BAB 16

Romance Completed 67139

              “HAVE a seat, Cik Adara.” Pelawa Dayyan mesra. Dia menutup pintu biliknya sementara Adara mengambil tempat pada kerusi yang disediakan di dalam bilik kerja milik Dayyan.

Seraya itu, Dayyan mengambil tempat bertentangan dengan Adara. Keadaan mereka berhadapan antara satu sama lain. Adara meliarkan pandangan ke sekeliling. Terasa kekok berdua dengan lelaki asing itu walaupun hanya untuk siasatan.

Adila pula sudah pulang setelah mendapat panggilan daripada Nek Kalsum. Disuruh beli barang dapur katanya. Tinggallah Adara sendirian.

“So, about your report. Saya dapat tahu yang hilang adalah kawan awak. Betul ke?”

Tanya Dayyan, meneruskan siasatan tanpa berlengah lagi. Di tangannya terdapat sebuah fail khas yang tertulis nama Aris Hazryn di atasnya. Adara mengangguk kecil. Cuba menyelesakan diri.

“Jangan risau, Cik. Saya tak makan orang. Saya makan nasi. Saya cuma akan tanya beberapa soalan je. Boleh saya teruskan?”

Dayyan cuba menenangkan Adara. Rasa kesian apabila melihat Adara yang jelas ketakutan. Muka dia ada macam nak makan orang ke hari ni?

“Eh tak apa teruskan je. Jangan risau pasal saya. Saya betul-betul okay.”

Nafi Adara sekeras-kerasnya. Malu sebenarnya bila Dayyan menyedari dirinya yang kekok berada di situ. Dia mengukir senyuman seikhlas yang boleh. Cuba menyakinkan Dayyan.

“Kalau Cik Adara yang cakap macam tu, boleh bagitahu saya kenapa Cik rasa Encik Aiden terlibat dalam kehilangan Encik Aris?”

Terdiam Adara dibuatnya apabila mendengar soalan cepumas itu daripada Dayyan. Dia mengawal riak muka sebaik mungkin. Disangka sudah tamat pertanyaan daripada Dayyan tetapi dia salah sama sekali.

“Motif Encik Aiden untuk culik Encik Aris? Cik Adara ada bukti?”

Tanya Dayyan bertubi-tubi. Langsung tak memberikan Adara masa untuk menjawab. Otak Adara ligat mencari jawapan untuk soalan-soalan itu tadi.

“Saya sendiri yang nampak Encik Aiden letak Encik Aris dalam bonet kereta dia. Dia bagi Aris dadah sampai tak sedarkan diri.”

Jelas Adara cuba memberitahu Dayyan perkara yang sebenar. Dayyan nampak seperti mempercayai kata-kata Adara.

“Ada saksi untuk sahkan kata-kata Cik Adara tadi?”

Tanya Dayyan lagi. Adara cuba mengingat semula. Malangnya tiada siapa yang dapat mengesahkan kata-kata dia apabila menyedari hanya ada dia, Aris dan Aiden sahaja yang berada di tempat kejadian.

“Erm, tak ada.”

Jelas kedengaran nada kecewa Adara pada kata-katanya. Dayyan menutup kembali fail tadi.

“Maafkan saya Cik Adara. Tapi susah kami nak buat siasatan tanpa bukti yang kukuh. Saya terpaksa call Encik Aiden untuk datang ke sini untuk disoal siasat sekali. Cik Adara faham kan?”

Terang Dayyan menjelaskan keadaan. Adara memberikan senyuman kecil. Tahu tiada apa yang dia boleh buat lagi apabila Aiden dipanggil.

Dia pasrah.

“Saya faham.”
               

   ADARA tak senang duduk apabila dirinya asyik diperhatikan oleh Aiden sejak dari tadi. Pandangan lelaki itu langsung tak lepas memandang ke arah Adara. Marah mungkin?

Aiden datang bersendirian kali ini. Adara tidak nampak pula Irsyad yang selalu berada dimana sahaja Aiden berada. Aiden yang menyedari pandangan daripada Adara mengukir senyuman senget.

“I'm impressed, Adara. You miss that much to see me like this? Even in jail?”

Adara tayang muka menyampah. Dijeling Aiden di sebelahnya. Dia melarikan pandangan ke penjuru bilik. Malas mahu memandang wajah Aiden yang menyakitkan hati dia.

“Jangan perasan sangat. Silap haribulan takut bukan rindu yang datang. Tapi benci.”

Aiden langsung tak mengendahkan kata-kata Adara. Tahu gadis itu cuma sengaja menyakitkan hati dia. Tetapi ada dia rasa apa-apa?

Absolutely nothing.

“Sorry to interrupt, tapi boleh tak kita teruskan siasatan?”

Celah Dayyan, cuba menamatkan perbualan kosong antara Aiden dan Adara. Adara mengangguk kecil tanda bersetuju. Aiden pula hanya diam. Dia memandang Adara disebelah.

“Fine, go on.”

Dayyan pandang Aiden lama sebelum mengalihkan kepada Adara semula. Adara mengerutkan dahi melihat keadaan mereka berdua. Kenal ke?

“Sebelum kau tanya apa-apa, let me tell you. Adara pernah pecah masuk rumah aku. Right, Adara?”

Aiden mula bersuara. Dia memandang Adara mahu melihat reaksi wajah gadis itu. Adara pula sudah melepaskan keluhan kecil. Tahu Aiden takkan berdiam diri selepas dia bertindak melaporkan perbuatan Aiden kepada pihak polis.

“Betul ke apa Encik Aiden cakap tentang awak, Cik Adara?”

“ Betul, tapi saya tak sengaja!”

Jawab Adara cuba mempertahankan diri. Jarinya kini menudingkan ke arah Aiden.

“Tapi Aiden, saya tahu dia sengaja culik Aris. Percaya cakap saya Inspektor.”

Adara masih tak putus asa. Dia perlu menegakkan keadilan. Sementara, Aiden sedang menikmati kesungguhan Adara cuba melawan dirinya. Sudah jelas lagi nyata Adara masih tidak kenal siapa dirinya yang sebenarnya.

Dayyan memandang Aiden dengan pandangan penuh makna. Membawa seribu makna yang hanya mereka berdua saja tahu.

“Kau nak aku teruskan... or tinggalkan kau berdua bincangkan hal ni sendiri?”

Dayyan menyandarkan belakang badannya pada kerusi. Adara dan Aiden dipandang silih berganti. Aiden mendekatkan tubuhnya dekat dengan Dayyan.

“What else? Aku nak Adara. Bukan kau Dayyan.”

“Tapi aku tak rasa Adara nak kau, Aiden.”

Dayyan mengukir senyuman mengejek. Adara senang hati Dayyan memihak kepada dia. Malangnya, perasaan gembiranya hanya seketika.

“Diam, Dayyan. Kau tahu apa aku nak.”

“Fine, dia kau punya. Puas hati? Sejak bila kau jadi playboy macam Aryan huh?”

Adara terdiam sejenak. Matanya asyik memandang Aiden dan Dayyan yang sedang berbual seperti kawan lama. Takkanlah Dayyan...

“Bukan urusan kau. Sekarang kau nak tahu mana Aris ke tak?”

“Mana dia?”

“Basement rumah aku. Irsyad jaga dia.”

“Still alive? Kau tahu aku tak suka bersihkan mayat busuk, Aiden.”

Adara membuntangkan mata mendengar isi perbualan mereka berdua. Keberadaannya di situ seperti langsung tak wujud. Jadi betullah sangkaan Adara. Dayyan bekerjasama dengan Aiden.

“Don't talk like that depan Adara, idiot. Kau nak takutkan dia ke apa? Woman, are you okay?”

Dayyan mengerling ke arah Adara yang sudah pucat. Terasa serba salah dibuatnya. Dia hampir terlupa kehadiran Adara di situ.

“So sorry, Adara. Saya tak ada maksud nak takutkan awak. Awak okay?”

“Kau nampak macam dia okay ke?”

Dayyan jeling tajam ke arah Aiden. Yang ditanya orang lain, yang menjawab pun orang lain. Adara diam tak membalas. Tak nak mencetuskan perbalahan antara Aiden dan Dayyan. Dayyan mengalah.

“Mana kunci kau? Bak sini.”

Seraya itu, Aiden melemparkan kunci keretanya pada Dayyan. Dayyan tersenyum puas hati. Tiada gunanya dia bertekak dengan Aiden, lagi bagus dia selesaikan Aris.

“Bawa bike aku elok-elok. Aku tahu ada calar siap kau. Adara, till we meet again.”

Giliran Dayyan melemparkan kunci Superbike miliknya kepada Aiden. Dengan mudah, Aiden menangkap gugusan kunci itu. Adara tersenyum kekok ke arah Dayyan. Tak tahu nak balas apa.

Aiden menghantar pemergian Dayyan dari ekor mata. Adara lantas bangkit berdiri mahu keluar dari situ secepat yang mungkin. Tetapi, ditahan oleh Aiden.

“Kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi dengan kau.”

Adara duduk semula di tempatnya. Dia berpeluk tubuh tanda protes. Mukanya mempamerkan riak muka tak puas hati.
Nampak sangat terpaksa.

“Apa jawapan kau?”

Tanya Aiden memulakan perbualan. Tangannya memusingkan sebatang pen yang berada di atas meja Dayyan.

“Aku ada seminggu lagi kan?”

Bidas Adara memberi alasan. Harapannya untuk meminta bantuan Aris kini musnah. Hanya tinggal tawaran Aiden yang menanti dia.

“Fine, take your time. I'm waiting.”

Aiden hanya bersikap bersahaja. Pen yang dimainkan olehnya tadi disimpan semula pada tempat asalnya.

“Apa hubungan kau dengan Dayyan?”

Tanya Adara sekadar ingin tahu. Aiden sudah mengagak soalan itu akan datang daripada Adara.

“Try to get know me now hmm?”

“Susah sangat ke nak jawapan soalan tu, Aiden?”

Aiden lantas bangun dari kerusinya. Kini, dia mengambil tempat di hadapan Adara. Dia bersandar pada hujung meja kerja milik Dayyan. Tangannya menahan bahagian atas tubuhnya.

“Jangan terkejut sangat, Adara. Because there's so much more you don't know about me. Dayyan cuma kawan aku. We've been working for years now. Is that answer your question?”

Aiden menundukkan badannya cuba mendekatkan jarak mereka berdua. Dia merenung ke dalam anak mata Adara. Adara segera melarikan pandangan.

“Ada apa-apa yang kau nak tanya lagi sebelum aku lepaskan kau pergi?”

Aiden kembali menjarakkan jarak mereka. Tahu dirinya membuatkan Adara gelisah dengan hanya berada berdekatan gadis itu. Memberikan kelebihan kepada Aiden apabila mengetahui pengaruhnya terhadap Adara.

She's nervous around him.
And because of what?
Just because of him only.

“Ada. Ada satu soalan yang aku nak kau jawab.”

Aiden hanya bergumam tanda menyuruh Adara meneruskan sahaja.

“Kenapa kita kena jadi suami isteri kalau boleh jadi business partner like you said?”

Akhirnya, terkeluar juga dari mulut Adara tentang perkara itu. Tak berpuas hati dengan tawaran Aiden yang melibatkan kontrak kahwin antara dia dengan lelaki itu.

“Lagipun aku dah buat keputusan untuk pertimbangkan tawaran kau sebab Iqbal. Aku cuma nak tahu sebab Iqbal pergi. Jadi tak perlu kot sampai kita kena kahwin kan?”

Tambah Adara lagi. Terasa ingin tahu dengan jawapan daripada Aiden. Mahu mendengar apa pula penjelasan atau alasan yang akan diberikan oleh Aiden kali ini untuk memujuk dia bersetuju dengan tawaran daripada Aiden sendiri.

“So that's mean, kau lagi sanggup jadi skandal aku daripada jadi isteri aku, Adara?”

“Hah?” Adara tak faham apa yang cuba disampaikan oleh Aiden.

Skandal? Isteri?

Apa benda ni?

“Think, Adara. Kau akan ada dengan aku 24 jam. Kalau kita bukan suami isteri, others akan ingat kau skandal aku. Imagine apa yang akan jadi dengan reputasi kau as my new supervisor at the company and me as your boss. Syarikat aku boleh saman kau sebab rosakkan reputasi aku dengan syarikat.”

“Aku buat semua ni bersebab bukan suka-suka. It's just contract marriage. Not even a real one. Aku tak paksa kau. Never. If you said no, then we will end this. Lupakan kita tak pernah berjumpa. Aku takkan kacau hidup kau lagi. It's your choice, Adara. Not mine. I will respect your decision whatever it is.”

Adara terdiam seribu bahasa. Aiden tidak berkata apa-apa lagi. Mahu memberikan Adara ruang untuk memahami apa yang dia cuba sampaikan.

“Kalau aku terima, apa akan jadi kalau kau dengan aku akhirnya dapat apa yang kita nak?”

Aiden menjongketkan kening mendengar kata-kata Adara. Dia membetulkan rambutnya yang jatuh menutupi dahinya yang luas dengan sebelah tangan.

“Kau tak baca kontrak aku?”

“Belum sepenuhnya lagi.”

“Kita berpisah. Act like nothing ever happen. Kenapa? Nak tukar? You want a real marriage instead? I don't mind.”

Aiden mengangkat bahunya tanda tidak kisah. Adara laju mengeleng kepala. Dia bangun berdiri dengan pantas.

“No! Tak nak! Aku cuma tanya je.”

Aiden mengigit bibir bawahnya cuba menahan tawa yang ingin meletus apabila melihat wajah Adara yang jelas ketakutan.

“You really freak out just because of that, Adara? Make your decision as soon as possible then. Before I marry you for real. I hate waiting for something.”

“Fine!”

                    “VROOM! Vroom!” Bunyi deruman Superbike milik Dayyan dipulas oleh Aiden sehingga ke tahap semaksima yang mungkin. Aiden menyarungkan topi keledar di kepala. Butang jaket kulit hitamnya dibuka.

Adara terbatuk-batuk apabila tersedut asap motosikal besar tersebut. Aiden membuka cermin topi keledarnya untuk melihat wajah Adara dengan lebih jelas.

“Need a ride?”

Seraya itu, Aiden sengaja memulas handlebar Superbike tersebut membuatkan bunyi kuat jelas kedengaran bersama asap yang mula berkepul-kepul di udara. Adara menutup mulut menghalang dirinya dari tersedut asap itu lagi.

“Aiden!”

“Yes?” Jawab Aiden bersama signature smile yang tersungging di hujung bibirnya.

Ish, dia ni kan! Tak sedar ke yang asap itu boleh mendatangkan mendatangkan pencemaran udara? Tak belajar sains agaknya betapa bahayanya karbon monoksida tu pada manusia!

“Adara...”

Panggil Aiden tiba-tiba. Adara hanya mempamerkan riak muka tanda 'apa'. Dia sedang sibuk mengibas asap yang mengenai wajahnya dengan menggunakan tangan.

“Aku ada benda yang aku nak bagitahu kau. You should know.”

“Pasal apa?”

“The reason why Iqbal tinggalkan kau that day.”

Adara serta-merta menghentikan tindakannya. Kata-kata Aiden berjaya menarik perhatian dia. Aiden membuka zip bajunya sedikit membenarkan tubuhnya merasakan angin lembut meniup ke arah mereka.

“Dia tinggalkan kau untuk keselamatan kau sendiri. Dia tak nak kau cedera.”

“Macam mana kau tahu tentang ni? Kenapa tak bagitahu aku dari awal?”

“Aku yang bagi dia pilihan tu, Adara. Sama ada tinggalkan kau atau stay kerja dengan aku. And guess what? He choose to not stay with me of course. Aku faham dia tinggalkan kau untuk keselamatan kau. Tapi kenapa dia tak bagitahu kau, aku tak tahu. Well, it's his choice not mine. Aku bagitahu kau sekarang cuma untuk kau buat keputusan yang betul.”

“Aku tak nak kau terima tawaran aku sebab Iqbal. Fikir diri kau dulu sebelum orang lain. You're matter more than you think. Kalau Iqbal rasa nak protect kau daripada aku then he's wrong. Bukan aku yang nak kau cedera. Tapi orang lain.”

Adara mengerutkan dahi. Siapa yang nak dia cedera? Dia tak bermusuh dengan siapa pun. Takkanlah Laila. Gadis itu hanya dengki saja dengan dia. Dia cuba mengingat sekiranya ahli keluarganya yang ada yang pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Aku tahu kau takkan lupakan kejadian kematian ayah kau. You were there right? Kau rasa itu cuma kebetulan? Because i don't think so, Adara.”

Memori kejadian bapanya mati secara tiba-tiba dihadapannya kembali berlayar di fikiran. Dia menutup mulut tanda tak percaya.

“Kalau kau rasa, apa yang aku cakap ni semuanya untuk aku berlakon jadi hero, no I'm not. I'm definitely not trying to be your hero or something. Hero kau Iqbal, bukan aku. Just make me your villain.

...because there's a difference between a hero and a villain, Adara.”

“A hero would sacrifice you to save the world,
a villain would sacrifice the world to save you, sweetheart.”

Updated! Happy reading Stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience