Keesokan harinya, aku dengar riuh-rendah kat luar pejabat Encik Haidid . Aku nampak Maimon dah terpekik-pekik menghempas barang, Encik Haidid cuba memujuk Maimon supaya bertenang.
“Apa cerita ni Shanti?” tanya aku pada Shanti yang sedang menonton adegan itu.
“Ini Maimonlah, dia masuk ofis encik Haidid tadi. Dia terus keluar pekik-pekik dan baling gelas semua kasi pecah,” jawab Shanti.
“Apa pasal Maimon macam tu?” tanya aku lagi.
“Saya tak tahu lah Nori , lepas ini awak pergi tanya dia lah” jawab Shanti lagi.
Yang lain semua terdiam, masing-masing tak berani nak masuk campur, si Maimon dah terus macam orang kena sawan. “You lelaki tak guna! Lelaki sial! Celaka!” Maimon terjerit.
PELEPANGGGGGGGGGGGG!!!!!! Satu tamparan yang maha kuat singgah ke pipi Maimon. Dia tersungkur rebah. Aku memang pantang tengok perempuan kena pukul dengan lelaki. Dengan tak semena-mena aku terus ke depan dan menahan tangan Encik Haidid .
“Shanti! Telefon polis cepat!” kerah aku pada Shanti.
“Eh Nori !, lepaskan saya,” Encik Haidid bersuara sambil cuba melepaskan tanggannya dari genggaman aku.
“Sorry Encik Haidid , kali ni no way! Encik Haidid dah lakukan kekerasan kat perempuan! ” herdik aku. Encik Haidid menolak aku tapi tak jalan, yang lain dah terpekik, belum sempat aku kasi satu penumbuk polis pun datang.
“NANTI!” seorang daripada anggota polis itu bersuara. Sementara seorang lagi menahan Encik Haidid . “Awak berdua ikut kami ke balai buat laporan.”
Aku dan Maimon ikut polis ke balai untuk membuat statement.
Kami disoal oleh seorang polis bernama Inspektor Wan Daim . Setelah habis, kami dibenarkan pulang. Inspektor Wan Daim mengatakan yang dia mungkin menghubungi aku lagi jika ada keperluan seterusnya. Bila aku keluar dari Balai Polis tersebut, Maimon menghulurkan tangannya pada ku. Dia meminta maaf dan berterimakasih pada aku.
Share this novel