Bab 60

Romance Series 106380

ZAILANI mengeluh memandang kaki dan tangan yang berbalut. Fikirannya kacau. Saat matanya dibuka, insan pertama yang dicari adalah Juwita. Namun sayangnya Juwita tiada di situ. Masih marahkah Juwita kepadanya?

"Lan, makan nak. Alas perut tu." Salmiah masih memujuk. Sedari tadi Zailani menolak untuk makan.

"Tak nak mak. Nanti Lan lapar, Lan makan." Salmiah mengeluh. Entah kemana hilangnya Juwita. Hatinya sedikit kecewa apabila Juwita tidak menunggu sehingga Zailani sedar.

Semenjak Zailani membuat keputusan untuk merisik Juwita, dia tidak lagi menggunakan panggilan nama Zai. Biarlah Zai terkubur bersama kenangan lalu yang tak ingin diingati. Zailani membuang pandang ke luar tingkap. Hatinya sakit mengenangkan salah faham yang berlaku antara dia dan Juwita. Sesekali dia menoleh ke arah pintu. Berharap wajah Juwita yang akan menerpa pandangan matanya namun hampa.

"Lan nak rehat. Lan nak tidur sekejap." Zailani berdalih. Dia tidak mahu emaknya susah hati. Biarlah dia menanggung segala kesakitan itu andai ianya adalah balasan kerana melukakan hati wanita yang sangat dicintai walau bukan kesilapannya.

Salmiah hanya mengangguk dan membiarkan Zailani berehat. Salmiah bangkit untuk menuju ke surau. Langkah kakinya terhenti apabila melihat Juwita melangkah ke wad Zailani bersama Haris. Tersenyum nipis dia menyambut kedatangan Juwita.

"Ju ke mana?" soal Salmiah inginkan kepastian.

"Maaf mak. Ju balik tukar baju." Juwita tertunduk. Salmiah mengusap lembut wajah Juwita. Dia tahu dari mata Juwita jelas menunjukkan wanita itu terlalu menyintai Zailani. Sama seperti mana Zailani menyintai Juwita.

"Pujuk Lan makan ye, sayang. Dari tadi mak pujuk dia makan. Macam-macam alasan dia bagi. Mak nak solat dulu." Salmiah berlalu meninggalkan mereka. Juwita memandang Haris yang berada di sebelahnya.

"Kau pergilah. Aku nak ke kafe kejap. Aku belikan kau makanan dengan air. Kau pun tak makan lagi, kan? Tapi bagi aku makan dulu ye. Lepas tu baru aku naik ye?" Juwita mengangguk lantas memandang Haris yang berlalu pergi.

Betapa bertuahnya dia memiliki Haris sebagai sahabat dan juga sepupu. Sungguh dia beruntung. Mana mungkin dia memiliki sahabat dan sepupu sebaik Haris. Haris satu anugerah yang cukup istimewa baginya. Juwita menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Zailani.

Juwita memerhatikan Zailani yang terbaring mengiring ke arah tingkap. Tidur ke? Juwita menghampiri Zailani. Sebak rasa hatinya melihat keadaan Zailani begitu. Mujur tiada yang serius. Air mata yang mengalir di pipi segera diseka.

"Lan..." Juwita memanggil Zailani perlahan. Tangannya menyentuh lembut bahu kiri Zailani. Bekas makanan di atas meja dipandang sekilas. Zailani segera memusingkan badannya sebaik saja suara Juwita menyapa pendengarannya. Hampir saja dia memeluk wanita itu. Dia tak sanggup membayangkan andai kehilangan Juwita.

"Ju... betul ke ni?" Tangannya menyentuh lembut wajah Juwita. Juwita tersenyum manis. Cuba untuk mengawal sebak di dada.

"Lan minta maaf. Lan tak ada niat nak sakitkan hati Ju. Apa yang Ju nampak tak seperti apa yang Ju fikirkan." Zailani masih cuba untuk menerangkan keadaan sebenar kepada Juwita.

"Tak apa. Lan makan ye." Wajah Zailani mendung. Tak sudikah Juwita memaafkannya?

"Lan makan ye. Ju suapkan Lan. Lan kena cepat sembuh. Nanti macam mana nak masuk meminang." Juwita ukir senyum manis.

Nasi yang terletak di atas meja dicapainya. Dengan lafaz bismillah, dia menyuakan sesudu nasi ke dalam mulut Zailani. Tanpa teragak-agak Zailani menyambut suapan juwita. Sungguh dia terlalu menyayangi Juwita. Dia tak sanggup kehilangan Juwita.

"Ju jangan tinggalkan Lan ye." Zailani meminta penuh pengharapan. Dahi Juwita berkerut seribu.

"Bila pula Ju nak tinggalkan Lan? Lan yang keluar berdating. Kalau Ju tak keluar, sampai bila-bila pun Ju tak tahu." Ada sebak disebalik suara Juwita. Zailani mengeluh. Nampaknya Juwita masih tidak puas hati.

"Ju, apa yang Ju nampak tak seperti apa yang Ju fikir. Lan tak dating dengan mana-mana perempuan pun. Ye... Lan keluar. Lan pergi cari cincin merisik. Ju ingat tak perempuan yang Ju lempang masa kita cari hadiah untuk mak?" Juwita kerut dahi. Cuba mengingati peristiwa itu. Lantas Juwita mengangguk.

"Tu junior Lan masa di U dulu. Dia memang ada hati pada Lan. Sebab dialah Lan berubah jadi Zai. Sejak kes hari tu, kami selalu terserempak. Lan tak tahu memang kebetulan atau disengajakan. Kalau Ju nak tahu, Lan tak pernah ada hati dekat perempuan lain. Cuma Ju. Dari dulu sampailah sekarang." Juwita terdiam mendengar penjelasan Zailani.

Rasa bersalah terus menghambat hatinya. Teringat bekas baldu merah yang diberikan oleh Zailani ketika kemalangan tadi, Juwita segera mengeluarkannya dari beg tangan lalu disuakan pada Zailani.

"Lan beli untuk merisik Ju nanti." Zailani menerangkan tanpa dipinta. Juwita tersenyum manis.

"Dah, makan. Lepas tu makan ubat." Juwita mengarah. Zailani tersengih.

"Garang-garang pun cantik sayang Lan ni." Merona merah pipi Juwita dengan ayat manis Zailani. Ada saja akal nak mengusik.

Disebalik pintu wad, Haris memerhati dengan senyuman manis. Lega saat melihat Juwita kembali tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience