BAB 4

Crime Series 20796

NAMUN jeritan itu, hanya sia-sia apabila pintu di tutup secara hempasan. Manakala orang tua tidak berguna itu, tersenyum di balik pintu sambil membilang helaian not ringgit sambil tersenyum lebar.

“Lepas untuk aku bayar hutang judi serta duit Ah Long nanti ni. Selebihnya, apa lagi... dangdutlah,” ujarnya tersengih-sengih lalu mencium duit tersebut. Tiada sedikit pun rasa mahu buka pintu, walau telinganya dengar pekikan sang anak perempuannya.

Begitu mudah sekali tubuh kecil diangkat lalu dicempung serta dibaling atas katil yang buruk. Seorang demi seorang. Katil bergoyangan, menemani raungan yang
penuh dengan kesakitan, kasar sekali mereka semua.

“Sakit! Bapak tolong... sakit!” Si gadis yang dikerumuni itu berterusan memekik dan menendang-nendang tubuh yang masih berada atasnya itu.

Pang!

Pang!

“Tahu pun kau senyap. Asyik nak memekak panggil bapak kau, buat apa? Baik kau jerit nak lagi...” ujarnya menunduk semula mencari batang leher yang penuh lebam-lebam.

Berkeriutan bunyi katil spring itu. Seorang selesai, hadir lagi seorang. Pelbagai gaya. Ada juga yang sanggup mengikat tangan gadis malang itu, pada kepala katil setelah ditukar arah baring.

“Jangan lepaskan dia!” pekik Dr Sara kelam-kabut membuka penutup picagari. Tidak semena-mena Nea Ameera tantrum tanpa sebarang sebab. Bukan itu sahaja, dia yang berbaju pasung terus merebahkan dirinya sendiri atas lantai. Berdentuman kepala menghempas lantai.

Semua terpinga-pinga.

Pada mulanya Dr. Sara mahu lihat lagi reaksi seterusnya namun dia tidak sampai hati. Pun begitu, dalam masa yang sama Nea
sememangnya masih lagi memekik tak mahu, tak mahu dan memanggil bapak.

“Pegang kuat-kuat!” arah Dr Sara sambil menghalakan muncung tajam jarum picagari ke arah tepi leher si gadis yang menggelepar seakan sawan tapi sebenarnya tidak. Salah-satu cara untuk dia lepaskan apa yang tersendat dalam dada.

Berpeluh-peluh Misi Alya serta warden memegang tubuh yang agak kuat rontaannya itu walau kurus-keding.

“Sampai hati bapak...” ujar Nea semakin lemah dan berbalam mata. Namun di pandangan matanya, dia masih lagi sedang berada dalam bilik, terbaring lesu tanpa sebarang lapik pada tubuh.

Katil lintang-pukang bagaikan tongkang pecah. Ada kesan merah samar. Dalam kesamaran pandangan, wajah bapaknya pula hadir sambil menyengih lalu naik atas katil.

Gelap!

Tubuh Nea dipimpin untuk didudukkan dahulu atas simen pembaringan sebelum Misi Alya membaringkannya.

Dr Sara merenung lama wajah kotor, pucat serta sayu milik Nea itu dengan satu kerutan di dahi.

“Her vagina totally damaged...” Masih terngiang-ngiang kata-kata rakannya seorang doktor perubatan serta patologi. Dr Sara mengesat air mata tanpa dia sedar mengalir. Emosi seorang wanita apabila mendengar berita atau maklumat mengenai masalah perempuan.

“Zalim sungguh kamu semua. Sanggup seksa dia sedangkan dia pada masa itu masih lagi kecil, naif tidak tahu akan tendang-terajang akan dunia luar lagi...” sela Dr Sara seraya menggeleng kekesalan.

Zouk Club, Kl. 01:00 a.m.

ISKANDAR tersenyum-senyum sebelum meneguk lagi air berbusa yang sedang tangannya itu pegang dalam gelas berkaki tirus. Di tepinya masih ada lagi sebotol yang belum dibuka.

Jenama mewah TEQUILA. Orang-orang seperti Iskandar sememangnya mampu untuk beli apa sahaja dengan harga mewah.
Baru sahaja mahu meneguk terus tidak jadi apabila dalam permukaan air kekuningan itu, ada bayangan wajah seseorang yang amat dia kenali serta kasihi buat seketika.

“Apa kau nak lagi bodoh?” soalnya pada permukaan air kekuningan itu sambil diperhatikan dengan wajah penuh rasa pelik oleh salah seorang bartender yang pada tika itu, sedang mengelap gelas baru.

“Kau pun nak pandang aku?” Bersemburan air kekuningan nyaris mahu terkena bartender yang sama. Salah dia juga asyik duk memerhati pemuda mabuk itu, walau dah dekat.

"Argh! Semaklah!” tengkingnya menghempaskan gelas berkaki tirus atas meja Island semerta bangun. Sesiapa sahaja perempuan yang lalu di situ, dia terus tarik tanpa ada rasa bersalah langsung di pimpin secara kasar ke lantai tari.

Bergoyangan kerusi bar momentum pada cara bangun secara tiba-tiba.

“Sampai hati sayang... Kenapa buat sayang begini? Kenapa bawa sayang ke tempat itu?
Kenapa biarkan sayang pada Jeff?” bisik perempuan jelita berpakaian seksi. Terhenti gerak tari Iskandar saat itu juga dia palingkan wajah wanita tersebut supaya mengadapnya.

“Kau?”

“Tidak! Tidak! Macam... mana kau boleh?” “Kenapa ni?” soal perempuan jelita itu pula berasa pelik.

Tiba-tiba sahaja Iskandar menjerit marah padanya, sedangkan tadi mereka berdua sedang berada dalam dunia sendiri diiringi muzik latin.

“Pergi kau! Aku kata pergi!” tengking Iskandar menolak kasar tubuh wanita yang mahu memeluknya sekali lagi itu.

"Bodoh! Gila ke apa kau ni?” Wanita jelita itu juga semakin hilang sabar dengan karenah tidak semenggah Iskandar. Menghentak kaki tanda dia juga geram.

Akibat hentakan tersebut tumit stiletto patah dan dia pula merana terpaksa berjalan menyeret dan di serbu malu. Iskandar tergeleng-geleng. Tidak pasti kenapa.

Apakah dari kesan alkohol yang agak terlebih dia ambil, pada malam itu atau apa?
Dari jauh, ada mata asing yang dari tadi, memerhati tingkah Iskandar bangun dari tempat duduk di meja Island.

Dia tarik senyum senget.

“Is... Is...” bisiknya seraya melajukan langkah kaki ke arah pintu keluar. Sesudah melepasi laluan di mana, kiri kanan ada dua orang lelaki berbadan tegap dalam tuksedo hitam serta kaca mata. Semakin memperluas langkah kaki sambil menaikkan semula hud ke atas rambut.

Tak diketahui siapakah dia?

Tidak lama selepas itu, Iskandar juga turut keluar dari dalam kelab malam tersebut. Gerakan badan bak layang-layang putus talinya. Langkah tanpa arah dan tidak ketentuan, sekejap makin tengah sekejap ke tepi semula.

Walau pada hakikatnya dia mahu ke kereta.

Dalam pada itu,
kawasan yang sama berlainan lokasi...

Ludah puntung rokok yang berbaki separuh ke bawah, bangunkan tubuh dari tersandar pada sebuah kereta ALPHARD lalu menenyeh puntung yang masih berasap itu dengan tapak kasut sukannya.

Mulai bergerak...

Lokasi lelaki mabuk itu kembali...

“Aku tak bersalahlah... kau jangan ganggu akulah... pergilah.. aku kata... pergi... pergi!” herdiknya dengan berkelakuan agresif seorang diri sambil memukul-mukul angin malam.

“Aku tak bersalahlah... kau jangan ganggu akulah... pergilah aku kata... pergi!” sanggah Iskandar.

Jalan semakin huyung-hayang. Disebabkan pada tangannya tiada botol arak jadi dia tidak dapat membaling sesuka hati sepertimana biasa dia lakukan.

Kereta sebenarnya semakin dekat namun kerana dia mabuk kuat dan jalan pula bagaikan ular kena palu, melengahkan lagi masa yang semakin ingin menjejaki subuh.

Susuk tubuh berhud yang tadinya dari arah bertentangan kini sudah berada di kawasan lelaki mabuk itu berada. Dan dia seakan menarik keluar sesuatu, saat kaki juga kian laju melangkah. Tidak semena-mena telinga di hadiahkan nyanyian siren Kereta peronda polis.

Kereta semakin diperlahankan lalu terhenti di depan tubuh lelaki mabuk yang membebel-bebel itu. Salah-seorang anggota lengkap dengan seragam keluar lalu menahan Iskandar.

Dia terus menyimpan kembali barang yang dah berada dalam pegangan ke dalam poket jaket berhud. Dia mematikan langkah dan membiarkan lelaki mabuk itu di soalsiasat. Dia yang sememangnya berpakaian gelap selamat dan berpusing belakang kembali.

'Mungkin kali ni kau selamat...'

Akibat diri yang terlalu mabuk. Tanpa disengajakan termuntah di hadapan dua orang pegawai polis hadapan sehingga terpercik, mereka akhirnya memimpin lelaki itu untuk di bawa ke arah kereta sepertimana dia katakan tadi.
"Kau tidur sahaja di sini sampai mabuk kau hilang!” arah salah-seorang pegawai polis di mana bajunya yang terkena muntah Iskandar tadi dengan wajah yang mencuka.

Tidak tertahan lagi dengan bau masam. Dia juga hampir-hampir mahu terjeluak.

Manakala susuk tubuh berhud di kepala itu pula, terpaksa menangguh niatnya itu sehingga ke waktu yang sesuai. Membebel sendirian.

“Kau lembab!”

“Aku kata kau diam. Kau diamlah!”

"Sebab kau lembablah, abang kau mati!”

“Argh! Aku kata diam!” pekiknya menyerang dengan pisau. Tubuh berbaju kemeja bunga-bunga dan seluar khaki tiga suku itu terus di pusingkan tubuh agar mengadapnya dan...

Zapp!

“Aku dah minta abang diamkan!” ujarnya meneruskan kelaran pada leher lelaki asing itu sehingga terkulai sebelum tubuh itu di tolak ke aspal jalan yang sudah menitis dengan darah.

Lelaki asing pula kemungkinan sudah tersalah masa serta orang untuk dia bertanya arah. Pisau yang masih menitis-nitis darah terus dia masuk kembali ke dalam jaket. Menunduk dan berlalu pergi.

BANGLO USANG PINGGIR BANDAR, WAKTU TIDAK DIKETAHUI.

TUCK! TUCK! TUCK!

Hancur. Berkecai. Tiada berupa lagi, sukar untuk mengetahui apakah daging yang sedang dia tetak itu. Bau hanyir darah usahlah di tanya sudah berapa jauh menerawangnya.

Sekali dia menetak, sekali itu jugalah darah bersemburan ke mukanya yang tanpa pelindung itu. Wajah bersih kini bagaikan sebuah kanvas lukisan misteri di penuhi percikan darah.

Tuck! Tuck! Tuck!

Kapak tajam berkilat diangkat tinggi sebelum dihentakkan atas meja yang dipenuhi daging hancur. Segala tulang-temulang juga tidak terbentuk cantik lagi. Ada yang berjatuhan ke atas permukaan lantai tanpa tikar itu.

Darah melelehi kaki meja lalu membanjiri lebih dari separuh kawasan yang bercahaya kelam kerana berbekalkan lampu mentol bulat kuning sahaja.

Jantung kembali berdegup laju, saat mata terpandang sesuatu pada daging hancur itu. Kembang-kempis hidung tatkala mata memanah senyuman penuh sindiran tersebut.
“Argh!” pekiknya dengan mengangkat tinggi lagi kapak.

Tuck! Tuck! Tuck!

Bukan darah sahaja berpercikan malahan daging hancur itu juga berterbangan ke mukanya.

“Mampus kau! Mampus kau! Mampus kau!” jeritnya menetak-netak dengan sepenuh perasaan. Gema suara jeritan dia sahaja yang mendominasi dalam ruangan kubikel sederhana luas rumah banglo tinggalan tersebut.

Beserta bunyi takikan kapak atas meja papan.

Hampir memakan masa sejam setengah, barulah tiada kedengaran lagi bunyi takikan. Mahu pun sebarang jeritan penuh amarah. Di ganti pula bunyi plastik dibuka dan sedang dimasukkan sesuatu ke dalamnya.

Kress! Kress! Kress!

Setelah hampir penuh. Plastik seterusnya diambil lalu menyumbat sisa-sisa yang kaku atas lantai berbecak dengan darah itu.

Kesemua plastik sampah hitam tersebut langsung dia ikat serta disimpul mati. Tanpa mahu menunggu lagi, empat plastik yang kelihatan berat diangkat tinggi.

Namun ada satu yang terjatuh kembali kerana terlalu berat isi dalamnya. Hampir terkoyak di tujah tulang-temulang. Dan dengan perlahan-lahan dia menyeretnya atas lantai. 

Sreet! Sreet! Sreet!

Sreet! Sreet! Sreet!

Apabila sampai ke tangga batu di kawasan belakang rumah banglo usang, susuk tubuh dengan apron tanpa baju itu terus, memandang semula pada bungkusan plastik hitam yang sedang tangannya kendong itu. Pandang tangga semula lalu diangkat langsung menuruni tangga hanya tinggal yang berat itu sahaja.

Dia menuruni tangga dengan langkah tenang namun pantas. Mungkin kerana tangan sudah tidak dapat memegang plastik yang licin serta berat.

Lagipula khuatir di luar nanti, ada yang nampak tambah-tambah di tempat pelupusan sampah. Ada saja golongan gelandangan yang tidur di tepi jalan menghala ke kawasan busuk serta kotor tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience