kamu dah tengok dalam bilik?" tanya Tan Sri Firman pula. "Dah! Dia takde."
"Apa kecoh-kecoh ni?" Hareez muncul dari dalam biliknya. Rayyan meluru pula ke arah abangnya. " Ada nampak Iris?" laju soalan itu meluncur dari bibir Rayyan. "Kenapa cari dia?" Hareez terpinga-pinga. "Dia hilang!" kata Rayyan separuh menjerit.
Terus semua orang kecoh mencari di setiap sudut rumah. Semua bilik digeledah. Rayyan menaiki tangga untuk ke tingkat tiga. Bilik bacaan ditujunya. Lega dia apabila mendapati Iris tidur dengan buku dan alat tulis di atas meja. Rayyan mendekati isterinya itu. Perlahan-lahan dia mengambil buku latihan itu. 'Ooo.. latih tubi rupanya. Aku dah siap.'
Dia menyelak helaian buku nota itu. Tiba di satu muka surat dibahagian belakang, terdapat sehelai sticky note kecil bewarna birU 'HMM... MAMAT POYO TU SUKA DEKAT NIA? OKEYLAH TU.. NIA PUN SUKA DIA. LEPASTU, AKU NI KENALAH MENGALAHKAN? KAWAN BAIK DENGAN SUAMI SENDIRI KUT. MESTILAH NAK TENGOK DIAORANG BAHAGIA. MILUJI TE, RAYYAN.' Rayyan pelik. Apa maksud miluji te? Saya benci awak ke?
Perlahan-lahan dia mencempung Iris lalu berhati-hati dia menuruni tangga ingin ke tingkat 2. "Ish! Kenapa aku berani sangat dukung dia ni?"
"Eh? Dah jumpa? Haishh... buat risau je. Nasib baik tak hilang." ujar Hareez. Mama dan papanya pun melepaskan nafas lega. Mereka tersenyum melihat Rayyan sedang mendukung Iris yang begitu lena.
"Rayyan nak pergi letak Iris dekat bilik tidur." kata Rayyan sebelum dia kembali melangkah.
*******************
Sebaik sahaja Rayyan meletakkan Iris. Iris terjaga. "Kau buat apa ni?" Iris mengesot kebelakang. "Kau tidur tadi kat bilik bacaan. Kau tidurlah. Homework dah siapkan?"
Iris mengangguk.
"Tapi aku tak kemas buku lagi." Iris ingin bangun tetapi dihalang Rayyan. "Aku kemaskan."
"Takpe. Aku kemas." Iris menolak badan Rayyan. "Iris Lidya! Kalau tak nak aku buat benda lain, baik kau tidur. Dengan mata dah kuyu. Esok ada PJ. Jangan nak mengada." Rayyan mengugut.
"Eee... apa main ugut-ugut ni? Kau nak buat apa, hah? Elehh.. kau bukan berani pun." ujar Iris berani. Rayyan menggetap gigi. "Kau cabar aku ke ni?"
"Yup. If you dare, head prefect." Rayyan yang benar-benar tercabar mendekati Iris.
"Wehh.. aku gurau. Kita muda lagi ni." Iris cuba melepaskan diri. Rayyan semakin asyik mencium isterinya itu.
"Kau kata apa tadi? Sekarang lain pula. Kau dah cabar so aku buat. Sekarang, nasib kaulah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience