BAB 11

Humor Completed 22642

Tiba-tiba sahaja Haris berubah sikap.

“No. Julia. You need to listen, I dah kahwin” beritahu Haris yang sedang mabuk.
Diana dan lain terkejut.

“Tak, dia mengarut je ni. Dah mabuk. Biasalah tu” Joe cuba cover line untuk Haris.

“Betul. Ni… cincin kahwin I” Haris menunjukkan cincin yang terselit di jari manisnya. Dia cuba memegang tangannya untuk menunjukkan cincinnya tapi tidak dapat kerana pandangannya yang sudah kabur.

“What. You tipu I” marah Diana. Cepat sahaja tangannya menampar wajah Haris. Diana segera menarik tangan Liza dan mereka berdua beredar dari situ. Joe mahu mengejar Liza dan Diana tetapi tangannya ditarik oleh Haris.

“Bro…” kata Haris.

“Kau..tahu, nak tahu…rahsia aku dengan…Syuhada?” soal Haris. Tutur katanya sudah tidak beraturan.

“Aku..kahwin..dengan Syuhada sebab...” kata-kata Haris terhenti. Dia mual mahu memuntahkan segala isi perut tapi segera ditahan oleh Joe.

“Im ok” balas Haris.

“Dahlah Haris. Kau dah mabuk ni, jom aku hantar kau ke bilik” balas Arsyad.
Haris menolak.

“Tunggu dulu bro…Aku pernah cuba rogol Syuhada” Haris ketawa lucu.

Joe dan Arsyad tergamam. Kata-kata Haris itu membuatkan mereka sangat terkejut. Mereka tidak menyangka rahsia inilah yang ditanggung oleh Syuhada dan Haris selama ini.

Akhirnya misteri tentang perkahwinan terburu-buru antara Syuhada dan Haris itu sudah terjawab. Namun pengakuan Haris itu membuatkan kawan-kawannnya hanya berdiam diri.

Mereka semua tidak menyangka yang Haris sanggup memperlakukan Syuhada sebegitu rupa dan mereka masih tidak menyangka yang Haris dapat bertindak sekejam itu kepada gadis yang baru dikenalinya. Mereka semua bersimpati atas nasib malang Syuhada.

Haris menundukkan kepalanya. Berat hatinya mahu mengakui kesalahan dan kekejamannnya itu tapi dia mahu teman baiknya tahu betapa hinanya dia kerana sanggup mempelakukan gadis sebaik Syuhada sebegitu rupa.

Dia tidak mengharapkan kawan-kawannya menyebelahinya tapi dia mahu mereka mengetahui yang betapa dia berdosa dan bersalah dengan Syuhada dan dia sudah tidak mampu menyakiti hati Syuhada lagi.

“Kitaorang hantar kau pergi bilik” kata Arsyad. Dia dan Joe kemudiannya mencapai bahu Haris untuk memapah lelaki itu keluar dari club. Haris tetap menolak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience