Bab 18 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~I've happen more from pain than i could've ever learned from pleasure.~

"Kau tak cari aku, Riq?"

"Aku minta maaf Han." Hanya itu yang mampu Baariq jawab. Dia faham keadaan Eshan setelah mendengarkan penjelasan dari Nafla.

"Kau banyak berhutang dengan aku, Riq." Penuh dengan maksud tersirat ayat Eshan itu. Melihat Baariq mengangguk, Eshan tersenyum nipis. Nampaknya Baariq faham maksudnya.

"Aku tahu, nanti aku langsaikan satu persatu."

Jawapan Baariq itu undang sesuatu di hati Eshan. Entah mahu percaya atau tidak dengan jawapan itu. Tapi dari segi intonasi Baariq itu kedengaran seperti tidak yakin, tidak bersedia. Sepi mengisi antara mereka. Hanya mata sahaja yang saling bertatapan. Berbicara bisu.

Eshan menggecil sedikit bola matanya, sedang cuba membaca apa yang ada dalam benak sahabat lamanya itu. Tapi... kenapa dia rasa Baariq seperti tidak selesa dengan pertemuan mereka? Mata itu seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuannya.

Nafla sudah ke meja sebelah. Dilirikkan matanya kepada Adham dan Munir supaya mengikutinya. Keduanya pantas sahaja membawa diri bila dapat hint dari Nafla. Dapat mereka rasakan ada aura lain sedang memenuhi sekitar Eshan dan Baariq. Sengaja Nafla membiarkan mereka berdua berbincang memandangkan mereka sudah lama terpisah. Mungkin ada banyak yang ingin diperkatakan dan dijelaskan.

"Mana Sarah?" Tanpa berselindung Eshan bertanya.

Baariq picing matanya kepada Eshan. Dengar sahaja soalan dari Eshan tentang Sarah, dia dapat rasakan sesuatu. Eshan sepertinya sangat yakin yang Sarah ada bersamanya selama ini.

"Sarah? Kau masih ingat dia, Han?"

"Nampaknya kau dah tahu apa yang dah jadi kepada aku, Riq?"

Baariq jawab dengan anggukan saja.

"Jadi kenapa kau tak cari aku?"

Baariq tidak berikan sebarang jawapan.

"Mana Sarah? Sarah ada dengan kau kan, Riq?"

Diam lagi.

"Riq? Kenapa kau diam? Mana Sarah?" Lagi Eshan bertanya. Senyap Baariq itu sedikit sebanyak mencabar kesabarannya.

"Kenapa kau nak tahu dia ada dekat mana? Perlu ke kau tahu Han?"

"Riq!" Ternaik sedikit suara Eshan. Marah dengan soalan Baariq yang dirasakan agak menyinisnya.

Nafla, Adham dan Munir segera menoleh kepada mereka bertiga. Terkejut dengar suara Eshan sebentar tadi. Nafla hantar isyarat matanya kepada Eshan, menegur supaya lebih menjaga tingkah laku memandangkan mereka berada di tempat awam. Eshan akur, dia berdeham sedikit bagi meneutralkan perasaannya.

Baariq masih kekal tenang di tempatnya. Menanti bicara Eshan seterusnya. Baariq mahu menduga, menguji. Bukannya semudah itu mahu serahkan Eshal Maisarah kepada Eshan Maisur untuk kali ke dua walaupun itu amanat dari Waeez Haikal. Baariq perlu memastikan Eshan tidak simpan sedikit perasaan ragu pun untuk menerima 'Sarah' versi Eshal ini.

"Kau tak perlu tanya aku soalan tu Riq sedangkan kau tahu apa yang dah jadi pada aku dan Sarah dulu. Kisah aku dengan dia ada dalam poket kau. Walaupun aku tak banyak ingat apa yang jadi tapi aku yakin dengan cerita-cerita Umi dan Acik yang aku dengan kau memang rapat dari dulu. Kuncinya sekarang ni, aku tak tahu apa yang berlaku pada kau, Sarah dan Waeez selepas aku ke Turki sebelum aku accident."

Baariq berpeluk tubuh, bawa tubuh dekat dengan meja.

"Kau yakin aku akan jawab soalan kau dengan jujur? Kau yakin aku ni Baariq yang kau kenal dulu?" saat bertanyakan itu, sengaja Baariq tayang muka minta penumbuk dari Eshan dengan hujung alisnya sengaja dinaikkan.

Eshan tergemap. Tak menyangka itu balasan dari Baariq. Baariq seolah-olah sedang bermain tarik tali dengannya.

Senyap Eshan itu makin melebar sengihan Baariq.

"See, kau pun tak yakin sebenarnya dengan aku. Kita dah 10 tahun tak jumpa Han. Boleh jadi aku bukan lagi aku yang kau kenal dulu dan kau juga bukan kau yang aku kenal dulu." Tanpa berlengah lagi, dia bingkas bangun mahu membawa diri.

"Sebelum aku lupa Han... Aku rasa kau tak kan dapat apa jawapan dari aku sebab... aku tak berminat nak jawab soalan-soalan kau. Lagi satu... pasal Sarah, aku rasa kau tak perlu sibuk ambil tahu pasal dia lagi. Dia dah bahagia dengan cara dia." Sambung Baariq lalu menapak keluar dari tempat itu. Tampak sombong sahaja Baariq dalam petah bicaranya dengan Eshan saat ini, tapi itulah rancangannya.

* * *

Eshan termangu sendiri. Tergiang-giang lagi di telinganya setiap patah bicara Baariq tempoh hari. Sinisnya sahabat lamanya itu berbicara.

Dia tak faham. Apa yang sedang cuba Baariq tonjolkan? Baariq sengaja pilih untuk diam dari terus berkata-kata. Nafla juga ada memberitahunya, Baariq belum bersedia untuk. buka semua kisah lampau. Tapi hati dia yakin Nafla cuma menyedapkan hatinya sahaja. Dia kenal Nafla. Nafla seorang perempuan yang matang. Nafla tidak cepat melatah dalam memutuskan sesuatu perkara. Dia percaya Nafla tahu sesuatu tapi mungkin belum tiba masanya untuk berkongsi 'sesuatu' itu bersamanya.

Bunyi telefon pintar jenis Samsung yang belum diketahui pemilik asalnya menjerit nyaring, mematikan Eshan yang tengah termangu. Eshan berkalih matanya, mencari dari mana arah datangnya bunyi itu. Matanya singgah pada skrin telefon pintar yang sedang menyala menandakan ada panggilan masuk. Sekejap sahaja, deringan itu tamat. Eshan berkerut kening, pelik. Setahunya telefon itu biasanya berdering di tengah malam tapi kenapa hari ini di siang hari?

Sekali lagi telefon itu bernyala. Eshan perlahan-lahan bergerak mendapatkan telefon itu dengan benaknya bersirat dengan segala persoalan. Nombor yang sama tertera disitu. Nombor milik 'Juwita'.

Makin berlapis kening Eshan berkerut. Dia tiba-tiba berfikirkan yang bukan-bukan. Jantungnya mula meresponkan sesuatu seiring dengan fikirannya. Berdegup kian rancak. Debaran sudah berdetak lain dari biasa. Tangannya sedikit menggigil mahu menggesek butang hijau. Dengan lafaz bismillah dia menekapkan telefon itu ke telinganya.

"Bie! Tolong sayang, bie!"

Zap! Jantung Eshan rasa bagaikan disiat dengan sesuatu yang tajam. Terbuka luas biji matanya. Terkejut! Terkejut sungguh dia dengar suara disebelah sana menjerit dengan nada yang dirasakan cukup cemas tapi perlahan. Suara itu dikawal sebaik mungkin dan kedengaran seperti sedang berbisik. Ada juga bunyi esakkan kecil dihujungnya.

"Bie, tolong bie! Sayang takut... Dia kejar sayang..."

Eshan pantas tegakkan tubuhnya. Ternganga sedikit mulutnya saat mendengarkan itu. Dikejar? Ertinya seseorang sedang mengejar 'Juwita'? Apa yang patut dia buat? Sebelah tangan mencekik pinggang. Peluh sejuk mula merecik di sekitar dahinya.

"Hoi!" Ada suara sergahan.

Eshan turut tersentak dengan sergahan itu. Keras sahaja bunyinya. Dia yang disini pun boleh terkejut apatah lagi si dia yang sedang berdepan dengannya. Teringatkan itu, makin berombak laju dada Eshan. Jelas nampak dadanya turun naik menahan marah. Geram rasanya bila dia sedar, dia tidak boleh buat apa-apa walaupun dia tahu apa yang sedang berlaku di hujung sana. Eshan meramas rambutnya pula. Resah!

"Ada hati kau nak lari? Kau belum mampus rupanya ya? Sini kau!"

Seraya itu juga, bunyi telefon terjatuh dan 'Juwita' menjerit minta dilepaskan. Merayu dirinya tidak disentuh. Eshan dapat mengagak sudah pasti lelaki jahanam itu sedang mengasari si dia.

"Jangan apa-apakan aku. Jangan sentuh aku! Lepaskan aku!" 'Juwita' menjerit lagi.

Sayup sahaja bunyinya tapi masih jelas ditelinga Eshan. Eshan makin tidak senang duduk. Mundar mandir di sekeliling kamarnya sambil tangannya tidak lepas dari menekap telefon di telingannya. Dia tidak mahu melepaskan sedetik pun saat ini.

"Argh!"

"Kau ingat kau boleh lari? Jangan harap! Betina murahan!" Suara itu menghendik 'Juwita'.

'Juwita' menjerit dan menangis lagi. Ada bunyi dengusan nafas kasar seperti mereka sedang bergelut. Mungkin sedang berlaku adegan tarik menarik, tolak menolak. Itu yang pasti.

Pang! Bunyi tamparan kuat kali ini sehinggakan tiada lagi bunyi jerit pekik dari 'Juwita'. Eshan tersentak. Mendidih semerta darahnya, dapat dia agak siapa yang terkena tamparan itu. Menggelegak darahnya, kalau dapat si keparat itu depan mata lunyai dia kerjakan.

Tak lama selepas itu talian dimatikan. Eshan ketap bibir, mendengus kasar. Tangannya mencengkam telefon itu dengan kemas. Skrin yang sudah kembali gelap ditenung garang. Tak tahu apa yang patut dia buat. Mahu selamatkan nasib perempuan itu tapi macam mana? Dimana tempat kejadiannya pun dia tidak tahu. Apa yang dia perlu buat sekarang?

Eshan berfikir dengan mundar mandir ditempatnya sehingga naik lenguh kakinya. Akhirnya dia tekad, kali ini dia perlu lakukan sesuatu yang sudah lama dia tinggalkan iaitu memandu. Tapi kemana? Entah. Dia cuma ikut gerak hatinya sahaja.

Tanpa berlengah lagi, laju kakinya melencong keluar dari bilik. Sebelum itu tangannya sempat sahaja capai kunci kereta Peugeot miliknya suatu ketika dulu.

"Han? Mahu kemana?" Bertembung dengan Tengku Naina di tangga yang paling bawah. Anak mata uminya sempat tilik dia dari atas ke bawah.

"Han ada hal. Urgent." Hanya itu sempat Eshan fikir. Segera kakinya mahu bergerak ke pintu utama.

"Han drive?" Soalan umi buat kaki Eshan pasak di tempatnya. Mungkin uminya terlebih dahulu ternampak kunci kereta di tangannya.

"I have too." Jawapan tegas Eshan itu membuatkan Tengku Naina dapat merasakan pasti ada sesuatu sedang berlaku.

"Hati-hati Han."

"Insha Allah. Han pergi dulu."

Eshan berlari laju ke garaj kereta. Segera ditarik kain kelabu yang menyelimuti badan kereta kesayangannya. Eshan masuk duduk di tempatnya lalu menghidupkan enjin kereta. Tanpa berlengah lagi, dia mula mengundur kereta keluar dari kawasan parkin.

* * *

Eshan memandu tanpa arah tuju yang sebenar, dia hanya mengikut gerak hati. Dia cuba untuk kurangkan rasa resah akibat dari berfikirkan tentang si dia. Dia juga sebenarnya buntu. Tak tahu apa yang patut dia lakukan untuk tolong perempuan misteri itu. Tanpa sedar dia kini berada di sekitar kawasan perumahan yang tidak jauh dari Taska milik kakaknya. Jauh juga dia memandu walaupun dalam keadaan sedikit kekok.

Akhirnya kereta diberhentikan di bahu jalan. Perlahan-lahan dia membuka pintu lalu menapak keluar. Matanya mengamati kawasan sekitar yang sedikit sepi padahal dia di kawasan perumahan. Jam tangan ditoleh, jam 3 petang. Masih waktu pejabat, patut sunyi. Kalau diikutkan hari ini dia perlu masuk pejabat seperti biasa tapi disebabkan pagi tadi dia ada appointment dengan Doktor Ismadi, jadi dia senjaga minta cuti seharian terus.

Eshan lepas lelah, berdiri sambil berpeluk tubuh dan bersandar di keretanya. Memikirkan apa yang sedang bersarat di kepalanya. Masalah dirinya, musuh tradisinya, Sarah, Evan, Juwita, Baariq.... siapa yang patut dia dahulukan?

"Encik!"

Serentak dengan itu juga badan Eshan dirempuh oleh seseorang dari belakang. Terkejut bukan kepalang dia. Pantas sahaja tubuh kecil perempuan itu menyorok di belakangnya. Eshan segera berpusing ke belakang mahu melihat gerangan yang merepuhnya tapi sepasang tangan kecil itu menahannya. Menolak kembali belakangnya supaya tidak segera berpaling. Eshan berkerut namun menurut jua.

"Jangan pusing Encik!" Tangan kecil itu berkali-kali tolak belakang Eshan supaya tetap kekalkan posisi kedudukan mereka.

Bunyi deraman dan salakkan anjing yang bersahutan membuatkan Eshan angkat muka, pandang depan. Mahu mencari tahu apa yang berlaku. Seketika kemudian, sekumpulan anjing liar itu melintasi tempat mereka. Bunyi deraman anjing itu agak menakutkan, seperti sedang memburu sesuatu.

Dapat dia rasakan tangan yang sedang pegang belakang bajunya itu mengigil ketakutan. Fahamlah dia, perempuan ini sedang larikan diri daripada anjing liar dihadapannya. Sengaja Eshan bukakan tangannya dengan lebih luas agar mata anjing liar itu tidak berjaya temukan apa yang dikejar.

"Dah. Kau boleh keluar. Dia dah jauh dah." Eshan memulakan bila si dia yang sedang menyorok di belakangnya masih tetap kejung di tempatnya.

"Dah?" tanyanya. Sebelah mata dibuka, mengintai. Manalah tahu kalau tiba-tiba lelaki macho didepannya cuba menipu.

"Dah." balas Eshan.

"Alhamdulillah," ucapnya lantas menegakkan badannya. Gali nafas yang hampir-hampir sahaja putus sebentar tadi. Jantungnya masih lagi mengepam darah dengan laju, akibat dari hasil larian pecut 100 meter tadi. Gila betul!

"Terima kasih tolong saya Encik," Sambungnya lalu betulkan sedikit tudung dan niqabnya. Habis herot. Sesudah itu, dia betulkan pula kedudukan beg galasnya. Entah macam manalah agaknya rupa dia masa berlari tadi.

Eshan berpusing, baru jelas suara itu ditelinganya.

"Eshal?"

Eshal angkat wajah, terkejut dengar seseorang menyebut namanya. Matanya menjamah raut Eshan, semerta itu rasanya macam tertelan biji durian.

"Erkk.. Encik Han?" gugup Eshal. Terkejut dia dengan kebetulan ini. Eshan yang selamatkan dia tadi? Betul ke? Argh jantung berdegup kencang sekali lagi!

Seketika mereka. saling berpandangan. Masing-masing terkejut.

"Buat apa dekat sini?" Serentak soalan itu ditanyakan.

Eshan dan Eshal jelas tergamam. Tak lama kemudian, mereka terdiam. Eshal menunduk manakala Eshan pula sudah garu hujung dahinya.

"Emm.. ladies first." Eshan beri peluang kepada Eshal terlebih dahulu. Eshal menggeleng, jarinya tunding kepada Eshan. Eshan mengangguk.

"Awak buat dekat sini? Hari ni Taska tutup kan?" Eshan bertanya. Pelik juga dia macam mana boleh terserempak dengan Eshal sedangkan hari ini taska tidak beroperasi kerana cuti persekolahan sudahpun bermula.

"Saya dari rumah hujung sana." Eshal tunding jari ke satu arah. Rumah banglo setingkat berwarna kelabu di sana. Eshan turut pandang ke situ.

"Buat apa?" Eshan ringan mulut pula bertanyakan lebih-lebih. Matanya masih tidak lepas dari pandang rumah itu.

"Saya jadi maid. Part time je sementara taska cuti. Alang-alang taska cuti, saya buat kerja lain."

"Ohh.. So, tadi macam mana boleh kena kejar dengan anjing? Awak lalu jalan mana?" Pelik juga Eshan setahunya sudah 15 minit dia di sini tak ada pula bunyi salakan anjing. Kecuali selepas kedatangan Eshal.

"Anjing?" Giliran Eshal pula bertanya. Ada kerutan di dahinya.

"Yelah anjing liar tadi." Eshan pula pelik dengan soalan Eshal. Muka Eshal yang blur itu pun Eshan dapat rasakan ada sesuatu.

Eshal diam. Otaknya baru dapat menangkap dan mencerna pertanyaan Eshan. Baru dia teringat bunyi anjing menyalak tadi.

"Ohh anjing tadi. Ha'a saya kena kejar dengan anjing liar tu. Saya dari lorong situ... er.. keluar pintu kecil dekat situ." Eshal sengaja tunjuk-tunjuk jari telunjuknya ke arah rumah itu.

"Lepas tu?"

"Emm... tak tahu la... tak tahu la macam mana boleh terjumpa dengan anjing tu. Tak perasan pulak masa saya keluar tu, diorang memang tengah lepak dekat-dekat situ. Saya takut, jadi saya larilah. Makin laju saya lari, makin laju pulak diorang kejar saya." tambah Eshal lagi.

"Hati-hatilah lepas ni. Awak okay tak ni? Ada cedera apa-apa ke?"

Nada prihatin Eshan buat Eshal sesak nafas. Terus teringatkan Eshan Maisur yang dulu.

"Tak-tak ada apa-apa. Saya okay."

"Betul ke ni? Tapi awak berpeluh lain macam. Kenapa niqab awak kotor ni?" Eshan sempat tilik Eshal. Ada kesan sedikit hitam di niqab yang dipakai Eshal. Dibahagian pipi dan banyak lagi. Tudung Eshal juga kerunyuk dan sedikit kotor.

"Hah?" Eshal bagaikan tersedar sesuatu. Lantas dibawa tubuhnya berjarak sedikit dari Eshan.

"Awak kenapa sebenarnya ni?" Eshan simpan sedikit keraguan.

"Erk... tak-tak ada apa... Saya kena balik dulu ni. Dah lewat ni." Eshal segera berpusing, mengura-ura mahu mengangkat kaki tapi tersekat kerana beg galasnya dipegang Eshan. Eshal menjerit, hampir-hampir sahaja dia mahu terjatuh ke belakang.

"Naik kereta, saya hantar."

Eshal tidak berganjak. Sekali lagi kenangan lama menerjah. Bagaikan berpusing dan mengulang balik kenangan lama.

"Kenapa degil? Awak jangan risaulah saya bukannya nak bawak awak pi siam pun. Bahaya awak nak jalan balik sorang-sorang macam ni." Tambah Eshan.

Eshal masih tidak beralih tempat. Dia masih lagi terpinga-pinga sebenarnya. Bunyi Eshan mendengus halus. Tidak semena-mena tubuhnya ditarik. Eshan tarik dia guna beg galas yang masih bersangkut di belakangnya. Eshan buka pintu kereta bahagian penumpang lalu menolaknya masuk ke perut kereta.

Ya Allah! Kenapa? Kenapa kejadian hari ini sebijik sama seperti dulu? Bezanya dulu dia Sarah dan hari ini dia Eshal.

Eshan tutup kembali pintu kereta, semerta itu Eshan rasa kejadian ini bagaikan dejavu. Adakah dulu dia pernah mengalami kejadian seperti ini?

Siapa dh cabar siapa ni? Aduhhh sian Han.. Baariq dh knp kamu? Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience