7

Other Series 56144

TUAN KASSIM memandang wajah Ehsan tidak berkedip.Barusan dia menerima berita tidak sedap didengar mengenai sikap dan profesionaliti Ehsan menguruskan pekerjanya. Hanya kerana sebuah lakaran yang belum mencapai standard kepuasannya, dia mempermalukan pekerja tersebut di hadapan orang ramai tanpa memikirkan perasaannya. Mendengarkan itu, dia pula yang berasa malu kerana tidak seharusnya seorang ketua bersikap sebegitu.

"You've made a damage! Not only to our company ,but to me as well!"

"I can explain"

"No need! Atok dah tahu semuanya. Ehsan, mana letak adab dan otak? Atok sekolahkan Ehsan sampai ke luar negara just to raise you to be a matured person! Bukan saja-saja atok hantar kau ke sana. I trusted you"

Nafas dihela kedengaran sumbang saja. Siallah! Siapa pedajal dia begitu? Sehinggakan berita tersebut sampai ke pendengaran Tuan Kassim.

"Atok tahu, kau sukakan kesempurnaan. Kau tak suka kerja cincai. Tapi kau kena ingat tak semua benda harus mencapai kesempurnaan. There is some imperfection yang kau kena embrace. Kalau setiap hari kau impikan kesempurnaan, kau takkan rasa puas dengan kerja kau"

Ehsan berdecit. Tidak semua orang sepertinya. Jika dia inginkan kesempurnaan, itu bermakna ia harus sempurna dari A ke Z.

"I know that. Tapi Ehsan dah sasarkan banyak harapan untuk projek ni. Projek jutaan ringgit tapi hasil kerja cincai? It's unworthy! Ehsan tak nak benda tu beri impak buruk pada company kita"

Ehsan bela diri. Alasan yang dirasakannya cukup munasabah.

"But still, you have no right to treat her that way! Atok tak nafikan kau dah bawak banyak kemajuan dan progres pada company. Tapi kau kena ingat satu benda. Kalau sikap kau terus macam ni, tak mustahil kau akan ditinggal ke belakang. Orang hanya akan berkawan dengan kau kerana rasa takut ,not because of they want to"

Ehsan diam. Ya, dia tahu dan sedar itu. Dari zaman sekolah sehinggalah ke zaman universiti, dia tidak pernah mempunyai teman yang betul-betul akrab dengannya. Namun dia tidak pernah ambik pusing akan hal itu kerana baginya itu bukanlah satu masalah. Dan sampai bila-bila pun dia tidak akan pernah mempermasalahkan perkara itu.

"Atok nak kau mintak maaf dengan dia. Tak kiralah kau tak suka kerja dia ke, kau menyampah dengan dia ke, kau kena mintak maaf dengan dia. Dan ingat, kau jangan nak sesuka hati pecat dia atas perkara kecik yang dia buat! Kalau tak suka kerja dia, lantik orang lain. Selagi dia tak buat kesalahan besar, kau takde hak nak pecat dia. Kau memang pengarah syarikat tapi ingat, atok masih berkuasa!"


Dan Ehsan membungkam, hilang terus kata-kata.

NABIHAH sudah bersiap-siap untuk pamit. Segala pekerjaannya sudah diselesaikan. Seperti biasa, selesai saja kerjanya, dia tidak akan bertangguh untuk pamit. Dia memanggil Ayish yang bermain di hadapan rumah.

"Kenapa umi?"

"Kita balik jom. Umi dah selesai kerja" Nabihah menyapu badan Ayish dengan tangannya dek sisa-sisa pasir yang melekat di baju anaknya.

Bunyi hon kereta memeranjatkan Nabihah. Dia berdiri di sisi dengan senyuman manis terlakar pada wajahnya.


"Ayishh!!" jerit seorang budak perempuan. Dia berlari ke arah Ayish dengan wajah riang.


"Auntie nak balik dah ke?" tanya Khadeeja, cucu Puan Ramona. Usianya baru memasuki 13 tahun. Dia sukakan Nabihah dan Ayish kerana mereka berdua sangat baik orangnya.


Laju saja Nabihah mengangguk. Senyumannya tak lekang dari wajahnya. Ketika itu, Azrul pula menghampiri. Dia turut tersenyum ke arah mereka.


"Nak balik dah ke?" tanya Azrul. Tak henti-henti dia menatap wajah manis Nabihah itu.


"Ye encik. Dah lewat jugak ni. Saya dah siapkan semua. Ayish pun bermandikan pasir ni ha.. Seronok pulak dia main pasir depan tu"


"Biasalah tu budak-budak"


"Ayish esok datang sini lagi tau? Main dengan akak" pinta Khadeeja sambil memaut lengan Ayish.


"Umi, boleh ke?" Ayish pandang wajah uminya.


"Boleh sayang..."


"Yeayyyy" Sorak Ayish dan Khadeeja serentak.


"Kami balik dulu encik"


"Saya hantarkan" pelawa Azrul, mula menghalangi langkah Nabihah terlebih dahulu.


"Errrr... takpelah encik. Tak jauh mana pun" tolak Nabihah dengan lembut. Walaupun sebenarnya jarak rumahnya dengan rumah Puan Ramona memang jauh, namun dia sengaja menolak kerana tidak mahu ada mulut-mulut yang mengata.


"Takpelah auntie! Papa hantarkan. Deeja pun ikut. Bolehlah..." pujuk Khadeeja pula. Sengaja berpihak kepada papanya. Sempat lagi Azrul kerdipkan mata kepada anak perempuannya itu.


"Errrr... Saya seganlah" Mahunya tak segan. Tak pernah lagi seumur hidupnya dia naik kereta mewah macam yang dimiliki oleh Azrul itu.


"Nak segan apanya" Azrul gelak di hujung bicaranya. Dia sudah berdiri di tepi pintu keretanya lalu membukakannya untuk Nabihah.


"Jom..." pelawa Azrul lagi.


Nabihah berkira-kira untuk menerima pelawaan Azrul namun desakan dan rayuan dari Khadeeja mematahkan niat di hatinya. Mahu tak mahu, dia terpaksa bersetuju.


Khadeeja bersorak lantas bertepuk tangan. Senang dengan penerimaan Nabihah itu.

"SAYA rasa malulah nak masuk ofis esok"


Kata-kata Natrah mengerutkan dahi Eirfan. Dia pandang wajah itu. Jelas kelihatan riak kesal dan segannya.


"Sebab peristiwa tadi ke?" tebak Eirfan. Mereka ketika itu sedang bersandar pada bonet kereta di hadapan rumah Natrah. Pelupa punya pasal, sehinggakan Natrah terlupa kunci rumahnya. Terpaksalah dia menunggu Nabihah pulang dari tempat kerjanya. Maka peluang itu diambil oleh Eirfan buat menemani gadis itu.


"Ada lagi ke peristiwa memalukan selain tadi?"


"Ada"


Natrah pandang wajah Eirfan.

"Apa?"


"Entah..." sahut Eirfan sambil tergelak. Gelaknya itu disambut oleh Natrah juga.


"Awak rasa, saya ni memalukan ke tak?" Natrah tanya pendapat Eirfan. Sejujurnya setelah peristiwa tadi, dia benar-benar sudah hilang keyakinan diri. Nak buat apa je, rasa sedih!


"Memalukan tu tak. Tapi..." Eirfan menoleh memandang gadis itu. Ternyata Natrah turut sama memandangnya.


"Awak muka tak tahu malu!"


Kata-kata itu mengundang tawa di bibir Natrah. Laju saja tangannya hinggap di pinggang lelaki itu. Haaaa main-main lagi!


"Buat apa nak malu? Bukannya salah awak seratus peratus pun! Ehsan tu je yang mengada-ngada. Kalau betul pun nak tegur awak, bukan camtu caranya. Kalau dia memang profesional, dia takkan panggil awak dengan cara macam tu. Awak tak payahlah ambik pusing dengan semua benda tu. Awak ingat satu benda je. Awak tak buat salah pun. Saya dah boleh agak yang dia memang sengaja nak kenakan awak. Tak guna punya Ehsan!" Ayat terakhir itu Eirfan perlahankan kerana tak mahu Natrah menangkapnya.


Natrah sorok senyumannya. Dia berdiri di hadapan Eirfan dan menunduk bagi mencari tampang Eirfan yang sedang merenung tanah itu.

"Apa?" tanya Eirfan saat menyedari perlakuan Natrah itu. Nakal!! Dia mendongak kepala dan pada yang sama, Natrah turut mengangkat kepala sehingga kepala mereka saling berlaga.


"Aduiii... Saya langgar kepala besi ke apa ni?" usik Eirfan sambil memegang kepalanya yang kesakitan itu.


"Amboiii... Perli na..." Natrah cuba mengajuk cara percakapan utara Azizah itu.

"Amboiii!! Cakap utaqa naa.. Ni mesti belajar dari Azizah ni"

"Nak buat macam mana. Dah dia selalu sangat cakap dalam loghat tu. Dia kata, mother tongue dia" Natrah tergelak apabila mengingatkan teman sekerjanya itu. Hasma dan Azizah walaupun kadangkala ada sengalnya, namun mereka pandai menghiburnya. Kena sangatlah dengan dia yang sememangnya mudah masuk air tu..

"Tapi kan. Boleh tak saya nak tanya sesuatu?"

"Tanyalah. Saya kan kaunter pertanyaan"

"Eirfannnnn!!"

"Okey-okey. Tak buat lagi dah. Haaa nak tanya apa?"


"Saya kan.. semenjak beberapa hari ni selalu je hairan sebab awak selalu sebut Ehsan Ehsan. Macam dah kenal rapat. Takde pun awak sebut encik Ehsan ke. Tapi sebut panggil nama je"


Senyuman di wajah Eirfan mati tiba-tiba. Perlu ke dia berterus-terang mengenai hubungan mereka dan statusnya sebagai anak kepada isteri nombor dua? Dan haruskah dia bercerita mengenai cacian dan makian yang dia terima selama dia hidup? Kepada Natrah? Satu-satunya gadis yang dia rapat dan berteman? Kalau ya, bagaimana pula tanggapan Natrah terhadapnya? Tetapi jika terus berahsia, dia risau Natrah akan terus mengasaknya dengan soalan yang sama.

"Saja.. Alaa macam awaklah. Dulu bukan berani lagi panggil dia muka kerut bertingkat-tingkat kalau belakang dia. Kalau depan-depan, tak berani pulak. Macam tu jugak saya. Belakang-belakang je panggil dia Ehsan. Kalau berdepan, memang saya panggil enciklah"

"Pandai eaa kenakan kita balik!" bidas Natrah dengan senyum mengejek di wajah.

"Buli balik!" sahut Eirfan ringkas.


Natrah tergelak. "Ehh siapa pulak tu?"

Kereta Honda Jazz berhenti betul-betul di hadapan rumah. Natrah mengerut dahi apabila melihat Nabihah dan Ayish keluar dari perut kereta.

"Aikkkk bila masa pulak kak Bihah ni ada driver?" Soalan selamba Natrah mengundang tawa di bibir Eirfan.

Melihatkan Azrul pula keluar dari kereta bersama Khadeeja, senyuman di wajah Natrah melebar pula. Dia mendekati mereka. Eirfan membontoti dari belakang.


"Ehemm..." gumam Natrah membuatkan perbualan Azrul dan Nabihah terhenti.

"Bila abang Rul balik?" tanya Natrah. Setahu dia, sudah lama dia tidak nampak kelibat lelaki itu semenjak menjadi askar.


"Dua minggu lepas dah abang balik. Cuti dua bulan. Lama tak ambik cuti panjang. Nak berehat lama sikit" terang Azrul sambil tersenyum. Matanya lekap pada wajah Eirfan yang sedang memekar dengan senyuman.

"Boyfriend ke?"


"Ha ha ha. Tak! Kawan je" Aduiii, malunya!


"Azrul" Azrul terlebih dahulu menghulur tangan untuk berjabat. Huluran itu disambut mesra oleh Eirfan.

"Eirfan"

"Kalau macam tu ,kami balik dululah. Dah dekat nak Maghrib ni. Jumpa awak esok Bihah. And you too little Ayish" Pipi comel Ayish dicubit.

"Ye encik Azrul. Terima kasih" ucap Nabihah dengan lembut dan sopan.

Natrah buat gaya loya melihatkan reaksi kakaknya itu. Rasa macam nak pitam pun ada!

"Ye encik Azrul. Terima kasih" Natrah ajuk cara Nabihah bercakap. Sekali dengan gayanya.

Kereta milik Azrul sudah meninggalkan perkarangan rumah.

Laju saja tangan Nabihah hinggap pada lengan Natrah. Mengada! Buat malu dia je depan Eirfan.

"Aku ni rasa meremang bulu roma tengok kau sopan macam ni kak! Bukan main kau erkk!! Kalau bercakap dengan aku, mau nak runtuh siling rumah kau buat! Tapi dengan abang Azrul, ye encik Azrul. Terima kasih" Natrah perli kakaknya lagi sambil tergelak.

"Kurang asam punya adik! Sini kau..." Nabihah sudah mengejar Natrah yang terlebih dahulu melarikan diri. Bebelan Nabihah dia masih boleh tahan lagi. Tapi cubit ketam kakaknya itu, maaf ye ,sungguh takdak ampun!

Ayish dan Eirfan ketawa dengan aksi mereka.

"AWAK tak nak balik ke? Ni bukan rumah sewa tahu tak?" Natrah seakan mengusir Eirfan saja. Dia bukannya apa. Tidak senang dengan mulut-mulut yang mengata di kemudian hari. Mereka bukannya ada ikatan pun!


"Yeke? Kalau saya nak sewa rumah ni boleh?"


Natrah menepuk dahi. Bercakap dengan seketul Eirfan, dia harus punya tahap kesabaran yang tinggi.

"Tak boleh! Rumah ni bukan untuk disewa!" Laju saja Natrah menolak.

"Ohh kalau saya nak sewa orangnya boleh?" duga Eirfan seraya mengerdipkan matanya. Pipi Natrah tiba-tiba naik merah. Blushingg...

"Awak nak makan nasi ke makan penumbuk?"

"Mana satu lebih kenyang? Nasi ke penumbuk?"

"Ya Allah Ya Tuhanku! Kau berikanlah aku kesabaran untuk berdepan dengan si gila yang tak faham bahasa ni!" Natrah menadah tangan seperti berdoa. Wajahnya cemberut sahaja. Dia gusar melihat aksi selamba Eirfan yang tiada tanda-tanda hendak pulang.

"Amboii! Seronoknya mengata orangg..." tegur Eirfan. Dia sudah berdiri lalu bercekak pinggang.

"Mengata? Mana ada? Kalau mengata, belakang-belakang. Kalau depan-depan, tu bukan mengata. Tu kebenaran! Faham tak?"

"Awak ni... nak tidur sini pun tak boleh! Tak baik tau buat bakal husband awak macam ni"

Sekali lagi, pipi itu blushing.. Eirfan suka benar bergurau tak kena tempat! Haishh..

"Siapa entah nak kahwin dengan dia!"

"Hari tu cakap nak kahwin dengan saya"

"Bila masa?"

"Ingat tak word ni. Lebih baik saya kahwin dengan awak dari kahwin dengan encik Ehsan! Haaaa.. tak ingat ke?"

Alamakkk!!! Dia masih ingatlah! Padahal Natrah dah buang jauh-jauh pun benda tu.

Eirfan dah berlalu ke keretanya. Natrah atur langkah mendapatkan dia.

"Nak tak kahwin dengan saya?"

Eirfan tanya direct. Cuba nasib! Tetapi dia ikhlas. Bukan main-main atau sengaja menyakat. Kalau Natrah jawab ya, dia akan jadi lelaki gila yang paling bahagia sekali di dunia ni!

Bungkam dengan soalan Eirfan, Natrah sengaja pandang ke atas langit. Tengok langit kelam semacam. Petanda nak hujan barangkali. Kalau hujan, sedaplah tidurnya malam ni. Tapi boleh lena ke setelah Eirfan tanya soalan macam tu... Fuhhh...


"Ara!!" seru Eirfan. Wajah gadis itu ditatap lagi. Meminta jawapan dan kepastian.

"Apa?" sergah Natrah, sedikit kaget.

"Awak tak jawab lagi soalan saya"

"Yang mana satu?" Natrah buat-buat bodoh. Buat-buat lupa. Buat-buat tak tahu.


"Ohhh yang pasal mana satu lebih kenyang tu ke? Penumbuk ke nasi?"

Eirfan mengeluh. Faham dah dia. Natrah belum bersedia. Tetapi dia akan terus sabar menunggu. Silap dia juga kerana tak menyabar dengan soalannya. Buatnya Natrah cipta sempadan antara mereka lepas ni, tak ke naya?

"Saya balik dululah! Hari pun nak hujan ni. Esok saya jemput awak. Jangan lambat bangun lagi" pesan Eirfan lantas menyungging sebuah senyuman mengejek.


"Errrr esok saya ingat nak ke bengkel. Nak ambik skuter saya. Dah lama sangat tersadai kat sana"

Mendengarkan itu, hati Eirfan mula dihambat kehampaan. Natrah dan awal-awal buat sempadan antara mereka. Natrah dah tak mau naik satu kereta dengan dia.


"Tak sudi nak naik kereta saya ke?"


Hati Natrah disayat pilu pula. Suara Eirfan seakan merajuk sahaja.


"Taklaaa.. Cuma, skuter tu dah lama sangat kat sana. Nanti apek tu ingat saya sengaja pulak nak tinggalkan skuter tu kat sana. Nanti kena tuduh nak mengorat dia pulak!"


Geli hati pulak Eirfan dengan kenyataan itu. Apa kaitan nak mengorat dengan skuter tersadai kat situ?


"Hmmm yelah..."

"MAK, orang berkenanlah dekat Nabihah tu. Rajin cari duit, cantik, masak pun sedap!" Azrul menyuarakan suara hatinya yang sekian lama terpendam.

Maklum sahajalah, dia menduda pun dah dekat nak 10 tahun. Ditambah pula dengan kehidupannya yang terasa sunyi, yalah kerja sebagai seorang askar membuatkan dia jarang-jarang dapat melihat dunia luar. Dengan Khadeeja pulak yang semakin hari semakin membesar. Dia rasa sudah cukup sedia nak menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami sekali lagi.


Puan Ramona tersenyum. Lauk ikan diceduk ke dalam pinggan Azrul dan Khadeeja. Dia pun dah lama berkenan dengan Nabihah tu, nak dibuat menantu. Dia gadis baik. Bahkan sejak Nabihah bekerja dengannya, tidak sekali pun gadis itu mengambil kesempatan ke atas kekayaannya. Dia melakukan segala kerja dengan ikhlas dan teliti.


Makan minum Khadeeja pun dia jaga dengan elok. Sepanjang Azrul bertugas, dialah orang yang dipercayakan untuk menjaga anak gadis Azrul itu. Bahkan ketika Khadeeja sudah akil baligh, Khadeeja tak mencari dia sebaliknya lebih selesa mencari Nabihah.


"Deeja pun suka dengan auntie Bihah. Ayish pun comel" Khadeeja menyampuk. Mana tak senangnya. Nabihah jaga dia seperti anak sendiri. Apabila bersama dengan Nabihah, dia tak rasa pun kurang kasih sayang dari seorang ibu. Jika Azrul sudi memperisterikan Nabihah, dialah orang yang paling bersyukur sekali.

"Ye? Deeja pun suka?" Puan Ramona semakin senang hati melihat dua beranak itu menerima kehadiran Nabihah. Pada mulanya ,dia sempat khuatir kalau-kalau Khadeeja tak ngam dengan Nabihah. Maklum sahajalah, semua orang tahu Khadeeja agak cerewet orangnya. Tak mudah mesra dan percaya dengan seseorang. Tapi dengan Nabihah, mereka macam adik-beradik pula.

"Mak ni bukannya apa. Usia pun semakin hari semakin meningkat. Mak nak sangat tengok kamu dijaga dengan baik. Deeja dijaga dengan baik. Mak tak kisah kalau kamu suka dengan Nabihah. Dan kalau kamu nak kahwin dengan dia, lagilah mak senang hati. Ibarat kecil tapak tangan, nyiru mak tadahkan! Dah lama sangat mak teringin menantukan si Bihah tu!"


Mata Azrul bersinar mendengar reaksi positif dari emaknya. Fikirnya, Puan Ramona akan menolak keinginannya namun dia silap. Wanita tua itu terlebih dahulu menyimpan hasrat untuk bermenantukan Nabihah. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalannya. Tak sia-sia dia berdoa untuk kenikmatan yang satu itu.


"Nanti mak tanya Bihah. Kalau dia setuju, dia okey, kita langsung terus. Deeja pun tak sabar nak dapat mak baru. Mak pulak, tak sabar rasanya nak timang cucu baru!"

"In Shaa Allah mak"

Senyuman di bibir Azrul semakin melebar. Terima kasih Ya Allah!

DENGAN langkah penuh hati-hati, Natrah melangkah masuk ke dalam lif. Sejak peristiwa semalam, dia perasan banyak mata-mata yang memandang penuh kasihan. Bahkan ada juga yang berbisik sesama sendiri.

Namun dia teringat akan kata-kata Eirfan semalam. 'Awak tak buat salah pun. Tak perlu nak rasa malu!' Dan kata-kata tersebut yang menguatkan semangatnya pagi itu.

Pintu lif terkuak. Terjengul wajah Eirfan di situ. Errr, hati Natrah tiba-tiba berdegup laju. Pagi tadi mereka tidak satu kereta. Skuter yang rosak sudah siap dibaiki. Jadi dia turun menggunakan skuternya tadi.

"Morning" ucap Eirfan riang. Dia tahu, Natrah masih berbelah bagi tentang soalannya semalam. Dan dia tidak akan mendesak atau mengasak gadis itu lagi. Hanya apabila Natrah sudah betul-betul bersedia, barulah dia akan meluahkan isi hatinya.

Melihatkan wajah ceria dan reaksi positif dari Eirfan, hati Natrah kembali senang. Itu bermakna Eirfan sudah melupakan tentang semalam. Tetapi kenapa hati dia pula sedih?

"Jawab dalam hati lagi ke?" usik Eirfan setelah tiada reaksi dari gadis itu.


"Eirfannnn!!" Bahu Eirfan sudah ditumbuk. Inilah Eirfan yang dia mahukan. Sentiasa positif dan selalu buat dia pening kepala!

"Awak okey ke pagi ni?" tanya Eirfan. Serius.

"Okey, cuma agak berdebar nak masuk ofis. Saya dah bersedia dengan segala kemungkinan. Kalau encik Ehsan nak pecat saya, saya takkan rasa menyesal atau melawan. Setidak-tidaknya saya dah buat yang terbaik. Mungkin takat tu je rezeki saya"

"Jangan putus asa dulu. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi. Yeahh, awak dah buat kesalahan pada mata kasar dia. Tapi itu bukan satu kesalahan besar dan dia takde hak nak pecat awak hanya kerana kesalahan tu. So jangan putus asa dulu"

Kepala Natrah diusap. Dia kenal Ehsan, baik dan buruknya adik tirinya itu. Sejahat-jahat apapun dia, pasti ada satu sisi baik pada Ehsan yang sengaja dia sembunyikan.

Pintu lif terkuak lagi. Kali ini, muncul Ehsan dengan wajah ketatnya. Jantung Natrah bagaikan direntap. Laju saja dia sorokkan diri di belakang tubuh badan Eirfan.

"Sorok je belakang saya. Tapi jangan ambik kesempatan nak pegang-pegang pulak!" seloroh Eirfan lagi.

"Eeee hampeh punya mangkuk hayun!" kutuk Natrah.

"Kau tak nak keluar ke?" tegur Ehsan setelah lif berhenti.

Natrah rasa macam nak ikut je langkah Eirfan yang sudah bergerak keluar itu tapi dia risau Ehsan fikir yang bukan-bukan. Lagipula, dia bukan satu pejabat dengan Eirfan. Tak memasal kena bersoal jawab dengan encik bosnya itu nanti.

"Saya nak jumpa awak. Masuk ofis saya nanti" arah Ehsan setelah pintu lif terbuka luas.

"WEYYYY Ara. Hang okey ka? Kami tengok hang semalam, kami pulak yang bergetaq tubuh badan!" Azizah terus saja menerpa ke arah Natrah. Teringatkan kisah semalam, dia pulak jadi takut.

Dia lihat Ehsan naik satu lif dengan Natrah. Tak kena baham ke dia?

"Okeylah! Masih sihat lagi ni"


"Manalah tahu, kau cuba buat benda tak elok ke apa" Hasma pula menyambung.


"Alaaa aku masih waraslah! Tak payah risaulah"


"Apa jadi lepas kau balik semalam?"

"Ha ah.. Aku nampak encik Eirfan kejar kau. Sempat eaa kau tangkap cintun dengan encik Eirfan. Korang berdua kejar-mengejar macam dalam Kuch Kuch Hota Hai pulak aku tengok!"


Hasma capai fail di atas meja Natrah lalu menghempuk ke bahu Azizah. Orang serius, dia boleh pulak buat main!


"Sakitlah..." adu Azizah sambil menggosok bahunya.


"Takde jadi apa-apa pun! Eirfan tunggu aku tenang lepas tu kita orang boraklah. Tu je..."


"Iye keee??" Azizah tidak percaya.


"Iyelah! Dah-dah. Aku nak masuk dalam jumpa bos. Dia kata nak jumpa aku"


"Apasal dia nak jumpa kau?" tanya Hasma.

"Ada tak aku cakap aku tahu sebab dia? Takde kan? Maksudnya takdelah!"


"Jangan-jangan, bos nak pecat kau!" Azizah mula menebak.


"Tak pun, dia nak sambung balik lepas geram dia semalam" sambung Hasma pula.


"Atau..."


Mulalah malaun dua orang ni! Aku hempuk jugak karang dengan siku, baru tahu!


"Dah-dah! Tak payah nak takut-takutkan aku. Taktik basi..."


Natrah cepat-cepat lari dari situ dan bergerak ke bilik Ehsan. Risau pulak dia dengan telahan yang bukan-bukan dari kedua temannya itu. Semoga angin ribut taufan Ehsan tidak melanda moodnya yang sedang dijaga baik itu! Fuhh... Dia tiup kiri. Dia tiup kanan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience