"Husband...."ujar Ishtar walaupun dirinyaa agak sedikit kekok.
Dirinya sudah menanamkan prinsip supaya belajar menerima Eidlan.Belajar menghargai Eidlan.
"Husband....."panggil Ishtar lagi.
Eidlan hanya baring tidak sedarkan diri.Peluru yang berada di dalam perutnya dan paha sudah dikeluarkan.
Nasib peluru tersebut tidak mengena di bahagian pinggang Eidlan.
"Maafkan saya sebab tak layan awak dengan baik.Harini dah masuk hari kedua awak tak sedarkan diri"
"Tolonglah bangun supaya saya dapat tebus kesalahan saya dekat awak"
"Puan,saya mintak puan makan sekarang.Puan langsung tak makan sejak kita datang hospital"ujar Shark yang tadinya hanya memerhati gelagat isteri tuannya itu.
"Saya tak ada selera"ujar Ishtar sambil merenung tangan Eidlan.
"Aduhai,puan.Saya cakap elok-elok ni.Baik puan ikut saya ataupun saya bawak tuan ke tempat lain"
"Biar puan tak dapat jumpa tuan dah"ugut Shark.
"Baiklah.Saya ikut"sebaik sahaja Ishtar berdiri tangannya seperti ditarik oleh seseorang membuatkan Ishtar jatuh semula keatas kerusi.
Ishtar terus menelan air liurnya.Matanya dan mata Eidlan bertembung.
"Eh,tuan"Shark terkejut apabila melihat Eidlan sudah tersedar.
"Saya panggil doktor dulu"Shark ingin bergegas keluar tapi diberhentikan oleh Eidlan.
"Tak payah panggil doktor.Aku ok.Kau boleh keluar dulu.Aku ada benda nak cakap sikit dengan bini aku"
"Baik"Shark terus keluar dari situ.
"Wife...."panggil Eidlan meleret.Wajahnya terus ditekapkan di bahu Ishtar.
"Awak"ujar Ishtar.Dia tahu Eidlan tidak selesa berkedudukan seperti itu.
Eidlan mengangkat mukanya.Tanpa menunggu lama,dia terus memegang pinggang Ishtar kemudian Ishtar diletakkan di paha kanannya.
Walaupun paha kirinya terasa sedikit pedih akibat kesan tembakan....dia mengabaikannya.
Dia terus menyambung pelukannya di dakapan Ishtar.Wajahnya diletakkan di leher Ishtar.Menyium bau badan isterinya.
Ishtar menggeliat kegelian.Pertama kali seseorang berbuat sebegitu terhadap dirinya.
"Wife,can you sit still for a moment?"ujar Eidlan.
Suaranya cuba ditegaskan walaupun pada saat itu,dia merasa ingin ketawa apabila melihat reaksi spontan ketika dia meletakkan wajahnya di leher Ishtar.
"Awak,saya tak selesa"ujar Ishtar perlahan.
Sebenarnya,dia selesa cuma dia agak sedikit malu.
"Let me smell you for a minute"ujar Eidlan.
"Okay done"ujar Eidlan beserta senyuman di wajahnya.
Dengan pantas Ishtar turun dari paha Eidlan.
"Awak tak sakit ka?"soal Ishtar sambil menunjukkan paha kiri Eidlan.Cuba menutupi malunya yang menerjah dengan apa yang terjadi sebentar tadi.
"Tak"Eidlan menggelengkan kepalanya.
"Tak boleh ni.Jap saya panggil doktor"Ishtar ingin bergegas pergi keluar dari situ.
"Hey.Wife nak pergi mana?"soal Eidlan lalu menarik tangan Ishtar.
"Tak payah susahkan diri.Stay dengan husband"
"Tapi...."
"No tapi-tapi.Stay here"
"Tapi....."Ishtar masih berdegil.
"STAY HERE.SIT DOWN"akhirnya Ishtar mengalah setelah Eidlan tampak agak sedikit marah.
"Okay,fine"dia akhirnya duduk semula di tempatnya.Suasana menjadi sepi buat seketika.
"I'm sorry.Husband bukan marah dekat wife.Tapi husband tak mahu sesiapa ganggu kita buat sementara waktu"
"Husband nak wife ja dengan husband sekarang"ujar Eidlan lagi.Ishtar hanya mendiamkan diri.
"Ok....husband bagi wife keluar kejap"mata Ishtar terus bersinar tatkala terdengar apa yang dicakapkan Eidlan.
"Tapi dengan satu syarat"Ishtar kembali muram.
"Wife kena panggil husband macam yang wife buat waktu husband tak sedarkan diri tadi"
"Akik,kata tak sedar macam mana boleh dengar?"soal Ishtar dalam hati.
"Wife,apa yang awak termenung kan tu?"
"Tak da apa-apa pun"Ishtar ketawa janggal.
"Wife mesti pelik kan kenapa husband tahu apa yang wife cakap tadi"
"Aduhai,macam mana boleh baca pulak fikiran aku ni?"ujar Ishtar sekali lagi di dalam hati.
"Wife.... sudah-sudahlah tu berteka.Dari riak wajah tu, husband dah tahu apa yang wife fikirkan"
"So, sebenarnya husband dah sedar pagi tadi and husband tidur balik.Tiba-tiba husband terdengar ada suara lembut panggil husband"
"Husband kenal sangat itu suara siapa"
"So,can you do it for your husband?"
Sekali lagi malu mula menerpa kembali.Wajahnya memerah.
"Can you call me husband?"
"Husband"ujar Ishtar perlahan.Dia menundukkan wajahnya ke lantai.
"Yes,my wife"
"Ehermm,boleh saya gelarkan diri saya sebagai wife?"soal Ishtar.Walaupun agak gugup dia ingin mencuba.
"Yes,of course.Husband lebih suka kalau wife nak bahaskan diri dekat husband sebagai wife"
"Baiklah,kalau macam tu"
"Wife sebenarnya ada sesuatu nak cakap"
"Apa?"soal Eidlan.
"Wife minta maaf atas apa yang wife buat sebelum kita kahwin"
"Wife hina dan cakap macam-macam dekat husband"apa yang ingin dia luahkan akhirnya keluar dari mulut.
Tiba-tiba sahaja mulutnya lancar mengatakan semua itu.Air matanya juga ketika itu mula mengalir.
"Hey,why are you crying?"Eidlan terus memeluk Ishtar.
Kepala Ishtar bersandar di dadanya.Dicium kepala isterinya berkali-kali.
"No,wife tak salah.Punca wife bencikan husband pun disebabkan oleh husband sendiri"
"Husband dah lukakan hati wife,jiwa wife"
Ishtar terus memeluk erat tubuh Eidlan.Didakapnya sepenuh hati.Tidak akan pernah dia sia-siakan seorang lelaki seperti Eidlan.
Share this novel