DIA 06

Romance Completed 131781

"Bonda... Kenape setiap kali bonda jumpa Hazz, mesti pasal jodoh jugak yang keluar dati mulut bonda. Bonda tak penat ke tanya soalan yang sama?" Soal Hazzar.

"Tak. Selagi Hazz tak kahwin, selagi itulah bonda akan tanya. Kalau nak bonda berhenti boleh, bawak balik calon atau... Bonda boleh tolong carikan. Tu anak Tan Sri Khalid, Syazalina tu. Cantik orangnya." Ujar bondanya.

"No! Hazz... Hazz... Tak nak keturunan anak Tan Sri anak Dato bagai. Hazz... Hazz nak orang biasa-biasa. Orang kampung. Okay ape." Tipunya selamba.

Mustahil hatinya mahu menerima wanita tidak setaraf dengannya sebagai isteri.

"Okay. Bonda akan cari." Ujar bondanya.

Hazzar menoleh terkejut. Dia fikirkan bondakan marah apabila dia berkata sedemikian malah, offer nak tolong carikan lagi. Hazzar terkelu.

"Tak payah nak tipu bonda. Macamlah bonda tak tahu taste Hazz macam mana. Hazz tak pandang perempuan level macam tu." Ujar bondanya dengan penuh keyakinan.

Wajah bondanya dipandang lama. Kantoi! Salah orang nak ditipu.

"Okay fine. Hazz akan kahwin. Tapi bukan dengan pilihan bonda. Hazz akan cari sendiri." Bondanya menggeleng.

"Bonda..." Rengek Hazzar.

"What?" Soal bondanya.

"Biarlah Hazz cari sendiri. Biar Hazz cari kebahagiaan Hazz sendiri. Hazz janji Hazz akan bawak calon isteri Hazz jumpa bonda dengan ayah, sebelum kak Jann balik." Ujarnya yakin.

"Ou... Hazz tahu ke Jannah balik bila?" Soal bondanya, sengaja menguji anaknya.

Hazzar gelisah. Jari telunjuk kirinya naik menggaru pipi kanannya. Dia mengeluh dan menggeleng.

"See! Jannah balik lagi 2 bulan." Terkejut Hazz mendengarnya.

"Haa! Jangan nak tukar kata-kata Hazz tadi. Hazz kena cuba tunaikan apa yang Hazz katakan. Jangan bagi harapan palsu Hazz. Faham tak?" Ujar bondanya perlahan.

Hazzar tidak menjawab. Anak matanya melihat ke arah lain dan fikirannya melayang. Kata-kata bondanya diabaikan. Bondanya mengeluh lalu bangun dan beredar dari situ. Hazz menoleh apabila sedar bondanya sudah beredar.

Dia kembali bersandar di sofa. Ikram melompat dari belakang sofa ke depan sofa. Hampir gugur jantung Hazzar dibuatnya. Ikram ambil tempat duduk disebelah Hazzar.

"Kau... Serius nak bawak calon isteri sebelum kak Jann balik?" Soal Ikram pula.

Hazzar mengangguk.

"Macam yang bonda cakaplah, aku kena belajar tunaikan apa yang aku kata. Tengoklah macam mana. Jumpa ke tidak." Ujarnya malas.

"Kalau macam tu, aku pun nak bawak calon isteri jumpa bonda dengan ayahlah." Cadang Ikram.

Hazzar menoleh dengan wajahnya yang terkejut. Tiba-tiba dia ketawa mengekek. Ikram mengerutkan dahi.

"Kenape kau gelak pulak? Kena samluk ke ape?" Soal Ikram hairan.

"Kau? Nak bawak calon balik? Minah kelab mana yang kau nak bawak balik jumpa bonda dengan ayah? Hahh?" Sakat Hazzar.

"Hei! Aku tak nak perempuan murahan macam tu. Aku nak seorang wanita yang, bagaikan bidadari." Hazzar angkat kening.

"Bidadari? Kau ni asyik-asyik cakap pasal bidadari. Kau ingat ada lagi ke perempuan yang jaga maruah dia, jaga aurat dia, sopan santun? Memang tak lah. Kalau ada pun, mesti yang terikut-ikut dengan style sekarang. Tudung singkat, nampak leher. Haishh!" Ujar Hazzar.

"Eh kau tahu pasal tu eh? Aku ingat kau cuma  ambil tahu pasal perempuan dekat kelab malam tu." Balas Ikram selamba.

"Heh! Tengoklah ada ke perempuan baik yang nak dekat kau, Ikram Iskandar." Ujaran Hazzar betul-betul menyakitkan hati Ikram.

"Kau ingat, ade ke perempuan nak dekat kau, si kaki pukul, kaki botol dan kaki perempuan. Entah berapa banyak anak dara orang kau tebuk." Ujarnya selamba.

Tangan Hazzar mencapai kolar baju Ikram. Ikram mengerutkan dahi memandangnya.

"Yes aku mengaku aku kaki pukul, kaki botol dan kaki perempuan. Tapi kau kena ingat, aku tak pernah tebuk mana-mana perempuan." Ujarnya dengan nada marah tetapi perlahan.

"Ernie?"

"Aku tak pernah sentuh dia. Sumpah! Memang kau selalu tengok aku bawak perempuan masuk hotel tapi bukan aku yang layan diorang. Ada lelaki lain yang aku upah untuk layan perempuan-perempuan tu. Percayalah!" Intonasi suara Hazzar sedikit reda.

Ikram keliru mahu percaya atau tidak.

"Aku percayakan kau, untuk kali ini. Jangan musnahkan kepercayaan aku. Jom, aku nak pergi kelab malam kau nak ikut tak?" Hazzar mengangguk.

"Aku naik kereta kau. Malas nak drive." Ikram mengangguk.

Ayahnya mendengar semua perbualan antara Hazzar dan isterinya serta Ikram. Keluhan berat dilepaskan.

"Diorang betul-betul ikut perangai bod*h aku masa muda dulu. Aku gagal didik diorang dan sekarang, diorang betul-betul ikut jejak aku. Astaghfirullahalazim...."

---

Entah kenapa Syaza berasa takut apabila berdepan dengan Hanis walaupun Hanis tidak tahu tentang hubungannya dengan Nazrul. Syaza tidak dapat melakukan apa yang dia katakan pada Nazrul. Mahu berdepan dengan Hanis sahaja dia takut ini kan pula memberinya amaran.

Syaza mendekati Hanis yang sedang membuat Maggi goreng berempah. Hanis menguntum senyuman apabila melihat kehadiran Syaza.

"Syaza nak ke?" Soalnya sambil menunjukkan ke arah Maggi di dalam kuali.

Syaza menggeleng perlahan.

"Hanis... Awak, baik." Ujar Syaza.

Hanis tertawa kecil mendengarnya.

"Saya baik? Bagi awak memang, tapi ada je yang fikir saya ni jahat. Awak pun baik Syaza." Ujar Hanis lembut.

"Tapi saya tak sebaik awak. Saya banyak buat dosa, termasuk dekat awak." Ujar Syaza.

"Termasuk saya? Awak buat dosa ape dengan saya?" Soalnya hairan.

Mereka baru kenal beberapa hari, dosa apa yang Syaza sudah buat.

"Saya bersangka buruk pada awak. Saya ingat Semua orang bertudung ni cuba nak tunjuk baik, tunjuk alim. Saya salah. Awak dah buktikan yang tak semua orang bertudung macam tu." Ujarnya. Hanya satu sahaja yang Syaza tidak berterus terang.

"Ohh pasal tu. Tak kisah pun. Semua orang buat dosa. Sebaik mana pun saya, saya tetap seorang pendosa yang cuba untuk mencari pahala sebanyak yang saya mampu." Ujar Hanis.

Syaza tersenyum nipis.

"Hanis, saya nak minta maaf. Takut-takut nanti saya buat salah dan saya tak sempat nak minta maaf. Saya harap awak maafkan apa-apa dosa yang dah buat atau bakal buat." Pintanya.

"Saya sedia untuk maafkan semua dosa yang awak lakukan terhadap saya. Jangan risau, saya bukan seorang pendendam." Balas Hanis dengan nada lembut yang dapat melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Syaza tersenyum lagi.

---

Nazrul duduk di kaki katil sambil memegang telefonnya. Nama Hanis berlegar-legar dalam kepalanya. Punat ON ditekan. Nazrul melihat nombor Hanis. Dia keliru antara mahu menghubungi Hanis atau tidak.

"Kenape susah sangat aku nak putuskan hubungan dengan Hanis ni!? Kenape? Aku cintakan Syaza, bukan Hanis. Araghh!" Marahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience