Bab 14

Romance Completed 53837

Jam menunjukkan pukul 8.15 a.m. Harini Azhar mengambil cuti untuk membawa Munirah pergi test lesen memandu jpj pula. Pada mulanya Munirah ingin sahaja pergi naik grab tetapi Azhar tidak mengizinkan. Dia takut kalau Munirah tidak biasa dan selamat di luar sana. Biarlah dia mengambil cuti sehari untuk menemani Munirah.

Napa?? Takut ke?? Mengigil saja badan tu..Tegur Azhar setelah melihat Munirah tidak duduk senang. Gelagatnya seperti cacing kepanasan sahaja. Memerhati ke sana ke sini tiada hala tuju. Munirah terus memandang ke arah Azhar yg sedang asyik minum air milo panas di dalam cawan. Seperti tiada apa yg akan berlaku kepadanya sahaja. Mereka berdua menunggu sekejap di gerai berhampiram sebelum pukul 8.30 a.m. nanti baru bermula.

Saya takut fail lah..macam mana kalau saya tak lulus nanti?? Lagi pun..saya belum bersedia lagi..takutlah. Kata Munirah sambil jarinya sibuk mengulas lengan baju Azhar. Azhar sudah terbiasa memakai t-shirt berlengan panjang memandangkan Munirah hanya akan memegangnya bila berlengan panjang sahaja. Tidak tahu apa yg pelik sangat sifat isterinya ini. Azhar terus mencuit sedikit pipi mulus milik Munirah. Mahu sahaja dia mengomol pipi Munirah yg sedang masam itu. Selalu sahaja ada fikiran negatif yg difikirnya.

Apa cakap macam tu..awak belum cuba lagikan?? Inshallah segalanya akan dipermudahkan nanti. Saya yakin awak mesti lulus punya. Kalau awak lulus nanti kita pergi tengok wayang nak tak?? Tak pun kita pergi shopping..awak dah janji tau dengan Mek som nak belikan mainan baru untuknya. Mesti dah lupa tu. Balik nanti kita pergi terus tau. Ujar Azhar terus memegang tangan Munirah eratnya. Memberikan sedikit semangat kepada isterinya itu. Muncung sahaja mulut Munirah mendengar semua itu keluar daripada mulut Azhar. Dibetulkan sedikit tudungnya selepas Azhar tertarik semasa mencuit pipinya tadi. Tersenyum Azhar melihat gelagat comel Munirah. Sesuai sahaja shawl berwarna kuning pudar di padankan dengan kemeja kuning belang putih yg di pakai oleh isterinya. Azhar sudah memberitahu Munirah supaya jangan cantik sangat bila datang mengambil lesen kereta kerana tidak mahu orang lain cuba mendekatinya tetapi Munirah buat tidak endah sahaja. Hari ini Azhar sudah menemaninya jadi biarlah dirinya hendak melawa sedikit. Munirah perasan ada 3 orang perempuan yg duduk di sebelahnya dari tadi curi-curi pandang sahaja aksi sweet antara dirinya dan juga Azhar. Mungkin mereka telah bersangka yg Munirah dan Azhar hanyalah pasangan "couple" sahaja tetapi sudah bersentuhan antara satu sama lain. Seperti murahan sahaja diri Munirah itu.

En Suami...jum gerak..kejap lagikan sayang dah nak ambil lesen memandu..abang teman tau..panaslah dekat sini. jum. Bersuara Munirah dengan ton suara lembut sekali sambil tangannya mula merangkul pergelangan bahu Azhar. Di biarkan 3 orang perempuan itu terkejut apabila melihat yg dirinya sudah berkahwin bukannya tergedik nak bermanja dan bersentuhan di khalayak ramai dalam title "couple". Tersedak Azhar sedikit selepas mendengar Munirah tetiba sahaja bercakap begitu dengannya. Segera dia bangun dan mengikuti ke mana sahaja tangan Munirah menarik lengannya. Munirah memberikan senyuman sinis ke arah 3 orang perempuan itu. Senang hatinya berbuat demikian kepada orang yg selalu berbuat dosa berbicara dalam diam.

"Eleh..dah kahwin rupanya..aku tengokkan laki dia tu macam tua sangat. Nampak sangat perempuan tu "gold digger". kata salah seorang perempuan itu dengan semangatnya.

"Ha'ah wehh betul juga cakap kau tu..biasalah zaman moden macam ni mana tak nye wujud berlambak perempuan tak tahu malu macam tu..entah-entah perampas suami orang tak ehh..ishhh takut aku. minta simpanglah yee dari berkawan dengan perempuan macam tu" Sokong rakannya itu pula. Mereka bertiga seronok sahaja membuat dosa kering tanpa mengetahui perkara sebenarnya. Bukan tidak namanya "perempuan" lah kalau tidak bergosip benda yg tidak benar.

Azhar setia sahaja menemani Munirah yg sedang menunggu giliran di tempat duduk itu. Dari kejauhan dia melihat Munirah curi pandang ke arahnya pada setiap minit. Takut jika Azhar pergi meninggalkannya sendiri di situ. Tersenyum Azhar sendiri tidak tahu kenapa dia suka apabila Munirah berkata begitu kepadanya tadi. Walaupun ia tahu semua ini hanyalah untuk menunjuk sahaja kepada 3 orang perempuan tadi tapi hatinya mula berdegup di saat Munirah berkata begitu. Dia mahu sangat Munirah memanggilnya dengan panggilan "abang" pada setiap masa. Biarlah semua ini akan terjadi bila tiba waktunya nanti. Jam menunjukkan pukul 12.30 p.m. Kelihatan Munirah baru sahaja turun dari kereta test JPJ itu. Dia kembali duduk untuk menunggu keputusan sebentar sahaja lagi.

Ya Allah..harap sangat aku lulus..takutnya.. Nguman hati Munirah berdebar sahaja menunggu keputusan itu nanti. Sama ada ia lulus mahukan gagal di atas jalan raya. Kereta yg dipandu Munirah terundur ke belakang kerana tertukar 'R' di trafik light. Gelabah Munirah tidak tahu berbuat apa tetapi dirinya kembali tenang apabila polis muda itu tidak memarahinya langsung malah memberi nasihat kepadanya sahaja. Mereka berdua banyak berbual tentang hidup masing-masing. Baru sahaja polis muda itu mahu meminta nombor telefonnya laju sahaja Munirah memberitahu yg ia sudah pun berkahwin. Kelat sahaja senyuman polis muda itu mungkin kecewa agaknya. Teka Munirah sejenak.

Selepas menunggu selama 20 minit, Munirah datang ke arah Azhar yg sedang berdiri di bawah pokok tepi keretanya itu. Kelihatan hampa sahaja wajahnya tidak menunjukkan senyuman langsung. Azhar tidak kisah jika Munirah gagal kerana ia sudah pun berusaha sebaik mungkin. Apa jua keputusannya Azhar akan tetap memberi semangat kepada Munirah.

Napa monyok je muka ni..Macam mana result tu?? Lulus tak?? saya tak marah lah..jangan risau. Tanya Azhar sambil memegang bahu Munirah. Kasihan sahaja dia melihat muka Munirah masam macam itu. Sedikit pun Munirah tidak memberikan kata apa-apa pun. Dia menghulurkan terus kertas ujian test JPJ itu kepada Azhar. Azhar melihat kertas itu dan kembali melihat ke arah wajah Munirah.

Sorry..Bersuara Munirah terus tersenyum lebar selepas melihat wajah Azhar yg sudah terkena dengannya itu. Azhar terus ketawa tidak tahu kenapa seronok sangat dia melihat kertas itu ada tanda 'lulus'. Dia sudah terkena dengan taktik Munirah kali ini.

Arghh!! saya lulus!! Jerit Munirah perlahan terus memeluk pinggang Azhar. Tidak dapat ia gambarkan betapa gembiranya akan memiliki lesen memandu tidak lama lagi. Dia tidak akan berjaya kalau bukan disebabkan oleh dorongan Azhar selama ini. Lelaki yg selalu berada di sampingnya dalam keadaan susah dan senang.

Alhamdulilah..i'm proud of u..awak dah berusaha dan ini hasilnya. Suka lah tu kan..lepas ni dah boleh pandu sendiri kereta Myvi tu. Jum..kita balik rest dulu petang nanti kita keluar pula ok?? Kata Azhar turut membalas pelukan Munirah itu. Memang Munirah hanya tinggi paras pinggangnya sahaja. Dari kejauhan memang orang akan menganggap Munirah seperti adik mahukan anak Azhar sendiri. Jadi tidak kisahlah jika dia mahu memeluk Munirah di depan khalayak ramai pun. Seronok Azhar melihat Munirah gembira seperti ini. Biarlah senyuman dan gelak ketawa di bibirnya terus mekar saja.

Jam Menunjukkan pukul 3.45 p.m. Sibuk sahaja tangan Munirah menyusun semua fail kewangan yg telah diuruskannya itu. Kak Farah juga menolong sedikit banyak Munirah menyiapkan kerja ini kerana tidak lama lagi akan berlangsungnya majlis penganjuran tilawah Al-Quran yg dianjurkan oleh Pusat rawatan Darussyifa' ini. Ini adalah kali pertama Munirah akan menjadi pengacara secara langsung kerana mengantikan kak Jihan yg sedang sarat mengandung. Walid sendiri yg melantik diri Munirah kerana pasti suara lunak milik Munirah pasti akan sedap didengari oleh semua tetamu yg hadir nanti. Munirah pernah menjadi pengacara secara kecil sahaja di sekolahnya. Tetapi kali ini besar juga tanggungjawab yg harus di pikulnya. Munirah mengeluh seketika kerana terasa sakit pinggangnya yg dari tadi asyik mengangkat kotak berat sahaja.

Irah..Duduklah dulu..dari tadi akak tengok Irah gigih buat ini semua. Makan pun tak nak..Nanti kalau Irah jatuh sakit camne?? Siapa pula nak gantikan Irah jadi pengacara nanti.. Tegur Farah kasihan sahaja melihat Munirah mengesat kasar peluh di dahinya itu. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di Pusat rawatan ini memandangkan pekerja yg lain pergi menghadiri mesyuarat untuk Majlis itu nanti. Terlalu banyak kerja untuk di lakukan sehingga tidak cukup tangan mereka berdua mahu lakukannya sendiri.

Ehh tak apalah Kak Farah..Irah masih ok je ni..Lepas dah siap semua ni nanti kita rehat lah ye..Ujar Munirah sambil terjengket menolak kotak besar itu masuk ke dalam rak sedikit. Ketinggiannya yg agak pendek membuatkan dirinya terpaksa keruh tenaga yg banyak untuk meletakkan kotak-kotak yg berisi barang itu semula ke tempat asalnya. Munirah tidak perasan yg tangannya tersepit sedikit di celah almari itu lalu dilepaskan sahaja kotak berat itu tanpa teragaknya kerana jarinya yg terasa sakit sangat.

Arghh!!! jerit Munirah kuatnya apabila kotak berat itu jatuh menimpa kedua belah kakinya. Tangannya masih lagi tersepit di celah almari itu tidak dapat dikeluarkan. Meronta-ronta Munirah cuba menarik kakinya yg masih ditimpa kotak berat yg berisi buku ilmiah yg banyak itu.

Ya Allah Munirah!! Bersuara Farah terkejutnya terus menolong Munirah tanpa teragaknya. Dia mengangkat kotak berat itu dahulu daripada kaki Munirah. Farah melihat air mata mula tumpah di pipi Munirah. Kesakitan yg dialaminya tidak dapat digambarkan oleh Farah. Farah cuba tolong keluarkan jari Munirah tetapi tidak dapat kerana jarinya sudah mula membengkak di sudut yg kecil itu.

Ya Allah..kenapa ni?? Sapa Azhar setelah memasuki ruang pejabat itu. Sudah banyak kali dia memanggil salam tetapi tiada seorang pun yg menjawabnya. Azhar baru sahaja sampai ke sini sambil membawa bekal makanan kepada Munirah kerana Munirah sudah memberitahu yg ia akan pulang lambat nanti untuk siapkan kerja. Terkejut Azhar melihat Munirah sedang menangis teresaknya di almari itu. Segera dia pergi melihat apa yg sudah terjadi kepada Munirah.

En Azhar..tangan Munirah tersepik di celah sudut almari ni. Tadi Munirah cuba mengangkat kotak ini tetapi tangannya pula tersepit. Berat kotak tu yg menimpa kaki Munirah. Beritahu Farah semuanya kepada Azhar. Macam nak luruh sahaja jantung Azhar mendengar semua itu. Segera dia memberikan bekal makanan itu kepada Farah dan terus melihat keadaan Munirah.

Awak..bertahan ye..Saya akan cuba keluarkan jari awak. Jangan risau..kata Azhar sambil tangannya merangkul sedikit pinggang Munirah untuk berdiri semula kerana ia tahu Munirah sedang menahan sakit di bahagian kakinya juga. Azhar mempercepatkan tangannya menolong Munirah kerana tidak gamak dia melihat tangisan Munirah yg mula teresak itu. Dalam beberapa minit juga Azhar gigih mencari pelbagai jenis cara untuk menbawa keluar tangan Munirah. Selepas berjaya mengeluarkan tangan Munirah Azhar terus mendukung Munirah dan dibawanya letak ke atas sofa.

Farah tolong bawakan first aid sekali dengan kain basah. Pinta Azhar sambil tangannya tidak lepas dari melihat sekitar jari bengkak dan bercampur darah di tangan Munirah. Farah hanya mengangguk faham dan segera pergi mengambilnya. Azhar mengeluh panjang seketika di situ. Tidak sanggup dia melihat wajah Munirah yg sedang menahan sakit.

Kenapalah awak selalu saja tidak mendengar kata..Cuba sekali ini saja awak dengar cakap orang lain sama. Sibuk nak siapkan kerja ini semua kenapa?? Kan saya dah kata awak hanya kerja di bahagian Hq. Bukannya bahagian susun barang semua ni. Ni dah jadi dua kerja namanya. Walid ada 18 pekerja dekat sini. Orang lain boleh uruskan semua kerja berat ini. Lain kali jangan sibuk nak buat semua benda kalau tahu diri awak tu tak mampu. Seronok sangat buat diri ni cedera. Dah berapa banyak parut pun sudah tidak terbilang. Berleter Azhar panjang lebarnya di di hadapan Munirah. Tangan Azhar masih gigih mencuci dan meletakkan ubat di jari Munirah. Kelihatan tegang sahaja wajah Azhar selepas berkata begitu kepada Munirah. Sampai bila dia mahu mengingati Munirah dalam hal ini jika Munirah sendiri tidak pernah mendengar nasihat darinya. Munirah terus mendiamkan diri. Hanya air mata sahaja yg mengalir di pipinya tatkala segala percakapan Azhar itu mula menusuk di sejenak kalbu. Farah hanya mampu tersenyum sahaja melihat gelagat pasangan suami isteri di hadapannya. Dia juga kasihan melihat Munirah dimarahi begitu tetapi alangkah baiknya dia mendengar nasihat daripada Azhar sekali. Selesai sahaja membalut jari Munirah Azhar mengurut lembut kaki Munirah yg kemerahan itu. Mesti akan meninggalkan kesan bengkak selepas ini. Berkerut dahi Munirah menahan sakit semasa Azhar menekan sedikit di tapak kakinya. Azhar cuha menahan amarah sebaik mungkin selepas melihat keadaan Munirah sekarang. Dia tidak mahu Munirah kembali tertekan disebabkan oleh dirinya.

Buka mulut tu saya tolong suapkan nasi ini..Kata Azhar selepas mengaul nasi menggunakan tangannya. Pada mulanya dia hanya mahu menggunkan sudu sahaja tetapi susah pula hendak mencubit ayam sapu persatu. Dia akan menggunakan tangan sahaja untuk menyuap Munirah. Pada mulanya teragak-agak Munirah mahu membuka mulutnya. Selepas dipandang tajam mata Azhar itu takut pula dibuatnya jika Azhar akan berleter lagi nanti. Munirah menelan pahit nasi yg dimakannya itu. Dia berasa tidak selesa apabila Farah seronok sahaja memandang ke arahnya yg sedang dilayan seperti anak raja oleh Azhar.

Lepas ni saya tak nak awak bekerja lagi..duduk rumah saja. Kalau beri kerja pun still cedera.. lebih baik duduk rumah saja. Bersuara Azhar tegasnya terus mematikan senyuman di bibir Munirah yg sedang bergelak ketawa dengan Farah. Farah juga terkejut apa yg dikatakan oleh Azhar kepada Munirah. Azhar betul prihatin dan tidak mahu melihat isterinya tercedera lagi.

Tak nak..jawab Munirah meleretnya sambil memandang tepat ke arah anak mata Azhar. Dia berharap sangat Azhar tidak membuat keputusan melulu disebabkan oleh sifat kedegilannya ini. Dia berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapannya.

Saya kata tak boleh..tetap tak boleh. Balas Azhar sedikit kuat suaranya supaya Munirah faham dan menerima semua ini dengan redhanya.

"Tak nak"

Munirah Safiyah!..Berapa kali saya nak cakap supaya awak faham?? Dah banyak kali saya beri awak peluang. Dengar apa yg saya katakan. awak buat juga benda yg saya tak suka. Kalau benda tu tak datangkan masalah tak apa ni tidak..awak cedera tahu tak?? Sampai bila awak nak biarkan badan awak ni penuh dengan kesan parut?? Sampai bila?? Setiap hari saya nak kena hadap awak..rawat awak..beri fully attention dekat awak..Boleh tak kali ini saja awak dengar cakap saya...Saya tak nak tengok awak cedera lagi. Cukuplah selama ini saya lihat banyak sahaja kesan darah. Saya tahu..awak sakit..saya juga sakit lalui semua ni. Cukup Munirah. Cukup. Ujar Azhar tegasnya sudah hilang sabar melayan semua kehendak Munirah ini. Dia tidak sanggup lagi melihat Munirah tercedera disebabkan oleh sifat pentingkan dirinya. Bukan Azhar mahu kawal hidup Munirah tetapi dia akan rasa bersalah jika melihat Munirah tercedera lagi. Dia mahu menjaga amanat Puan Ruziah ini dengan baiknya. Jeda Munirah seketika masih lagi memandang lama ke arah Azhar. Dia melihat Azhar meraut wajahnya kasar sekali selepas membuka spek matanya itu. Perlahan-lahan air matanya mengalir di pipi. Tidak tahu sama ada dia rasa takut ataupun rasa bersalah bila Azhar berkata demikian terhadapnya. Farah juga tergamam terus bangun dan memberikan ruang untuk Munirah dan Azhar berbincang dahulu. Dia tidak berani untuk masuk campur dalam urusan privasi keluarga mereka.

Argh!!!! Saya minta maaf...saya tahu saya sudah buat salah..Saya tak nak buat lagi..saya nak bekerja..sampai bila saya nak harapkan awak. Sampai bila awak nak beri saya makan..saya tak nak jadi penganggur dalam rumah tu..saya nak cari rezeki sendiri. Saya tak nak berhenti..Maafkan saya..Arghh..Bersuara Munirah sambil menangis teresaknya di situ. Tergagap sahaja setiap baris ayat yg diujarnya itu. Munirah menutup wajahnya dan memarlingkan tubuhnya ke arah lain. Dia tidak mahu menghadap susuk tubuh lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu sudah pasrah dan penat melayan segala kemahuaannya. Azhar mengeluh panjang apabila mendengar Munirah meminta maaf kepadanya. Tangisan Munirah sayup sahaja kedengaran di dalam ruang berehat itu. Farah yg berada di luar juga mendengar Munirah menangis semahunya. Kasihan sahaja dia mendengar tangisan redup Munirah.

Okey...baiklah..Munirah pandang sini. Saya nak cakap sedikit..Pujuk Azhar kembali lalu memegang bahu Munirah yg mengigil kerana menangis banyak sangat. Tidak gamak dia melihat Munirah menangis begitu sekali. Marah macam mana pun, dia tetap tidak sanggup melihat Munirah dalam keadaan begitu. Agak lama Munirah mengambil masa mahu menghadap kembali ke arah Azhar. Perlahan-lahan tubuhnya kembali menghadap Azhar. Kepalanya ditundukkan rapat ke bawah. Habis segala tudung bawalnya basah dengan air mata. Nasib sahaja Munirah tidak make up kerana Azhar tahu pasti waktu zohor tadi ia sudah mendirikan solat. Azhar memegang lembut dagu Munirah dan diangkat melihat wajahnya. Kelihatan anak mata Munirah sembab dan kemerahan. Mata Munirah masih lagi memandang ke bawah. Dia tidak berani untuk menatap wajah Azhar ketika itu.

Pandang saya Munirah..Pujuk Azhar lagi sambil tangannya memegang tangan Munirah. Terasa lain sahaja pergelangan tangan itu apabila ada kain yg dibaluti jari Munirah. Munirah memandang tepat ke arah anak mata Azhar. Terlihat mata Azhar sudah berkaca tetapi masih lagi ditahannya. Hati Munirah terus terasa hiba. Dia tidak mahu Azhar dibelengu rasa bersalah kerana masalah yg selalu dilakukan olehnya.

Saya tak berniat nak marah atau lukakan hati awak..Saya cuma..tidak mahu lihat awak cedera lagi. Menahan sakit..yg paling saya tak suka apabila melihat air mata yg mengalir di pipi awak..Air mata tak murah Munirah..Kenapa awak perlu bazirkan air mata awak lagi..kenapa?? Untuk sapa awak bazirkan butiran air jernih ini?? Tolonglah hargai diri awak..air mata awak. Jangan bazirkannya lagi. Cuba awak sayangkan diri awak dulu berbanding orang lain. Cuba Munirah. Saya tahu awak penat buat semua ini. Awak penat lalui hidup macam ni. Awak fikir tiada sapa yg kisah tentang diri awak..Biarlah diri awak yg terluka asalkan awak puas. Sampai bila Munirah..sampai bila awak nak berkelakuan macam ni. Saya tahu umur awak masih lagi muda. Awak impikan untuk menjadi anak remaja yg meningkat naik seperti orang lain. Dapat kejar cita-cita dan impian awak. Disebabkan oleh kejadian yg telah pun berlaku..awak mengalah..Awak dah tak nak lakukan semua itu lagi. Awak rasa diri awak teruk..tidak layak merasai semua itu. Awak silap Munirah. Silap sangat-sangat kalau awak masih fikir macam itu. Awak ada saya..saya tak kisah awak nak anggap diri saya ni apa..Saya suami awak Munirah..Apa yg awak mahu semuanya saya akan berikan. Sedikit pun saya rasa tidak penat dan melayan semua kerenah awak. Sedikit pun saya tidak pernah rasa penat buat semua ini. Saya mahukan berikan yg terbaik untuk awak. Untuk awak rasai jiwa muda seperti orang lain. Lalui kehidupan normal seperti orang lain. Saya sanggup lakukan apa saja asalkan awak hargai diri awak dahulu. Saya akan beri ruang kepada awak. Fikirkanlah dulu semua ini. Belum terlambat lagi Munirah..Umur awak masih lagi muda..awak masih ada masa depan yg cerah. saya berani jamim kepada awak. Luah segalanya isi hati Azhar kepada Munirah. Cukuplah selama ini dia melihat Munirah hidup dalam keadaan takut di dalam dunianya sendiri. Air mata Azhar terus tertumpah di pipinya. Dia sangat ikhlas berkata begitu kepada Munirah. Baginya Munirah bukanlah satu bebanan yg perlu ia tangung. Munirah adalah tanggungjawab yg perlu ia laksanakan. Azhar menundukkan pandangannya ke bawah selepas mengesat lembut air mata kering di pipi Munirah. Munirah sudah tidak lagi menangis setelah melihat Azhar pula yg menangis di hadapan. Munirah terus memeluk tubuh Azhar. Tidak tahu kenapa hatinya tidak sanggup melihat wajah Azhar berkata setulus itu di hadapannya. Azhar adalah seorang lelaki yg baik terhadapnya. Sedikit pun Azhar tidak pernah mengasari dirinya. Lemah sahaja Azhar membalas pelukan Munirah itu. Dia berharap sangat Munirah sudah faham atas apa yg dikatakannya itu. Cukuplah selama ini mereka berdua hidup dengan tangisan air mata. Hidup perlu diteruskan juga walaupun tidak mendapat restu daripada kedua ibu bapa kita. Selagi Allah swt mengizinkannya selagi itulah segala rahmat dilimpahkan kepada keluarga mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience