BAB 11

Romance Completed 8619

“WILL you go long?” Aqil turut membantu mamanya memasukkan baju-baju yang sudah dilipat ke dalam bagasi besar jenama Polo.

“As usual. A week. Why Aqil?” Tanya Liyana.

“Why can’t kakak and I go?” Aqil mengabaikan pertanyaan mamanya.

“Because both of you have to go to school and study well,” Sampuk Zarief yang keluar dari bilik air.

“But papa! It’s not fair! Why are you following mama?”

“Because I can’t stay apart from her too long,”

“But…”

“No more but Youngman. Kakak and you’re not going and both of you will be staying with tok pa and nanny until mama and papa be back from Paris,”

“Papa! You forgot one thing,” Muncul Arianna di blik pintu. Tersengih-sengih anak itu memandang papa dan mamanya.

“Excuse me?”

“Remember our deal? If mama and you wanna go somewhere, or want us to do anything, you need to give us something in return. Remember?”

Liyana menahan senyum. Nampaknya anak sulungnya itu memang mewarisi sikapnya. Sikap suka mengikat!

Zarief mendengus. “Sama je macam mama dia anak dara seorang ni,”

“Pardon me?”

“Hah? Erm…yes. Ari nak apa kali ni?”

Arianna tersenyum puas. Walaupun dia dengar apa yang dikatakan papanya tapi dia tak ambil pusing. “Nothing much papa. Just a simple one,”

“What is it?”

“Be home safely. Both of you. Will you promise us that?”

Zarief dan Liyana saling berpandangan. Pelik dengan kata-kata yang muncul daripada mulut Arianna.

“Mama? Papa? Promise?”

“Yes sweetheart! Mama janji,” Dia menarik Arianna untuk mendekatinya. Dia mencium pipi Arianna.

Arianna terus memeluk mamanya. Entah mengapa dia dapat merasakan ini adalah kali terakhir dia mendapat mendengar kata janji daripada kedua ibu bapanya. Namun jauh di sudut hati, dia berharap segala rasa hatinya, dia berharap segala rasa hatinya hanyalah sekadar rasa. Bukanlah satu realiti!

***

HAKIM menolak langsir yang mengkelamkan suasana dalam kamar di Prince Court Hospital itu. Setelah itu, dia duduk berhadapan dengan wanita itu. Jemarinya bermain dengan pipi licin isterinya.

Pelupuk Liara perlahan tercelik. Silau matanya dek cahaya matahari yang menerobos masuk. Namun, apabila matanya bertemu dengan anak mata yang tenang itu, serta merta hatinya terusik.

“Morning sayang!”

‘Ya TUHAN! Berat sekali dugaan yang Kau timpakan padaku , Ya ALLAH! Aku tak mampu nak menghadapi ni semua!’

“Maafkan I?” Liara memegang wajah suaminya.

Hakim mengenggam tangan isterinya. “Bukan rezeki kitakan? Tak ape. I reda,”

“But…you were really hoping,”

“Syhh…” Hakim meletakkan jari ke bibir Liara. Dia naik ke atas katil, memeluk isterinya.

“Benda nak jadi sayang. Ikhlaskan aje. Dia tunggu kita kat syurgakan? Sama-sama kita doakan dia kat sana,”

“Anak kita…lelaki ke perempuan?”

“Perempuan, sayang” Rentak suara Hakim berubah. Sayu.

Liara yang mendengar terus banjir. Rasa bersalah semakin mencengkam kalbunya. “Ya ALLAH Kim! Maafkan I. I…I…”

“Dahlah Milia! You tak salah. Ni semua takdir. Jangan fikirkan sangat,” Hakim cuba memujuk.

Pemeriksaan doktor akhirnya mengesahkan anak dalam kandungan Liara disahkan meninggal dunia kerana tali pusat anaknya telah melilit leher sehingga lemas anaknya itu. Tiada cara lain, Liara terpaksa melahirkan secara normal memandangkan air ketubannya juga sudah pecah dan bukaannya juga sudah menjangkau 10 cm.

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila seorang anak terpaksa meneran seorang anak yang tidak lagi bernyawa. Seorang anak yang sudah sempurna sifatnya. 8 bulan dia mengendong anak itu ke sana ke mari. Hampir sahaja dia meraung namun tindakan pantas suaminya yang meminta doktor untuk menyuntik ubat tidur berjaya menenangkannya.

“Sayang?”

“Hmm…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience