BAB 9

Drama Completed 5869

Apabila tiada balasan dari Datuk Badlyshah dan Datin Mariam,dia menarik Laila. Sepanjang perjalanan ke Mont Kiara iaitu rumah keluarga angkat Fezrol,Laila hanya berdiam diri. Dia sebenarnya terkejut dengan penipuan Fezrol sebentar tadi.

Kedatangan Laila disambut baik oleh keluarga angkat Fezrol. Mereka ada bertanyakan sama ada Fezrol ingin balik kepada keluarga asalnya tetapi Fezrol bertegas tidak mahu balik kesana. Jawapan Fezrol mengundang senyuman kepada keluarga itu. Laila ditempatkan dibilik tetamu selepas Fezrol memujuk Laila untuk tinggal disini memandangkan esok adalah cuti hujung minggu.

Pada malam tersebut seluruh keluarga angkat Fezrol berkumpul dan mendengar cerita tentang Laila dibuang oleh keluarga daripada Fezrol. Mereka berasa sedih dengan kejadian yang menimpa Laila. Tidak sangka sebuah keluarga yang berpengaruh seperti keluarga Tengku Hafizi sanggup membuang ahli keluarga sendiri.

“Memandangkan Fezrol dah jumpa Laila balik,Ayah ada satu cadangan,” kata Dato Mumtaza apabila Fezrol selesai menceritakan tentang kisah Laila.

“Cadangan apa Ayah ?” Fezrol yang sudah teruja bertanya kepada Dato Ikhmal Haikal. Hampir dua belas tahun tahun tinggal didalam keluarga ini tetapi dia tetap juga gagal membaca apa yang berada difiIssabella n lelaki separuh umur ini.

Dato Mumtaza tersenyum mendengar pertanyaan Fezrol. Dia memandang anak bujangnya iaitu Hasby Hatta dengan pandangan penuh bermakna. Airel yang memandang wajah Ayah nya mula merasakan perancangan yang dibuat mesti melibatkan dirinya.

“ Ayah nak abang Hasby kawin dengan Laila,” kata Dato Ikhmal Haikal ringkas kemudian dia bangun menuju kebilik diikuti isterinya Datin Liyana.

Laila yang mulanya pegun ditempat duduknya mula bergerak ke kolam yang berada diluar rumah. Hatinya seperti terkena renjatan elektrik apabila Dato Mumtaza berkata begitu. Tiba-tiba ada tangan yang melingkar di bahunya. Dia memandang kepada gerangan yang memeluknya itu. Fezrol hanya melemparkan senyuman kepada Laila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience