INI memang aku geram. Macam mana pula aku bola masuk dalam kumpulan company di JB?
“Aku dah suruh kau tukarkan? Aku tak nak jadi tukang sokong untuk JB. Okey, kalau ya pun, tetap nak jadikan aku tukang sokong, silakan. Tapi bukan dengan JB. Dengan SJ!” Bengang betul aku dengan Liza dan Fatin ni.
“Kau tak boleh salahkan aku. Encik Dev yang minta aku masukkan nama kau dekat kumpulan JB.” Beritahu Liza selamba. Aku tercenggang.
“Kenapa pula?”
“Aku rasa dia suka kaulah Nisa.”
Aku geleng kepala berkali-kali. Tidak. Liza mengarut apa ni? Jangan nanti bola keranjang tu aku masukkan dalam mulut dia sudah!
“Kau tak percaya sudah. Okey, aku malas nak tahan rahsia ni. Seminggu yang lepas, dia minta aku tukarkan kau masuk dalam kumpulan JB. Lepas tu, Fatin datang jumpa aku, minta tukarkan kau. Aku kata tak boleh, sebab Encik Dev dah pesan kat aku, jangan tukarkan kau kat mana-mana. Dia kata kat aku yang dia nak kau jadi penyokong dia bila dia main bola keranjang nanti.”
Aku garu kepala bila mendengar cerita Liza. Kemudian, Fatin pula menyampuk.
“Dia suka kau. Dia tahu juga kau suka kat Zahir.”
“Apa?!” Terbangun aku dari duduk. Semua mata dah melihat ke arah aku.
“Duduklah terejal! Haih, terkejut sangat, macam nampak hantu!” Fatin memaut bahu aku dan memaksa aku untuk duduk semula.
“Mana dia tahu? Kau bagitahu dia ke? Liza? Fatin?” Aku apa lagi, satu badan Fatin dan Liza aku dah gegarkan. Kedua-dua antara mereka gelengkan kepala.
“Dia kata dia dengar sendiri masa kita dekat lobi semalam. Itu yang malam tu dia datang nak jumpa aku.” Fatin jelaskan kepada aku. Aku dah malu. Malu aku tebal-tebal! Ish, malu ya ampun.
“Salah kaulah ni! Masa tu asal sebut nama Zahir tu! Kau jawab apa lepas dia tanya?”
“Aku tak mengaku masa tu. Sebolehnya aku nak pertahankan kau. Lepas tu, aku terpaksa jujur dengan dia bila dia cakap yang.... Kau nak tahu apa yang dia cakap?”
Aku angguk tak sabar.
“Saya suka bunga tahi ayam saya. Saya suka Nisa yang bising tu.” Fatin meniru gaya Devid bercakap. Mulut aku melopong.
“Yang aku pelik, kenapa dia cakap kau bunga tahi ayam?”
Aku diam. Devid suka aku? Sebab apa? Dia tak tahu ke antara aku dengan dia ada halangan besar. Agama kami. Tapi aku tak suka dia. Memang tak suka dia.
“Eh, game dah mula.” Beritahu Liza.
“Kau okey tak?” Tanya Fatin prihatin.
“Okey. Cuma maaf Tin, aku tak boleh nak balas perasaan dia. Dan aku memang tak suka dia.”
“Asal kau cakap macam tu? Kau belum cuba.” Liza pula sepertinya tidak berpuas hati dengan tindakan aku.
“Hariz! Hariz! Kau boleh, Hariz! Hariz boleh!” Aku tak jawab pertanyaan Liza. Aku endahkan saja. Aku terus menyokong Hariz iaitu pemain bagi kumpulan SJ. Lantaklah, kalau nama aku ada dekat kumpulan JB pun. Ada aku kisah? Ini diri aku, orang lain tak boleh paksa.
“Bodoh betul kau ni. Huh, jangan Encik Dev cari aku dan ganyang aku jadi karipap sebab kau sudah! Iyalah, kau tak sokong dia, malah kau sokong Hariz pula” Liza memiat pergelangan tangan aku. Aku bungkam dan buat selamba.
“Suka hati aku” Bentak aku.
“Nisa. Tenkiu sayangggg!” Tiba-tiba Hariz yang sedang bermain bola keranjang tu berhenti. Dia menjerit nama aku. Uwah malu betul aku saat tu sebab Hariz sempat lagi bagi aku flying kiss.
“Hariz yang muka gatal tu juga yang kau sokong eh? Ish, apalah.” Fatin sama juga tak puas hati.
Aku dengan selambanya bangun berdiri. Aku jerit kuat-kuat. “Hariz!!! Kau boleh! Kalahkan team JB!”
Tiba-tiba aku nampak Devid. Devid turut sama memandang aku. Devid memberi isyarat tangan ke arah aku. Ibu jarinya ke bawah! Siut!
Aku tengok sekarang ni perlawanan makin sengit. Lincah betul Devid main. Mudahnya dia merampas bola dan mencari ruang apabila dihalang.
Oh jangan! Jangan masuk. Jangan masuk! Oh tidak!!!!
“3 mata untuk JB. Beri tepukan kepada Encik Dev kita.” Aku dengar suara pengumuman tersebut. Siapa yang cakap tu? Biar aku cekik jadi bisu terus!
“Hebat seh. Dari jauh Encik Dev boleh agak masuk! Mengena!” Puji Fatin. Aku jeling Fatin geram.
Makin lama mata lawan bagi JB kini dah 15 mata. Haih, aku gelisah.
“Denna Anisa.” Aku yang duk sibuk tengah tengok perlawanan tak perasan yang Devid kini duduk bersebelahan dengan aku.
“Awak buat apa dekat sini?”
“Kenapa tak sokong saya?”
Aku buat muka seposen depan Devid. Nak sokong dia? Untuk apa?
“Kenapa awak paksa saya sekumpulan dengan awak, lepas tu paksa saya sokong team awak? Kenapa? Kenapa?”
“Saya suka sama awaklah. Tu tak fahamkah?” Aku lihat aje dia yang bersandar di kerusi sambil memeluk tubuh. Sakai betul!
“Kami pergi dululah ya. Haus pula tekak ni.” Ujar Liza. Aku memandang Liza dan Fatin dengan pandangan tajam. Devid mengangguk tersenyum.
“Jaga kawan saya ni Encik Dev.” Pesan Fatin pula.
“Jangan risau. Saya akan siram bunga tahi ayam saya.”
Fatin dan Liza ketawa terbahak-bahak. Tak cover langsung.
Kini mereka berdua sudah pun pergi. Hanya aku dengan Devid saja di situ. Ada lagi mereka yang lain, tapi aku tak hiraukan mereka pun. Yang aku hiraukan sekarang adalah lelaki sebelah aku ni.
“Kalau saya menang game kedua ni, saya nak awak.”
Aku menunjukkan penumbuk di depan muka Devid. Nak aku? Masuk lombonglah bang oi.
“No way!”
“Why I can’t have you?”
“Sebab saya suka orang lain.” Okey tak jawapan aku ni?
Kini Devid duduk tegak. Dia tidak lagi bersandar.
“Zahir?”
“Kalau dia pun kenapa?”
“Dia bertunang sama dengan Nabila.”
Dasar hancur bahasa melayu Devid ni. Haih.
“Bertunang aje kut. Lagipun, dalam islam boleh kahwin empat!” Sengaja aku provok dia. Padan muka. Aku harap dia tak paksa aku. Aku tak suka, dia nak paksa pula. Lepas tu, kalau dia menang perlawanan ni, dia nak aku. Dia ingat aku ni hamper ke? Hadiah yang boleh diberi sesuka hati.
“Kalau ada lelaki yang bujang itu macam saya, so why must you chose lelaki yang dah berkahwin atau bertunang?” Aku tengok kini Devid seperti bengang. Wajah dia pun lain macam, seperti menahan marah.
“Sebab hanya tu aje yang saya suka.”
“Okey. Kalau awak tak boleh suka saya. Saya akan buat awak terpaksa cakap yang awak suka saya.” Angkuh sungguh kata-kata Devid. Aku mula takut.
“Awak jangan buat macam-macam.” Jari telunjuk aku sudah ditunding ke arahnya. Sumpah, aku takut sekarang ni. Apa lelaki kafir ni nak buat dekat aku? Ya Allah, jauhkanlah aku.
“We”ll see. Bye.” Dia bangun dan terus pergi meninggalkan aku.
Aku lihat aje dia yang kini dah berada di bawah gelanggang. Apa yang dia nak buat ni?
Kini perlawanan dimulakan semula. Haih, aku nak sokong team SJ pun dah tak ada mood. Mana taknya, mood aku tu dah dicuri oleh Devid. Aku asyik fikirkan kata-kata Devid aje. Dan lagi satu, confirm yang team Devid tu menang. 23 - 15 kut.
“Hebatlah Encik Devid. Kau tengok tu, dia berpeluh pun masih nampak kacak, kan? Rugi betul kawan kita ni tak nak.” Fatin menyindir aku. Dari tadi dia puji Devid, sambil tu dia bandingkan Devid dengan Zahir. Lepas tu mulut dia terkumat-kamit sindir aku. Aku bakar mulut tu baru tau!
“Kau nak dia ambillah. Kau dari tadi duk sindir aku aje kenapa?” Aku berang sendiri.
“Masalahnya dia tak suka aku. Dia suka Denna Anisa.” Jawab Fatin membakar darah aku.
“Hello semua.”
Tiba-tiba suara Devid kedengaran. Apa buatlah dia bersuara guna pembesar suara tu?
“Game dah habis. So team saya menang. Betul?”
“Betul!!!!” Laung semua orang, termasuklah Fatin dan Liza. Yang aku pelik, dia orang ni team SJ, tapi kenapa sokong Devid tu, macam Devid team dia orang pula? Gila!
“Saya tujukan kemenangan ni untuk my love, my girlfriend, my heart, my everything....”
Who? Hati aku tertanya juga siapa. Boleh pula berhenti si Devid ni!
“Siapa eh?” Liza tertanya juga.
“Encik Dev ni sebenarnya betul ke sukakan kau Nisa? Semalam cakap dengan aku suka kau, tapi hari ini dia kata ada girlfriend pula. Siap my love, my everything lagi.” Fatin pula tak puas hati dengan Devid.
Aku dah tersenyum senang. “Itulah, kau jangan percaya lelaki macam tu. Muka kacak aje tak guna. Susah nak cari muka lengkap pakej semua ada, tapi tak kaki perempuan. Aku tengok muka dia pertama kali pun dah tahu dia kaki perempuan.” Ujar aku selamba. Senang je aku kutuk orangkan? Haih, mulut memang semua senang bila bercakap. Ambillah kau Nisa, nanti kat akhirat merangkak-rangkak nak minta maaf dengan orang kau kutuk!
“For you Denna Anisa. Just for you. Be mine please?”
Apa? Itu nama akukan? Ada orang sama nama dengan aku tak? Harap adalah ramai nama yang sama.
“Weh, Denna Anisa weh dia sebut. Tu nama kau!”
“Bukan, bukan. Ada nama orang sama dengan aku ni.” Aku tak nak percaya. Bukan aku.
Aku menunduk melihat ke gelanggang bawah. Mata Devid dikenyitkan ke arah aku. Apa yang Devid buat ni?
“Nisa, Nisa. Nisa” Mereka yang lain dah bertepuk memanggil nama aku. Gila! Apa Devid buat ni? Apa Devid nak? Aku dah naik malu. Tolong, Denna Anisa yang lain ni.
“Otak kau! Nama kau sorang je dekat sini Denna Anisa!” Marah Fatin pula.
“Kekasih hati dah panggil tu kat bawah.” Nabila pula menyampuk.
“Untungnya Nisa.” Ada suara lain pula menyelit. Suara siapa aku tak tahu. Tapi aku harap nanti orang tu bisu satu jam terus! Untung apanya! Bodoh betul!
“Denna Anisa Binti Mat Zainal.”
Aku tak tahan diprovok macam ni. Sampai hati Devid malukan aku. Apa Devid nak?
“Awak nak apa?!” Jerit aku kuat. Aku terus berdiri. Mereka yang lain dah terkejut melihat aku yang sepertinya sedang menahan marah yang membara.
“Jadi milik saya. Hidup sama saya.” Suara Devid lembut saja. Ya, suaranya lembut menjawab pertanyaan kasar aku tadi. Tapi cukup buat semua orang dengar sebab dia gunakan pembesar suara.
Aku tersenyum sinis. Pelat tak habis lagi! Dia ingat aku macam perempuan bodoh yang boleh dimain-mainkan? Get lost!
“Awak gila ke?!” Jerit aku lagi. Aku kena cakap kuat sikit sebab Devid dekat gelanggang bawah dan aku dekat kerusi penonton kut. Jauh tu.
Aku lihat Devid angguk. “Ya, saya gila kerana cinta awak.”
Bila masa aku cintakan dia? Gila. Oh, betullah, orang gila memang cakap benda mengarut. Lupa pula aku.
“Ha ha ha ha ha. Sejak bila tu?” Aku tak takut dah, tak kisahlah dia anak bos ke, aku nanti kena buang kerja ke, yang penting aku nak pertahankan maruah aku dari dipijak oleh Devid. Suka-suka dia cakap aku girlfriend dia. Tak masal aje pelat ni.
“Sejak dalam lif? Sejak awak nak bersalaman dengan saya tu ke? Atau awak saja nak mainkan perempuan islam macam saya ni? Hey Encik Devid, saya mengaku saya bukanlah perempuan islam yang cukup baik, tapi saya tak akan biarkan awak mempersendakan maruah saya depan orang ramai. Awak anak Encik Kevin, awak anak menteri, awak anak raja sekali pun, saya tetap tak takut!” Sambung aku lagi. Ini Denna Anisa. Mulut aku memang kasar tau, aku memang cukup pantang orang nak mainkan aku!
Semua diam. Sumpah! Tak ada satu orang pun bersuara di sini setelah aku menghabiskan kata-kata aku. Aku hanya mendengar deruan nafas Devid melalui pembesar suara itu. Devid ada berdeham sedikit sekali.
“Sejak setahun yang lepas, saya dah suka awak. Semasa dalam lif, saya tak tahu perempuan yang bising sangat itu awak. Bila awak toleh aje, saya tahu awak Denna Anisa saya..... Saya kembali dari UK, niat baik saya nak awak sama jadi milik saya. Tapi kalau awak tolak, saya tak boleh buat apa. Awak dah salah anggap apa yang saya buat ni.”
Setahun yang lepas? Aku mana pernah jumpa dia. Aku terdiam.
“Saya tak suka awak. Dan semestinya ada halangan antara hubungan kita.”
Setelah aku balas begitu. Aku lihat Devid meletakkan pembesar suara itu di lantai gelanggang. Dia tersenyum ke arah aku dan mengangguk. Dia kemudiannya pergi dan keluar dari gelanggang bola keranjang tersebut.
Saat tu, aku rasa seperti kehilangan. Kehilangan yang amat kosong. Rasanya sama seperti pemergian arwah ibu aku dulu.
Share this novel