Rate

Bab 43 Menunggu Tak Kembali

Romance Completed 278216

Akhirnya hari yang di tunggu-tunggu oleh Anis telah pun berakhir. Hari ini adalah hari di mana abah iaitu Encik Muhaimin dan umie Anis iaitu Puan Zulaikha kembali ke tanah air. Anis sudah tidak sabar menunggu ketibaan kedua kedua orang tuanya.

Hari itu Anis bersiap-siap untuk pergi ke airport bersama-sama dengan suaminya Adib Umair, Encik Amri dan Puan Saleha iaitu kedua mertua Anis. Dengan penuh semangat Anis Umairah menuruni anak tangga untuk ke ruang tengah rumah.

"Anis sudah siap ke sayang?" Tanya Puan Saleha pada Anis.

"Sudah ibu!" Sahut Anis bersemangat.

"Anis dah tak sabar ya jumpa abah dan umie?" Soal Puan Saleha sambil mengusap lembut pipi Anis.

Anis mengangguk perlahan membenarkan ucapan Puan Saleha.

"Betul ibu, Anis dah tak sabar jumpa mereka. Rasanya lama sangat!" Ucap Anis dengan senyuman bahagianya.

Puan Saleha dan Anis Umairah duduk berdua di sofa menunggu Adib dan Encik Amri. Ini kira dah terbalik, selalunya perempuan yang di tunggu untuk bersiap. Tapi kini Adib dan Encik Amri yang di tunggu oleh mereka berdua.

"Ibu nak tanya Anis, nanti Anis nak tinggal berjauhan dengan Adib atau tinggal sebumbung dengan Adib?"

"Maksudnya?"

"Anis nak tinggal berjauhan dengan Adib ke?"

Anis menggeleng perlahan.

"Nak tinggal bersama!" Sahut Anis Umairah spontan.

Puan Saleha tersenyum.

Anis teringat dengan perbincangannya dengan Adib pada suatu malam.

***Flashback on***

"Anis, abang ada nak cakap dengan Anis, abang harap Anis dapat jujur!" Tanya Adib ketika mereka sedang duduk di tepi katil.

"Apa dia abang?" Dahi Anis berkerut melihat riak wajah suaminya berubah.

"Anis nak tak hidup berdikari dengan abang?" Adib bertanya hati-hati dan menatap wajah Anis yang berada di depannya.

"Maksud abang?"

"Abang nak kita berdua tinggal berasingan dengan orang tua, Anis mahu ke ikut abang?" Ucap Adib ingin kepastian dari Anis.

"Anis bersedia abang, Anis kan isteri sah abang Adib?" Sahut Anis Umairah dengan lembut.

"Walaupun kita hidup sederhana?" Tanya Adib lagi.

Anis mengangguk pasti.

"Anis tak kisah hidup sederhana, yang penting Anis berada dekat dengan suami Anis." Sahut Anis Umairah dengan senyuman bahagianya.

"Abang sudah membeli sebuah rumah  yang sederhana untuk keluarga kecil kita, abang harap Anis dapat terima segala kekurangan abang."

Firman Allah SAW di dalam Surah At-Talaq ayat 7 yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.”

Adib percaya Allah telah menyediakan rezeki kepada mereka.

Abahnya sudah menyerahkan dirinya pada Adib, maknanya abahnya sudah bersedia melepaskan Anis dan mempercayai kepada Adib untuk menjaganya dengan baik. Tidak ada orang tua yang ingin melihat anaknya menderita. Anis percaya, Adib mampu membimbingnya menuju ke syurga Allah.

Adib mengambil kedua tangan Anis sambil mengucupnya lembut bergantian. Anis tersenyum melihat keadaan itu. Dia tak menyangka suaminya begitu romantik sekiranya mereka hanya berdua. Kerana jelas kelihatan, jika berada di luar Adib seorang yang tegas dan kurang bercakap.

***Flashback off***

Setelah sampai di lapangan kapal terbang (Kuala Lumpur international Airport), mereka terus pergi bahagian ketibaan. Anis Umairah sudah tidak sabar menunggu ketibaan kedua orang tuanya. Anis, Adib, Encik Amri dan Puan Saleha sudah bersedia menunggu Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha di pintu ketibaan. Kapal terbang yang di ikuti oleh kedua orang tua Anis di umumkan akan tiba pada jam 5.45 pm, anis melihat pergelangan tangannya jam sudah menunjukkan jam 5.30 pm.

Anis sudah mundar mandir seperti seterika di depan Adib, menunggu ketibaan Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha.

"Anis duduk dulu, tak lama lagi abah dan umie sampai." Ucap Adib menenangkan buah hatinya Anis Umairah sambil tersenyum.

"Anis dah tak sabar abang, Anis dah terlalu rindu dengan mereka!"

"Iya Anis, abang tahu!!" Sahut Adib sambil menarik lembut Anis agar duduk di sebelahnya.

"Kenapa hati Anis rasa gelisah ya?" Tanya Anis pada Adib, wajahnya ketara kelihatan cemas.

"Anis tak perlu fikir yang bukan-bukan, insya Allah abah dan umie akan tiba tak lama lagi." Sahutnya sambil tersenyum. Walaupun kenyataannya perasaan Adib ada sesuatu yang sukar dia ertikan.

Jam sudah menunjukkan jam 5.40, Anis berdiri semula dengan gelisah melihat kearah pintu ketibaan. Adib tahu, isterinya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan kedua orang tuanya.

"Kenapa abah dan umie belum sampai ya?" Ucap Anis Umairah pada Adib.

"Baru jam 5.40 pm sayang, sabar!" Sahut Adib sambil membelai lembut kepala Anis yang tertutup tudung.

Anis Umairah menatap Adib sambil tersenyum manis, dia merasa tenang sedikit mendapat perhatian dari Adib.

Jam sudah menunjukkan jam 5.50 pm, tapi kapal terbang yang diikuti oleh Encik Muhaimin dan Puan Zulaikha belum ada bayangnya. Anis dah mulai cemas, dia risau tentang keadaan kedua-dua orang yang bermakna dalam hidupnya. Puan Saleha dan Encik Amri juga mula merasa panik, kenapa kapal terbang yang diikuti oleh kedua besannya belum ada di umumkan.

Perasaan Anis mula merasa tak enak, jantungnya berdegup kencang. Anis mundar mandir tak tentu arah. Keadaan lapangan kapal terbang mula kecoh di kalangan para keluarga penumpang yang tengah menunggu.

"Adib, cuba tengok jam berapa sekarang?" Tanya Encik Amri dengan suara beratnya kedengaran panik.

"Sudah jam 6.10 pm ayah, kenapa ayah?" Melihat Encik Amri yang mula gusar.

"Kenapa kapal terbang yang diikut mertua kamu belum tiba ya?" Tanya Encik Amri lagi.

"Mungkin delay ayah!" Sahut Adib menenangkan.

"Adib, cuba cek kapal terbang apa yang mertua kamu ikut?" Tanya Puan Saleha dengan raut cemas.

"Sekejap Adib cek ibu!" Sahut Adib berusaha tenang.

"Macam mana Adib?" Tanya Puan Saleha lagi.

"Kalau ikutkan jadual penerangan, sepatutnya kapal terbang yang mereka naik dah sampai." Dahi Adib Umair berkerut.

Anis dah mula menitikkan airmatanya, perasaannya dah mula terasa cemas. Adib memeluk bahu Anis agar sedikit tenang. Walaupun hakikatnya dia pun merasakan apa yang keluarganya rasa, tapi dia dengan sedaya upaya menguatkan hatinya agar tidak terlalu mengikutkan perasaan. Dia tidak boleh kelihatan lemah di depan isterinya. Sekiranya dia pun lemah, siapa yang akan menguatkan mereka?

minta maaf baru dapat update. Pokde saya baru saja menghembuskan nafasnya yang terakhir tadi petang pada jam6.11pm. mohon doanya. minta maaf sekiranya hari ni penulisan saya tak seberapa, fikiran saya bercelaru. Selamat malam semoga terhibur

Share this novel

husmafiq enterprise
2022-11-04 20:29:55 

salam takziah buat Mia Kadir sekeluarga...moga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah..aamiin

Rimatanti Rasyid
2022-11-04 00:01:58 

sorry.. salam takziah buat Mia Kadir dn keluarga..

Rimatanti Rasyid
2022-11-03 23:59:50 

innalillahiwainailaihirojiun.. Al fatihah buat arwah pakciknya.. salam takziah buat Guest User dn keluarga..


NovelPlus Premium

The best ads free experience