Bab 27

Fantasy Completed 13890

Kai duduk diam di ruang tamu sambil memandang ke arah pintu. Lampu rumah langsung tidak dipasang kerana dia tahu bapak tiri jane pasti akan cuba memasang helah.

"kai.." jane berbisik dan keluar dari biliknya. Matanya sudah tidak nampak apa apa.

"aku suruh duduk diam diam dalam bilik kan. Kau ni degil lah" kai menolak tubuh jane masuk ke dalam bilik.

"tapi kenapa mesti bergelap? Saya tak selesa" ujar gadis itu perlahan.

Kai memandang wajah jane di hadapannya. Dia memang tidak ada masalah berada dalam gelap. Matanya dapat melihat dengan sempurna walaupun di dalam gelap.

"duduk je diam dalam ni. Jangan keluar selagi aku tak panggil."

"kai awak Nampak ke dalam gelap macam ni? Macam mana kalau pakcik jery serang hendap? Hah dahlah awak tak nampak apa apa" jane mula risau.

"dah duduk je diam dalam bilik ni" kai berlalu keluar dan menutup pintu rapat.

BUM! pintu depan berbunyi kuat seperti di hentak sesuatu. Kai merenung tajam pintu itu. Bila bila masa sahaja pintu itu akan pecah.

BUM!! Pintu kayu itu jatuh rebah ke bumi. Grrrr... Satu susuk serigala berwarna hitam yang besar sedang berdiri di hadapan pintu.

Serigala hitam itu menyeringai memandang kai. Grrr...

"mana jane" kuat dan garau suara serigala itu bertanya.

Kai tersenyum sinis. "kau nak dia? Kau kenal siapa aku?"

Serigala hitam itu memusing kepalanya kiri dan kanan memandang kai. "hahahaha kau budak yang aku bunuh bapak dia beberapa tahun lalu hahaha" bunyi gelak serigala itu amat menakutkan.

Jane duduk mengigil di dalam biliknya. Dia dapat mendengar dengan jelas suara serigala di dalam rumahnya. Apa yang berlaku ni? Tu suara siapa?!

Kai merenung tajam. Perlahan-lahan dia berubah menjadi seekor serigala putih yang besar dengan mata yang merah.

"bagus! Kau pon nak mampus macam bapak kau juga kan, lepas ni akulah serigala jadian yang paling berkuasa!" serigala hitam itu berderam.

Sial! Kai menahan sabar. Dia harus tunggu serigala hitam itu yang menyerang dahulu.

"mungkin sebab tu kau bunuh anak kau sendiri, dasar bapak tak guna" kai cuba menyimbah minyak.

"sial!!" serigala hitam itu pantas menyerang. Bertubi tubi cakaran dan gigitan di berikan kepada kai namun lelaki itu dapat menangkis dengan cekap.

Serigala hitam itu memandang kerusi di sebelahnya. Hehe. Dia menolak kuat kerusi kayu itu tepat ke arah kai.

Kai tidak sempat mengelak. Serentak kepalanya terkena dinding di belakang. Lelaki itu jatuh tersungkur.

"hahahaha kau memang lagi hebat dari bapak kau tapi tak setangkas aku" serigala hitam itu memandang pintu bilik jane. Dia tahu gadis itu berada di dalam. Dia dapat menghidu bau gadis itu.

Serigala hitam itu melompat dan menendang pintu bilik jane hingga tercabut. BANG!!

Jane melompat ke atas katil kerana perasaan terkejut dan takut bercampur baur.

Dia memandang serigala hitam yang sedang menyeringai memandangnya. Nafasnya turun naik dengan begitu laju. "siapa kau!"

"tak kenal aku? Aku bapak tiri kau sial" serigala hitam itu tertawa kuat dengan bunyi yang amat menggerunkan.

Perlahan-lahan serigala itu mendekati jane. "kau akan mampos malam ni sama macam mak kau!" Zapp!! Serigala itu mencakar lengan jane.

"Arghhh!!" jane menjerit kuat. Air matanya tumpah di situ juga.

Kai menggeleng kepalanya cuba mengatasi rasa pening yang semakin kuat. Jane! Pantas Serigala putih itu berlari ke dalam bilik dan mengigit kuat leher serigala hitam yang tidak sempat berbuat apa apa itu.

Kai menarik serigala itu keluar dari bilik dan mencakarnya bertubi tubi. Habis darah merecik di merata rata tempat.

Kai melepaskan gigitan di leher haiwan itu dan mengigit kuat kaki depan serigala hitam itu.

Serigala hitam itu melolong kuat. Kai mencakar perut lelaki itu dan menendang kuat kepala serigala hitam itu ke dinding .

Dia memandang serigala hitam yang tersandar di tepi dinding. Serigala itu kelihatan sukar untuk bernafas.

Kai berjalan mendekati pakcik jery. "kenapa kau bunuh bapak aku?! Kenapa?!" jerit kai garau. Sudah lama dia ingin bertanya soalan itu.

"hahaha" serigala hitam itu tertawa di dalam kesakitan.

"bapak kau dah rampas erika dari aku! Mak kau tu sepatutnya jadi milik aku! Tapi dia bodoh! Pergi pilih bapak kau.. Akhirnya aku terpaksa kahwin dengan mak kepada perempuan yang kau cinta tu.. Nak tahu sebab apa? Sebab nama diaorang sama, sebab itu je.. Hahahaha" serigala hitam tertawa lagi. Puas dirinya dapat meluahkan isi hatinya.

Kai memandang bengang. Sial! Dia mengeluarkan kuku tajamnya. "kau mati lagi bagus!"

"kai tunggu!" dari jauh jane menjerit kuat. Gadis itu berjalan terhinjut hinjut ke arah kai. Walaupun dia masih agak takut dan terkejut melihat rupa kai yang tidak seperti manusia tapi dia tidak mahu lelaki itu membunuh lagi.

"kai.. Jangan.." jane menghalang.

"hahaha.. Bunuh je aku kai hahahah" serigala hitam itu mencabar.

Kai memandang jane. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang.

Peluang! Serigala hitam itu bangun dan menerkam jane. Air liur serigala itu meleleh di atas muka jane yang sedang ketakutan.

"kai!"

"mampos kau jane!" jerit pakcik jery dan cuba mengigit leher gadis itu. Namun belum sempat giginya mendarat, ekor nya ditarik kuat. DAM!! Badannya dihentak ke dinding.

Tanpa berlengah kai terus meluru ke arah pakcik jery yang semakin lemah. "kau memang tak layak dapat peluang kedua!" kuku tajam kai merobek kulit serigala hitam itu. Terpancut darahnya.

Arghh!!!! Serigala hitam itu menggelupur. "biar aku tolong kau" ujar kai sinis. Dia membenamkan kuku tajamnya di leher pakcik jery.

Jane memalingkan wajahnya. Tidak sanggup dia melihat lagi.

"jane.." panggil kai perlahan sebelum jatuh pengsan. Serigala putih itu perlahan-lahan berubah ke bentuk manusia.

"kai!" meluru jane mendapat lelaki itu. Dia mengambil sehelai kain dan menutup separuh tubuh kai yang tidak berbaju.

"kai.. Bangun kai! Aduh!" jane memegang lengannya yang berdarah. Pedihnya.

Kai.. Jane merasakan pandangannya semakin kabur. Dia menggelengkan kepalanya. Kenapa ni? Kepalanya berdenyut kuat. Perlahan gadis itu rebah di atas dada kai.
__________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience