PROLOG

Romance Series 60498

SEMENTARA menuggu bas yang akan tiba jam 5:47 petang, mata meliar memerhati gelagat manusia yang turut berkeliaran di TBS. ada yang kelam-kelibut, ada yang santai seperti mereka sedang melepak di mamak.

Matanya terpasak pada satu sosok tubuh milik seorang warga emas yang jelas kerungsingan terzahir pada wajahnya. Setiap perilakunya serba tidak kena.

Sesekali mata tua itu menatap skrin telefon model lama. Sesekali matanya meliar kesekeliling seolah mencari kelibat yang dia kenali. Lama Aidil memerhati sehingga lelaki itu sudah bergerak Dari tempatnya masih lagi matanya tidak melepaskan lelaki itu.

Hati tertanya apa yang merungsing warga emas itu, tetapi tubuhnya kaku untuk bertindak merapati lelaki itu dan bertanya secara terus.

Sangkaannya, lelaki itu pasti sedang menunggu anaknya menjemput seperti yang dijanji. Tetapi saat tiba tarikh, hari dan masa kejadian anaknya tidak tiba. Ah, drama sangat!

Itulah, rajin sangat teman Fawwaz layan drama melayu. Tidak fasal-fasal akalnya telah didramakan tanpa sedar. Klise!

Meskipun begitu, pandangnanya masih tidak dialihkan. Melihat raut wajah itu, tidak semena-mena tumpah rasa simpati yang menggunung.

Serta-merta dada sebak. teringatkan Arwah ayah yang sudah lama pulang ke sisi pencipta. Semakin lama dia memerhati lenggok tubuh lelaki itu, semakin kuat rasa rindu itu menerpa.

Separuh hatinya menjerit mahu membantu, tetapi separuh hatinya membantah. Jika dia membantu mana dia mahu bawa lelaki itu? sedangkan dia juga akan pulang ke kuantan.

Untuk bawa sekali lelaki itu duduk bersamanya, dia juga mengharap ehsan pihak universiti duduk dikediaman yang disediakan. Wajah diraup kasar.

Buntu!

Dia mengalihkan padangan dari terus memerhati dengan harapan supaya perasaan yang bergelojak mulai kendur.

Sesaat kemudian, dia kembali memandang. Beberapa kali dia cuba mengalihkan padangan,  tetap juga berakhir pada lelaki warga emas tadi.

Untuk cubaan kali yang entah keberapa, dia mengalihkan lagi pandangannya. Badan disandar mata dipejam rapat.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.  

Mata kembai dibuka. Tanpa berlengah lagi dia bangun dari duduknya. Tekad untuk membantu.

Tidak dapat banyak, sikit pun jadilah!

Barangkali lelaki itu sudah kehabisan kredit menyebab anak-anaknya tidak dapat dihubungi. Saat dia menoleh, dia kaget apabila
Lelaki itu sudah hilang ditempat dia duduk sedari tadi.

berpusing kepalanya mencari didalam lautan manusia. Dia mendesah lega saat retina mata menjumpai kembali sosok tubuh lelaki itu yang sudah berjalan menuju ke escalator.

Dari berjalan, kini dia berlari anak. Melihat lelaki itu menjinjit beg, makin luluh hatinya.

Entah kenapa, jiwanya sensetif pula hari ini. Bukan tidak pernah berdepan dengan situasi begini setiap kali menunggu bas. Tetapi, hari ini apa entah masalahnya.

Lagi beberapa langkah mahu sampai matanya membuntang sempurna, atur kakinya terhenti apabila sekelip mata, lelaki itu bertembung dengan seorang gadis yang tampak kelam-kabut sehingga air sirap yang dipegang oleh gadis itu habis menyimbah dan membasahi dirinya sendiri.

Lagi lagi hatinya dipagut rasa sayu apabila melihat lelaki itu bersungguh meminta maaf atas kesalahan yang bukan bermula daripadanya.

Yang lebih menarik perhatiannya, gadis itu turut meminta maaf. Sedangkan dia boleh saja memarahi kembali kerana dia yang sedang dalam keadaan serabut ditambah pula disimbah oleh air sendiri dikhalayak ramai.

Jika diikut logik akal, pasti akalnya berada diluar kawalan. Tetapi, gadis itu memilih untuk meminta maaf dan merendah diri.

Menarik!

Setapak demi setapak dia mendekat.

"tak apa pakcik. Saya minta maaf. Tak apa. Saya yang salah. Saya yang langgar pakcik." Bersungguh gadis itu mengaku salahnya apabila lelaki tua itu terus-terusan meminta maaf seolah-olah salah itu datang daripadanya.

Langkah dihentikan saat jarak antara dia dan dua manusia itu hanya beberapa meter.

"baju kamu kotor ni nak. Pakcik minta maaf."

"tak apa pakcik. Baju ni boleh basuh. Lagipun saya nak balik rumah dah ni. Tak apa. Tak apa." Jelas gadis itu. Jelas riak serba-salah terlakar diwajahnya.

Matanya jatuh pada seraut wajah lembut milik gaids yang berbaju kurung dari jenis kain kapas bercorak bunga kecil.

tidak secantik peserta puteri muslimah asia, tetapi air mukanya tidak jemu dipandang. Meskipun senyuman yang terlakar dibibir itu hanya senyuman hambar disalut dengan perasaan bersalah, masih lagi terlihat manis.

Tanpa berlengah dia terus berlalu pergi saat menyedari ada satu rasa asing yang mula bertapak di hatinya.

makin lama dia disini, risau dia buat kerja gila pula nanti. mati terus tekadnya yang mahu membantu lelaki warga emas tadi.

Dada yang berdebar tidak tentu pasal ditepuk kuat dua kali, sekaligus menyedarkan dirinya sendiri.

Dah dahlah tu Aidil, bawa-bawalah sedar diri. Kau belajar ni pun ada orang tanggung.

berangan nak jatuh cinta, diri sendiripun sengkek!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience