22 Ramadan - 4.30 petang
Fadzil baru sahaja pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Isterinya,Azralina tiada di rumah kerana sibuk di tempat kerjanya sehingga tengah malam.
Fadzil duduk sebentar di atas sofa dan menunggu azan Asar berkumandang. Fadzil mengingati kejadian yang berlaku semalam apabila Fadzil ingin mengajak isterinya keluar untuk membeli pakaian baru untuk berhari raya bersama-sama....
"Harini awak cuti ke Lina ?" kata Fadzil kepada isterinya.
"Haah b. Kenapa tanya saya nih ?" kata Azralina.
"Jom ikut b pergi KL harini. Yela raya kan nak dekat. Nak ajak awak pergi beli baju raya yang branded. Pastu nanti beli la kuih raya sikit untuk bawak balik kat kampung b" kata Fadzil.
"Kampung b ? B nak balik kampung ke raya nanti ? Dengan siapa nak balik nanti ?" tanya Azralina kepada suaminya.
"Ya. Tahun ni ingat kita nak beraya kat kampung. Nak beraya sekeluarga. Kampung nenek b yang kat Bagan Serai. Best tau kat sana. Siap ada sungai lagi. Boleh mandi dengan adik beradik b kat sana. Tapi tu la. Bila boleh baik macam dulu" kata Fadzil.
"Alaaa b. Kita raya kat sini la. Lama dah kita tak beraya berdua je kan. Lagipun sayang bosan la duduk kampung. Mesti banyak nyamuk la apa lah pastu tidur atas lantai je. Saya tak suka la duduk kampung b" kata Azralina.
"Ish awak nih. Kenapa awak cakap camtuh. Dulu awak membesar pun kat kampung kan. Awak ni macam lupa asal usul awak sebenarnya. Kita dah senang sekarang ni awak jangan pulak nak lupa diri" kata Fadzil.
"Ish awak nih. Asyik membebel je. Kalau saya kata tak nak tak nak la. Saya rasa pelik la dengan awak ni. Sejak bila awak berubah jadi baik nih. Dulu awak yang saya kenal tiga tahun bukan macam nih tau. Kaki kelab malam. Kita selalu pergi club kan nak enjoy. Ni sekarang awak nak buat baik pulak dengan saya. Ajak saya solat la ngaji la apa la" kata Azralina.
"Awak nih still tak faham dengan saya ke yang saya nak berubah. Awak memang betul,saya ni kaki kelab malam. Selalu saya ajak awak pergi disco pastu minum air setan tu. Ya tu cerita lama saya. Sekarang ni saya nak ambil peluang nih untuk padam balik dosa-dosa saya nih !" kata Fadzil.
"Dah lah Fadzil saya malas nak dengar awak bebel. Baik saya keluar release tension saya nih. Awak beli la baju raya sorang-sorang. Saya nak raya rumah mak ayah saya kat KL nanti. Saya tak nak ikut awak balik kampung" kata Azralina lalu keluar dan menghempas pintu rumahnya. Fadzil terkejut dan masih bersabar atas kerenah isterinya.
Apabila Fadzil terkenangkan kembali cerita semalam,Azralina,isterinya sendiri tidak percaya yang suami sendiri sudah berubah secara drastik sejak pulang ke rumah ibu dan ayahnya di Kota Damansara. Tetapi sejak tiga bulan mereka berkahwin,layanan Azralina kepada Fadzil sudah berubah.
Apabila dia mahu mengajak Azralina bersolat,dia tidak mahu. Apatah lagi mengajak isterinya mengaji,dia pun tidak mahu. Alasan yang diberikan hanyalah period ataupun datang bulan. Azralina sendiri tidak pernah berpuasa pada bulan Ramadan. Pernah sekali itu Fadzil ternampak Azralina meminum air di dalam peti sejuk dan memakan coklat.
Fadzil tidak mahu menasihatkan isterinya kerana penat melayan kerenah Azralina. Fadzil masih bersabar dengan sikap isterinya yang tidak mahu berubah.
Fadzil mengambil handphone di dalam kocek seluarnya lalu menghubungi seseorang.
"Hello. Assalamualaikum. Buzy ke kau Reza ?" kata Fadzil yang sedang bercakap dengan rakan baiknya,Reza yang berada dalam talian.
"Waalaikumussalam. Haa Fadzil ada apa kau nih. Aku baru je balik kerja nih. Penat weh baru habis kerja tadi" kata Reza.
"Alahai kau nih. Penat apanya. Biasalah kerja. Kerja apa yang tak penat. Eh Reza kau free tak. Meh la datang rumah aku. Aku ada hal nak bincang dengan kau nih. Pastu kita pergi la bazar kat taman perumahan aku nih. Nanti kita iftar la sama-sama kat rumah aku je" kata Fadzil.
"Peh cantik jugak. Mana tau ada makanan sedap-sedap ke. Boleh je no problem. Nanti dalam pukul 5 aku datang la rumah kau. Sekarang ni bagi aku mandi jap siap-siap apa semua. Nih kau ajak aku berbuka kat rumah nih bini kau tak marah ke " kata Reza.
"Bini aku mana ada kat rumah Reza. Dia kerja overtime harini sampai tengah malam. Aku nak bincang pasal bini aku la. Haih sebab tu la aku ajak kau berbuka kat rumah aku. Aku takde orang la nak teman aku. Kau jela yang boleh aku ajak" kata Fadzil.
"Ouh pasal apa lak bini kau tuh. Dia buat hal lagi ke ?" tanya Reza.
"Nantu aku ceritalah. Bye aku nak solat jap. Assalamualaikum" kata Fadzil lalu mematikan handphonenya.
Azan Asar sudah berkumandang berhampiran dengan rumahnya. Fadzil pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk lalu menunaikan solat fardhu Asar.
5.15 petang
Bunyi ketukan pintu Fadzil kedengaran kuat. Fadzil yang sedang menonton televisyen bangun dan pergi ke pintu untuk membukanya.
"Ehh kau rupanya. Asal lambat kau ni. Dah 5.15 nih. Aku pukul 6 jap lagi nak pergi bazar pulak" kata Fadzil.
"Sorry la weh. Rumah kau kan jauh dari Seksyen 13. Dah lah keluar pastu sesak memanjang. Terpaksa aku lalu highway nak pergi kat tempat kau" kata Reza.
"Eh takper Reza. Aku faham. Lagipun sekarang dah pukul 5. So memang banyak kereta nak gerak balik kerja la apa la. So tak heran la kalau banyak kereta kat atas jalan. Dah meh duduk kat atas sofa nih" kata Fadzil lalu menuju ke ruang tamu dengan Reza. Mereka kemudiannya duduk di atas sofa.
"Kau tak boring ke duduk sorang ? Bini kau selalu ke takde kat rumah ?" kata Reza.
"Biasalah bini aku tuh. Kerja memanjang je. Kadang-kadang dia ada je kat rumah. Kadang-kadang dia takde kat rumah sebab overtime kan. So aku alone jela kat rumah. Kalau dia cuti pun dia mesti takde kat rumah. Katanya dia jadi audit kat office kira stok la apa la" kata Fadzil.
"Lah yeke. Kesian kau Fadzil. Bini kau tu kuat kerja. Asal kau bagi dia kerja kat office. Kerja kita kat bank tuh mahal kot gaji kita. Biarlah bini kau jadi suri rumah ke. At least kau boleh la bagi bini kau duit untuk masak la macam-macam la" kata Reza.
"Dulu aku suruh dia berhenti kerja and jadi suri rumah lepas aku kahwin tuh. Tapi dia tak nak sebab dia suka kerja kat situ. Lagipun dia tu pekerja terbaik. Bos dia tu selalu puji dia cara dia buat kerja. Kadang-kadang bos bagi gaji bonus kat dia. So dia tumpang senang la dengan aku" kata Fadzil.
"Peh untung la kau kaya. Rumah dah cantik kan. Mesti mahal semua nih. Bukan macam aku ni. Single je lagi. Tapi aku tetap banyak duit. Boleh aku beli macam-macam. Aku macam dah kaya sangat Fadzil. Nanti aku nak simpan duit untuk aku kahwin nanti" kata Reza.
"Kau ni berlagaknya ada duit banyak. Kau berlagak nanti Allah tarik rezeki yang kau ada. Kau nak ke Reza ? Kita yang dah senang sampai sekarang ni jangan la lupa asal usul kita nih. Dengan Tuhan pun jangan lupa" kata Fadzil. Reza berkerut dahinya seolah-olah janggal dengan sikap Fadzil.
"Tahu laa Fadzil. Bukan nak berlagak cuma aku nak simpan impian aku. Kau doakan aku la cepat jumpa jodoh ke" kata Reza dengan teruja.
"Hahahahaha kau nih. Kau sendiri kena doakan supaya Allah hadirkan jodoh untuk kau nih. Aku tolong member je. Aku kan...macam ni lah aku nasihat dengan bini aku. Tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku nasihat kat dia,dia nasihat kat aku balik. Nasihat sampai ungkit perangai aku dulu. Sabar jelah aku dengan bini aku nih" kata Fadzil.
"Laaa yeke. Masa tu bini kau buat apa ?" kata Reza. Fadzil menceritakan perkara yang berlaku semalam sehingga menyebabkan pergaduhan kecil antara Fadzil dan Azralina.
"Ouhhh macam tu. Lah apa salahnya kau dah berubah. Alhamdulillah lah kalau kau betul-betul nak berubah. Dulu kau jenis berfoya-foya kan ? Kaki club pulak tuh. Sekarang kau nak berubah la ni ? Baguslah. Kenapa lah bini kau sendiri macam tak faham dengan kau. Salah ke nak ajak kau solat ke ngaji ke" kata Reza.
"Banyak kali dah aku ajak dia. Tapi tu lah dia macam mengelak je dari aku. Macam-macam alasan,tak sempat la period lah. Aku tak faham lah" kata Fadzil.
"Maybe dia nak ambil masa nak ubah fikiran dia. Kau cuma bersabar je. Mana tahu esok lusa dia tiba-tiba baik dengan kau. Yelah orang kalau ingat kisah silam kau yang teruk tu,ingat senang ke nak lupakan ? Kau cuma bersabar buat masa ni je" kata Reza.
"Aku ni masalah bertimbun lah. Dengan bini aku. Pastu mak ayah aku adik beradik aku. Mak aku jela yang baik dengan aku. Ayah aku dengan adik beradik aku memang langsung tak terima aku sejak aku baru kahwin dengan bini aku tuh. Semuanya salah aku weh" kata Fadzil.
"Sabar la Fadzil. Insyaallah family kau boleh terima kau lepas nih. Cuma macam aku cakap,diorang perlukan masa lagi sampailah waktunya. Aku tahu semua pasal masalah kau. Aku rasa kau boleh hadap and selesaikan semua problem kau nih. Kau kena tahu ada hikmah sebalik semua nih Fadzil" kata Reza.
"Thanks la Reza. Kau selalu ada and dengar masalah aku kalau apa-apa jadi ke kat diri aku nih. Kalau aku takde sape-sape,siapalah orang yang aku nak ceritakan masalah aku nanti" kata Fadzil.
"Ehh chill Fadzil. Kita kan member baik. Aku dengar semua masalah kau. Ada cara nak settlekan masalah ni. Cuma kau kena smart sikit. Barulah settle masalah kau ni sikit-sikit" kata Reza. Fadzil tersenyum sahaja.
"Kau tahun ni nak raya kat mana. Dah mohon cuti raya ke kat manager nanti" kata Reza.
"Dah pun. Tahun ni ingat nak beraya dengan bini aku kat Bagan Serai. Rumah nenek aku tuh. Tapi bini aku tak nak ikut. Nak raya gak dengan mentua aku kat KL tuh. Rindu weh nak mandi sungai dengan adik-adik aku. Tapi entah lah bila boleh reda marah adik-beradik aku nih" kata Fadzil sambil bermuram. Reza menepuk-nepuk bahu Fadzil
"Sabarlah Fadzil hm. Berapa lama kau cuti and macam mana kau mohon cuti dengan manager tuh ?" kata Reza.
"Aku dah cakap dengan manager dah. Aku nak ambik cuti seminggu nanti dari hari Sabtu. Lagipun bank kan ramai staf non muslim yang tak raya kan. Orang melayu kita nak raya puas-puas. Aku nak release tension aku. Kau tuh balik Pahang tak nanti ?" kata Fadzil.
"Lamanya ! Aku mintak cuti dengan bos aku tiga hari je. Aku tak balik kampung pun. Aku raya kat sini je. Lepas cuti aku masuk kerja balik. Aduh pening mat. Kau sampai seminggu cuti kenapa entah" kata Reza.
"Alah ada lah kerja aku nanti. Nanti nak balik KL mana tahu ada open house ke. Hm lagipun manager yang suruh aku cuti seminggu. Dia pun tahu masalah aku. Kau tengok la aku nih. Macam-macam masalah kat aku nih. Alang-alang raya nanti banyak benda nak buat masa raya nanti kan ?" kata Fadzil.
"Ouh yela Eh dah nak pukul 6. Jom lah gi bazar. Kau belanja aku nanti" kata Reza.
"Suka hati kau je suruh aku lanje kau. Takkanlah duit kau dah lesap semua sekali ?" kata Fadzil.
"Ehh ada je lagi. Aku buat shopping hari tuh untuk raya single kan. Huhuhuhu jom lah kang cepat habis pulak makanan kat bazar tuh" kata Reza. Mereka keluar dari rumah Fadzil dan berjalan kaki ke bazar yang tidak jauh dari rumahnya
10 malam - Kota Damansara
Encik Shuhaimi sedang meminum kopi di atas meja makan untuk menghilangkan rasa penat. Puan Yusnita dan Faridah sedang leka menonton televisyen. Encik Shuhaimi tersenyum seorang diri,bagai ada sesuatu benda yang menceriakan Encik Shuhaimi. Dia menuju ke ruang tamu dan duduk di atas sofa.
"Haih abang. Tersenyum sorang-sorang tadi ada apa pulak nih" kata Puan Yusnita.
"Abang ada benda nak bincang dengan sayang. Ida pun sama. Ayah ada benda nak cakap nih" kata Encik Shuhaimi.
"Fuh ayah senyum sorang-sorang pulak. Macam ada benda je tuuu" kata Faridah sambil tersengih.
"Okay macam nih. Ayah dapat cuti raya seminggu. Start hari Sabtu. Office ayah tutup seminggu untuk raya. Nanti hari last sebelum ayah cuti ayah berbuka kat office. Nanti kita pergi la sama-sama" kata Encik Shuhaimi.
"Alhamdulillah. Dapat jugak abang cuti seminggu. Fadzil,Farhad dengan Ida macam mana pulak. Dapat ke cuti tu" kata Puan Yusnita.
"Yeayyyy sama la dengan Ida ayahh. Mama, Jumaat nih last Ida sekolah. Tak nak ke kita balik kampung tahun nih. Kampung belah mama la pulak. Tahun lepas kita dah beraya rumah belah ayah kan" kata Faridah. Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita tersenyum sahaja.
"Haah la bang. Tahun ni jadi tak nak raya rumah mak nanti kat Bagan Serai tuh" kata Puan Yusnita
"Amboi anak ayah nih. Mestilah ada. Iya kita confirm beraya rumah belah mama. Rumah nenek. Ida mesti rindu nak mandi kat sungai kan. Macam masa Ida dengan adik beradik Ida kecil dulu" kata Encik Shuhaimi.
"Okay la tuh bang. Cuma...pasal Fadzil dengan Farhad tuh. Macam mana nih. Raya tak sampai seminggu nih" kata Puan Yusnita.
"Betul jugak Nita. Abang ingat nak jumpa Fadzil esok. Saya ingat nak tebus balik salah abang kat Fadzil tuh. Fadzil tu anak kita jugak kan walaupun dia dah berkahwin dengan Lina tuh" kata Encik Shuhaimi.
"Awak jumpa la dengan Fadzil esok. Bincang baik-baik apa semua. Kalau petang esok elok lah awak boleh jumpa dengan Fadzil tuh" kata Puan Yusnita.
Faridah tersenyum seorang diri. Ada berpeluang untuk bertemu dengan abang sulungnya yang sekian lama terpisah akibat perbuatannya dahulu.
"Iyelah. Tapi sayang,macam mana dengan Farhad tuh ? Sejak dia balik rumah ni masa hari kedua puasa,dia macam tak cakap apa-apa ke" kata Encik Shuhaimi.
"Tak tahu lah awak. Ada la hari tuh lepas dia balik Klang saya nak call Farhad tapi dia tak angkat langsung. Awak ada call dia jugak ke" kata Puan Yusnita.
"Ada jugak. Yelah takkanlah dia merajuk dengan kita pulak. Dari hari kedua puasa sampai sekarang. Macam tak logik. Nak kata sibuk takdelah pulak. Takkanlah dia kerja 24 jam. Awak ada ke buat apa-apa dengan dia masa dia datang rumah kita ni hari tuh ?" kata Encik Shuhaimi. Puan Yusnita diam sahaja.
"Mama. Ida perasan la yang Ad tuh dah lain sekarang. Dari berbuka haritu sampai sekarang dia diam je tak cakap apa-apa. Mula-mula dia sampai Ada mama sorok something apa-apa ke" kata Faridah.
Puan Yusnita berasa cuak. Dia takut-takut untuk memberitahu perkara sebenar tentang pertengkaran kecil antara Farhad dengan Puan Yusnita pada hari kedua puasa dulu.
"Cakap la Nita. Kenapa awak diam nih. Macam takut je nak cakap nih. Awak bagitau la apa yang jadi kat Farhad hari tu" kata Encik Shuhaimi.
Akhirnya Puan Yusnita nekad.
"Errr...abang...sebenarnya...sebenarnya saya yang buat Farhad jadi macam nih. Saya yang tampar muka dia dulu" kata Puan Yusnita terketar-ketar.
"Astaghfirullah...." hanya itu sahaja kata-kata Encik Shuhaimi yang mampu diucapkan.
"What ? Mama tampar dia. Kenapa mama buat Ad macam tuh. Mama gaduh dengan Ad ke harituh ?" tanya Faridah.
"Abang kau tuh kurang ajar. Mama bagitau kat Ad yang Fadzil tu tengah ada masalah sekarang nih and dia try to change jadi orang baik. Ad boleh cakap biar abang kau cerai apa semua. Nak ke Fadzil betul-betul ceraikan Kak Lina tuh ? Farhad kata yang Fadzil tu bukan abang dia. Mama tak boleh tahan sabar apa yang dia cakap. Sebab tu la mama ternaik tangan kat Ad. Mama serba salah tahu tak ?" kata Puan Yusnita.
"Aku paling pantang bila orang sebut cerai cerai cerai !! Aku nak jumpa Farhad sekarang jugak ! Kenapa dia sanggup buat macam tu dengan abang sendiri" jerkah Encik Shuhaimi lalu mengambil telefonnya dan membuat panggilan.
"Abang nk call sape tuh" kata Puan Yusnita.
"Anak kau si Farhad tuh. Dia tuh memang nak kena ajar dengan aku. Hish apasal tak dapat pulak nih" kata Encik Shuhaimi lalu membuat panggilan sekali lagi. Faridah menggelengkan kepalanya sahaja.
"Tak dapat pulak !! Mana dia pergi nih ? Dia tak pernah bagitahu ke tempat tinggal dia kat awak ?" tanya Encik Shuhaimi kepada Puan Yusnita.
"Tak abang. Dia tak pernah bagitau rumah dia kat mana apa semua. Tempat kerja pun tak bagitahu kat saya. Lepas dia keluar dari rumah harituh,dia tak pernah call saya lepas tuh. Mungkin salah saya bang" kata Puan Yusnita sambil menangis.
"Kalau dia boleh bencikan abang dia sendiri dan tak mengaku dia tu abang dia,aku boleh bencikan dia dan aku tak mengaku Farhad tu anak aku !" kata Encik Shuhaimi dengan kuat. Tiba-tiba Encik Shuhaimi memegang dadanya. Terasa sakit pada dada sebelah kiri.
"Abang...abang okay tak" kata Puan Yusnita sebaik sahaja suaminya tiba-tiba memegang dada kirinya. Encik Shuhaimi rebah terduduk di atas sofa.
"Ayah !! Kenapa nihh !!" jerit Faridah.
"Ida. Tolong angkat ayah ni bawak bilik mama. Astaghfirullah..." kata Puan Yusnita.
Kelam kabut Faridah menolong ibunya mengangkat Encik Shuhaimi ke biliknya. Setelah itu Faridah menelefon abang sulungnya Fadzil.
"Hello Fadzil. Ayah sakit dada nih. Cepat datang sini !!" kata Faridah.
"Ya Allah. Okay okay aku datang. Kau tengokkan ayah tuh Ida. Apa-apa bagitau aku. Bye" kata Fadzil di telefon lalu mematikannya.
Kemudiannya Faridah menelefon Farhad. Malangnya tiga kali dia menghubungi Farhad tetapi tidak dijawab.
"Ya Allah mana si Farhad nih. Dia nih tak pernah ambik kisah ke ayah sakit nih. Aduhh" kata Faridah.
Puan Yusnita pula menelefon jiran sebelah untuk memaklumkan keadaan suaminya. Jirannya adalah Puan Noorul. Puan Noorul merupakan seorang doktor pakar yang bertugas di klinik swasta. Mujur Puan Noorul ada di rumah dan bercuti hari ini. Jika ada apa-apa berlaku kecemasan yang kecil seperti yang berlaku kepada Encik Shuhaimi,dia sendiri yang akan turun membantu.
Lebih lima kali Encik Shuhaimi tiba-tiba diserang penyakit jantung dan darah tinggi. Encik Shuhaimi tidak boleh terlalu stres dan tidak memarahi sesiapa sahaja secara keterlaluan. Puan Noorul selalu membantu Encik Shuhaimi jika ada penyakit-penyakit seperti ini berlaku.
Puan Noorul sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Salah seorangnya adalah Syira yang merupakan sahabat baik kepada Faridah.
"Hello Noorul. Assalamualaikum. Laki aku sakit lagi nih. Jantung dia buat hal lah. Aduh laki aku stres pulak tadi pastu tiba-tiba dia rebah atas sofa. Tolong aku cepat" kata Puan Yusnita.
"Mama call Cik Noorul ke. Dia ada tak" kata Faridah.
"Haah. Dia ada je alhamdulillah. Kau call siapa tadi ?" kata Puan Yusnita.
"Call Fadzil dengan Farhad. Fadzil cakap dia jap lagi nak datang sini. Farhad tak angkat la. Banyak kali Ida call dia tak angkat-angkat" kata Faridah.
"Aduh pening mama dengan Farhad tuh. Takperla asalkan Fadzil datang nanti" kata Puan Yusnita. Faridah mengangguk.
5 minit menunggu barulah Puan Noorul dan anaknya,Syira tiba di hadapan rumah Puan Yusnita dan disambut oleh Faridah. Puan Noorul bersiap dengan membawa peralatan perubatan untuk merawat Encik Shuhaimi
"Ayah kau kat mana Ida ?" tanya Puan Noorul.
"Kat atas. Cik dengan Syira ikutlah saya" kata Faridah lalu mereka menaiki ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik Puan Yusnita.
"Nita. Ya Allah maaflah lambat tadi. Tadi aku siapkan alat ni semua. Laki kau tiba-tiba ke sakit dada nih ?" tanya Puan Noorul.
"Takper Noorul. Haah dia tiba-tiba sakit dada pulak. Laki aku ada lah marahkan siapa tadi. Dia ni tak boleh stres sangat pastu tak boleh marah keterlaluan sangat. Tu yang jadi macam nih" kata Puan Yusnita.
"Faham faham. Nita sabar ye jap. Duduk kat sana dulu. Biar aku yang uruskan laki kau jap" kata Puan Noorul lalu membuka kotak peralatan perubatan untuk merawat Encik Shuhaimi.
"Ida. Kenapa ayah kau jadi macam nih. Takkanlah dia kena serang jantung lagi" kata Syira,rakan baik Faridah.
"Biasalah ayah aku tuh Ida. Dia ada lah marah-marah siapa tadi. Pastu ayah aku tiba-tiba terduduk atas sofa. Kena jantung lagi la tuh. Haih..." kata Faridah sambil memicit kepalanya.
"Marah apa pulak la ayah kau tuh. Sebelum ni okay je. Lama dah ayah kau tak kena serangan jantung nih. Tiba-tiba malam ni buat hal pulak. Stres sangat ke ayah kau tuh" kata Syira.
"Tak tahu Syira. Ayah aku ada marah si Farhad nih. Entah la kenapa pastu tiba-tiba dada dia sakit and terus terbaring atas sofa. Hm" kata Faridah.
"Ayah kau tuh tak boleh marah sangat. Jantung tuh dah lemah. Tak boleh terlalu berjalan sangat jantung ayah kau. Jom lah tengok condition ayah kau macam mana" kata Syira lalu pergi ke katil untuk melihat keadaan Encik Shuhaimi bersama dengan Faridah. Puan Yusnita hanya duduk di sisi suaminya yang sedang terbaring
Puan Noorul sedang merawat Encik Shuhaimi yang masih pengsan lagi. Faridah bertanyakan kepada Puan Noorul.
"Cik,lama lagi ke ayah saya nak sedar ?" tanya Faridah kepada Puan Noorul.
"Kau sabar dulu Ida. Cik tengah usahakan nak bagi ayah kau sedar. Lama dah ayah kau tak kena sakit jantung nih" kata Puan Noorul sambil merawat Encik Shuhaimi.
Tidak lama kemudian,terdengar loceng rumah dari pintu hadapan rumah.
"Siapa tuh Ida ? Kau pergi tolong bukak pintu tuh jap kat bawah" kata Puan Yusnita.
Faridah cepat-cepat turun ke tingkat bawah. Sebaik sahaja Faridah membuka pintu rumahnya,alangkah dia terkejut apabila dia kenal siapa gerangan lelaki itu di luar rumahnya.
Share this novel