BAB 7

Romance Completed 49595

Akhirnya perkahwinan di antara Samser dan aku selamat dijalankan. Itupun selepas beberapa kali Samser tergagap-gagap melafazkan akad nikah. Gamat satu masjid dengan telatah Samser yang gugup tak kira tempat.

Dan pada hari ini aku sudah sah bergelar isteri kepada Samser Farisi, kuliku, juga merangkap suamiku! Sukar dipercayai? Tapi itulah hakikatnya! Dan aku dapat lihat Darwish mendengus geram memandangku yang sedang bergambar dengan Samser sebentar tadi.

Hipokrit. Macam aku tak tahu si Darwish sudah ada pilihan hati. Tujuan apa nak kahwin dengan aku? Bukankah kekasihnya lebih jelita dari aku? Aku cuma wanita biasa aje. Tak ada kelebihan langsung. Bahkan aku tidak mempunyai ibu bapa. Sebatang kara.

Oleh sebab itu aku tidak pernah bercinta. Komitmen utamaku hanya pada kerja. Aku tak mahu terjebak dengan cinta sebelum aku berjaya. Tapi di dalam kes ini aku terpaksa. Terima kasih kepada Samser kerana menjadi penyelamat aku!

“Cik Fitri, bila kita nak berangkat pergi ke rumah orang tua saya?” soal Samser, di dalam bilik kami berdua. Aku mengangkat bahu.

“Samser, saya rasa untuk elak kita rasa kekok di hadapan orang tua awak dan Dato’ Hisham serta Datin Emelda, eloklah kalau kita tukar panggilan.” Kataku, bukan apa, aku bimbang kalau Samser tersasul dan punah semuanya.

“You call me abang, I call you sayang. Like that?”tanya Samser lagi. Aku berfikir sejenak.

Sayang? Allahu skemanya! Tapi sekejap, tak ada panggilan lain ke? Aku kurang arif dalam benda ni, kali terakhir aku bercinta masa aku di Kanada dulu. Itupun bercinta dengan mat salleh. Tak lama, sekejap aje. tak sampai seminggu. Mat salleh tu panggil aku honey atau madu. Ha! Betul! Biar Samser panggil aku Honey!

“Err, tukar Sam. Eh, salah. Abang. Panggil I Sayang, nampak macam olskool sangat.” Komenku. Samser tergelak. Dia mengangguk.

“Macam-macamlah awak ni. Dah malam ni. Awak tidur atas katil, abang akan tidur atas sofa tu.” Samser menuding jarinya ke atas sofa yang terletak di dalam bilik pengantin kami.

“Jangan sesekali naik atas katil. Faham!” arahku. Samser tergelak. Suaranya kedengaran manja di telingaku.

“Jangan risau honey, abang tak akan punya. Dah, pergi tidur. Sleep well. Assalamualaikum.” Ujar Samser pula. Aku mengangguk, lantas menutup lampu dan segera aku menarik selimut. Kedinginan mulai mengigit tubuhku, bahana alat penghawa dingin yang dihidupkan semaksimumnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience