Bab 32

Action Series 6386

Sejak semalam, Amanda hanya mendiamkan diri. Dia tidak bercakap banyak apatah lagi bercanda dengannya.

Semua itu kerana Amanda telah menghabiskan air matanya malam tadi kerana mengenangkan kata-kata mentuanya semalam. Habis sidai baju, dia terdengar semua perbincangan yang berlaku antara suaminya dan Fazneeta dan ibu mentuanya.

Hatinya sakit dan pedih apatah lagi kegigihan Darris cuba mempertahankan hubungan mereka.

Cinta itu kembali berputik setelah sekian lama dia menghilangkan diri dahulu dan akhirnya pertemuan antara dia dan Darris bertemu yang tak disangkakan.

"Neeta dah balik." ujar Amanda tiba-tiba.

Darris merenung wajah Amanda. Dia perasan kolam mata milik gadis itu berair.

Hujan lebat di luar rumah seperti menangisi nasib malang yang terjadi pada Amanda sejak kebelakangan ini. Bunyi dentuman guruh, membuatkan hati Amanda makin sebak.

"Ayra..."

"Tak perlu cakap apa-apa. Saya tau, awak masih berharap dengan Fazneeta, kan?"

Matanya masih mengharapkan jawapan di bibir Darris. Nafas ditarik dalam-dalam, menghirup segala masalah yang ada dan dilepaskan lembut supaya ada penyelesaian yang baik.

Darris menggeleng kepala.

Amanda termenung lagi sehingga menembusi dinding rumah. Fikirannya mereweng memikirkan permintaan mentuanya yang ingin menyatukan Darris dengan Fazneeta. Kenyataan itu benar-benar membunuhnya.

Kalau Darris setuju untuk bernikah dengan Fazneeta, ini bermakna hubungan mereka akan menemui penamatnya. Keluhan dilepaskan. Wajah suaminya dipandang.

"I think your mom was right. Lagipun, Neeta dah balik. Dia kan cinta pertama awak. Apa salahnya awak bagi dia peluang, kan?"

Terselit rasa kecewa pada permintaan yang tidak ikhlas daripada Amanda.

"Ayra, kau dah dengar semuanya semalam?" Darris merenung wajah Amanda.

"What if Fazneeta comes back to you?"

Soalan Amanda membuatkan Darris tersentak. Dia mencari makna pada soalan Amanda. Apa yang cuba dilakukan oleh isterinya. Dia ingin memulakan satu permainan? Nafas ditarik dan dia cuba melibatkan diri

"Siapa lagi berhak? Kekasih kenangan lama atau isteri masa depan? Aku tetap akan pilih diri Amanda walaupun jiwa Nuhayra masih ada."

"Kenapa awak cintakan saya? Kenapa Darris?" air matanya mengalir laju.

"Saya pernah bagi awak cinta, tapi awak bunuh cinta saya. Awak bunuh diri saya, Darris. Awak bunuh jiwa saya. Awak hancurkan hidup saya. Saya bagi awak hati dan kesetiaan pada awak, tapi apa yang saya dapat? I have nothing, Darris."

Amanda mulai meluahkan semua perasaan yang terpendam selama ini.

"Saya yang silap selama ni, Darris. Saya yang paksa awak kahwin dengan saya dulu. Saya yang serah diri datang pada awak suruh awak bertanggungjawab because I'm pregnant at that time. Kalau saya tak muncul dalam hidup awak, mesti awak tak akan lalui semua ni kan. Mesti awak dah bahagia dengan Neeta sekarang kan." sebolehnya Amanda menyalahi dirinya.

"Jangan ungkit kisah lama, Ayra." kolam matanya mulai berair.

"Saya tak akan lupa Darris macam mana awak seksa saya dulu.Kenapa awak tak jadi kahwin dengan Neeta dari dulu lepas saya keluar dari rumah?"soal Amanda sehingga berjurai air matanya membasahi kulit pipi.

Amanda menekan-nekan bahagian dadanya menahan rasa sakit.

"Sakit, Darris. Terlalu sakit dan terlalu pahit untuk saya terima. Cukuplah apa yang dah jadi sekarang ni. Tak ada beza yang dulu dengan yang sekarang. Mama awak masih tak boleh terima saya sebagai menantu dia. Saya tau. Saya silap. Disebabkan saya terlalu cintakan awak, saya pernah mati untuk perjuangkan hidup saya, Darris."

Wajah suaminya tidak lagi dipandang. Justeru kakinya cepat melangkah masuk ke dalam bilik. Segala tangisannya dilepaskan kuat.

Dia menangis sambil dadanya diurut. Ya Allah, sakitnya!

Kali ini Amanda tidak mampu mengatakan apa-apa. Sudah bengkak hatinya dirobek dengan kehidupannya.

Bibir Darris berat. Hatinya benar-benar merasa simpati atas apa yang pernah ditimpa nasib oleh isterinya.

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience