BAB 5

Romance Series 6933

Beberapa jam mahal tersusun kemas, Faizul memilih jam berjenama Rolex lalu dipakaikan di pergelangan tangannya. Dia menuju kearah Suit Armani berwarna coklat gelap yang tersidai elok tidak jauh darinya, suit tersebut dicapai sebelum disarungkan ketubuh, Disembur sedikit minyak wangi Bvlgari membuat wangian kelelakiannya terserlah.

Dia meneliti diri dicermin, setelah puas hati dengan penampilannya barulah kaki dihayunkan keluar dari bilik tidur.

"Morning Tok Yah" Sapa Faizul setelah melihat Tan Sri Kamal yang sedang duduk sambil membaca surat kabar dimeja makan.

"Morning" Tan Sri Kamal menjawab, Matanya masih menghala ke surat kabar di tangan.

"Nek Mi mana Tok Yah?" Soal Faizul setelah perasan yang Puan Sri Farah Lee tidak berada di meja makan pagi ini.

"Nek Mi kamu tu, Awal pagi lagi dah keluar ada perjumpaan persatuan katanya" Jawab Tan Sri Kamal. Sudah masak dengan perangai Isterinya yang selalu sibuk dengan persatuannya itu.

"Ouh, patutlah nampak Mak piah saja yang ada di dapur tu" Ujar Faizul sebelum dia mencapai roti dan menyapukan Jem keatas pemukaan roti tersebut.

Mak piah adalah pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat di rumah agam itu.

"Dah seminggu kamu kat HR, Macam mana? Mesti kamu dah boleh biasakan diri kan?" Soal Tan Sri Kamal.

"Faizul dah banyak tahu tentang HR, Kalau biasakan diri tu bolehlah tapi tak sangat" Jawab Faizul

"Baguslah kalau begitu, Maisara mesti banyak tolong kamu kan. Dia tu dah lama kerja dengan Tok Yah. Tok Yah percaya yang dia boleh bantu kamu sebab tu tok yah suruh dia jadi p.a kamu" Ujar Tan Sri Kamal, kopi panas dihirup perlahan.

Mendengar nama Maisara disebut serta merta bibir Faizul mengukir senyuman. Walaupun selama 5hari ini dia bersikap tegas ke arah gadis itu tapi Maisara tetap selalu melakukan kerja dengan baik.

"Ya Maisara tu bukan je pandai bekerja tapi Cantik lagi Tok Yah" Katanya sambil tersenyum manis, dia sudah membayangkan wajah putih bersih milik Maisara.

Tan Sri Kamal menutup surat khabar lalu dia memandang Faizul, Cucunya ini sudah gila bayangkah? Baru 5hari takkan hati dah terpikat.

"Kamu ni, gatal sangat tak boleh nampak perempuan cantik" Cebik Tan Sri Kamal

Kenal sangat dia dengan perangai playboy Faizul itu, penat juga dia dan isterinya menasihatkan tapi semua sia² sahaja. Faizul langsung tidak berubah.

Awalnya Cucunya ini tidak bersikap begini namun selepas lama menetap di UK Faizul mungkin sudah biasa dengan suasana di sana sehingga kegiatannya pun seperti orang barat sahaja. Tapi dia juga sama seperti isterinya, Yakin yang Faizul sudah besar sudah mampu membezakan baik atau buruk nanti jika mereka terlampau paksa untuk berubah lain pula yang jadi.

"Tak salah kan Tok yah kalau Faizul cakap dia cantik, Dia memang cantik apa" Faizul berkata.

Namun disambut dengan gelengan oleh Tan Sri Kamal.

"Salah tu tak, Tapi kamu ingat jangan lebih sangat kamu tu dah ada Liana. Kamu nak letak kat mana liana tu?"

"Faizul gurau jelah Tok Yah" Ujar Faizul menyedapkan hati Tan Sri Kamal.

"Hmm.. kalau kamu macam² Tok Yah percepatkan perkahwinan kamu dengan Liana"

Faizul melepaskan keluhan berat, Bab kahwin ni yang dia paling tidak suka.

"Tok Yah Faizul nak gerak dulu lah yah, kalau lambat nanti kena hadap jem pula" Ujar Faizul selepas menyalam Tan Sri Kamal, Dia laju bergerak ke arah Pintu utama untuk keluar.

Tanpa sedar mata Tan Sri Kamal memerhati langkahnya yang berlalu pergi itu. Ini lah yang akan berlaku jika dia bercakap tentang hal kahwin Faizul selalu saja mengelak.

Maisara menarik break tangan keretanya, seatbelt yang dipakai dibuka sebelum mengemaskan sedikit rambut hitamnya lalu mencapai handbag dan keluar dari perut kereta.

Kunci Automatik ditekan sebelum langkah dibuka namun baru beberapa kaki melangkah kedengaran seseorang memanggilnya.

"Sara" laung Faiz dari jauh sambil berlari anak ke arah Maisara.

"Adui habislah aku" keluh Maisara seorang diri, Dia sebenarnya kalau boleh memang ingin menjauh dari Faiz tapi Faiz yang tidak putus asa mendekatinya membuat dia sukar melakukan itu.

"Faiz awak pun baru sampai kah?" Tanyanya sekadar berbasa basi. Kalau kat parking lot ini mesti lelaki itu baru sampai.

"Ya baru sampai, awak nak naik kan? jomlah sama², saya pun nak naik juga ni" Ajak Faiz.

"hmm saya.."

"Lately ni Awak asik mengelak je dari saya sara, Saya ada buat salah apa² ke?" Belum sempat Maisara menghabiskan kata Faiz sudah mencelah. Bukan dia tidak perasan riaksi muka Misara bila dia mengajak naik bersama. Makin lama dia terasa Maisara semakin ingin menjauh darinya.

Maisara senyum paksa, Inilah penyebab dia selalu mengelak dari Faiz. Lelaki itu bertanya begini membuat dia semakin rasa bersalah.

"Tak bukan macam tu. Faiz, awak jangan lah salah faham cuma lately ni saya sibuk sikit. Saya tak ada masa nak jumpa atau berborak dengan awak" Ujar Maisara cuba menyedapkan hati Faiz. Kesian pula dia bila melihat wajah Faiz yang sudah bertukar redup pasti lelaki itu terasa hati dengannya.

Faiz tersenyum mendengar penjelasan Maisara

"Kalau macam tu jum lah kita naik" Ajaknya lagi.

Maisara tiada pilihan dia terpaksa akur sahaja nanti banyak lagi soalan yang Faiz persoalkan pula.

Faizul Yang baru sampai sedang menghayunkan langkahnya ke arah lift VIP itu terhenti tatkala melihat Maisara dan Faiz sedang jalan beriring menuju ke arah lift yang digunakan pekerja HR.
Lantas kakinya laju mendekati mereka.

Maisara dan Faiz yang perasan dengan kedatangannya di situ, Tunduk Hormat kepadanya.

"Selamat pagi Encik Faizul" ucap Maisara dan Faiz serentak.

"hmm..selamat pagi" Balas Faizul, dia mengatur langkahnya mendekati dua pekerjanya itu membuat Faiz dan Maisara berkerut dahi.

Bukankah Faizul sepatutnya menggunakan Lift khas VIP dihujung sana. Takkan Faizul nak join mereka ikut lift biasa pula. Buang tabiat agaknya bos mereka dipagi hari ni.

Ting!

Pintu lift terbuka luas mereka melangkah serentak ke dalam perut lift. Belum sampat berada dalam perut lift kaki Maisara sudah terpeleset membuat dia hilang keseimbangan untuk berdiri. Faiz yang perasan dengan itu, cepat² menyediakan tangannya ingin menyambut Maisara, tetapi apakan daya Maisara jatuh kearah Faizul pula.

Faizul cepat menyambut tubuh kecil Maisara. Gadis itu jatuh ke dakapannya.

Dia meneliti setiap wajah bersih milik Maisara. Dari pandangan dekat begini gadis itu jauh lebih cantik. Rindu? Ya dia sangat rindukan Maisara.

Maisara yang berada didalam dekapan Faizul terpukau seketika kerana renungan lelaki itu, Wajah Faizul Ah.. Ini yang dia tidak mampu elakkan perasaan yang sudah berusaha dibuang selama 5 tahun itu kini kembali berdiri guguh dihatinya.

"Hmmm~" Deheman Faiz menyedarkan menyedarkan mereka berdua.

Cepat² Maisara bangun dari dekapan Faizul, Lalu dia berdehem kecil menutup rasa segan.

Faizul pula pura² membetulkan suitnya yang kononnya terkusut itu.

"Saya minta maaf Encik Faizul, kasut saya tinggi sikit." Jelas Maisara, tidak mau Faizul berfikir yang bukan² pula nanti.

"Ya it'okay, You oke ke ni?" Tanya Faizul, nadanya nampak sangat dia membimbangkan Maisara.

"Yaya saya oke" Jawab Maisara.

Faiz yang dari tadi hanya menjadi pemerhati, Pelik melihat dua sikap yang berada di hadapannya ini. Mungkinkah Faizul dan Maisara ada hubungan? Dia cepat menyadarkan diri. Seperti hal itu mustahil, Mana mungkin Maisara baru bekerja 5 hari dengan Faizul sudah mempunyai rasa cinta dia yang menunggu hampir sudah lama pun belum mendapat jawapan dari gadis itu.

Lift yang tadi terbuka kini sudah pun tertutup semula mereka harus menunggu untuk lagi sekali.

Ting!

Pintu lift terbuka luas untuk kali kedua, kali ini Maisara cuba berhati-hati dengan langkahnya.

Mereka bertiga masuk ke dalam perut lift, maisara mengambil tempat di tengah, Faiz pula mengambil tempat disebelah kiri dan Faizul mengambil tempat di sebelah kanannya.

Tidak sedar dua pasang mata lelaki-lelaki itu menghala kepadanya.

                 

Seorang gadis jelita sedang mengatur langkahnya masuk ke dalam Wisma HR Group.

Setiap langkahnya diperhati oleh semua pekerja Di bangunan itu. Kasut tinggi merah itu bergerak laju ke arah bilik pejabat Maisara

"Excuse Me"

Maisara yang sedang tekun bekerja itu menoleh pandangan ke arah empunya suara. Terkejut dia melihat wanita yang sedang berdiri dihadapannya sekarang ini 'Gila mak ai seksi nya' sempat dia mengutuk didalam hati setelah melihat penampilan wanita cantik itu.

Bertubuh langsing seperti model, muka seperti minah saleh, Siapa dia ni? Soalan itu terus berada di dalam fikirannya.

"Ye .. Yes miss can I help you?" Soal Maisara takut jika dia bercakap bahasa melayu minah saleh dihadapannya ni tidak faham pula.

"Ya, I nak jumpa Faizul Asfar" Balas gadis itu.

Membulat mata maisara 'Oh orang melayu aku ingat orang putih tadi'

"Sebelum tu boleh saya tahu cik ni siapa" Maisara bertanya. Dia bekerut dahi melihat pandangan tajam dari gadis itu selepas mendengar soalannya tadi. Sombong!

"I Liana, Tunang Faizul"

Nafas Maisara terhenti seketika, dia meneliti Liana yang berdiri dihadapannya. Patutlah Faizul meninggalkan dia dahulu, lihat saja tunang Faizul ini jauh sekali jika ingin dibandingkan dengannya. Tiba² hati diulit rasa cemburu.

"Sekejap ya Cik" Maisara menekan butang interkom untuk menghubungi Faizul.

"Yes, Maisara" kedengaran suara Faizul dari interkom.

"Encik Faizul tunang Encik, Cik Liana nak jumpa Encik" beritahu Maisara

"Suruh dia masuk" Balas Faizul.

"Bilik Encik Faizul pintu hitam tu, Cik bo..." Belum sempat Maisara menghabiskan kata²nya. gadis itu sudah pun pergi sempat lagi dia memberi jelingan terhadap Maisara.

"Sombong nak mampus" kutuk Maisara tapi hanya dia sahaja yang boleh mendengar.

               


"Sayang~ I miss You" Rengek Liana sebaik sahaja dia berada di bilik pejabat Faizul.

"Ya, Kenapa tak bagitahu I, You dah sampai malaysia?" Soal Faizul.

Yalah Liana seorang model Antarabangsa jadi Liana pun banyak menghabiskan masa di luar Negara juga. Selama 5tahun dia berada di UK sesekali ada juga Liana datang menjenguknya.

Tapi gadis ini seperti menyekat setiap aktivitinya kerana Liana selalu ada jika dia ke mana² Sahaja. Hal itu membuat dia sedikit rimas dengan Liana.

Liana mendekati Faizul sebelum memeluk bahu lelaki itu.

"Well I nak Suprise kan you sayang, Hei..you mesti belum lunch, Jum I belanja"

Faizul melirik jam dipergelangan tangan yang menunjukkan jam 2:00 petang, terlalu leka bekerja sehingga waktu makan tengahari pun dia terlimpas.

"Ya, I dah lambat lunch rupanya, Jum I pun lapar" jawab Faizul, Senyuman Liana dibalas sebelum dia bangun dan mencapai kunci kereta.

Liana menggenggam lengan sasa Faizul lalu mereka melangkah bersama keluar dari bilik pejabat Faizul.



Maisara memerhati pasangan kekasih yang sedang mengatur langkah ke arah bilik pejabatnya.

"Maisara, I nak keluar Maybe I tak masuk lagi. Kalau ada apa² you just call me" Beritahu Faizul ke arah Maisara.

"Baiklah Encik Faizul" balas Maisara ringkas.

Pandangan matanya jatuh ke tangan Liana yang memegang erat lengan Faizul, Mesra sungguh! Namun hatinya diulit perasaan cemburu melihat kemesraan itu. Andai sahaja Faizul tidak pernah memutuskan hubungan mereka, mungkin sekarang dia yang berada di tempat Liana.

Dia hanya menghantar langkah pasangan itu menuju ke lift dengan mata sahaja.

"Kuatkan lah aku ya ALLAH" Doa Maisara, Sesungguhnya dia bukanlah seorang yang terlalu kuat untuk menghadap perasaan yang masih ada itu.

             

"Mai jum lah makan, dari semalam kau tak makan apa² lagi" pujuk Balqis.

Sebaik sahaja pulang dari pejabat semalam Maisara terus mengurung dirinya dibilik, gadis itu langsung tidak menjamah makanan dari semalam lagi.

"Takpahlah, korang makan lah dulu aku tak lapar lagi" Balas Maisara.

Kemesraan Faizul dan Liana kelmarin telah membuatkannya kecewa. Melihat dari kemesraan itu, dia yakin pasangan itu mencintai satu sama lain.

Tidak dia sangkakan lelaki yang pernah berjanji setia kini telah bersama wanita lain.

Cepatnya Faizul melupakan dia.

Dimana janji Faizul yang selalu akan ada untuknya.

Ya allah Mai semua tu 5 tahun lepas. Kini Faizul bukan yang dulu lagi.

Lebih sakit hati bila dia melihat senyuman di bibir Faizul nampak sangat Faizul sudah bahagia sekarang berbeza dengannya yang masih lagi menderita dengan perasaan cinta terhadap Faizul. 

Kenapa susah sangat untuk dia lupakan lelaki itu? Sudah bermacam cara dia lakukan tapi segalanya gagal.

"Mai cuba kau cerita sikit dengan kami apa yang jadi sebenarnya, semalam kau balik dari kerja kau terus kurung diri kau kat bilik macam ni, Kau kenapa sebenarnya ni?" Tanya Nadia risau.

Maisara memeluk bantal lalu di sembabkan ke mukanya.

"Tak dah apa lah, aku cuma perlu rehat je. korang boleh tak korang keluar aku nak tidur lah"

Dia hanya ingin sendiri sekarang. Biarlah cuma dia yang tahu apa yang berlaku sekarang ini nanti kalau tepat masanya dia akan memberitahu dua sahabatnya itu juga.

"Hmm yalah, Nanti kalau kau nak apa² kau panggil je kami" Balas Balqis.

Mereka turut sahaja apa yang dimahukan Maisara sekarang. Risau nanti jika mereka banyak bertanya menambahkan beban untuk Maisara pula. Biarlah Maisara menenangkan fikirannya terlebih dahulu nanti kalau dia sudah membaik pandailah mereka memujuk untuk Maisara mencerita apa yang berlaku.

Setelah yakin Balqis dan Nadia sudah keluar. Maisara menutup mata cuba untuk tidur tiba² dia terasa penat sekarang, mungkin kerana lelah akibat terlalu lama menangis.

Dia bersedih sekarang pun tiada guna semua sudah berubah, dia harus menerima Faizul memang bukan ditakdirkan untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience