Kerana masih tidak berpuas hati dengan jawapan Omar, Syahid pergi ke bazar petang itu. Beberapa langkah menghampiri gerai mak Omar, langkah Syahid sedikit perlahan. Hatinya berdebar ketika melihat Omar sibuk menyusun kuih-kuih di gerainya, Hati Syahid merasa berbelah bahagi.
Tetapi dia memutuskan untuk mengekalkan tekadnya. Dengan perlahan-lahan, dia mendekati Omar, berusaha mengumpulkan keberanian untuk membuka mulut.
"Hah? Ada apa kau datang sini? Aku tengah sibuk ni. Tak ada masa nak bersembang dengan kau."
"Ya, aku tahu. Aku datang ni nak tanya kerja kosong kat mak kau."
"Kerja kosong? Kan aku dah cakap, mak aku tak ambil pekerja. Kau cari jelah kat tempat lain."
"Ha Syahid, kamu nak beli kuih semalam ke? Dah cukup duitnya?"
Syahid terpinga-pinga bila ditanyakan soalan itu.
"Tak mak cik. Tapi....saya nak kerja dengan mak cik, boleh? Berapa pun mak cik bayar saya terima."
Terkebil-kebil mak Omar mendengar. Wajah anaknya disisi dipandang beberapa saat.
"Mak cik tak ambil orang kerja, nak. Lagi pun ini gerai aje, mak cik tak mampu nak bayar gaji orang. Omar dah tolong ni pun mak cik kira bersyukur sangat."
"Tak kan tak de langsung kerja untuk saya buat? Saya cuma nak tolong mak cik jual kuih-kuih tu. Saya boleh belajar dari mak cik."
Mak Omar tersenyum pahit.
"Maaflah, nak. Mak cik memang tak boleh bantu kamu. Hasil jualan mak cik ni kecil, cukup-cukup aje. Tapi....kalau betul kamu nak kerja jumpa tanya tempat lain. Mana tahu dapat."
Walaupun hatinya terasa sedikit tercalar mendengar penolakan itu, Syahid memilih untuk memendam. Dia tahu, tak semua orang akan faham apa yang cuba dia buat. Niatnya cuma mahu mengumpul duit. Kemudian dapatlah dia membeli kuih raya yang sedap-sedap untuk neneknya nanti. Terutama sekali kuih semperit kesukaannya.
Dengan langkah yang lemah Syahid berlalu
meninggalkan gerai itu dengan hati yang kecewa. Dia tak boleh berputus-asa. Dia perlu mencari jalan untuk mencapai matlamatnya, walaupun mungkin akan lebih sukar daripada yang dia jangka.
#cerpen #authorciciaida #author #reading #lovereading #penulisnovel #cerpenraya #ceritaramadhan #raya #dollowers #highlights
Ada keistimewaannya dengan cerita ni. Nak tahu next episode, stay follow ya.
Share this novel