Seminggu bercuti di kampung aku dan Emir bertolak ke destinasi bulan madu kami, Pulau Pinang. Bila memilih destinasi dalam negara tak kurang ada juga yang membawang tapi bagi aku, tak kisah di mana-mana, asalkan bulan madu.
Kalau hendak ke luar negara, tunggulah aku sudah berpangkat nenek, Emir pulak berpangkat datuk. Bercuti dalam negara ada kelebihannya. Senang untuk begerak dan berinteraksi. Cadangannya, dari Pulau Pinang akan bersambung ke Pulau Langkawi. Kalau sempat sahaja.
"Siap dah ke?" Emir bertanya sambil membelek jam tangannya.
"Sudah."
Lapangan terbang Sibu kelihatan agak sesak. Maklumlah semasa musim cuti sekolah ini, ramai ibu bapa yang akan membawa anak-anak mereka untuk bercuti, sama ada dalam negara mahupun luar negara. Aku menoleh ke arah Emir yang masih berbual dengan babah dan mama. Seketika aku perhatikan lelaki yang bleh membuatkan perasaanku berkocak dengan hebat.
Dalam masa beberapa bulan sahaja, lelaki ini boleh mengubah perasaan annoying tahap petala langitku kepada mencintai dia. Hebatkan lelaki yang bernama Emir Hafiz? Belum lagi bercampur dengan aksi luar diksinya yang mempu mematahkan kemampuan aku untuk bersuara.
"Sweetheart," panggil Emir.
Babah dan mama menghampiri aku.
"Jalan dulu bah, ma," ujar Emir seraya bersalaman dengan orang tuaku. Aku turut menghampiri mereka berdua lalu bersalaman dan berpelukan.
"Jaga diri baik-baik, sampai nanti bagitau babah dengan mama. Jaga Eiya ni baik-baik tau."
Emir ketawa seraya mengangguk. Aku tarik muncung.
"Ma, patutnya Eiya ni yang jaga Emir. "
Babah jeling maut kea rah aku. "Ingat Eiya. Emir tu suami Eiya, tahu?"
Aku telan air liur. Alamak! Takkan nak bagi ceramah free dekat airport ni. Aku garu pipi. Tiba-tiba aku rasakan ada tangan mengusap kepala yang dilapik dengan tudung bawal ini. Tidak perlu aku angkat kepala, sudahku tahu gerangan orang yang mengusap kepalaku.
Beberapa bulan tinggal bersama dengan lelaki bernama Emir Hafiz ini, membuatkan aku mengenali sudut lain yang ditonjolkan selain daripada perangai badboynya. Karekter-karekter tertentu yang membuatkan aku jatuh cinta kepadanya. Tak perlu aku senaraikan, hanya menjadi simpanan aku seorang sahaja.
Hi. Mit. Su.
Aku melambai ke arah kedua-dua ibu bapaku tatkala menaiki eskalator untuk ke balai berlepas di tingkat atas. Melepasi bahagian imigresen dan kastam, Emir yang berada di hadapan sudah sedia menunggu aku sebelum bergerak ke tempat duduk pintu berlepas kami berdua. Penerbangan dari Sibu akan transit sebentar di Kuala Lumpur sebelum ke Pulau Pinang.
Penerbangan yang memakan masa hampir lima jam termasuk transit di KualaLlumpur dua jam akhirnya selamat mendarat ke Lapangan Terbang Pulau Pinang. Aku menempah Grab untuk menuju ke hotel yang telah ditempah manakala Emir menguruskan bagasi kami berdua. Bila hendak kepergian ini, tidaklah banyak barang dibawa, tetapi apabila balik, percayalah lebih banyak daripada bagasi yang sedia ada ini.
"Dapat dah ke?"
Aku menoleh ke Emir. " Dah. Kat Pintu 1."
"Jom."
Aku berjalan beriringan dengan Emir, melangkah kea rah Pintu 1. Menariknya, mendarat sahaja di Pulau Pinang, kita hanya menunggu untuk mengambil bagasi sahaja berbanding apabila masuk sSabah dan Sarawak mereka perlu melepasi imigresen terlebih dahulu. Kalau untuk penduduk sabah Sarawak mereka hanya menyerahkan IC saja tetapi kalau penduduk Semenanjung Malaysia perlukan pas untuk membenarkan meraka untuk memasuki Sabah dan Sarawak. Hal ini sudah terkandung dalam perlembagaan, bahagian Senarai Khas bagi Sabah dan Sarawak.
Grab yang aku tempah sudah sedia menunggu. Masuk sahaja ke dalam kereta wajah pemuda Cina tersenyum menyapa kami berdua.
"Pertama kali datang ke Penang ke?"
"Ye. Selalu kat SP aje. Kali ni pilih dalam pulau pulak," kataku sambil tersengih. Emir hanya diam, menikmati pandangan luar.
Sepanjang perjalanan ke hotel, pemandu grab itu sangat mesra dan sempat mecadangkan beberapa tempat yang menarik untuk kami berdua Emir lawati. Selesai menguruskan check in hotel, Emir terus merebahkan diri ke atas katil. Memejamkan mata. Mungkin penat.
Aku bergerak kea rah balkoni dan menikmati padangan berlatarbelakangkan pantai di hotel yang telah ditempah oleh abah ini. Sedang aku menikmati pemandangan luar, tiba-tiba pinggangku dipeluk dari arah belakang.
"Mengantuk..."gumam Emir sambil meletakkan dagunya. Mataku terbeliak. Eh, bukan Emir ni tidur ke tadi?
"Tidurlah."
"Nak bantal peluk abang." Bersama ucapan tersebut, Emir melepaskan kecupan di bahuku. Aku telan air liur. Alamak Emir ni! Dasar ulut bulu naik daun.
Aku teleng kepala sebelah kanan. Langkah dibuka perlahan-lahan, cuba membuka ruang untuk melepaskan diri daripada pelukan miang Emir yang ternyata akan membawa aku ke alam lain. Semenjak sisi romantik Emir ni keluar, aku pulak yang tak senang perut. Asyik seram aje dengan tindakannya.
Silap-silap dalam masa terdekat ni boleh dapat baby dengan cepat. Percayalah kalau pak naga jantan ni dah bertukar jadi prince romeo plus charming yang boleh menyebabkan aku ketar lutut tercabut skru dalam dua keadaan tu, naga jantan mahupun mamat romantic pencair hati.
"Abang," panggilku perlahan, sambil kakiku perlahan-lahan bergerak.
"Hmm, sweetheart." Bersama ucapan tersebut Emir bertindak mengeratkan pelukannya. Kakinya terus melangkah, membawaku kea rah katil.
"Err.. siang lagi ni bang."
Aku sudah berpeluh-peluh, menahan getaran di dada , lebih-lebih lagi dengan kedudukan aku dan Emir sekarang. Emir kerut dahi. Sesaat kerutan di dahinya bertukar dengan senyuman misteri. Agak nakal di pandanganku.
Emir menundukkan mukanya. Hidung bertemu hidung. Nafasnya hangat menampar wajahku. Sejenak aku teringatkan tentang malam pertama kami dalam posisi ini. Mukaku menghangat tiba-tiba apabila terkenangkan kenangan itu.
"Ermm..sayang fikir apa tu? Care to share?" Emir senyum senget.
Aku telan air liur.
"Adakah sayang teringat our first night? When our body..." Aku terus tutup mulut Emir.
"Mana ada!"
Tidak sanggup untuk mendengar ayat-ayat seterusnya keluar dari mulut Emir. Boleh luruh jantung aku nanti.
"Alah, apa salahnya. Ni honeymoon kita kan? Mana tahu wujud Emir junior ke nanti?" kata Emir sambil keningnya diangkat beberapa kali.
Aku pincing mata apabila mendengar perkataan Emir junior. Allahu! Tak sanggup aku menghadap Emir junior. Althea junior bolehlah. Emir junior boleh menyebabkan aku ni cepat tua dan berkedut kalau sikap Emir badboy Emir menurun dengan anak kami berdua nanti.
"Saya doakan kalau Emir junior nanti janganlah ikut perangai abang. Pening kepala cikgu," bebelku sambil menolak wajah Emir. Emir hanya tergelak.
"Takpelah. Mana tahu dia jumpa bidadari dia ke masa tu? Macam abang jumpa sayang ke, kan?"
Aku tersenyum mendengar ucapan Emir. kelihatan romantik di telingaku. Automatik bibirku menghadiahkan senyuman kea rah pipi Emir. Dia tergamam. Off-guard!
"Bercakap tentang bidadari kan bang, bila abang jatuh cinta dengan saya?"
Soalan yang telah lama aku ingin tanya dengan Emir. Emir bagaikan tergamam kali kedua. Terkejut dengan pertanyaan yang tidak terjangka olehku.
"Kali pertama jatuh cinta dengan sayang ye?" Emir beralih posisi. Dia duduk di birai katil lalu menarik badan aku. memelukku dari arah belakang sambil kedua-dua belah tangannya erat memeluk perutku. Aku mendongak ke atas. Mukanya kelihatan merah sedikit.
Aku sabar menanti. Selama ini aku hanya tahu versi aku sahaja. versi Emir aku tak pernah tahu. Korang pun nak tahu kan? Kan? Betul tak?
Emir berdehem beberapa kali. Mungkin mencari mukadimah yang sesuai.
"Kalau biarkan jadi rahsia abang tak boleh ke?"
Aku pincing mata. Baru nak excited! Cheesecake betul! Emir tergelak.
"Baik abang cerita! Kalau tak malam ni tidur luar," ugutku.
Muka Emir pucat. " Eh, mana boleh! Sayang bantal peluk abang. Mana boleh pisah."
Dia eratkan pelukkannya. Aku senyum menang. Tahu pun. Mana boleh hilang peluk. Tak senang tidur nanti.
"So, ceritalah. Tak sabar ni!" Ujarku dengan rasa teruja. Tidak sabar mendengar kisah Emir.
"Actually abang jatuh cinta dengan sayang bukan love at the first sight but many sight." Aku kerut dahi mendengar mukadimah Emir.
Bukan love at the first sight but many sight? Macam mana tu?
"First time abang jumpa sayang ingatkan budak baru pindah tapi rupanya cikgu. I didn't expect that small kid that I saw actually was a teacher, in fact my homeroom teacher, then became my wife." Emir tergelak. Aku pun turut tergelak. Siapa sangka kan?
Lelaki yang aku pada mulanya menyangka dia seorang guru, rupanya anak murid aku kemudian naik taraf menjadi suami aku? Takdir dan jodoh, siapa yang dapat menyangkal.
"Abang rasa annoying dengan sayang sebab abang rasa sayanglah cikgu paling menyampah, busybody, tak faham bahasa. Lepas tu tak reti nak insaf. That's why abang selalu prank sayang. Takpun buat perangai supaya sayang Cikgu Althea give up, tak kacau hidup seorang bernama Emir Hafiz. You know, di sebalik semua tu abang kagum dengan Cikgu Althea sebab Cikgu Althea ni jenis tak give up dengan Emir Hafiz. Walaupun selalu kena prank tak pernah juga dia serik. Tambah lagi wajah sayang marah tu actually very cute."
Aku ternganga. Wahh, tak sangkanya aku ni annoying menurut Emir! Sebenarnya bila baru posting ni semangat untuk mendidik lain macam sedikit. Sangat membara-bara.
"Lama-lama, I fell in love with you. At first, I deny that's feeling. Why I am fell in love with a teacher? Yang super annoying pulak tu? That's why abang kejap okey kejap tak dengan sayang."
Aku siku perut Emir. Boleh pulak kata aku ni super annoying. Dia mengaduh sesaat. Pelukan Emir semakin kejap.
"But slowly abang accept that feeling. I fell in love with a teacher. Abang nak sayang tumpu perhatian dengan abang aje. Then that guy muncul."
That guy? Aku kerut dahi. Siapa pulak tu? Otakku memerah, cuba mengingat kembali siapa 'that guy' yang dinyatakan Emir. Guy dalam anime Naruto ke?
"Siapa?"
Emir mendengus geram. " Si Ilhamlah."
Aku bagaikan ingin tergolek ketawa. Allahu! Suamiku. Aku ingatkan dia lupakan perasaan sakit hati dengan Ilham tapi rupanya ada lagi. Panjang muncung Emir mengingatkan kembali pesaingnya yang bukan pesaing.
"I was very jelaous back then. I was nothing but a student to you but Ilham? So bila kita dipaksa kahwin, I was actually very happy. Abang berkahwin dengan the girl I love very much."
Aku ketap bibir. Bukan tentang Emir yang jealous sekarang ini, tetapi tentang perkahwinan aku dengan Emir yang terjadi seperti dalam mimpi. Pantas dan tanpa sempat aku berbuat apa-apa. Kejadian itu umpama tidak masuk akal untuk diterima. Sampai sekarang, aku masih lagi tertanya-tanya sebenarnya wujud ke si bulus putih pada hari berkenaan? Dan kenapa aku dan Emir yang dipaksa berkahwin sehingga begitu sekali sedangkan perkara tersebut sebenarnya hanya perkara kecil sahaja?
"Sayang, kenapa senyap ni?" Emir tunduk muka.
Aku pegang erat tangan Emir di perutku.
"Abang, apa yang berlaku di sebalik pernikahan kita sebenarnya?"
Aku pandang dalam-dalam wajah Emir. Emir tersentak. Mukanya berubah. Daripada Emir bercerita tentang kisahnya dan masuk pula tentang kejadian perkahwinan aku membuatkan aku mengingati kembali kisah berkenaan.
Bukan tidak mahu menerima kenyataan, tetapi sebenarnya perkara itu masih lagi meninggalkan tanda tanya yang paling besar dalam hidupku.
"Sayang," panggil Emir lembut. Dia membalikkan posisi kami berdua. Sekarang aku duduk berhadapan dengan Emir. Dia memegang lembut kedua-dua belah pipiku. Bibirnya diketap. Matanya dipasakkan ke arahku, bagaikan ingin memohon pengertian.
Aku tidak mengerti. Kenapa sebegitu reaksinya.
"Why?"
Emir telan air liur. Halkumnya bergerak-gerak. " Just, please, whatever happened after I tell you the truth, just don't leave me okey? I love you so much. Whatever reason it is, itu adalah asbab kepada jodoh kita. Just think like that? Boleh? Janji?"
Aku terdiam. Senyap sebentar aku mendengar ayat Emir. Berdebar-debar jantungku untuk mengetahui cerita sebenar. Tetapi dalam masa yang sama aku takut untuk mendengar kebenaran yang bakal terungkai sebentar lagi. Takut dengan persepsiku terhadap Emir bakal berubah.
Namun apabila difikirkan kembali ada sebab semua berlaku. Ada hikmah setiap kejadian yang Allah tentukan. Kita minta hujan tapi Allah bagi pelangi.
"Sayang? Promise me? Can you?"
Perlahan-lahan aku mengangguk. " Promise."
Aku takkan pernah tinggalkan lelaki ini, janjiku, walau apapun yang terjadi. Itu janji yang aku pasakkan di dalam hati suatu ketika dahulu.
Emir tarik nafas dalam-dalam.
"It was all because of my mother."
Aku kerut dahi. " Ummi?"
Emir geleng kepala perlahan. Tangannya dijatuhkan sambil mencari tangannku. Menggenggam jemariku, bagaikan mencari kekuatan.
"Not ummi but my real mother. Babah bagitahu cerita sebenar sebelum kita balik kampung. They told me the whole truth. It was a big shock for me. Abang tak sangka mummy actually yang menjadi dalang di sebalik semua tu. The real plan actually is babah yang sepatutnya ditangkap dengan sayang."
Aku terkejut. Tidak mampu berkata apa-apa.
"Ummi pernah jumpa dengan mummy tanpa pengetahun babah. Actually at that time also, sayang call untuk tetapkan pertemuan dengan ummi. Bila mummy dengar, mummy rancang sesuatu untuk balas dendam dengan ummi. So untuk jayakan rancangan mummy ajak ummi keluar. Perasaan tak sayang pernah terima Whatsapp ummi untuk jumpa awal?"
Aku angguk laju laju.
"that was actually mummy yang sent. Bukan ummi. Dia curi-curi guna telefon ummi masa ummi ke washroom. Tapi dia tak expect yang abah ikut ummi jumpa mummy senyap-senyap. Then I fortunately very lazy to go out that day. So the rest was history."
Aku diam. Mindaku sedang sibuk memproses kebenaran yang Emir tuturkan sebentar tadi. Ada satu perkara yang menarik perhatian aku. Mummy nak balas dendam?
"Mummy berdendam dengan ummi ke? Sebab?"
Emir tarik nafas. Dia melemparkan pandangan kea rah luar balkoni. Aku tidak menyangka hari ini, semua kebenaran boleh terbongkar. Matanya dipejam erat. Bagaikan ingin mengumpul kekuatan. Kemudian Emir berpaling ke arahku. Matanya berkaca. Tersimpan seribu perasaan.
Aku serba salah kerana bertanyakan tentang hal berkenaan. tidak patut rasanya untuk mengorek lebih dalam. Aku sepatutnya lebih pandai membaca keadaan dan cuba memahami perasaan Emir. Perlahan-lahan aku menghampiri Emir. Merapati Emir dan memeluk Emir. Cuba menyalurkan kekuatan kepada Emir.
"Its okey. Kalau abang tak nak cerita that's okey. I am sorry sebab tanya lebih-lebih."
Emir peluk erat. Semakin erat apabila aku merasakan bahuku terasa basah. Aku gosok perlahan bahu Emir.
"I really don't know. Abang rasa abanglah manusia paling bodoh kat dunia ni. Abanglah anak tak kenang budi."
Aku tersentak mendengar ayat yang keluar dari mulut Emir. Ingin bertanya lanjut aku takut dengan emosi Emir yang berubah mendadak sekarang ini. Adakah ini disebabkan aku puncanya? Bermula dengan persoalan bagaimana Emir jatuh cinta dengan aku sehingga kisah di sebalik pernikahan aku dan Emir dan kisah sedih Emir sekarang.
"I am really stupid. Abang tak tahu bezakan kebenaran. Abang kejam. Abang tak sepatutnya salahkan ummi dengan abah. Mereka tak bersalah. Yang bersalah adalah mummy. Mummy jadi penyebab semua ini berlaku."
Emir mengongoi dalam dakapan aku. Aku peluk erat Emir. Tidak mahu menyambung atau menambah atau memberikan komen. Perkara terbaik yang mampu aku buat sekarang adalah menjadi pendengar setia.
Emir meleraikan pelukkannya.
"Did you know that mummy dengan ummi adalah bestfriend? Bff?"
Aku agak terkejut. Kemudian Emir meneruskan ceritanya. Menurutnya mummy dengan ummi adalah kawan baik sejak dari universiti lagi. Mummy merupakan seorang yang bebas manakala ummi adalah gadis yang senyap. Walaupun mummy kahwin dengan abah, mummy tetap tak ubah perangainya, sehinggalah Emir lahir. Abah ingatkan dengan kelahiran Emir, maka mummy akan berubah. Tetapi malangnya tidak. Mummy tak dapat terima kelahiran Emir sebab takut kerjayanya sebagai model ketika itu terjejas. Jadinya yang bertugas untuk merawat dan menjaga Emir adalah ummi. Ummi yang bertanggungjawab dengan Emir, dari Emir berumur seminggu lagi. Mummy pula dia tidak mempedulikan Emir dan abah. Lepas habis pantang, mummy terbang ke Paris untuk meneruskan kerjayanya. Abah sangat terasa hati dengan mummy. Lama-lama abah jatuh hati dengan ummi dan mereka berkahwin tanpa pengetuan mummy.
Atas sebab itulah mummy berdendam dengan ummi, sebab mummy anggap ummi yang rampas suami kawan baik dia sendiri. Jadinya abah dengan mummy bergaduh besar dan mummy bagi dua pilihan sama ada pilih dia or ummi. Pendek kata abah pilih ummi dan ceraikan mummy. Dalam masa yang sama mummy racun fikiran Emir untuk benci ummi dan salahkan ummi yang sebabkan penceraian antara mummy dan abah.
Dan selepas Emir habis bercerita dia tertidor. aku turut sama tertidur, memeluk erat Emir. Plan aku yang hendak ke pasar malam Batu Feringgi terpaksa ditunda akibat sesi luahan yang telah berlangsung.
***********************************************
Hi guys, sorry lama dah tak update. Maaf sebab tengah berkelana mencari idea smnjak dua menjak ni, asyik blank aje. InshaaAllah, Disember 2018 mungkin menjadi penutup kepada kisah Emir dan Althea. ??
Tahun depan mungkin new story, kalau saya rajin buatlah, sebab saya jenis selalu blank dan slow, berisiko jugak lah cerita saya nnt akan lama tak berupdate. ????.
Again I am very sorry. Oh ya sebelun terlupa.. saya baru dpt log in masuk kt novel+ sbb xdpt log in selama ni.. maaf sgt2.
Share this novel