Bab 2

Short Story Series 55082

Pergerakan disebelah sisinya membuatkan Rina terjaga dari pengsannya. Rina tidak langsung membuka matanya. Dia menggigit bibirnya dan menggenggam kedua tangannya. Dia berharap apa yang dialaminya sebentar tadi hanya sebuah mimpi ngeri. Dia hanya sedang bermimpi harus berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenalinya dan lelaki itu melecehkan dirinya. Rina berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah agar semua yang difikirkannya adalah benar belaka.

Mata Rina terbuka luas kerana terkejut apabila ada satu tangan sedang memeluknya daripada belakang. Derau nafas lelaki itu juga kedengaran jelas di halwa telinganya seolah-olah lelaki itu berkongsi bantal dengannya saat itu. Rina tidak berani menggerakkan tubuhnya kerana dia takut lelaki itu terjaga. Air matanya mengalir dan mulutnya ditutup rapat dengan kedua tapak tangannya agar tangisannya tidak kedengaran.

Rina segera bangun perlahan-lahan ketika tubuh disisinya memusingkan posisi tidur dan membelakangi dirinya. Rina menarik gebar dilantai menutupi seluruh tubuhnya yang tanpa seurat benang itu. Mengenang nasib yang menimpanya beberapa jam yang lalu sekali lagi Rina menangis semahunya di dalam gebar itu tidak mahu dia melihat wajah suami yang bengis dan baru saja memperlakukan dirinya seperti binatang. Tidak mahu berlama-lama diatas katil yang sama dengan suaminya itu Rina turun daripada katil. Seluruh badannya berasa kaku kerana begitu sakit sehingga sukar dia menggerakkan anggota badannya. Dia tidak boleh berdiri dengan tegak dan berjalan dengan benar. Kakinya seperti hilang kekuatan untuk melangkah sehingga hampir beberapa kali dia mahu terjatuh tetapi dia tetap kuatkan dirinya untuk menuju ke bilik air yang tidak jauh daripada situ.

Rina masuk ke dalam bilik air dan mengunci dirinya daripada dalam. Rina jatuh terjelupuk dan menangis lagi sambil cuba mengoyakkan gebar yang tebal yang membaluti tubuhnya ketika itu. Mengapa aku dipertemukan dengan lelaki seperti ini? Hatinya menjerit sama seperti tangisan yang keluar dari bibirnya. Tujuannya datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan sepanjang cuti semester bertukar menjadi tragedi apabila dia ditangkap khalwat di rumah lelaki itu. Tujuannya berada di rumah lelaki itu hanyalah semata-mata untuk mengemas rumah itu seperti yang diarahkan oleh majikannya setelah memperoleh wang gaji pendahuluan dan selebihnya akan dibayar selepas dia selesai mengemas rumah itu.

Menurut syarikat yang menggajinya, rumah itu tiada penghuninya kecuali pada hari minggu tetapi hari itu adalah hari yang malang untuk dirinya apabila lelaki itu pulang ke rumah dalam keadaan yang separuh mabuk. Lelaki itu yang dibawah pengaruh alkohol cuba untuk memeluknya dan memanggilnya dengan nama wanita yang tidak dikenalinya. Dia sempat bergelut dengan lelaki itu sehingga pakaiannya menjadi tidak rapi. Ketika Rina berpeluang mahu melepaskan diri, sudah ada beberapa orang lelaki berkopiah di hadapan pintu. Rina sudah sedaya upaya menjelaskan keadaannya tetapi tiada yang mahu mempercayainya kerana dirinya yang terlihat mencurigakan dengan pakaiannya yang kusut masai dan lelaki itu yang mabuk. Apa yang paling malang menimpa dirinya apabila syarikat tempatnya baru bekerja tidak mengakui menggajikan dirinya untuk mengemas rumah lelaki itu. Akhirnya mereka dinikahkan sebaik saja dimaklumkan kepada ahli keluarganya yang berada di kampung.

Hancur hati ibu dan neneknya ketika mendengar berita itu. Mereka tidak mampu membantu dirinya kerana keadaan itu tidak menyebelahinya dan lelaki itu. Mereka dinikahkan dengan paksa dan akhirnya lelaki yang baru dinikahi beberapa jam yang lalu bukan saja baran tetapi berperangai keji sehingga meragut kesuciannya yang selama ini dia jaga.

Suara tangisan wanita yang kedengaran seperti orang yang terkena histeria membuatkan Haikal terjaga dari lenanya. Haikal yang terpisat-pisat bangun meraup wajahnya berkali-kali sebelum dia menyedari bahawa isterinya tidak berada disisinya. Haikal merengus kasar bagun daripada pembaringan dan mengutip bajunya yang bertaburan di lantai.

"Kau tak payah nak berlagak sucilah. Perempuan macam kau ni memang tak ada nilainya macam pelacur di luar sana. Pakai tudung konon tapi perangai kau lagi sundal daripada mereka yang tidak bertudung." Haikal sudah siap berpakaian kemas dan berdiri di hadapan pintu bilik air sambil bercekak pinggang. Hatinya berasa panas mendengar tangisan isterinya yang tidak surut daripada tadi. Risau juga dibuatnya jika perempuan itu melakukan sesuatu diluar kawalan seperti membunuh diri. Dia tidak mahu berurusan dengan pihak polis tentang perkara seperti ini kerana pasti bapanya akan marah besar terhadap dirinya jika mendapat tahu bahawa dia ditangkap khalwat dan melakukan kekerasan kepada wanita yang baru dinikahinya itu.

Sebenarnya dia sangat terkejut apabila mengetahui perempuan itu masih suci kerana semua perempuan yang datang menyerah diri kepadanya semuanya sudah tidak suci dan hanya mahukan hartanya. Tompokan merah di cadar katil hotel menguatkan lagi bukti bahawa wanita itu tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Adakah dia sudah tersilap langkah dengan meniduri wanita itu? Bagaimana jika sebenarnya wanita itu tidak bersalah seperti yang dikatakan oleh wanita itu ketika di pejabat agama. Ada perasaan bersalah mula bertandang di dalam hatinya tetapi disebabkan egonya yang meninggi dia masih tidak mahu mengakui kesilapannya kerana bertindak ganas kepada isterinya itu.

“Hoi, perempuan. Baik kau buka pintu ini sebelum lebih nahas aku kerjakan kau. Buka!” Haikal menumbuk dan menendang pintu bilik air itu berkali-kali mahu menggertak sebelum kedengaran kunci pintu itu dibuka. Haikal tidak menunggu lama dan terus masuk ke dalam dan melihat wanita itu yang berkelumbung dengan gebar yang besar menutupi tubuhnya.
Haikal cuba mendekati tetapi wanita itu mengesot menjauh daripada dirinya. Haikal tersenyum sinis dan tetap mendekati wanita itu sehingga wanita itu tersandar di penjuru dinding. Hampir tidak kelihatan wajah wanita itu apabila wanita itu sedaya upaya menyembunyikan wajahnya daripada dilihat.

“Kau nak sembunyikan muka dengan tubuh kau dari aku buat apa? Aku dah nampak semuanya dan tersemat dalam otak aku ni.” Haikal mencengkam kedua pipi Rina dengan tangan kirinya supaya wajah wanita itu dapat dilihat. Sengaja ingin menghina Rina, Haikal sengaja menjilat bibir atasnya dan memandang wanita itu dengan pandangan yang menjijikkan di mata Rina.

Rina mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Air matanya yang menitis tidak diendahkan. Pipinya yang terasa sakit akibat ditekan kuat oleh Haikal dibiarkan. Dia jijik terhadap lelaki di hadapannya itu dan jijik kepada dirinya sendiri. Dia lemah dan tidak mampu melawan perbuatan keji Haikal terhadap dirinya membuatkan dia benci kepada dirinya sendiri.
Haikal menolak wajah Rina dengan kasar sebelum mencapai dompetnya di poket belakang seluar yang dipakainya. Beberapa not seratus dikeluarkan sebelum dicampak ke muka Rina dengan senyuman yang sinis.

“Kalau tak cukup, nanti malam kau pergi rumah aku lagi ya. Kau kan pelacur murahan jadi kau tahu apa yang patut kau buat untuk dapatkan duit daripada aku.” Haikal menunjal kepala Rina sebelum keluar daripada bilik tandas itu. Dia mendekati beg tangan Rina yang berada di atas sofa sebelum diselongkarnya dan diambil beg duit wanita itu sebelum meninggalkan bilik hotel. Lagaknya persis seperti orang yang baru saja melanggani pelacur.

Rina bersandar di dinding tandas itu dengan raungan tangisan apabila Haikal sudah pergi meninggalkan dirinya. Rasa sakit disetiap anggota tubuh badannya semakin mencucuk-cucuk seperti tidak akan surut. Rusuknya seperti sudah patah akibat ditumbuk oleh Haikal. Rina merangkak ke tempat pancuran air kerana dia benar-benar tidak larat untuk bangun berdiri. Dipusingkan pili air pancur itu sehingga ke hujung dan air deras yang dingin membasahi tubuhnya. Rina menggosok badannya dengan sangat kuat menambahkan kepedihan yang sedia ada kerana berasa jijik dengan dirinya sendiri. Kesan gigitan dan lebam di badannya seperti mahu disiat dari kulitnya.

"Ibu!!!" Rina menjerit memanggil ibunya. Dia menangis semahu-mahunya di dalam bilik air itu. Dia merasakan dirinya adalah manusia yang paling malang di dunia. Dia tidak ikhlas diperlakukan seperti itu oleh suaminya sendiri.

Satu jam Rina di dalam bilik itu menunggu Aqilah untuk menjemput dirinya sebaik saja memaklumkan kepada sahabatnya itu yang tinggal di Kuala Lumpur. Rina memakai semula baju kurung yang sudah koyak rabak itu dan untung saja selendang panjang itu mampu menutupi kepala dan badannya yang terdedah.

"Rina!" Suara kuat Aqilah yang memanggil namanya berkali-kali kedengaran daripada luar pintu yang tidak rapat ditutup.

"Qila!" Rina memanggil dengan pilu.

Aqilah dan Jun terus masuk ke dalam bilik hotel yang terbuka pintunya apabila mendengar nama Aqilah diseru oleh suara Rina. Hampir gugur jantung mereka melihat keadaan Rina yang memilukan itu. Wajah sahabatnya itu lebam di bahagian hujung bibir dan kelihatan begitu tidak berdaya dengan linangan air mata seakan-akan sedang menanggung sesuatu yang menyakitkan.

Air mata Aqilah dan Jun turut mengalir dan terus memeluk Rina dengan erat. Mereka tidak tahu apa yang menimpa sahabat mereka itu tetapi melihat pakaian Rina yang mengaibkan itu membuatkan mereka tidak mahu berfikir perkara yang menakutkan bagi setiap perempuan di luar sana.

"Rina cakap dengan aku, siapa yang buat kau macam ni?" Aqilah memegang wajah Rina yang basah dengan air mata dan memeluk semula gadis itu apabila hanya linangan air mata yang menjadi jawapan Rina.

Aqilah dan Jun berbalas pandangan. Mereka turut berasa kesal atas apa yang menimpa Rina ketika itu. Mereka bertambah yakin, apa yang mereka takuti itu benar belaka.

Sebaik mendapat panggilan daripada Rina dengan suara tangisan yang mengharukan, Aqilah terus menelefon Jun yang bemalam di rumah abangnya di Kuala Lumpur untuk menemaninya menjemput Rina di hotel lima bintang seperti yang diberikan alamat oleh Rina. Di dalam perjalanan mereka berdoa agar Rina dalam keadaan baik-baik saja tetapi apabila melihat keadaan Rina yang seperti itu mereka tidak mampu melakukan apa-apa kecuali menangis menyesal akibat terlambat untuk menyelamatkan sahabat mereka itu.

"Rina!" Suara lelaki pula kedengaran daripada depan pintu memanggil namanya berkali-kali.
Rina kenal suara itu. Suara itu adalah suara sahabat baiknya juga iaitu Syahiran. Malu dirinya yang berkeadaan seperti itu dipandang oleh Syahiran ketika lelaki itu masuk ke dalam bilik hotel apabila terdengar suara Aqilah dan Jun memanggilnya. Rina menyorokkan wajahnya di dalam pelukan Aqilah dan Jun kerana tidak mampu mengangkat wajahnya melihat wajah Syahiran yang terkejut melihat keadaannya.

"Siapa yang buat kau macam ni? Biar aku bunuh dia!" Syahiran menyinga tiba-tiba. Rina sudah dianggap seperti saudara kandungnya sendiri kerana mereka membesar di satu kampung yang sama. Melihat keadaan Rina yang mengaibkan itu membuatkan air mata jantannya turut mengalir. Syahiran segera ke situ apabila dia mendapat panggilan telefon daripada Jun membuatkan Syahiran turut sama menuju ke hotel yang diberi oleh Jun melalui aplikasi Whatsapp.

Syahiran yang sudah lama duduk di Kuala Lumpur sudah mengetahui selok belok jalan disitu sehingga dia tidak perlu masa yang lama untuk sampai ke destinasi yang dituju.

"Rina, ikut kami. Mari kita laporkan pada polis. Biar setan itu ditangkap polis dan meringkuk dalam penjara. Kenapa dia sanggup buat kau macam ni?" Jun memaksa Rina untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis kerana ia merupakan satu jenayah.

"Aku tak nak! Aku malu Jun! Maruah aku sudah hancur. Mana aku nak letakkan muka aku kalau semua orang tahu? Macam mana aku nak hidup kalau satu universiti tahu?" Rina menolak paksaan Jun. Malu keluarganya nanti jika perkara ini tersebar. Lagi pula adakah polis mahu menerima laporan yang dibuat oleh dirinya. Apa yang ingin dikatakan kepada polis? Bahawa suami yang baru dinikahinya tidak sampai satu jam itu merogolnya? Masuk akalkah laporannya nanti?

"Setan!!!" Syahiran menjadi semakin marah mendengar pengakuan Rina itu. Syahiran menumbuk dinding bilik hotel berkali-kali sambil membayangkan muka lelaki durjana yang telah meragut kesucian sahabatnya itu. Jika dia tahu gerangan lelaki tak guna yang sudah menghancurkan hidup kawannya pasti sudah nahas lelaki itu dikerjakan oleh dirinya. Malah dia sanggup membunuh lelaki itu jika perlu hanya disebabkan mahu menutut bela maruah gadis yang diragut tanpa kerelaan.

"Bawa aku balik Jun, Aqilah. Aku nak jumpa ibu dan nenek. Syahiran, bawa aku balik. Tolonglah bawa aku pergi daripada tempat ni. Aku mohon." Rina merintih agar dirinya dibawa pergi daripada tempat yang melakar sejarah hitam di dalam hidupnya.

Perlahan-lahan Rina dibangunkan oleh sahabat-sahabatnya sebelum dibawa keluar daripada bilik hotel itu. Mata Syahiran bergerak ke kiri dan kanan dengan laju seperti sedang mengawal orang yang ternama. Syahiran segera menutupi Rina dengan badan sasanya ketika tetamu hotel yang lain memandang mereka kerana ingin tahu apa yang sedang berlaku. Aqilah dan Jun juga sedaya upaya menutupi wajah Rina sehingga mereka sampai ke tempat letak kereta dan berlalu daripada situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience