JAM di tangan menunjukkan sudah pukul 8.30 malam. Nurjihan segerakan tindakannya memakai kasut dan membetulkan tali baju sweaternya sebelum bergerak pulang dari Villa Rose.
"Jihan, tunggu sekejap".
Tuan Syed Iqwal menghentikan gerak langkah Nurjihan yang baru membuka pintu.
"Ye ada apa Tuan Syed?." Jawab Nurjihan.
Tuan Syed Iqwal menghulurkan tapak tangannya kepada Nurjihan.
"Bagi tangan tu sekejap."
Terpinga-pinga Nurjihan hanya menurut. Tangan kanannya di hulur dan di letakkan di atas tapak tangan Tuan Syed Iqwal.
Seutas gelang tangan Pandora di keluarkan dari kotak yang berada di ribanya Tuan Syed Iqwal dan di pakaikan ke tangan mulus Nurjihan.
Nurjihan menjadi hairan . tapi...cantiknya !
Tuan Syed Iqwal tersenyum melihat Nurjihan yang ralit merenung gelang tangan itu.
"Here you go. Saya dah agak gelang ni sesuai untuk awak." Ujar Tuan Syed Iqwal.
"Tapi kenapa bagi saya Tuan Syed?." Nurjihan merasa tidak betah
"Well, saya tak suka tengok tangan awak tu kosong. Ada gelang ni nampak manis sikit".
Nurjihan mengetap bibirnya. Eh, selama ni aku memang manis apa !
"Terima kasih Tuan Syed. Susah-susah je". Nurjihan masih segan menatap pandangan Tuan Syed Iqwal yang masih di paku pada wajahnya dari tadi.
"My pleasure dear". Tuan Syed Iqwal terus menggerakkan kerusi rodanya pergi dari situ.
Setelah menutup pintu. Nurjihan bersandar pada pintu tersebut. Tuan Syed tu macam ..... sesuatu !
PSST !! Psst!!
Terbagun Nurjihan mendengarkan bunyi semburan dan terasa bahang percikan air. Di lihat Mak Eton sedang melakukan semburan pada ruang biliknya.
"Mak buat apa ni? sembur merata-rata dengan benda tu." Nurjihan naik lemas.
"Aku sembur ubat nyamuk ni. Banyak betul nyamuk malam ni. Ingtkan duduk rumah elok macam ni tak ada nyamuk. Ada lagi rupanya. Canggih jugak spray ubat nyamuk automatik ni."
Dengan yakin Mak Eton membalas pertanyaan Nurjihan.
Mengucap panjang dia melihat perangai emaknya itu.
"Ya Tuhahku....Mak, itu bukan spray ubat nyamuk automatik. Itu steam iron! seterika tu mak ! orang guna untuk seterika baju."
Adoila Mak Eton ni. Haru sungguh !
"Ha? lahh patut la tak ada bau ubat. Silap pulak heheh. Aku main bedal je pakai benda alah ni."
Mak Eton keluar semula dari bilik Nurjihan dengan membawa keluar alat 'spray nyamuk automatik' itu.
Tergeleng-geleng Nurjihan melihat Mak Eton itu. Lain kali kalau tak tahu itu tanya !
EIJA dengan tekun menata rias penampilan Nurjihan pada pagi itu. Hari ini adalah hari permulaan Nurjihan menjalankan satu lagi tugas penting iaitu menjadi Karlisa. Sungguh dia berdebar seperti apakah rupa karlisa itu bila dia siap di tatarias sebentar lagi.
"Lamanya Eija." Panjang muncung Nurjihan bila naik lenguh mukanya di tadah untuk di contengkan.
"Sabar Jihan. I dah nak siap ni make up you".
Sungguh Nurjihan naik lemas bila sebelum ni tidak pernah mengubah apa-apa pun pada rupanya. Barang make up langsung dia berpeluang untuk di miliki hatta sebatang pelembap bibir pun. Bila bekerja dengan Tuan Syed, semua itu terbalik.
"Taraaa! Nurjihan is transforming to Karlisa".
Kerusi boleh laras yang di duduki oleh Nurjihan itu di pusingkan oleh Eija menghadap cermin.
Damn ! siapa kau ?!
Terkejut Nurjihan melihat pantulan imej dirinya di cermin. Lain betul mukanya selepas di solek oleh Eija. Sungguh hasil tangan mua terkenal ini memang menakjubkan.
Lain...sangat lain wajah Nurjihan bila di jadikan Karlisa. Gaya elegan, solekan wajahnya ini menampakkan dia adalah seorang yang agak serius namun menawan ! Yang membezakan Karlisa dan Nurjihan paling ketara adalah pada gaya rambut. Nurjihan berambut panjang dan lurus ikal mayang. Manakala Karlisa pula berambut panjang tetapi di kerintingkan di bahagian bawah.
"Wow, Cik Nurjihan ke ni?, Oppss..Karlisa?". Benjamin masuk ke dalam bilik itu.
Eija mengganguk teruja mengiakan pertanyaan Berjamin.
"Ben, sure ke tak ada orang kenal saya dengan gaya Karlisa ni?."
Nurjihan risau jika identiti penyamaran Karlisa sebagai pengarah syarikat sebenarnya ialah hanya budak Universiti yang belum tamat belajar!
"Don't worry. Pada mata saya memang nampak lain sangat rupa karlisa dan Nurjihan.. apatah lagi di mata orang lain."
Benjamin memberi keyakinan menghilangkan ketakutan yang di rasakan Nurjihan.
Bagus Benjamin ni. Kadang-kadang ada fungsi jugak nak menyedapkan hati aku selain nak membackup Tuan Syed je 24jam.
Nurjihan meninjau ke arah muka pintu. Mana dia? kenapa dia tak datang tengok? aku nak tahu apa riaksi dia.
segala persoalannya hanya bermain di benak sendiri.
"Tuan Syed ada hal. Dia tak mahu di ganggu. Cik Nurjihan jangan risau. Saya yang akan jaga Cik Nurjihan semasa di sana nanti."
Nurjihan menunduk. Benjamin memang cekap dalam membaca apa sahaja yang ada di fikirannya saat ini. Pakai mata laser ke boleh baca isi hati orang !
Mini earbud tanpa wayar di hulur oleh Benjamin kepada Nurjihan.
"Ni untuk Cik Nurjihan. Sentiasa pakai ini jangan tanggalkan. Ini penting untuk berhubung dengan Tuan Syed semasa di mensyuarat perkenalan dengan semua staf dan pemegang saham syarikat".
Nurjihan blur. Kenapa kena berhubung?
"Kejap. Kenapa kena berhubung? bukankah awak dah latih saya sepenuhnya untuk sesi perjumpaan dengan mereka semua nanti?". Nurjihan tidak mengerti apa yang cuba Tuan Syed Iqwal aturkan.
Benjamin mengganguk sekali.
"Ye memang betul saya dah ajarkan semuanya pada Cik Nurjihan. Tapi tujuan berhubung dengan Tuan Syed ialah Tuan Syed sendiri hendak memantau agar segalanya berjalan dengan lancar. Dan mungkin membantu Cik Nurjihan jikalau ada soalan yang mencabar dari para pemegang saham khususnya, Tuan Syed akan membantu".
Penjelasan dari Benjamin itu mengendurkan riak wajah yang ketat kebingungan sebentar tadi.
Sampai macam ni sekali Tuan Syed Iqwal dan Benjamin teliti dalam menjaga dirinya?
****
GUGUP terlampau yang dia rasakan saat ini. Bagaimana dia tega untuk menjadi Karlisa yang bersifat tegas itu sedangkan dirinya yang sememangnya cengeng. aduhlaaaa langgar jela Nurjihan. Janji gaji kau masuk.
"Eh, kau rasa-rasa Cik Karlisa tu macam mana ye? macam Tuan Syed tak? aku tak sabar ni nak tengok". Ujar Salina, salah seorang staf dari Jabatan perkaunan.
"Ish, tak tahu la aku. Terkejut betul bila Tuan Syed dah ambil cuti lama tanpa khabar berita. Tup..tup sekarang ni hantar wakil pulak ganti tempat dia sementara. Pelik aku dengan Tuan Syed tu la". Balas Nadiah staf dari jabatan sumber manusia.
"Siapa ye Cik Karlisa ni? Tuan Syed tak kahwin lagi kan? Siapa je waris nak ganti tempat dia ni?". Tanya Maina juga staf dari jabatan sumber manusia.
"Ish korang ni. Sibuk jelah. Tunggu je nanti Cik Karlisa tu masuk baru kita tahu siapa dia". Balas Cika kerani di meja reception.
Bagai nak tembus mata Nurjihan memerhati pintu di bilik mensyuarat itu. Ada 70 orang manusia di dalam bilik itu menunggu dirinya.
"Ben, saya takutlah."
Nurjihan bermain-main dengan dua belah jari telunjuknya memusingkan kegusaran di dada.
Benjamin yang tegak berada di sebelahnya hanya serius memerhati pintu bilik mensyuarat itu menunggu kata putus dari Nurjihan untuk masuk ke dalam.
"Cik Nurjihan kena berani. Buang karakter Nurjihan itu dan gantikan dengan Karlisa. Jangan kecewakan Tuan Syed. Cik Nurjihan kena ingat setiap karakter yang ada pada Karlisa iaitu..."
"Tangkas, bijak dan berani. Kan?".
Nurjihan memintas kata-kata Benjamin yang selalu di ulang-ulang sehingga lekat di otaknya.
Benjamin mengganguk.
"Ready?". Soal Benjamin.
"Let's go". Balas Nurjihan.
Bunyi pintu yang terbuka itu mendiamkan keseluruhan bilik mensyuarat. Semua mata memerhati anggun gaya seorang wanita yang berjalan masuk ke dalam bilik itu.
Nurjihan kini berada di kerusi pengarah syarikat dan menghadap ke semua warga Syediq Group yang berada di situ. Sebuah Syarikat ternama dalam dunia pengangkutan perdagangan antarabangsa.
Setelah duduk, keadaan masih sunyi menanti suara emas dari pengarah syarikat terbaru yang sedang duduk di hadapan mereka itu. Nurjihan mengerling Benjamin yang berdiri di belakang sana.
Mak, ramainya orang.. takut mak !!! Bayangan Mak Eton tiba-tiba terkintas di fikiran.
"Good morning to all Syediq, anda sudah di maklumkan tentang kedatangan saya pada hari ni kan?".
Dengan beraninya Karlisa membuka bicara.
Para penghuni Syediq Group hanya merespond dengan anggukan masing-masing.
"Tugas saya adalah sama dengan Tuan Syed Iqwal. Apa-apa masalah boleh direct kepada saya. But make sure it's really important".
Penuh gaya seketul Karlisa melantangkan bicaranya.
Apahal semua diam ni? mak.. akwardnya !
"Any questions?." Karlisa cuba menarik perhatian yang lain untuk bersuara.
Terlihat ada seorang wanita menggangkat tangan. Karlisa memberi isyarat untuk dia meneruskan dengan persoalannya.
"Apa status hubungan Cik Karlisa dengan Tuan Syed?."
Karlisa beriak biasa. Namun dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu.
"Me and Tuan Syed adalah cousin. Of course we are related to each other".
Jawapan itu mendiamkan Suraya yang pada awal kemunculan Karlisa sudah di beri pandanganya sinis olehnya.
Benjamin melakar senyuman nipis. Bagus Cik Nurjihan ! Benjamin juga tidak suka dengan sikap Suraya yang sememangnya overreacted terhadap Tuan Syed Iqwal.
"Well apa pun antara saya dan Tuan Syed. Saya harap kita boleh bekerjasama dalam menguruskan Syediq Group ini dengan lancar. I'm maybe not your boss, but I'll be the best to be your leader."
Tepukan gemuruh bergema di dalam bilik mensyurat itu. Mereka semua kagum dengan cara Karlisa. Hanya satu sahaja yang belum mereka lihat. Dari awal tiada senyuman yang menghiasi di wajah Karlisa. Sama tingkahnya seperti Tuan Syed Iqwal.
"Excuse me. Saya ada soalan."
Mata Benjamin tepat ke arah Karlisa bila melihat gerangan yang bersuara. Benjamin mengetuk telinganya memberi isyarat supaya Nurjihan sentiasa fokus pada isyarat dari Tuan Syed Iqwal yang terpasang di telinganya.
Nurjihan faham dan memerhati tepat ke arah salah seorang pemegang saham yang kelihatan agak berusia iaitu Encik Taufik.
"Sure". Karlisa memberi laluan untuk Encik Taufik menyoalnya.
"Peratusan saham dalam syarikat ini sentiasa berkembang semasa dalam pengurusan Tuan Syed, Bagaimana Cik Karlisa nak memastikan agar saham yang berjalan di bawah kepimpinan Cik Karlisa ini di jamin tiada kemerosotan?".
Apahal pakcik ni? macam nak cari gaduh.
"listen to me Jihan".
Suara Tuan Syed Iqwal bergema di ruang telinga. Nurjihan terdiam sebentar mengamati setiap kata yang di lontarkan kepada Nurjihan.
Nurjihan menghembuskan nafas berat. Matanya kembali menatap Encik Taufik.
"My style and Tuan Syed punya style memang tak sama. Tetapi, saya akan pastikan ranking saham yang di capai bakal stabil dalam kedudukan yang bagus." Ujar Karlisa.
Jawapan itu membuatkan Encik Taufik mengangkat keningnya. Masih tidak berpuas hati nampaknya.
***
SETELAH mereka melangkah keluar dari bilik mensyuarat itu Nurjihan memicit sedikit kepalanya.
"Fuh, kalau tak kuat semangat tadi. Saya rasa saya tak boleh buat kerja ni Ben."
Benjamin yang berjalan beriringan dengan Nurjihan tergelak.
"Tak apa Cik Nurjihan. Lambat laun Cik Nurjihan akan terbiasa."
Apa yang dia harapkan sekarang ini, Moga proses penyembuhan kaki Tuan Syed Iqwal di percepatkan dan dia tak perlu lagi nak hadap benda ni semua.
"Gee?".
Terhenti langkah Nurjihan semasa mereka baru melintasi ruangan lobi. Macam kenal? Namun Nurjihan tetap tidak berpusing ke arah wanita itu.
Alamak! ni macam suara Kak Mek. Macam mana ni?
Kak Mek yang baru menghantar dokumen penting ke Syediq Group tersedar kelibat wanita anggun yang melepasinya. Namun, gaya itu seakan sama dengan Jihan tetapi tidak begitu sama. Dia juga kebingungan.
Mata Nurjihan memandang Benjamin. Benjamin juga terkejut dengan sapaan dari Kak Mek. Namun dengan perlahan Benjamin memberi isyarat gelengan kepada Nurjihan.
Stay fokus. Tetap jadi Karlisa.
Perlahan-lahan Nurjihan berpusing melihat Kak Mek.
"Pardon?". Tanya Karlisa.
Ternganga mulut Kak Mek melihat wanita yang di tegurnya tadi.
p/s ;.mesti pening kan nak bezakan dialog Jihan dengan Karlisa? di mata orang lain dia itu karlisa kalau dia berkata sendiri, dia itu Jihan. hahahah sorry readers. Cabaran jadi dua watak ;)
Share this novel