BAB 12

Romance Completed 18280

Azan subuh berkumandang tatkala Mariam Syuhada baru sahaja tersedar dari tidur. Hafiy disebelahnya masih lagi lena sambil tangannya erat di pinggang. Comel sekali Hafiy ketika tidur. Nak bangun, pinggangnya sudah terkunci dek lengan Hafiy. Nak tak nak, Mariam Syuhada terpaksa menunggu sebentar sementara Hafiy bangun.

Selimut ditarik menutupi sebahagian badannya yang terbuka. Angin sejuk di pagi hari menambah lagi rasa hingga ke tulang. Mariam Syuhada mendekatkan tubuhnya rapat ke tubuh suaminya, mencari sedikit kehangatan. Matanya terasa masih mengantuk namun digagahkan juga. Wajah Hafiy disebelah direnung lama. Menjadi kebiasaan Mariam Syuhada ingin selalu merenung dan mengamati wajah kesayangannya itu.

Dari mata turun ke hidung hinggalah ke bibir merah Hafiy. Suaminya bukan perokok sebab itu bibirnya bersih dan merah. Mariam Syuhada meletakkan tangannya di dada Hafiy, cuba merasa degupan jantung suaminya. Mariam Syuhada tergelak kecil. Macam budak kecil!

Tangannya beralih ke bibir merah Hafiy. Cantik sekali bibir nya. Kecil dan bersih. Bibir Mariam Syuhada pun tak semerah bibir suaminya. Jari nya perlahan mengusap lembut bibir itu. Lama dan bersahaja. Bibir inilah yang selalu menguntum senyuman dan selalu memberikan kata nasihat yang tak mungkin Mariam Syuhada lupakan.

"Hurm.. nak abang cium lagi ke?". Tiba2 suara Hafiy kedengaran. Cepat2 Mariam Syuhada menarik jarinya dari bibir suaminya.

Hafiy membuka mata sebelah. Kelihatan wajah isterinya yang merona merah. Hafiy terseyum. Dia kembali melelapkan mata. Mariam Syuhada mengetap bibir. Selalu sahaja kantoi dengan suami sendiri! Perlahan2 dia mendongak memandang Hafiy. Hidung mancung suaminya dikucup sekilas sebelum dia menyembunyikan wajahnya di dada Hafiy. Segaris senyuman terlakar di bibir Hafiy. Pelukannya dierat lagi. Dia suka!

Mariam Syuhada merasa pegangan tangan Hafiy yang semakin erat. Dia semakin mendekati Hafiy. Tiada tanda suaminya akan bangun. Mariam Syuhada mendekapkan pipinya di dada Hafiy. Dia akhirnya terlena kembali mendengar rentak jantung suaminya.

Jam menunjukkan pukul 8 ketika Mariam Syuhada tersedar dari lena. Mujur sahaja dia tak melompat terus dari katil. Mariam Syuhada sudah lewat. Pasti yang lain sudah lama bangun dan menyiapkan sarapan di dapur. Hafiy disebelah masih lagi tak berganjak. Wajahnya rapat ke wajah Mariam Syuhada.

"Abang, bangun! Dah pukul 8 ni. Mesti umi dah buat sarapan kat bawah". Tubuh Hafiy digoncang. Namun, suaminya masih tak bangun. Mariam Syuhada kalut. Tak pernah lagi dia bangun selewat ini.

"Abang! Bangun lah!". Kali ini, dia goncang kuat tubuh Hafiy hingga suaminya tersedar.

"Kenapa?".

"Eeii.. abang, dah pukul 8! Kita tak bangun lagi. Umi dah kat bawah tu. Mesti dia membebel nanti!". Mariam Syuhada cuba untuk bangun tapi dihalang Hafiy.

"Biarlah. Umi mesti faham".

Terbuntang mata Mariam Syuhada. Laki aku nak kena agaknya!

"Faham apa? Bangun la, abang! Eei.. cepatlah! Buat malu aje nanti".

Hafiy merengek manja. Dia masih tak mahu melepaskan isterinya dari pelukan. Lagi galak dia memeluk dan menyelimuti isterinya. Tambah2, sejuk penghawa dingin mencengkam ke tubuh. Silap haribulan, esok aje baru bangun!

"Eei.. jangan la macamni! Abang, bangun la! Harini kan ada yang nak datang, Syu kena tolong umi. Bangun la". Rayu Mariam Syuhada. Hafiy beriak biasa.

"Kenapa pun? Zulaikha kan ada? Biar dia tolong umi. Syu tolong abang! Awal lagi ni. Sejuk la sayang, peluk la abang cepat!". Hafiy membuat suara nakal. Mariam Syuhada memukul perlahan lengan suaminya.

"Jangan mengada, ye! Abang kalau taknak bangun jugak, Syu taknak layan abang lepasni".

Hafiy buka mata. "Taknak layan? Eh, berani ke?".

Mariam Syuhada berdecit. Datang perangai mengada nya, memang kesudah la tak habis!

"Ish! Jangan la macamni. Kita bangun dulu, ok? Nanti malam Syu layan abang lagi. Tapi, sekarang ni dah lambat".

Hafiy tersengih mengusik. Sebenarnya, dia pun takut jugak kalau2 Puan Faizah membebel sebab bangun lambat. Tapi, alang2 dah lambat, baik lambat kan aje lagi!

"Taknak".

"Abang!".

"Taknak!"

Mariam Syuhada mengeluh. Dalam hatinya berdoa, janganlah umi membebel. Mahu bergegar dunia kalau Puan Faizah berceramah perdana kat rumah ni.

Hafiy kembali lena. Dia sengaja menyakat isterinya yang sudah gelabah. Lagi dieratkan pelukan.

"Benci la abang ni!".

"Abang tak kisah pun".

Sengaja dilayankan isterinya. Mariam Syuhada diam.

"Isteri abang merajuk ke?". Hafiy pandang wajah isterinya. Mariam Syuhada memuncung.

"Buatlah muncung itik tu lebih sikit, senang abang terkam tak lepas!".

Mariam Syuhada ternganga. Sengaja nak menyakat lagi!

"Mariam Syuhada membelakangi Hafiy. Sedaya upaya dia cuba meloloskan diri, tapi tetap tak berjaya.

"Dosa belakangkan abang. Nanti tak dapat nak tengok muka handsome abang ni".

"Whatever!".

Gumam Mariam Syuhada. Macam nak gugur air mata nya. Mesti umi marah!

Hafiy memegang bahu isterinya. "Marah kat abang ke?".

Mariam Syuhada diam. Langsung tak memandang.

"Ala.. isteri abang dah merajuk. Abang baru nak manja2 macam baru kahwin. Umi mesti faham la, sayang!".

"Eei.. abang ni! Faham mende?".

"Faham la yang kita tengah berkasih2 kat dalam bilik ni!". Selamba dia menjawab. Terus dia mendapat satu cubitan di lengan. Terjerit kecil dibuatnya.

"Sampai hati Syu cubit abang!". Dia mengusap lengannya yang sudah merah.

"Lain kali cakap la pelik2. Alasan tak boleh pakai tau!".

Hafiy mengekek gelak. Geli hati melihat wajah cemberut isterinya.

Knok! Knok!

"Akak, bangun! Umi panggil turun bawah!".

Mariam Syuhada gelabah. Aku sudah bilang!

"Er.. ha.. akak turun kejap lagi!". Sahut Mariam Syuhada. Hafiy disebelah tak habis tergelak.

"Kan Syu dah cakap! Abang taknak percaya!".

"Masa bila abang tak percaya?". Hafiy buat muka tak bersalah.

"Hish, abang ni! Syu nak turun la.. boleh?".

Hafiy sengaja membuat muka konon nak berfikir.

"Apa abang dapat?".

"Haish, nasib la Syu oi!". Gumamnya perlahan hampir tak kedengaran.

"Jangan ingat abang tak dengar, eh!".

Mariam Syuhada mengelak. "Apa?".

"Pergilah. Kesian pulak nanti ada yang menangis". Usik Hafiy lagi. Pelukannya dileraikan. Mariam Syuhada duduk.

"Takde masa nak menangis la". Mariam Syuhada menjelirkan lidah. Dia capai baju tidur nya di lantai lalu disarung kemas. Hafiy hanya diam memerhati.

"Eh, nak mandi tu taknak ajak abang ke?".

"Taknak!".

Mariam Syuhada mencebik lalu terus meluru ke bilik air. Masaklah dia kena bebel nanti. Dah macam lipas kudung Mariam Syuhada membersihkan badan.

45 minit kemudian, Mariam Syuhada segera turun dari bilik. Dalam hati berdoa janganlah ada yang guruh kejap lagi. Terdengar riuh suara Mariam Zulaikha dari arah dapur. Kakinya dipercepatkan lagi. Hafiy masih bersiap di bilik. Mariam Syuhada terpandangkan Encik Azhar yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.

"Syu, umi kamu tunggu dari tadi tu. Cepat tolong dia. Kang membebel tak sudah pulak". Ujar Encik Azhar. Mariam Syuhada laju mengangguk.

Sampai di dapur, kelihatan Puan Faizah dan Mariam Zulaikha sedang membuat sup ayam. Mariam Syuhada menghampiri seolah2 tiada apa yang berlaku.

"Baru bangun?".

Kedengaran seperti perlian. Mariam Syuhada tersengih memandang.

"Dah lama. Cuma terlena balik".

Puan Faizah menggeleng kepala. "Takpelah, nak buat macamana. Orang tengah seronok berdua, Zulaikha!".

Eh? Tu maksudnya apa??

"Ha'ah la umi! Kena la bagi privacy sikit!". Sahut Mariam Zulaikha pula.

Kebas wajah Mariam Syuhada diperli sebegitu. Malu! Ni semua Hafiy punya pasal!

"Lain kali bagitau, takdelah adik kejut tadi. Kesian akak".

Terhambur gelak mereka berdua di dapur. Timun ditangan Mariam Syuhada habis hancur digenggam. I don't believe this!

"Apa nya? Adik jangan nak pelik2 ye!". Disiku lengan adiknya geram. Wajah Puan Faizah tak berani nak dipandang.

"Resepi berkasih la tu, Zulaikha! Ingat tu!". Pesan Puan Faizah pada Mariam Zulaikha.

Ok, aku tak tau nak menangis ke nak marah!

"Resepi berkasih apa nya?". Hafiy mencelah tiba2.

Semua mata tertumpu pada Hafiy dan Mariam Syuhada. Puan Faizah paling galak sekali mengusik.

"Baru bangun ke?".

"Er.. ha'ah. Maaf umi!". Hafiy garu kepala yang tak gatal.

Mengucap, Syu! Sabar!

"Tulah, resepi berkasih nya! Cepat sikit ye, umi dah tak sabar ni ha". Balas Puan Faizah pula. Dia terus meninggalkan anak menantunya terkulat2 di dapur.

"Adik tak campur tau!". Ujarnya separa berbisik. Mariam Syuhada pukul lengan Mariam Zulaikha.

"Tak campur la sangat!". Dia menggumam. Wajah Hafiy dipandang.

"Ni semua salah abang!".

"Aik? Abang pulak? Apa yang abang buat?".

Mariam Syuhada membuat muka masam. Laki aku ni kebal kena perli ke macamana gamaknya?

"Dah lah! Jangan kacau Syu harini". Dia terus meninggalkan suaminya lalu mengacau sup ayam.

Hafiy tergelak kecil. Bukan dia tak faham usikan mak mertuanya. Sengaja dia buat2 tak faham. Merah sudah telinga nya saat ini.

Dari dibebel oleh isterinya pula, baik dia ke ruang tamu. Encik Azhar yang sedang duduk menonton tv didekati. Dia mengambil surat khabar yang terletak kemas di atas meja lalu diselak ke helaian pertama.

"Ala, tak payah baca la, Fiy. Semua pasal harga naik".

Hafiy tersengih seketika. Wajah bapa mertuanya dipandang sekilas.

"Biasalah tu, ayah".

"Ni, kerja kamu macamana?".

"Macam biasa lah. Kadang ok kadang biasa2".

Encik Azhar mengangguk. Tumpuannya kini beralih kepada menantunya.

"Ayah rasa kamu belum bawak Syuhada tu kemana2 lagi, kan?". Soal Encik Azhar.

Haa.. jawab Hafiy!

"Er.. belum lagi, ayah. Hafiy tak sempat". Balasnya.

"Jangan macamtu. Sesekali bawak Syu tu keluar. Isteri ni kena disenangkan hati dia. Tu tanggungjawab tu!".

Hafiy mengangguk. Pesanan Encik Azhar tersemat di benak fikirannya.

"InsyaAllah, ayah. Hafiy nak siapkan kerja sikit. Sudah tu, Hafiy bawak Syu jalan2".

Encik Azhar terbatuk kecil sebelum bersuara.

"Jangan ingat kerja aje. Kerja tu memang takkan pernah habis. Dari bujang sampai la kamu kahwin ni, selalu dengan kerja aje. Bawak2 berehat la".

"Hai, bang.. cakap menantu, awak pun sama!". Sampuk Puan Faizah. Dia melabuhkan punggung disebelah suaminya.

"Saya pulak? Saya ni selalu dah bawak awak keluar. Sekarang je banyak kerja. Ni menantu awak ni, tak pernah lagi dibawaknya Syu tu jalan2".

Hafiy menggaru kepala yang tak gatal. Memang terbaik ceramah perdana pagi ni! Double standard!

"Ha'ah kan! Umi rasa belum lagi kamu bawak Syu tu jalan2. Haritu masa umi pelawa nak sponsor, Hafiy tolak".

"Er.. maaf umi. Hafiy tak sempat".

"Hurm.. nak kira tak sempat, sampai tua la tak sempat kamu tu. Sesekali bawak Syu keluar. Dia isteri kamu".

Hafiy mengangguk. Dia tersenyum kelat.

"InsyaAllah, umi. Nanti Hafiy uruskan macamana". Balasnya. Wajah mertuanya dipandang silih berganti. Dalam hati berdoa agar ceramah nya sudah berakhir.

"Ni.. kamu tak bawak Syu tu berurut ke?". Soal Puan Faizah tiba2. Berkerut wajah Hafiy mendengar. Isterinya sakit ke?

"K..kenapa?".

Puan Faizah mengeluh. "Tulah kamu! Dah setahun kahwin, masih takde tanda apa2. Tak cuba ke berurut ke, ke doktor ke?".

Hafiy sedikit ternganga. Baru mengerti maksud mertuanya. Perlahan2 Hafiy menggeleng. Dia langsung tak terfikir untuk melakukan semua itu. Fikirnya, masih belum rezeki, jadi mereka hanya perlu menunggu sahaja.

"Tengok, bang! Menantu awak ni la hai! Takkan tak check doktor?".

"Er.. tak. Hafiy tak terfikir pun, umi".

Puan Faizah menggeleng kepala. Nasib la Syu oi!

"Jangan macamtu. Memang la anak tu rezeki. Tapi kalau belum ada, kan ke tak salah usaha. Bukan usaha yang tu aje!".

Hafiy merona merah. Kali ini dia betul2 terasa malu. Wajahnya dikalih ke arah lain. Mujur sahaja Mariam Syuhada menghampirinya. Barulah fair dua2 kena tahan telinga!

"Kamu pun, Syuhada. Lain kali cakap dekat laki tu nak berurut ke.. apa ke".

Mariam Syuhada yang baru sahaja melabuhkan punggung, turut sama dileteri. Dia membuat muka seposen. Umi ni pun! Kot ye, tunggulah ambil nafas dulu.

"Er.. bukan macamtu, umi. Syu ada makan ubat2 tambahan ni semua, cuma abang je tak tahu". Sekilas dia memandang wajah Hafiy disebelah. Bukan niatnya untuk menyembunyikan, tapi dia bimbang Hafiy tak setuju.

"Syu tak cakap dekat abang pun?".

Mariam Syuhada tersengih. Jelas riak bersalah di wajahnya.

"Hafiy kena sentiasa bawak isteri check doktor. Badan Syuhada tu nak pakai lama. Jangan biar macamtu aje. Kata sayang bini!". Usik Puan Faizah.

"Tulah! Betul apa umi cakap tu, Fiy. Tu baru betul tanggungjawab suami. Kena jaga isteri tu elok2". Sahut Encik Azhar pula.

Mariam Syuhada dan Hafiy hanya mengangguk faham. Hafiy mencuit siku isterinya. Tanda tak puas hati.

"Ha.. tu dah kenapa?".

"Er.. ha? Takde.. takde apa2! Baik umi, nanti Hafiy akan buat macam umi dengan ayah suruh".

Puan Faizah tersenyum lebar. Suka melihat kemesraan anak menantunya. Tak sia2 dia menyerahkan anak perempuannya kepada Hafiy.

"Dah, umi nak ke dapur. Ni, abang tolong saya kejap".

Ajak Puan Faizah kepada suaminya. Mereka berdua bangun meninggalkan Hafiy dan Mariam Syuhada di ruang tamu.

"So, Syu hutang abang sesuatu. Kenapa tak cerita pun kat abang? Memang saja nak bagi abang kena bebel, eh?". Hafiy bercekak pinggang. Sengaja dia memandang geram pada isterinya.

"Er.. bukan macamtu. Syu bukan nak rahsia. Cuma, Syu takut nak bagitau abang".

"Apa pasal pulak takut? Abang makan Syu ke?".

Mariam Syuhada tergelak kecil.

"Memang la tak! Kan abang tak suka Syu ambil ubat2 ni semua. Abang kata tak elok untuk kesihatan la, apa lah. Sebab tu Syu ambil senyap2 je. Syu cuma nak ada zuriat untuk abang. Tu je".

Hafiy mengeluh. Kesian isterinya.

"Jangan paksa diri Syu macamni. Kan abang dah kata, rezeki Allah tu pasti ada. Abang taknak Syu pulak sakit sebab ambil ubat2 tu semua. Esok, kita check doktor. Kita rujuk hospital aje".

"Abang marah Syu ke?".

Hafiy mengeluh. Mana mungkin dia boleh marahkan isteri kesayangannya ini.

"Tak marah! Abang risaukan Syu aje. Jangan lah ambil lagi ubat2 tu. Kita ke klinik and check selalu. Lagipun, ubat2 ni ada pelik2 dalamnya. Abang tak mahu la". Dia menggeleng laju.

"Ok, Syu tak ambil dah. Sorry, abang". Dia memandang Hafiy dengan wajah sengaja dicomelkan. Hafiy menggigit tangan Syuhada geram.

"Kalau macamni, memang takdelah nak marah nya!".

Mereka tergelak kecil. Kepala Mariam Syuhada diusap perlahan. Cantik isterinya bila tersenyum.

"Seram tak kena marah dengan umi?". Usik Mariam Syuhada.

Macam dia tak perasan wajah suaminya tadi. Serupa ayam berak kapur aje!

"Biasa aje!". Hafiy berlagak tenang. Mariam Syuhada mendecit.

"Poyo!".

Mariam Syuhada bingkas bangun menuju ke dapur. Tinggal Hafiy terkulat2 sendiri di ruang tamu. Matanya terarah ke siaran tv. Nasib la takde geng kat rumah ni!

***

"Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke rumah Puan. Maaflah kalau ramai sangat!".

Ujar wanita tua, berumur lingkungan 50an. Wajahnya manis sekali. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Puan Rubiah. Emak kepada Amirul Arif.

"Eh, takpe lah. Jemput masuk. Rumah kami pun kecil aje".

Balas Puan Faizah ramah. Hampir 15 orang yang datang ke teratak mereka pagi itu. Rata2 adalah saudara terdekat Amirul Arif. Lelaki itu juga turut hadir segak berbaju tshirt hitam berkaca mata.

Mariam Syuhada dan Mariam Zulaikha bersalaman mesra dengan tetamu yang hadir. Jelas raut wajah Puan Rubiah lebih tua sedikit berbanding Puan Faizah.

"Mana yang Along berkenan tu?". Soal Puan Rubiah seraya memandang anak lelakinya. Dengan wajah yang tersipu malu, jarinya dihala kearah Mariam Zulaikha. Riuh suara yang datang mengusik.

"Amboi, cantik orangnya! Patutlah berkenan, ya?".

Amirul Arif tersengih malu. Mak sedara disebelahnya tak henti menyakat.

"Ni kakaknya?".

"Ya, saya". Jawab Mariam Syuhada.

Puan Rubiah duduk bersebelahan Puan Faizah. Rancak mereka berborak sementara air minuman dihidangkan.

"Amboi, handsome tu!". Usik Mariam Syuhada. Lengan adiknya dicuit mesra.

"Eei,, malu tau!".

"Alah, apa nak malu? Biasa lah tu".

Mariam Syuhada meletakkan cawan diatas dulang. Air teh yang siap turut diletakkan sekali.

"Nah, pergi hantar". Arah Mariam Syuhada. Adiknya sudah kecut.

"Ala.. Akak yang hantar boleh tak?".

"Eh, Mariam Zulaikha. Awak yang nak dipinangnya, bukan akak!". Balas Mariam Syuhada mengusik.

Nak tak nak, terpaksa la dia menatang dulang itu ke ruang tamu. Kecut perutnya saat ini. Mariam Syuhada mengekori dari belakang. Nak tergelak pulak melihat wajah adiknya saat ini.

Mariam Zulaikha yang manis berbaju kurung hijau pemberian Puan Faizah tahun lepas terus meletakkan dulang di atas meja. Perbualan mereka terhenti sebentar. Mata Amirul Arif mencuri pandang wajah kekasih hatinya.

Mariam Syuhada mengambil tempat disebelah Hafiy. Suaminya tersenyum manis.

"Anak saya ni duda. Takpe ke?".

"Eh, apa pulak nya. Kita ni tak kisah la, kak. Janji Amirul nya baik, boleh jaga anak kita ni elok2". Ujar Puan Faizah ramah. Wajah suami disebelah dikerling.

"Betul tu. Kami ni tak lah kisah sangat title duda tu. Janji Amirul boleh bimbing Zulaikha elok2, saya lega dah".

Puan Rubiah tersenyum manis. Lega hatinya sedikit.

"Meh duduk sini". Puan Rubiah menepuk tempat disebelahnya. Mariam Zulaikha menurut.

"Saya berbesar hati kalau pihak perempuan dah setuju. Saya ni takdelah nak kata Amirul tu bagus. Cuma, saya percaya dia mampu jadi suami yang baik nanti".

Jemari Mariam Zulaikha digenggam kemas. Dia tersenyum manis.

"Iyelah.. kita doakan yang terbaik la buat diorang berdua".

Semua mengangguk mendengar kata2 Puan Faizah. Turut bersetuju. Setelah mencicip sedikit air teh, mereka pun berbincang tarikh persetujuan.

"5 bulan dari sekarang, boleh?".

Puan Faizah memandang suami disebelah. Encik Azhar mengangguk setuju.

"Saya ni lagi senang nikah aje. Kalau pihak lelaki nak tunang jugak, kira kita buat tunang sekejap jelah sebelum nikah nya, boleh ke?".

"Boleh sangat! Saya ni lagi tak kisah. Saya setuju aje. Mana2 pun takpe, janji kahwin, ye tak?".

Terhambur gelak seisi tetamu yang hadir. Amirul Arif tak sudah tersenyum2 malu. Dalam hati bersetuju dengan cadangan Puan Faizah.

"Alhamdulillah. Jadi kita langsung nikahnya lima bulan dari tarikh harini la".

"Baik. Oh ye, ni cincin risik nya".

Sebuah kotak merah baldu dihulurkan kepada Puan Faizah. Setelah melihat sekejap, kotak baldu itu diletak diatas meja.

"Cantik! Boleh aje nak disarungkan".

Puan Rubiah tersenyum manis. Seutas cincin belah rotan diambil lslu disarung kemas di jari manis Mariam Zulaikha. Tersenyum simpul anak bongsu Puan Faizah dan Encik Azhar. Amirul Arif pun tak sudah mencuri pandang kekasih nya.

"Alhamdulillah, er.. jom la kita makan. Saya dah sediakan makanan sikit tu. Jom!".

Tetamu yang hadir mula bangun dan menuju ke meja makan. Seorang demi seorang menjamu selera. Tak habis2 mereka memuji makanan yang disediakan Puan Faizah.

Hafiy mula mendekati Amirul Arif. Mereka sempat berbual kosong. Rancak sungguh. Mariam Zulaikha memerhati dari jauh.

"Suka tak?".

Soal Mariam Syuhada yang sedang menjamu selera dengan adiknya. Raut wajah yang penuh ceria mengiyakan soalan itu.

"Jaga elok2. Jaga batas tau. Nanti dah nikah, adik kena jalankan tanggungjawab adik elok2".

"Erm.. ye kak. Terima kasih sebab bagi adik nasihat".

"Sama2 la. Untuk adik akak, semua boleh!". Mereka berdua tergelak kecil.

"Ni, lepasni akak kena terus balik rumah. Esok abang Hafiy kerja. Akak tak dapat la nak tunggu lama".

Mariam Zulaikha memuncung. Terasa sekejap sangat kakaknya di rumah.

"Takpe, nanti akak balik lagi. Adik tengok2 kan umi dengan ayah tau! Akak ada simpan sikit duit untuk diorang. Nanti adik ambil sampul putih kat laci akak ye. Bagi kat diorang".

"Erm.. yelah. Nanti adik bagi. Akak! Doakan adik nak exam final ni. Takut pulak. Dah la ada orang tu ugut kalau adik tak lulus subjek dia, dia taknak kahwin". Mariam Zulaikha mencebik seraya memandang Amirul Arif yang sedang makan. Terhambur gelak Mariam Syuhada.

"Aik, macamtu pun ada? Ala.. berani ke taknak kahwin? Tu.. akak tengok bukan main suka lagi tadi".

"Kan?!". Sahut Mariam Zulaikha. Mereka berbalas senyum.

Mereka meneruskan makan. Azan zohor berkumandang tatkala tetamu sudah beransur pulang. Mariam Zulaikha mengemas pinggan mangkuk yang sudah kotor manakala Mariam Syuhada menyapu ruang tamu.

"Syu, jom!".

"Sekarang ke?". Jam di dinding dipandang sekilas.

"Erm.. abang penat rasanya. Esok nak gerak awal".

Mariam Syuhada mengangguk. Penyapu diletak di belakang pintu lalu dia mencapai tudung yang tergantung kemas di ampaian. Setelah mengambil berat tangan dan henset, Mariam Syuhada menuju ke bilik tidur Puan Faizah.

"Umi, Syu nak balik ni".

Puan Faizah muncul dengan bertelekung. Dia baru sahaja ingin menunaikan solat.

"Nak balik dah? Cepat nya?".

"Er.. abang Hafiy kerja esok. Lagipun, dia nak berehat. Nanti Syu datang lagi".

"Haa.. iyelah. Hati2 bawak kereta. Ayah kamu dah ke surau. Takpe, nanti umi bagitau aje".

Tangan Puan Faizah disalam. Setelah mengucup lembut dikedua2 belah pipi Puan Faizah, Mariam Syuhada bergerak pula ke dapur.

"Dik, akak balik dulu".

Mariam Zulaikha dipeluk erat sebelum mencium dahinya. Setelah bersalaman, Mariam Syuhada mula mendapatkan suaminya diruang tamu.

"Ayah ke surau".

"Abang dah cakap tadi. Ayah kata takpe".

Mariam Syuhada mengangguk. Pintu rumah ditutup dan terus masuk ke dalam kereta. Mereka terus bergerak pulang ke rumah.

"Ah, lupa pulak! Abang, boleh tak singgah pasaraya kejap? Bawang dah habis la".

"Erm.. ok". Balas Hafiy.

Tangannya lincah memusing stereng. Lagu yang berputar di radio menemani perjalanan mereka berdua. Sesekali Hafiy dan Mariam Zulaikha menyanyi bersama mengikut rentak lagu.

"Amirul tu tua lagi dari abang tau!". Hafiy memula bicara. Wajah isterinya dipandang sekilas.

"Tulah. Adik kata umur dia 32. Abang baru 29.. nak masuk 30. Eei, abang dah nak tua la!".

"Eleh, cakap orang. Dia pun sama je". Hafiy mencebik.

Tak habis2 nak mengusik!

"Biarlah! Janji Syu muda lagi dari abang. I baru 25, ok?". Ujarnya dengan bangga. Sengaja dia menyakat Hafiy yang sedang memandu disebelah.

"Tak kisah la, sayang oi!".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Dia menghala kearah jalan raya.

"Abang panggil dia apa?".

"Panggil apa? Panggil jelah nama. Lagipun, abang still abang ipar dia".

"Betul jugak!".

Hafiy tersengih. Comel melihat keletah isterinya. Lima belas minit kemudian, mereka sampai di pasaraya berdekatan rumah mereka. Kereta diparkir di tempat letak kereta.

"Syu masuk dalam dulu. Abang nak call Aizat kejap".

"Erm, ok".

Hafiy menghulurkan beberapa keping not Rm 50 kepada isterinya. Dia memandang kelibat iserinya hingga hilang dari pandangan. Hafiy mengeluarkan henset nya dari poket baju lalu mendail nombor Aizat. Dia terlupa nak mengingatkan tentang borang yang sepatutnya dibuat oleh Aizat.

Mariam Syuhada leka didalam pasaraya. Niat dihati nak membeli bawang sahaja, tapi lain pulak yang dibelek. Kebetulan harini ada promosi. Takkan nak lepaskan peluang pulak!

Selepas satu, satu barang dibelek. Dari pencuci baju, sampailah ke makanan basah. Ada sahaja yang menghuni troli Mariam Syuhada. Kalau macamni selalu, bahagia hidup! Haha..

Lima minit berlalu, Hafiy keluar dari kereta. Baru sahaja beberapa langkah menjauh dari kereta, Hafiy terlihat susuk tubuh yang sangat dikenali di sudut pasaraya. Hafiy terhenti. Puas dia memandang untuk meyakinkan lagi pandangan matanya. Betul! Tak salah!

"Zahara.."

Hafiy melihat Zahara dan Hakim di satu sudut pasaraya. Kelihatan Hakim sedang cuba mengacau wanita itu. Perlahan2 Hafiy mendekati.

"Tolong lah! Jangan kacau Ara lagi!". Pegangan tangannya sedaya upaya dilepaskan. Hakim mengeluh.

"Please, Ara. Balik dengan abang. Abnag menyesal buat Ara macamtu". Kali ini, bahu Zahara pula cuba dipegang. Zahara menepis kuat.

"Kita dah takde apa2 lagi. Dah cerai! Ara taknak lagi hidup dengan abang. Tolong la balik. Jangan kacau Ara lagi!". Zahara merayu. Hakim tetap menggeleng kepala.

"No! Ara milik abang. Abang menyesal buat Ara macamtu. Abang.. abang tak boleh hidup tanpa Ara. Tolong balik pada abang, eh?".

Terdengar keluhan berat dari suara Zahara. Buntu dia saat ini.

"Tolong Ara!".

Hakim memegang kuat lengan Zahara sehingga dia mengaduh sakit.

Memandangkan mereka di sudut pasaraya, jadi tiada sesiapa yang boleh mendengar jeritan Zahara. Hakim tak peduli. Dia perlu mendapatkan Zahara walau apa cara sekalipun! Lengan yang dicengkam kuat sebolehnya ditarik agar mengikutinya. Zahara menepis dengan kasar. Hakim langsung tak menghiraukan Zahara yang mengaduh sakit.

"Hoi! Kau buat apa ni?!".

Hafiy mendekati. Wajah Hakim dipandang lama. Masih tak malu nak mengacau bekas isteri sendiri!

"Kau lagi? Kau kalau tak kacau aku tak boleh ke?". Hakim merengus kasar. Rambutnya dikuak berulang kali.

"Awak ok?". Soalan itu ditujukan buat Zahara disebelahnya. Hakim mencebik.

"Yang kau sibuk sangat ni apehal?!".

"Kau tu patutnya jangan menyibuk! Dah cerai buat cara dah cerai!". Hafiy memerli. Dia sudah merasa bengang dengan lelaki dihadapannya.

"Suka aku lah! Kau blah! Sebelum aku tumbuk muka kau lagi. Ara, ikut abang balik!". Dia merentap kasar Zahara sehingga wanita itu hilang imbangan. Hampir sahaja dia terjatuh di tepi longkang.

"Aduh! Sakit la, abang! Tolong la lepaskan Ara".

Jatuh air mata Zahara. Tak mampu lagi dia nak merayu. Habis daya nya merayu pada lelaki yang langsung tak faham hatinya.

"Baik kau lepaskan dia! Sebelum aku call polis!". Hafiy mendekati Zahara yang sedang terduduk sambil memegang buku lali nya. Hakim bertambah marah.

"Aku pantang orang kacau hidup aku! Dia ni bekas isteri aku, jadinya aku berhak buat apa aje pada dia!".

Hafiy terdiam. Hatinya mulai panas. Dia sudah tak mampu berfikir dengan akal waras. Hafiy memandang tajam kearah Hakim.

"Dia bakal isteri aku! Baik kau blah!".

Hakim terkedu. Hampir sahaja terjatuh rahangnya mendengar ayat Hafiy. Zahara juga terkedu. Lidahnya kelu untuk berbicara. Tak berkelip dia memandang Hafiy yang sedang galak memandang bekas suaminya.

'Apa yang aku dengar ni?'

'Apa yang dah jadi?'.

'Aku bakal isteri dia?'.

'Bila dia dan aku berbincang?'.

'Ah, tak mungkin! Ara, kau cuma bermimpi. Dia cuma nak selamatkan kau saja!'.

Hafiy memandang sekilas Zahara yang masih terdiam membisu. Pasti wanita itu terkejut.

"Kau dah dengar, kan? So.. baik kau berambus dari sini atau aku pecahkan muka kau!".

Hakim mengetap gigi kuat. Bergerak2 rahangnya tanda marah yang teramat. Dia memandang Hafiy dan Zahara silih berganti.

"Kau tunggu!".

Hanya itu yang mampu diucapkan. Perlahan2 Hakim berundur langsung meninggalkan tempat itu.

"Zahara ok?".

Hafiy menoleh pandang. Dia mencangkung disebelah Zahara yang hanya mampu menggeleng kepala berkali2. Buku lalinya lebam.

"Terima kasih tolong saya. Saya anggap apa yang Encik Hafiy cakapkan tadi sekadar pertolongan. Maaf dah menyusahkan lagi".

Zahara cuba bangun tapi buku lali nya terasa pedih.

"Eh.. er.. kaki Zahara lebam tu. Biar saya hantar awak balik".

"Takpe! Saya boleh balik sendiri. Takpe.. jangan tolong saya". Zahara cuba sekali lagi berdiri dengan penuh kepayahan. Hafiy hanya mampu memandang.

"Terima kasih. Maaf".

"Er.. Zahara!".

Langkah wanita itu terhenti. Zahara menoleh.

"Saya maksudkan kata2 saya tadi". Ujar Hafiy perlahan. Dia tekad untuk mengambil Zahara sebagai isteri. Dia tau keputusan ini bakal menggegarkan hati isterinya.

"Jangan, Encik Hafiy! Saya tak mahu jadi penyebab rumahtangga encik Hafiy goyah".

"Tak! Saya ikhlas. Saya tak sanggup tengok Zahara disakiti macamtu. Saya ikhlas".

Zahara tergelak sinis.

"Saya dah biasa. Kenapa nak kesian pulak?".

"Saya bukan kesian. Saya tak sanggup! Tak sanggup tengok Zahara macamtu".

Zahara tergelak kecil. Lucu mendengar kata2 Hafiy. Tak sanggup tengok bukan hampir kepada kesian kah?

"Abang?".

Hafiy menoleh. Mariam Syuhada sudah tercegat tak jauh dari mereka berdua. Ada air mata yang mengalir di pipi. Hafiy gelabah.

"Er.. Syu.. abang.."

"Balik dulu, jom! Kita bincang kat rumah". Mariam Syuhada segera melangkah menuju ke kereta.

Remuk hatinya tatkala mendengar suaminya ingin bernikah lagi. Air mata tak henti mengalir. Apa salahnya? Apa kurangnya sehingga Hafiy mencari yang lain?

"Encik Hafiy balik la dengan Syu. Saya boleh balik sendiri". Ujar Zahara dengan perasaan bersalah. Dia juga turut memahami perasaan Mariam Syuhada.

"Maafkan saya".

Hafiy berlari anak menuju ke kereta. Kelihatan Mariam Syuhada sudah pun terduduk sayu. Wajahnya murung. Hanya air mata yang menemani Mariam Syuhada.

"Syu.. dengar dulu ap.."

"Balik dulu. Kita bincang kat rumah". Dia menoleh sekilas.

Hafiy terdiam. Nak tak nak, Hafiy terpaksa juga memandu pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, Hafiy tak sudah2 menyalahkan dirinya kerana dia tak mampu nak menahan diri. Isterinya tetap diam seribu bahasa. Jangankan bercakap, nak memandang wajah Hafiy pun, belum tentu dia mahu.

Kereta berhenti betul2 di halaman rumah. Mariam Syuhada terus keluar dari perut kereta dan terus menuju ke dalam rumah. Fikirannya sudah tak mampu nak mencerna apa2 lagi. Dia terus ke dapur bagi menghilangkan haus.

Nafas ditarik berulang kali. Kelibat Hafiy menghiasi anak mata Mariam Syuhada.

"Syu.."

"Syu nak solat sunat kejap. Abang boleh tunggu?". Tiada senyuman mahupun wajah yang ceria.

"Abang imamkan!". Lengan isterinya ditarik lalu mereka menuju ke bilik tidur.

Hafiy terlebih dahulu mengambil wudhu dan diikuti Mariam Syuhada. Sejadah dibentang dan telekung disarung kemas di kepala Mariam Syuhada. Hafiy mula mengimami solat sunat mereka.

Usai salam, Hafiy menadah tangan berdoa agar rumahtangga mereka diberkati dan diredhai selalu. Dia tak lupa untuk memanjatkan syukur kepada Allah kerana telah memberi nikmat kesihatan dan kebahagian buat mereka berdua.

Mariam Syuhada mengaminkan setiap titisan doa yang dipanjatkan. Air matanya kembali mengalir. Dia mendongak pandang susuk tubuh Hafiy dari belakang.

'Abang suami yang baik. Imam yang baik. Abang jaga Syu dengan baik. Tapi, kenapa abang memilih keputusan ni? Apa kurangnya Syu pada mata abang? Syu gagal jadi isteri pada abang ke? Atau.. sebab Syu tak dapat nak berikan zuriat pada abang dalam masa terdekat ke?'

Hafiy memusing pandang isterinya yang tertunduk sayu. Perlahan2, jemari isterinya dikucup lembut. Dagu Mariam Syuhada dipaut lalu dicium dahi licin isterinya. Lama!

"Hanya Allah yang tahu cinta abang pada Mariam Syuhada". Air mata mengalir di pipi. Entah kenapa sebak hatinya melihat Mariam Syuhada seperti itu.

"Sejak abang jumpa Syu pertama kali, abang tak pernah salah memilih calon isteri. Mariam Syuhada yang abang cari selama ni. Maafkan abang kalau apa yang abang dah buat tadi melukakan hati Syu. Abang takde langsung niat lain. Abang cuma nak selamatkan Zahara dari bekas suami dia".

Mariam Syuhada mengelap air mata yang merembes deras. Dia tak mampu nak memandang wajah suaminya. Hatinya terlalu sedih.

"Jangan diam. Tolong cakap sesuatu, Syu".

Lama mereka berteleku seperti itu. Hafiy langsung tak melepaskan genggaman tangannya. Sesekali, dia mengucup mesra.

"Abang cintakan dia?".

Soalan pertama yang terbit dari bibir mugil Mariam Syuhada.

Tiada jawapan. Hafiy terdiam. Dia sendiri tak pasti rasa yang menjalar dalam hati dia saat ini, perasaan sayang ataupun sekadar kesian.

"Syu anggap sebagai ya".

Hafiy mengeluh. Dia raup wajahnya kasar.

"Abang tak sampai hati nak tengok Zahara tanggung sakit macamtu. Abang cuma nak membantu".

"Jangan sekadar kata nak membantu kalau dalam hati abang dah ada perasaan sayang". Pintas Mariam Syuhada. Wajah Hafiy dipandang setiap inci.

"Syu.."

"Apa kurang Syu pada abang? Syu dah tak mampu nak membahagiakan abang ke? Syu dah tak mampu nak memuaskan hati abang ke?".

"Tak! Bukan macamtu Syu! Pandang abang ni. Pandang mata abang!".

Mariam Syuhada menurut. Sayu hatinya tak mampu nak meluahkan.

"Syu isteri abang yang paling baik. Syu dah jalankan tanggungjawab Syu sebaik mungkin. Abang bahagia dengan Syu. Abang cintakan Syu!".

Mariam Syuhada menghela nafas panjang. Air mata diseka laju. Dia cuba menguntum senyuman yang cukup indah buat Hafiy. Mariam Syuhada memegang kedua2 belah pipi suaminya lembut.

"Abang syurga Syu sampai bila2. Syu takkan biarkan jambatan cinta kita roboh macamtu aje".

Dia berjeda seketika. "Abang suami yang terbaik buat Syu. Allah dah bagi Syu merasa semuanya dari abang. Abang tak pernah abaikan Syu ataupun rumahtangga kita. Semua keperluan Syu, abang jalankan sebaiknya".

Hafiy berkerut. Tak memahami langsung kata2 isterinya.

"Abang syurga Syu. Syu cintakan abang sampai syurga". Seraya mengucup lembut pipi suaminya yang basah dengan air mata.

"Abang.. Syu izinkan abang menikah dengan Zahara. Dengan syarat, jangan pernah abaikan Syu dalam hati abang!".

Hafiy tergamam. Dia hampir terlopong mendengar kata2 terakhir isterinya. Mariam Syuhada menyeka air mata yang membasahi pipi Hafiy. Lembut sekali.

"Cintai Syu selama2nya. Jadikan Syu sentiasa yang tertinggi dalam hati abang". Dia ulang lagi kucupannya. Kali ini lebih lama.

Hafiy masih tak beriak. Otaknya seakan tepu. Wajah Mariam Syuhada dipandang lama.

"Syu.."

"Syu izinkan. Jaga Zahara seperti abang jaga Syu. Lindungi dia. Syu tau abang nak jaga dia, kan?".

"Syu.."

Mariam Syuhada segera menutup mulut Hafiy. Dia tersenyum manis. Kalau ini membuatkan Hafiy bahagia, Mariam Syuhada izinkan.

"Syu izinkan! Jangan cakap apa2 dah. Cuma, abang jangan lupakan atau abaikan Syu".

Hafiy berkelip tak henti memandang isteri dihadapannya.

"Syu, abang.."

"Syu izinkan. Jaga dia elok2. Takpe, abang suami yang bertanggungjawab. Syu percaya abang mampu menjaga rumahtangga ni".

Mariam Syuhada menyembamkan wajahnya ke dada Hafiy. Dia lega. Lega kerana dapat membuat Hafiy bahagia.

'Abang, kalau ini boleh membuat Syu menjadi bidadari abang sampai syurga, Syu rela'.

***

"Apa?! Kau dah gila ke? Mana kau letak akal fikiran kau yang waras tu?!".

Hampir tersembur air teh yang diteguk Aizat. Mujur suasana warung makan saat itu hingar dengan kehadiran pengunjung yang datang. Aizat mengeluh kasar. Wajah kawannya dipandang lama. Tak pula dia menyangka pertemuannya dengan Hafiy malam ini semata2 untuk berita yang baginya memang tak masuk akal fikiran.

"Syu izinkan.."

"Otak kau! Syu memang izinkan tapi hati dia! Hati dia kau nak campak mana?! Kau pernah terfikir pun hati dia tu betul2 izinkan ke? Hafiy.. Hafiy! Aku betul2 tak sangka lah".

Hafiy merenung lama cawan dihadapannya. Segala kata2 Aizat bagaikan hirisan tajam dihatinya.

"Kau jangan sengaja nak cakap kat aku nak tolong! Fiy, kau takkan rasa sayang kalau kau tak tolong! Faham tak?".

"Dah aku nak buat macamana lagi? Aku dah lupakan dia, tapi dia tetap juga muncul. Kau nak suruh aku lupakan, tapi aku memang tak boleh!". Balas Hafiy sesak. Sedaya upaya dia cuba mengawal emosi.

"So, kau betul2 nak kahwin dengan dia?".

Perlahan2 Hafiy mengangguk. "Atas dasar kesian".

Aizat terlongo. Seketika, dia ketawa kuat membuatkan Hafiy tak senang.

"Fiy, kes kau ni.. kira kahwin atas dasar kesian tu, macamana ha? Kahwin, lepastu duduk rumah pun formal2 gitu lepastu tolong bagi kata2 semangat, macamtu?".

Hafiy berkerut.

"Apa maksud kau?".

"Maksud aku, yang kau duk kata kahwin sebab kesian tu.. kahwin secara formal macamtu lah? Takde hubungan alami sebagai suami isteri?".

"Ak.. aku tak faham.."

"Toksah pura2 tak faham, Fiy! Kau kahwin dengan dia.. seribu kali kau cakap atas dasar kesian pun, kau tetap pakai badan dia! Jadi, part mana yang kahwin secara kesian tu?". Aizat memandang lama.

Hafiy terkedu. Mulutnya seakan terkunci.

"Fiy, takde istilah kahwin sebab kesian ke.. kahwin sebab terpaksa ke kalau akhirnya kau akan sayang jugak kat dia. Mengaku jelah!".

Dia terasa diperli. Wajahnya diraup kasar. Hafiy sesak dada.

"Kau diam pun aku dah tau jawapan kau! Fiy, nak kahwin jangan suka2 pakai istilah yang takkan pernah wujud! Dalam Islam, takde yang namanya kahwin paksa, kahwin kesian, kahwin tak sengaja. Semua bersebab! Sebab nya satu je.. Sayang dan cinta!".

"Aku mengaku.. aku memang sayang dia. Aku bodoh sebab ikut perasaan!". Hafiy memukul wajahnya kuat.

"Kau macamni pun takde guna. Benda dah jadi. Kau dah cakap dekat bini kau, dekat perempuan tu. So, takde guna!".

Air diteguk lagi. Aizat menghela nafas panjang. Kenapalah kawannya tak berfikir panjang. Keadaan menjadi rumit disebabkan khilaf sendiri.

"Apa patut aku buat?".

"Takde yang boleh kau buat pun. Kau dah sayang dia. Kau nak kahwin, kau kahwin. Tapi ingat Fiy, isteri kau berhak mendapat keadilan sama rata! Macamana kau layan Syuhada, macamtu kau kena layan Zahara. Senang cerita, kalau kau ada satu coklat, kau rasa kena bahagikan macamana?".

Hafiy diam.

"Kau tak boleh banding2kan antara diorang. Macamana kau layan Syuhada, macamtu kau buat balik kat Zahara. Sikit pun jangan kurang!".

Panjang lebar Aizat bersuara. Hanya itu yang mampu diucapkan. Ini belum lagi mak bapak Hafiy tahu. Kalau tak, entah apa akan jadi nanti.

Hafiy meneguk air yang dipesan. Serabut kepalanya. Memang dia tak berfikir panjang.

"Aku doakan kau berjaya! Nak marah kau banyak2 pun, bukannya masuk kat otak pun. Kau fikirkan je apa yang aku cakap tadi elok2. Aku cakap eh, bukan senang nak beristeri dua kalau kau tak mampu dan tak bersedia".

Mampukah aku? Tapi, aku sayangkan dia.

"Aku cuba. Aku sayang dua2. Aku tak nak hilang dua2. Kau faham kan maksud aku?".

Aizat mengeluh. "Aku memang faham kau sayang dua2. Tapi, aku tak pasti bini kau faham ke tak".

Hafiy menguak rambutnya. Masalah yang menimpa hasil khilaf sendiri. Apa yang patut dia jelaskan pada Encik Shamsul dan Puan Azila nanti. Pada keluarga Mariam Syuhada lagi. Argh! Serabutnya!

"Dah lah! Baik kau balik, tenangkan hati kau. Kalau kau fikir sekarang ni pun, buat serabut aje. Jumpa esok kat pejabat".

Aizat menepuk bahu Hafiy berulang kali. Wajah mendung kawannya dipandang simpati. Nak tolong pun, tak mampu nak buat apa2 lagi. Hafiy bangun dari kerusi lalu bergerak masuk ke dalam kereta. Mujur sahaja Aizat belanja minumnya malam ini.

Baru sahaja dia ingin memandu, hensetnya berdering tanda ada pemanggil. Nama Zahara yang skrin telefon.

"Assalamualaikum, Encik Hafiy. Ni saya Zahara"

"Waalaikumussalam. Ya, kenapa?"

"Macamni encik, tadi Syuhada ada bagitau saya tentang hajat encik tu. Kenapa?"

"Maaf Zahara. Saya betul2 nak ambil awak jadi isteri saya. Saya berharap awak tak tolak"

"Awak dah ada isteri"

"Saya tau! Saya sedar tu. Dan saya tak boleh nak simpan perasaan ini jugak"

Terdengar keluhan Zahara dihujung talian.

"Encik cuma kesian pada saya"

"Tak! Saya betul2 sayang Zahara".

Lama Zahara diam. Hanya terdengar hembusan nafasnya sahaja.

"Zahara?"

"Er.. ya!"

"Maaf kalau saya agak memaksa. Saya buat semua ni sebab saya tak mampu nak lihat Hakim menyeksa awak macamtu lagi"

"Saya tak boleh nak membuat keputusan sendiri ke?"

"Awak ambil masa banyak mana pun, saya terima".

"Terima kasih"

Talian dimatikan. Hafiy menjerit di dalam kereta. Kenapa semua ni jadi?! Kenapa aku perlu bahagi kasih aku?! Kenapa ada perasaan ni dalam hati aku?! Kenapa aku boleh sayang dia!?

Stereng dihentak kuat. Hafiy menekup wajahnya pada stereng kereta. Hafiy beristghfar kembali. Dadanya dipukul perlahan.

"Iman aku makin goyah ke?". Gumamnya perlahan. Hafiy menggeleng kepala berulang kali.

"Maafkan abang, Syu! Maafkan abang!".

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience