bab 4

Romance Completed 86285

“HEI!”  Wanda buat-buat muka terkejut apabila dia bertembung dengan Suraya dan Mona di mall tersebut.  Mona sudah mula membuat roman muka menyampah.  Suraya pula tersenyum walau hatinya tahu, apa yang bakal wanita di hadapannya itu perkatakan.

“What a surprise! Dah lama kan, kita tak berjumpa?”  soal Wanda seraya mengerling Suraya.  Kemudian perut.  Suraya yang perasan terus menutup dengan tas tangan bersilangnya itu.  Wanda tarik senyum senget. 

‘Boleh ke you pregnant?’ bisik hati kecil Wanda seakan memperkecilkan keupayaan Suraya.  Mona yang perasan akan talaan mata Wanda terarah di mana terus mencelah.

“Alahai Wanda, aku rasa tak perlulah kau nak buat-buat terkejut sangat.  Aku rasa baru beberapa hari lepas kita jumpa kan?”  sahut Mona merubah tampang tersenyum Wanda ke cemberut.  Terus Wanda menjeling Mona yang tersenyum sinis.

“Mona. Wanda, sudah lah tu,”  celah Suraya tak mahu ada perbalahan di situ.  Mereka juga lupa sedang berada di mana.  Bukan dalam rumah tetapi tempat orang ramai. Malu jika di lihat orang nanti.  Pun begitu,  Wanda dengan Mona tetap saling menjeling.  Tak puas hati!

“Well how are you darling?  How’s  your married? Is it still... okay?  Tak kena ganyang dengan bini pertama lagi ke?”  soal Wanda.  Tak dapat nak sakitkan  hati Mona.  Suraya juga dia cari.  Suraya menunduk bawah. Dia juga terasa dengan kata-kata dari Wanda.  Cuma dia saja yang tak suka memanjangkannya.  Buat apa?

Tiada gunanya bertikam lidah kerana dia tahu, dia juga yang kalah nanti!

“Wanda!”  Mona memekik.  Tak tertahan sudah dia dengan sikap annoying Wanda.  Nasiblah suasana dalam Mall tu sudah pun bising, tak ada yang perasan dengan ketinggian suara Mona.  Wanda tersenyum sinis. Puas hati dapat mengenakan Suraya, si wanita polos.  Langsung dia kalihkan mukanya ke arah Mona pula.

Masing-masing merenung mata dengan tajam.

“Mona, Mona.  Kau tak perlulah nak back up sangat ya.  Kau sepatutnya perlu ada risau tahu tak.  Nanti tak pasal-pasal Irfan kau tu jatuh ke tangan dia ni.  Nanti adalah alasan, terperangkap,”  ujar Wanda tanpa menyedari dalam mata Suraya sudah bertakung dengan air mata.

Pedih.  Mona sudah ternganga. Bisa sungguh mulut si Wanda.  Nasiblah mereka belum shopping barang basah lagi, kalau tak dah lama bawa keluar cili burung tonyoh mulut Wanda. 

“Wanda, kau jangan melampau!”  sanggah Mona. Kecil, besar, kecil, besar sahaja Wanda di pandangan Mona pada ketika itu.  Suraya menarik tubuh Mona agar berada di tempatnya dan dirinya pula berada di tepi Wanda.  Wanda menjuihkan bibirnya.

“Aku tak tahu apa masalah kau, Wanda.  Tapi, aku pohon pada kau agar pergi dari sini.  Aku pohon Wanda, aku pohon,”  ujar Suraya makin membuatkan hati Wanda bertambah-tambah benci.  Niat dia mahu wanita itu bergaduh dengannya tetapi tetap tenang seperti selalu.

Tahap sabar seorang Suraya juga ada tahapnya!

‘Suraya ini memang tiada perasaan ke apa?’  soal hati kecil Wanda.  Sebal. Bengang.

“Hah, kau tunggu apa lagi? Kau tak dengar ke apa Su kata?”  Mona terus mencelah. Puas juga hatinya, Suraya mengambil tindakan menghalau Wanda dari terus cuba menyakiti hati mereka berdua. 

Wanda merenjas kegeraman.  Biar pun tiada sesiapa yang dengar, namun Wanda merasakan pipinya berbahang.

‘Berani kau ya Suraya.  Tak apa! Kau tengok nanti apa aku boleh buat!’

Hati jahat Wanda berbisik  sebelum dia bergerak meninggalkan mereka berdua.  Suraya mengebam bibirnya sekuat yang mungkin.  Mona terus menenangkan Suraya.  Mona tahu, Suraya makan hati dengan sikap Wanda. 

“Sabarlah Su... Kau pun tahu kan, mulut Wanda tu macam mana.  Bengang tak dapat laki kau.  Kau lah tempat dia melepas geram.”

“Mona. Aku tak minta pun jadi isteri kepada Rayyan.”

“Ya, aku tahu...”

“Aku tahu siapa aku dan siapa suami aku tu, Mona. Aku...”  Suraya tidak dapat menghabiskan kata-katanya.  Sebak kian kuat menerjah lubuk hatinya.  Suraya terus menenggelamkan muka ke dada Mona. Mona yang sedikit terkejut terus menenangkan tubuh itu.

Mona terus terfikirkan si Lola.  Mona tidak tergamak mahu menambahkan lagi kesedihan rakannya itu.  Sudahlah hubungan dia dengan sang suami juga sedingin salji. 

Suraya menegakkan kepalanya sambil tersenyum dia menyeka lelehan air mata di pipi.  Mona cuba memberi kata-kata semangat buat rakannya itu, agar terus bertahan. 

‘Biarlah aku rahsiakan dulu...’ Hati kecil Mona bersuara.  Suraya yang sudah kembali pulih dari rasa sedihnya meminta Mona untuk ke bahagian barangan basah.  Sudah lama mereka berada di laluan itu.

Jam makin bergerak.  Suraya juga mahu membeli beberapa barangan kerana dapur kondo milik Ray, kosong.  Nampak sangat lelaki itu tidak masak walau sekali.  Sebab itulah, dapur serta lantai masih lagi selesa untuk berjalan.  Tidak licin.

Biar pun hampir seminggu pernikahan  mereka namun Ray tidak pernah sekali pun ‘menyentuh’  Suraya.  Suraya juga ada nampak dua tiket penerbangan ke pantai Maldives dan dia tahu hadiah dari siapa berdasarkan dari nama yang tertera, namun itu pun Ray rahsiakan dari pengetahuan dia.

Mona memanggilnya  dan dia mengangguk.  Langsung membuka langkah untuk menuju ke bahagian barangan kering serta basah. 

 

Tidak lama selepas itu...

“Oh, kecil rupa-rupanya dunia ini.  Aku ingatkan kau menyorok jauh... rupa-rupanya masih lagi dalam bandar ini,”  ujar Lola yang telah nampak batang hidung Haikal.  Dan Haikal pula tidak sedar dia bakal  di datangi seseorang, dari arah belakangnya kerana ralit bersembang dengan kekasihnya.

Namun baru sahaja Lola sampai ke muka pintu cafe dalam mall tersebut,  Haikal serta perempuan seksi itu sudah pun bangun lalu keluar melalui laluan lain.  Lola  tanpa mahu melengahkan masa terus bergerak ke depan.  Dia tetap mahu bersemuka dengan Haikal.

‘Kau tak akan aku lepaskan, selagi kau tak bayar hutang ah long!’  desis hati kecil Lola.  Dia terpaksa mencelah di antara orang ramai yang juga mahu ke laluan yang sama.  Lola semakin sukar mahu memandang arah mana Haikal  pergi dek kerana, jarak mereka yang jauh. 

Pun begitu, Lola takkan putus asa, dia tetap mahu mengejar lelaki itu.

 

Bahagian barangan kering...

“Su, aku tanya ni kau janganlah ambil hati pula ya?” soal Mona berpaling muka ke arah Suraya setelah mencapai beberapa botol sos  mayonis.  Suraya pula masih lagi memandang bahagian jem.  Mengangguk sahaja.

"Aku tahu Ray dengan kau masih lagi tak tidur bersama.  Apa kata kau ajak dia pergi honey moon ke? Mana tahu kan,  lembut pula hati dia bila kau orang pergi tempat-tempat macam itu berdua sahaja.”

Sambil bercakap sambil Mona mengerling wajah Suraya.  Mona tidak nampak sebarang perubahan pada wajah ayu itu.  Sengaja Suraya buat-buat tidak dengar dahulu.  Sengaja juga dia buat-buat sedang berfikir mahu memilih jem yang mana dengan mengangkat jari telunjuk pada dagu.

Mona tersenyum sinis.  Suraya sedang berlakon.

“Su, aku tahu kau marah. Tapi aku just bagi opinion  sahaja.  Rest terpulanglah pada kau.  Aku mahu membantu mana yang termampu.  Lagi pun, mak aku pernah cakap. Mana-mana suami isteri yang dingin dalam perhubungan mereka, seharusnya pergi ke tempat macam itu.  Khasnya pantai yang menarik.  Dekat Malaysia ni, ada banyak pantai yang menarik especially  Pulau Redang.”

“Aku faham babe.  Aku tak marah kau pun.  Aku berterima kasih pada kau sebab bagi cadangan itu.  Nantilah aku cuba,”  ujar Suraya.  Suraya tidak mahu beri tahu pada rakannya itu, mengenai tiket penerbangan ke Pulau Maldives. 

Mona terus melebarkan senyumannya.

  “Aku rasa dah cukup dah barang aku. Kau ada nak apa-apa lagi tak?  Kalau takde  jom  kita pergi bayar.  Aku lapar lah,” ujar Mona sambil memegang perutnya yang asyik berbunyi dari dia sampai ke bahagian itu.

“Aku pun dah cukup. Marilah kita bayar, aku dahaga pula ni,”  sahut Suraya.  Kini kedua mereka bergerak sambil menyorong troli ke bahagian kaunter pembayaran. 

Sedang asyik menanti juru wang  kaunter pembayaran scan harga, mata Suraya melilau ke arah luar mini mart  tersebut.  Mona yang  berada di kaunter sebelah sebenarnya sudah nampak terlebih dahulu, mahu memanggil Suraya dia takut Suraya bersedih tapi kini tuan empunya tubuh sudah saksikan sendiri.

Ray yang sedang tersenyum sambil mendongak itu juga terhenti  keliaran mata pada wajah Suraya yang berada di mini mart hadapan  Doom Cafe tempat dia sedang menjamu selera dengan salah-seorang model peragaan  barangan dia nanti.

Lama sekali Suraya merenung dia di meja itu.  Ray tahu mesti isteri keduanya itu anggap model di depan dia itu Hanisya, sedangkan Suraya mana pernah nampak lagi.  Ray hanya bagi tahu bahawa dia sudah ada isteri sahaja tanpa menunjukkan gambar.

‘Argh! Lantaklah.  Lagi bagus. Taklah dia mengharap sangat nanti’ 

Kata hati bertentangan dengan butir bicara dari mindanya kini.  Spontan Ray menegakkan tubuhnya kala tubuh Suraya di langgar seorang lelaki.  Model di depan menyoal dia pun, tidak Ray endahkan.  Tatapan matanya masih lagi pada Suraya  dengan lelaki asing itu.

“Maaf sekali lagi cik,  saya  memang benar-benar tidak sengaja,”  terang pemuda bertubuh kekar  itu dengan mengangkat tangan,  isyarat permohonan maaf. 

“It’s  okay.  Saya pun bersalah juga.”

“Eh, kenapa ni?”  Mona hadir dari arah tandas awam dalam keadaan kelam-kabut.  Dia lihat Suraya dengan lelaki asing itu seakan sedang ada perbalahan.  Sebenarnya tiada pun. Perlanggaran kecil sahaja.

“Awak siapa? Apa awak dah buat  dengan kawan  saya?  Baik awak cakap, kalau tak...” 

“Mona, bawa bertenang lah.  Tak ada apa-apa pun yang berlaku. Perlanggaran  troli je pun,”  sanggah Suraya tersenyum.  Lawak pula dia  tengok akan sikap terlalu ambil berat rakannya itu.  Pucat wajah lelaki itu dia buat.

“Awak betul maafkan saya?”  soal pemuda itu sekali lagi sebelum minta izin untuk gerak dari situ.  Suraya tersenyum. 

Pemuda berwajah agak manis di mata kedua wanita itu menarik keluar dompetnya dan membuka.  Dua keping bussiness card dia hulurkan pada  Mona dan juga Suraya. 

“Kalau ada rasa nak tukar kereta.  Datanglah ya.  Saya minta diri dahulu ya,”  ujar pemuda yang bernama Esqandar itu sebelum membuka langkah.

“Amboi kau... lama pandang?”  Mona menyinggul lengan sahabatnya itu agar dia sedar ada sepasang mata tajam masih lagi memandang ke arah mereka berdua dari arah jauh.  Suraya terus menepuk bahu Mona dengan  senyuman  malunya, sebelum memegang kembali troli.

Mona dan Suraya bergerak pergi.  Suraya lupa akan kehadiran Ray di situ. 

“Eh, you ni nak bincang atau nak pandang perempuan tu saja ya?”  sindir  model jelita di hadapan Ray.  Dia juga merenung  arah yang sama lelaki kacak itu pandang. 

“Maaf, maaf  kita di mana tadi ya?”  soal Ray namun hati masih pada Suraya nasiblah ada Mona.  Jika tidak, mahu dia tadi datang serang!

‘Dasar betina penyondol!’ hamun hatinya berang. Sakit pula hatinya kala melihat adegan drama tak berbayar sekejapan tadi. 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience